You are on page 1of 24

NUBUNGAN STRES DENGAN SO

ERSEKITAIIAN
KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAW

Ole11
Chan Nelee

Tesis ini dikern~rkakansebagai


memenuhi sebahagian daripada syarat untuk ~nendapat
Ijazah Sarjana Sains Pernbangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia


UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Julai 1998

PENGAKUAN

Diakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada
bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu
permohonan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di uaiversiti ini
atau institusi pengajian tinggi yang lain.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di


persekitaran kerja di kalangan guru sekolah menengah. Secara keseluruhannya,
kajian ini mencari tahap stres guru dan ingin mengetahui sama ada wujud
perbezaan dalam stres guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina, gred
sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pengalaman mengajar, pencapaian
akademik tertinggi dan bilangan waktu mengajar. Seterusnya, hubungan di antara
stres guru dengan faktor-faktor penegang dan juga faktor-faktor sokongan dikaji.
Empat faktor penegang yang dikaji dalam kajian ini ialah kurang ekses
kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas hingga di luar waktu sekolah dan
ekspektasi tinggi masyarakat manakala dua faktor sokongan di persekitaran kerja
ialah sokongan rakan sejawat dan pujian serta pengiktirafan yang diterima di
sekolah.
Seramai 248 responden yang terdiri daripada guru-guru terlatih sekolah menengah
di daerah Port Dickson terlibat ddam kajian ini. Data dikumpul dengan
menggunakan soal selidik berskala Likert. Dengan bantuan SPSS versi 7.0, data
dianalisis menggunakan ujian-t, analisis varian sehala dan korelasi Pearson.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 61.3% daripada responden besada di
tahap stres rendah, 25% berada di tahap sederhana d m 13.7% berada di tahap
stres tinggi dengan min keseluruhan stres ialah 4.35. Dapatan kajian ini juga
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam stres guru berdasarkan ciriciri demografi kecuali lokasi sekolah. Didapati bahawa guru-guru yang mengajar
di sekolah luar bandar mengalami lebih stres jika dibandingkan dengan guru-guru
yang mengajar di sekolah bandar. Seperti yang telah dijangkakan, kajian ini
mendapati wujud hubungan positif yang signifikan di antara stres guru dengan
keempat-empat faktor penegang manakala wujud hubungan negatif yang
signifikan di antara stres guru dengan faktor-faktor sokongan. Oleh itu, dapatlah
dimmuskan bahawa apabila keempat-empat penegang bertambah, stres guru juga
akan bertambah. Sebaliknya, apabila sokongan di persekitaran kerja meningkat,
stres guru akan menurun.
Walau bagaimanapun, sebagai satu usaha awal, dapatan kajian ini diharapkan
dapat memberi gambaran tentang peranan sokongan di persekitaran kerja dalam
stres guru agar langkah-langkah awal dapat diambil demi untuk memelihara
kebajikan guru.

ABSTRACT
The purpose of this study was to investigate the relationship between stress and
support in the working environment among secondary school teachers. This study
was also ainzed at finding teachers level of stress and to determine if there were
drfferences in teachers stress and teachers demopphic characteristic namely sex,
school pade, school location, race, age, teaching experience, academic qualification
and number of teaching periods. Then, this study will attempt to examine the
relationship between stressors and support in school with teacher's stress.
The four stressors investigated were inadequate access to school facilities, student
nzisbehaviour, intrusion of schoolwork into oztt-of-hours time and high societal
expectatzons. The two aspects of support are the support teachers receive from
colleagues, including the principal, and the amount of praise and recognition they
receive in school. A total of 248 respondents who are trained secondary school
teachers in the district of Port Dickson were involved in this research. Data was
collected using questionngees based on Eikert scale. Based on SPSS version 7.0,
data was analysed z>s+t-test, one-way AN0 VA and Pearson correbtion.
Findings of this study showed that 61.3% of respondents were at the low stress level,
25% at the medium stress level and 13.7% at the high stress level with the overall
min stress of 4.35. In addition, findings showed that there was no sign@cant
d~flerencein teachers stress with teachers demographic characteristics except for
school location. It was found that teachers teaching in rural schools were more
stressed than teachers teaching in urban schools. As expected, all the four stressors
correlated posztlvely and significantly with teachers stress, Moreover, the fwo
nipport factor.^ correlated negatively and sipzfxantly with teachers stress. Thus,
while the four stressors increase, the level of teachers stress will also increase. On
the other hand, when the support teachers received in the school environment
increase, the level of teachers stress will decrease and reduce the build-up of stress.

As un early gfort, it is hoped that theJindings ofthis study will give us an idea qf the
roles and e#ects of support in the working environment in teachers stress so that
early steps can be taken to protect the welfare of teachers.

BIOGRAFI

Chan Nelee dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau telah menerima
pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Port Dickson dan
seterusnya mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Tinggi Port
Dickson. Setelah tamat tingkatan lima, beliau telah memasuki Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru (opsyen sains dan matematik) selama tiga
tahun (198 1/83) dan sejak itu mula menjinakkan diri dalam dunia pendidikan.

Setelah tamat pengajian, beliau telah mengajar di sebuah sekolah yang baru
dibuka iaitu Sekolah Menengah Rendah Simpang Gelami, Kuala Kelawang,
Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun 1984. Atas dorongan para pensyarah di
maktab perguruan dan rakan-rakan sejawat untuk melanjutkan pelajaran, sambil
mengajar beliau telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
secara persendirian dan akhirnya berjaya diterima masuk ke Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1988. Di sini beliau mengikuti Rancangan
Sarjana Muda Pendidikan

(Dalam Perkhidmatan)

anjuran

Kementerian

Pendidikan selama empat tahun dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda


Pendidikan (Kepujian) dengan Kelas Dua Tertinggi pada tahun 1992.

Sejak itu, beliau telah bertugas di Sekolah Menengah Tanah Merah Site C, Port
Dichson hinggalah pada tahun 1997, beliau sekali lagi diberi peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana oleh Kementerian Pendidikan daiam
Program Kembar I A l 3 - W A S (Kohort 3) di Kuching, Sarawak.

Khas Untuk
ibu, Yau Siong Neo dan
ayah, Chan Swee Lai
yang teramat sayang dan sentiasa berada dalam ingatan.
Pemergian mu merupakan satu kehilangan yang amat dirasai.
Salarn rinduku buat ibu dan ayah.

PENGHARGAAN
Ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas
kepada Profesor Madya Dr Jamali Ismail selaku penyelia saya yang telah banyak
memberi tunjukajar, bimbingan dan sokongan padu kepada saya dalarn
menyempurnakan tesis ini. Berkat kesabaran dan kerelaan beliau meluangkan
masa dan tenaga telah banyak memberi dorongan dan keyakinan kepada saya
dalam menjayakan kajian ini

Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada Dr Quek Bong Cheang selaku
pensyarah semasa di IAB kerana kesediaan beliau memberi pandangan-pandangan
yang membina tentang kajian ini

khasnya dalam aspek-aspek kaedah

penyelidikan. Tidak ketinggalan juga, ditujukan penghargaan saya kepada Dr.


Keith F. Punch dari Universily qf Western Australza kerana telah rnemberikan
instrumen dan soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah IAB, Dr. Ibrahim Bajunid
dan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS,
Profesor Dr Razali Arof kerana telah merealisasikan Program Kembar IAB-

UNIMAS dan memberi peluang kepada para guru melanjutkan pelajaran hingga
ke peringkat sarjana. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya disampaikan
kepada semua pensyarah Program Kembar IAB-UNIMAS Kohort 3 iaitu Dr. Hj.
Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit, Dr. Peter Songan, Dr. Muhammad Awang,
Dr. Farid Meziane, Dr. Bakhtiar Mansor, Dr. Maheswari Kandasamy, Dr. Wahab
Abdul Ghani, Dr. Hazrnan Shah Abdullah, Dr Wan Fauzi, En. Hong Tian Sam,
iv

En. Mehander Singh, Pn. Jennifer Songan, Cik Leniiw Roman dan En. Sharaf alHorani kerana telah banyak menyumbangkan ilmu melalui syarahan-syarahan
mereka Penghargaan seterusnya ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di
atas sokongan dan kerjasama mereka dalam mengharungi bersama segala
rintangan sepanjang perjalanan program ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pengetua, para gum
dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan kajian ini.

JADUAL MANDUNGAN

Muka surat

Tajuk
Abstrak (Abstract)
Biografi
Dedikasi
Penghargaan
Jaduai Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah

BAB I

PENGENALAN
Pendahuluan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Kerangka Kerja Konseptual
Tujuan Kajian
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Hipotesis Kajian
Kepentingan Kajian
Definisi Operasional
Batasan Kajian
Kesimpulan

BAB I1

TINJAUAN KAJIAN
2.0
2.1
2.2
2.3

PengenaIan
Model Stres
Definisi Stres
Tahap Stres Guru

2.4
2.5
2.6
2.7

BAS I11

IMETODOI,OGI KAJMN
30
3.1

3.2
3.3
3.4
3.5
3.6

BAB IV

Pensenalan
Rekabentuk ICajian
Popuiasi Dan Sampel Kajian
Instrumen Kajian
ICaedah Pengumpulan Data
Penganalisisan Data
Kesirrlpulan

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


40
4.1

4.2

4.3

BAB V

Stres Guru Dengan Ciri-Ciri Demografi


Stres Guru Dengan Faktor-Faktor Penegang
Stres Guru Dengan Faktor-Faktor Sokongan
Kesimpulan

Pengenalan
Dapatan Kajian
4.1.1 Tahap Stres Responden
4.1.2 Perbezaan Stres Responden Berdasarkan
Ciri-Ciri Demografi
4.1 3 Korelasi Di Antara Stres Guru Dengan
Faktor Penegang
4 1 4 Korelasi Di Antara Stres Guru Dengan
Faktor Sokongan
4.1.5 Penernuan Tambahan
Perbincangan Dapatan Kajian
4.2.1 Tahap Stres Responden
4.2.2 Perbezaan Stres Responden Berdasarkan
Ciri-Ciri Demografi
4.2.3 Stres Guru Dengan Faktor Penegang
4.2.4 Stres Guru Dengan Faktor Sokongan
Kesitnpulan

KESIM PULAN DAN CADANGAN


5.0
5.1
5.2
5.3
5.4

Pengenalan
Rumusan Kajian
Kesimpulan
Cadangan Untuk Tindakan
Cadangan Kajian Akan Datang

RU JUKAN

113

LAMPLRAN 3
Senarai Sekolah-Sekoltrh Menenph Bantuan
Penuh Kerajaan Lli Daerah Port Dickson

120

LAMPIRAN C
Borang Soal Selidk

SENARAI JADUAL

Tajuk

Muka surat

Tahap Stres Guru Berdasarkan Negara dm Tahun

26

Ciri-ciri Dernografi Responden

50

Nilai Kebolehpercayaan Instrumen

55

Pemulangan Soal Selidik Berdasarkan Jantina

56

Tahap Stres Berdasarkan Jumlah Skor GHQ

58

Kaedah Statistikal Dalam Penganalisisan Data

60

Jadual Silang Mengikut Tahap Stres Dan Jantina

62

Keseluruhan Min Skor GHQ (Min Stres)

62

Ujian-t Ke Atas Stres Responden Mengikut Jantina,


Gred Sekolah Dan Lokasi Sekolah

64

Analisis Varian Sehala Ke Atas Stres Responden Mengikut 66


Bangsa, Umur, Pencapaian Akadernik Tertinggi, Pengalaman
Mengajar dm Bilangan Waktu Mengajar Seminggu
Matriks Korelasi Di Antara Stres Gum, Faktor-Faktor
Penegang Dan Faktor-Faktor Sokongan

69

Matriks Korelasi Di Antara Stres Guru, Faktor-Faktor


Penegang Dan Faktor-Faktor Sokongan Dengan Ciri-Ciri
Demografi (sarnbungan)

70

Matriks Korelasi Di Antara Stres Gum, Faktor-Faktor


Penegaag Dan Faktor-Faktor Sokongan Dengan Ciri-Ciri
Demografi (sambungan)

71

SENARAI RAJAH

Tajuk

Muka surat

Rajah 1.1

Kerangka Kerj a Konseptual Kaj ian

Rajah 2.1

Model Stres Berasaskan Respon

18

Rajah 2.2

Model Stres Berasaskan Rangsangan

19

Rajah 2.3

Komponen Asas Model Transaksi

21

Rajah 2.4

Human Performance Curve

23

BAB I

PENGENALAN

2.0 Pendahuluan

Sumber manusia sangat-sangat diperlukan dan digunakan secara optimum untuk


menyaingi dunia yang semakin dinamik. Selaras ke arah merealisasikan Wawasan
2020, para pendidik terpaksa menghadapi cabaran yang terbesar untuk

rnenyediakan sumber tenaga rnanusia di kalangan kaum pelajar yang mampu


mengharungi cabaran masa hadapan.

Oleh itu, untuk menjayakan wawasan

negara maka perlulah kita melahirkan guru bertaraf dunia. Untuk melahirkan guru
bertaraf dunia, imej dan profesion perguruan perlu dipertingkatkan atau dibentuk
semula di samping menjaga keperluan dan kebajikan warga guru. Malangnya,
ekspektasi tinggi di kalangan masyarakat terhadap guru dan beban tugas guru
yang berlebihan tidak setanding dengan sokongan dan penghormatan yang
diterima dari pihak sekolah dan masyarakat. Guru-guru semakin tertekan dan
merasakan tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah. Kini, telah banyak
rungutan dan perasaan tidak puas hati diluahkan oleh guru-guru terhadap
profesion perguruan. Banyak kajian juga teiah menunjukkan bahawa profesion
perguruan merupakan profesion yang paling banyak menimbulkan stres.

Mengikut Samples, sekolah adalah di antara tempat yang amat tertekan dalam
masyarakat dan Hunter telah mengatakan bahawa mengajar telah dikenal pasti
sebagai satu daripada tiga pekerjaan yang paling tertekan (dipetik dari Gold dan

Roth, 1993, ms. 2-3). Masalah disiplin di kalangan pelajar yang dihadapi oleh
guru masa kini semakin serius. Jika pada masa dahulu pelajar-pelajar seringkali
terlibat dalam salah laku seperti membuat bising dalam kelas, berlari dan bermain
dalam kelas, tidak beratur, membuang sampah di merata-rata tempat dan
sebagainya, kini salah laku pelajar semakin meruncing seperti terlibat dengan
dadah, bergaduh, merompak serta mencuri, dan mencabul kehormatan pelajar.
Keadaan sedemikian menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab mendidik para
pelajar di samping memikul beban tugas yang berat di sekolah.

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru yang menghadapi stres yang


berpanjangan akan seterusnya mengalami masalah dari segi fizikal dan mental
(Kyriacou dan Pratt, 1985). Akibat daripada masalah dari segi fizikal dan mental
ini pula,

boleh mengurangkan prestasi guru semasa menjalankan tugas-tugas

harian di sekolah (Kyriacou, 1987) dan seterusnya mendatangkan kesan negatif


dari segi fizikal, emosi dan tingkah laku para pelajarnya (Coates dan Thoresen,
1976; Rigby, 1990).

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian Kyriacou dan Sutcliffe (1978b) serta kajian Kaiser dan Polczynski (1982)
telah mendapati bahawa punca dan sebab-sebab stres kerja di kalangan guru telah
menjadi tajuk popular dalam penyelidikan di kalangan para penyelidik. Ekoran
daripada itu, kajian yang telah dijalankan oleh Okebukola dan Jegede (1989) telah
menyokong dapatan yang mengesahkan bahawa mengajar rnerupakan pekerjaan
yang paling stres.

Stres merupakan gangguan fisiologi dan psikologi akibat dari permintaan yang
terpaksa dipenuhinya dengan keupayaan yang dimiliki oleh seseorang. Mengikut
Fontana (1989), sekiranya keupayaan seseorang itu dapat memenuhi permintaan
maka ia akan membawa kesan yang positif. Manakala, keupayaan seseorang yang
tidak dapat memenuhi sesuatu permintaan pula akan menimbulkan kesan stres
yang negatif Dalam ha1 ini, Kyriacou (1987) menegaskan bahawa pendedahan
kepada stres yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerosakan fungsi dan
struktur individu sehinggakan boleh mengalami masalah kesihatan mental dan
fizikal seperti sakit jiwa, ponteng kerja, ketidakhadiran bekerja, bersara lebih awal
dan prestasi kerja yang menurun. Memandangkan masalah ini semakin serius
dalam perkhidmatan pendidikan, khasnya di sekolah-sekolah maka usaha untuk
mencari jalan bagi menangani stres di kalangan guru adalah perlu.

Masalah stres di kalangan guru bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah menjadi
perhatian utama hingga di peringkat antarabangsa dan seluruh negara di dunia.
Banyak kajian telah dijalankan di beberapa buah negara seperti di United
Kingdom (Fletcher dan Payne, 1982; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978a dan 1978b;
Borg dan Riding, 1993), Amerika Syarikat (Broiles, 1982; Blase, 1984; Blix et al.
1994; Schonfeld, 1992), Australia (Laughlin, 1984a dan 1984b; O'Conner dan
Clarke, 1990; Punch dan Tuetternann, 1996; McCormick, 1997), New Zealand
(Manthei dan Solman, 1988; Manthei et al. 1996), Kanada (Allison, 1997), Israel
(Smilansky, 1984), Norway (Mykletun, 1984), Chile (Manso dan Pinto, 1987),
Nigeria (Okebukola dan Jegede, 1989), Carolina (Cartee, 1993), Malta (Borg dan
Riding, 1991; Borg dan Falzon, 1989) dan di Malaysia (Siti Radziah, 1982; Siti
Rohani, 1991; Suseela, 1994; Tan, 1996; Abdul Wahid, 1996; Mohd. Tarmizi,

1996; Vickneasvari, 1997; Abang Mat Ali, 1998). Kajian-kajian stres di kalangan
guru di seluruh negara di dunia ini menunjukkan guru sememangnya mengalami
stres dan jika tiada tindakan diambil maka ia akan memberi kesan yang negatif
kepada keseluruhan sistem pendidikan.

1.2 Pernyataan Masalah

Masalah beban tugas dan stres guru telah diakui oleh Timbalan Menteri
Pendidikan, Datuk Dr. Fong Chan Onn yang mengatakan bahawa 'a teacher's

workload hns been increasing tremendously over the years, and teachers
especially those in secondary schools, are working under a lot of pressure' (New
Straits Times, 13 Ogos 1995, ms. 4).

Turut dilaporkan bahawa kejadian serang dan ugut dari pihak guru kerap kali
berlaku dan Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa kejadian sedemikian
berlaku disebabkan guru-guru melepaskan rasa kekecewaan dan kernarahan ke
atas pelajar mereka.

Pada bulan November 1988, Dr. Leo Micheal Toyad selaku Timbalan Menteri
Pendidikan ketika itu telah menyatakan seramai 145 orang guru disahkan
mengalami stres mental (Berita Harian, 19 November 1988, ms 6). Dua tahun
kemudian, satu tinjauan telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

di kalangan guru dan mendapati bahawa seramai 1,288 orang guru mengalami
gangguan mental yang serius. Sejumlah 169 orang guru tersebut telah dikenalpasti
sebagai psikotik manakala sejumlah 1,119 orang guru pula mengalami neurosis

(New Stralts Times, 29 Mac 1990, ms 1). Ini menunjukkan satu peningkatan yang
amat ketara Hasil dapatan kajian ini (Lampiran A) membuktikan bahawa betapa
seriusnya masalah stres yang dialami oleh guru-guru di negara kita dan perlunya
kajian stres guru dijalankan dengan lebih terperinci lagi untuk membendung
masalah tersebut

Gangguan mental dan masalah psikologikal yang dialami oleh guru-guru ini
adalah akibat darigada stres kerja yang tinggi ekoran beban tugas guru yang berat
iaitu jadual waktu di antara 28 hingga 30 waktu seminggu di sarnping terpaksa
menguruskan kelas-kelas yang terlalu ramai bilangan murid. Di samping
mengajar, guru-guru juga dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang
merupakan tugas dan tanggungjawab tambahan kepada gum-guru. Keadaan ini
diburukkan lagi dengan ekspektasi masyarakat yang terlalu tinggi terhadap para
guru dan masyarakat yang tidak menghargai jasa guru-guru (New Straits Times,
29 Mac 1990, ms 2). Oleh itu, kesedaran tentang betapa pentingnya mengkaji
beban tugas yang ditanggung dalam usaha mencari jalan untuk menangani stres
guru perlu diberikan perhatian demi menjaga masa depan profesion perguruan.

Memandangkan profesion perguruan dikatakan sebagai profesion yang paling


stres, maka tidak hairanlah ramai generasi muda masa kini tidak berminat
menceburi diri dalam bidang perguruan di mana profesion perguruan semakin
tidak diminati. Masalah ini dapat dilihat dari bilangan permohonan masuk ke
maktab-maktab perguruan yang semakin berkurangan jumlahnya dari tahun 1988
hingga ke 1991 seperti yang ditunjukkan.

PERMOHONAN KE MAKTAB PERGURUAN

1990

78,000

23,000

7,015
i
I

i
28,600
75,600
9,400
1991
Sumber: New Straits Times (LifestyleEducation), 27 September, 1991, ms 32.

Oleh yang demikian, kajian bidang stres di kalangan guru haruslah diberikan
perhatian dan tumpuan agar dapat membantu kita rnencari penyelesaian untuk
meningkatkan lagi imej profesion perguruan

Stres yang wujud di persekitaran kerja juga kadangkala berpunca daripada konflik
interpersonal di antara guru-guru. Manusia rnungkin dapat memberi sokongan
kepada kita untuk mengurangkan stres tetapi ia juga mungkin boleh menjadi
penegang utarna (Daniel, George dan Dorothy, 1993). Oleh itu, kajian ini melihat
keseluruhan tahap stres guru dan perbezaannya berdasarkan ciri-ciri demografi
guru. Seterusnya, kajian ini memberi tumpuan kepada hubungan stres guru
dengan faktor-faktor penegang dan faktor-faktor sokongan di persekitaran kerja.

1.3 Kerangka Kerja Konseptual

Kajian ini dimulakan dengan mencari tahap stres guru secara keseluruhan. Setelah
itu, perbezaan dilihat di antara stres guru dengan ciri-ciri dernografi iaitu jantina,
gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pencapaian akademik tertinggi,

pengalaman mengajar dan bilangan waktu mengajar seminggu. Justeru itu,


hubungan dilihat di antara stres guru dengan faktor-faktor penegang iaitu kurang
ekses kemudahan, salah laku pelajar, tugas hingga di Iuar waktu sekolah dan
ekspektasi tinggl masyarakat Akhir sekali, kajian ini mengkaji hubungan di
antara stres g~tmdengan faktor-faktor sokongan iaitu sokongan rakan sejawat dan
pujian serta pengiktirafan yang diterima di sekolah Oleh yang demikian, stres
guru adalah variabel bersandar manakala ciri-ciri demografi, faktor-faktor
penegang dan faktor-faktor sokongan menjadi variabel bebas Keseluruhan
kerangka kerja konseptual kajian ini dapat digambarkan dalam Rajah 1.1.
Vnrlnbel-Vanabel bebas

CIRZ-CIRIDEMOGRAFI
Jantina
Bangsa
Pencapaian Akademik Tertinggi
Pengalaman Mengajar
Umur
Bilangan Waktu Mengajar
Gred Sekolah
Lokasi Sekolah

Kurang ekses kemudahan sekolah


Salah laku pelajar
Tugas di luar waktu sekolah
Ekspektasi tinggi masyarakat

FAKTOR-FAKTOR SOKONGAN
Sokongan rakan sejawat
Pujian dan pengiktirafan

Rajah 1 . 1: Kerangka Kerja Konseptual Kajian

1.4 Tujuan Kajian

Banyak ka-iian menunjukkan bahawa stres boleh memberikan kesan yang negatif
dari aspek tizikal dan pstkologi seseorang gum (Maslach, 1976; Kyriacou, 1987
dan Lowenstein, 1991). Antara kesan-kesan negatif stres meliputi masalah seperti
sakit jiwa, ponteng kerja, ketidakhadiran kerja, kemerosotan prestasi kerja dan
bersara lebih awal. Me~nandangkan masalah-masalah tersebut semakin ketara
daliam perkhidmatan pendidikan, maka lebih banyak kajian stres guru perlu
dijalankan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Setakat ini, kajian stres yang telah dijalankan di Malaysia hanya

menyentuh

simptom-simptom, punca-punca stres dan cara-cara menangani stres. Belum ada


kajian dijalankan secara khusus untuk melihat hubungan stres dengan faktor
sokongan di persekitaran kerja. Oleh itu, secara umumnya kajian ini bertujuan
untuk mengkaji tahap stres guru secara keselumhan dan melihat perbezaannya
berdasarkan ciri-ciri demografi. Setelah itu, hubungan stres dikaji berdasarkan
faktor-faktor penegang dan faktor-faktor sokongan di persekitaran kerja khasnya
di kalangan guru sekolah menengah.

1.5 Objektif Kajian


t

Berdasarkan tujuan kajian yang telah diterangkan maka objektif-objektif dalam


kajian ini adalah seperti yang disenaraikan berikut.

a. untuk merigetahui tahap stres di kalangan guru sekolah menengah.

b. untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan di antara stres guru dengan ciri-ciri
demografi iaitu jantina, gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur,
pencapaian akademik tertinggi, pengalaman mengajar dan bilangan waktu
mengaj $r seminggu.

c. untukjmencari hubungan di antara stres guru dengan faktor-faktor penegang


iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas hingga di
luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat.
d. untuk mencari hubungan di antara stres guru dengan faktor-faktor sokongan di
persekitaran kerja iaitu sokongan yang diterima dari rakan sejawat dan pujian
serta pengiktirafan yang diterima di sekolah.

1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan tujuan dan objektif kajian yang telah dinyatakan, maka kajian ini
ingin mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut:

a. Apakah tahap stres di kalangan guru sekolah menengah?


b. Adakah stres guru dipengaruhi oleh ciri-ciri demografi seperti jantina, gred
sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pencapaian akademik tertinggi,
pengalaman mengajar dan bilangan waktu mengajar seminggu?
c. Apakah hubungan yang wujud di antara stres guru dengan faktor-faktor
penegang iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas
hingga di luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat?

10

d. Apakah hubungan yang wujud di antara stres guru dengan faktor-faktor


sokongan di persekitaran kerja iaitu sokongan rakan sejawat dan pujian serta

r pengiktirafan yang diterima di sekolah?

1.7 Wipotesis K a j h s

Berpandukan daripada objektif kajian yang telah dijelaskan di Bahagian 1.5, maka
dapatlah diterjernahkan dalam bentuk tiga hipotesis nu1 yang utama (hipotesis
urnum) seperti berikut:

a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam stres guru berdasarkan ciriciri demografi iaitu jantina, gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur,
pencapaian akademik tertinggi, pengalaman mengajar dan bilangan waktu
mengajar serninggu.

b. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres guru dengan faktorfaktor penegang iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar,
tugas hingga di luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat.
c. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres guru dengan faktorfaktor sokongan di persekitaran kerja iaitu sokongan yang diterima dari rakan
sejawat dan pujian serta pengiktirafan yang diterima di sekolah.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah tepat pada masanya memandangkan negara sedang menuju ke
era teknologi maklumat dan menjadi negara maju pada tahun 2020. Oleh yang

11.

demikian, sistem pendidikan juga perlu di sokong dengan tenaga kerja yang
mahir, berkeboiehan dan sihat dari segi mental dan fizikal. Dengan itu, masalah
stres guru haruslah ditangani dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Kajian
hubungan stres dengan sokongan di persekitaran kerja dapat memberi panduan
\

dan arah tuju untuk mernbantu guru-guru menangani masalah stres di mana faktor
sokongan di persekitaran kerja di kalangan rakan sejawat serta memberi
pengiktirafan dan pujian merupakan cara yang mudah untuk kita menangani stres
guru.

Maklumat dalam kajian ini juga dapat membuka rnata pihak pentadbir terhadap
betapa pentingnya peranan pengiktirafan, penghargaan dan pujian yang diberikan
kepada guru dalam menangani stres di samping dapat memberi semangat dan
motivasi kepada guru dalam rnelaksanakan segala tugas dan tanggungjawab
mereka.

Pihak pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian juga boleh
menggunakan dapatan kajian ini untuk rnengenalpasti faktor-faktor sokongan
yang dapat menangani stres guru dalam mernbantu mereka merangka dan
merancang program atau kempen mewujudkan persekitaran dan iklim sekolah
yang lebih sihat, selamat dan menyeronokkan. Persekitaran ternpat kerja yang
sihat, selamat dan menyeronokkan ini juga dapat mengurangkan stres yang
dialami oleh guru dan seterusnya dapat mengatasi masalah burn-out di kalangan
guru.

You might also like