You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA JAYA

HALAMAN AMPANG
31350 IPOH, PERAK

KERTAS KERJA

HARI SUKAN NEGARA


2022

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM

KOLABORASI BERSAMA
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

1. PENGENALAN
Pelaksanaan Hari Sukan Negara akan diadakan pada Hari Sabtu minggu pertama bulan
Oktober setiap tahun. Sebagai tanda sokongan kepada program ini, pihak sekolah akan
mengadakannya pada 6 Oktober 2022 dengan melibatkan semua warga sekolah.
Program sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah dijalankan bagi memenuhi
hasrat pihak kerajaan bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia negara yang
mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan serta menjadikan sukan sebagai satu
budaya . Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena program ini, adalah
diharapkan ianya dapat mencungkil kebolehan, bakat dan potensi para murid serta
memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk menyertai aktiviti yang
dijalankan nanti .

2. OBJEKTIF

2.1 Memupuk budaya sukan dikalangan pelajar.


2.2 Memupuk semangat perpaduan di kalangan bangsa yang berbilang kaum.
2.3 Memberi peluang serta dapat mencungkil kreativiti para pelajar bagi aktiviti
yang dijalankan.
2.4 Memupuk budaya bersatu padu serta saling hormat menghormati di antara satu
sama lain.
2.5 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan pelajar
2.6 Mengiktiraf pelajar yang terlibat dalam aktiviti pembangunan sukan pada
peringkat akar umbi .

3 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Wira Jaya dan seluruh warga sekolah
4 PELAKSANAAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA
4.1 Tarikh : 6 Oktober 2022.
4.2 Hari : Khamis
4.3 Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi
4.4 Tempat : Dataran Terbuka dan Padang SK. Wira Jaya

5 JADUAL/ TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Murid berkumpul di Dataran Terbuka SK Wira Jaya

7.40 pagi : Bacaan Doa

7.50 pagi : Ucapan Perasmian Hari Sukan Negara ,


Pn. Che Rosnani binti Ismail,
Guru Besar SK Wira Jaya

8.00 pagi : Senamrobik

8.30 pagi : Sukaneka

10.00 pagi : Bersurai

6 SENARAI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

6.1 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn. Che Rosnani binti Ismail
Tim. Pengerusi : Pn. Haslijuita binti Hanafi
Naib Pengerusi : En. Mohd Azhar bin
Pn. Rozlina binti Abdul Manap
Setiausaha : Pn. Basharina binti Mohd Bashah
6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA
Persembahan Senamrobik
Pn. Atikahimar (K)

Pn. Putih Fairuz Hanna

En. Mohd Ellias

Kawalan Displin Pelajar

Siaraya
En. Norlisam
Bacaan Doa

Pengacara
Pn. Rohana
Jurukamera
Cik Rusnizaira
Penyelaras Permainan Sukaneka
Tahun 6
Pn. Yusma
Tahun 5
Pn. Yusnira
Tahun 4
Pn. Norjannah
Teknikal
Guru-Guru PJ
7 IMPLIKASI KEWANGAN
Sumber kewangan – Unit Kokurikulum

8 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 1

9 PENUTUP

Penganjuran sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah memerlukan kerjasama


dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara
menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Program ini
diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya sukan saling
bekerjasama dam hormat – menghormati di antara satu sama lain.Semoga semua warga
sekolah dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program ini nanti .

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

PN. BASHARINA BINTI MOHD BASHAH HASLIJUITA BINTI HANAFI

PENOLONG KANAN
PENYELARAS PROGRAM
KOKURIKULUM

KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA


KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA


Atau
Tidak meluluskan KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

ULASAN
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

CHE ROSNANI BINTI ISMAIL


Guru Besar SK Jalan Pegoh
Oktober 2022

Lampiran 1

ANGGARAN BELANJAWAN
HADIAH PERMAINAN TRADISIONAL / PERMAINAN DALAMAN / SUKANEKA

BIL PERKARA BILANGAN HARGA JUMLAH


SEUNIT ( RM ) HARGA
( RM )

1 Banner 1 30.00 30.00

2 Hamper 6 50.00 300.00

3 Air mineral 12 12.00 144.00

4 Roti Gardenia 250 1.00 250.00

5 Lain-lain 26.00

JUMLAH KESELURUHAN 750.00

You might also like