You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA
PEMBINAAN SURAU AL-EHSAN
DI ANJUNG BEMBAN MAJU
MUKIM SUNGAI TERAP DAERAH KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

*****************************************************************************************

DISEDIAKAN OLEH :
JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AI-EHSAN
ANJUNG BEMBAN MAJU, 31000 BATU GAJAH, PERAK DARUL
RIDZUAN

KANDUNGAN
1. OBJEKTIF
2. ORGANISASI JAWATANKUASA PEMBINAAN
3. LATAR BELAKANG
4. PERMASALAHAN
5. FAEDAH PEMBINAAN SURAU
6. CADANGAN SPESIFIKASI BANGUNAN SURAU
& PELAN BANGUNAN

7. GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SURAU


8. MESYUARAT JAWATANKUASA
PEMBINAAN SURAU

KERTAS KERJA CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH BANGUNAN SURAU AL-
EHSAN, DI ANJUNG BEMBAN MAJU, MUKIM SUNGAI TERAP, DAERAH KINTA, BATU GAJAH,
PERAK DI ATAS TAPAK HARTANAH YANG DIKENALI SEBAGAI LOT 310414, MUKIM SUNGAI
TERAP, DAERAH KINTA, BATU GAJAH,
PERAK DARUL RIDZUAN

Disediakan oleh :
Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ehsan,
Anjung Bemban Maju

1. OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan mengenai usaha bersama penduduk
Islam untuk membina sebuah bangunan surau di Anjung Bemban Maju, Mukim Sungai
Terap, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan dan dilengkapi dengan kemudahan-
kemudahan asas untuk tujuan sebagai tempat solat berjemaah, majlis-majlis kuliah,
pembelajaran al-Quran dan fardhu ain, qiamullalail, kenduri, ibadat korban dan
sebagainya.

Kertas kerja ini akan menjelaskan betapa pentingnya perlaksanaan projek ini dan
seterusnya sokongan daripada semua pihak berhubung dengan usaha pengumpulan
dana untuk mencapai tujuan tersebut.

2. Carta Organisasi
Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ehsan

PENGERUSI
EN. KAMARUL AZMAN BIN DESA

TIMBALAN PENGERUSI
EN. SYED ROZI BIN SYED ISHAK

SETIAUSAHA
EN. MOHAMAD RAFIUDDIN BIN MHD SHARIPUDDIN

BENDAHARI
EN. NADZRI BIN SHAMSUDIN

AHLI JAWATANKUASA
EN. REDZUAN BIN MOHAMED RAMLY
EN. AHMAD RADZI BIN MOHD SAID
EN. MD RAUB BIN ABD RAHMAN
EN. JAAFAR BIN ALIAS
EN. MAT SAAD BIN CHE HAT
EN. MOHD ASRI BIN AHMAD
EN. TAJUDIN BIN HJ. AHMAD
EN. AZMER BIN AZAR ALI
EN. MOHAMAD NURANI BIN ABDULLAH
EN. MOHD JAMAL BIN RAMLI
EN. MOHD USRI BIN JAMAL

PERMASALAHAN

Keperluan kepada satu tempat ibadat dan pusat sehenti bagi masyarakat di taman ini
bagi penduduk Islam di Anjung Bemban Maju adalah merujuk kepada permasalahan
berikut :

i. Penduduk Islam di taman ini tidak mempunyai sebarang tempat bagi menjalankan
aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan secara berkumpulan. Antara masalah
yang timbul apabila pada tahun 2010 terdapat 1 kematian di taman ini. Akibat
daripada insiden tersebut, penduduk Islam di Taman ini terpaksa mendapatkan bantuan
serta khidmat dari luar bagi membantu pengurusan jenazah di taman ini. Amat
menyedihkan sekali kerana akibat daripada ketiadaan tempat khusus seperti tempat
urusan mandi jenazah serta satu pusat sehenti bagi memaklumkan apa-apa
perkembangan semasa menjadikan ramai warga taman ini yang tidak mengetahui hal-
hal yang berlaku di taman ini;

ii. Penduduk perumahan Anjung Bemban Maju yang ingin berjemaah di surau
berhampiran iaitu surau Al-Ittifaqiyyah terpaksa menyeberangi pembahagi jalan dua
lorong lumut-batu gajah. Manakala masjid siputeh yang terletak kira-kira 3.0 km dari
perumahan Anjung Bemban Maju akan melalui expressway Ipoh-lumut dan ini akan
mendatangkan kesukaran dan bahaya kepada penduduk yang ingin solat berjemaah.
Tambahan pula, pertambahan penduduk semakin bertambah dengan telah wujudnya
sebuah perumahan terdekat iaitu Taman Bemban Setia jaraknya kira-kira 1.2 km.

iii. Dengan ketiadaan tempat yang khusus serta pengisian program dan aktiviti yang
baik dan berkesan, masaalah perpecahan dalam masyarakat sukar diatasi dan
dibendung. Selain itu juga, dengan wujudnya surau di taman ini, penduduk Islam akan
dapat saling mengenali di antara satu sama lain dan ini tentu sekali akan mewujudkan
suasana yang harmoni dan kondusif kepada penduduk setempat.

iv. Majoriti penduduk Islam di taman ini adalah merupakan golongan umur muda dan
pertengahan yang mana kebanyakannya mempunyai akan-anak kecil yang masih
bersekolah. Dengan adanya satu tempat ibadah khusus seperti surau, maka anak-anak
kecil tadi akan mendapat manfaat secara langsung seperti adanya kelas-kelas
pendidikan agama dan Al-Quran serta cadangan untuk mewujudkan perpustakaan
sebagai tempat rujukan ilmu. Ini secara langsung akan dapat mengelakkan anak-anak
kita daripada terjebak kepada aktiviti-aktiviti lain yang tidak sihat seperti terlibat di
dalam gejala-gejala sosial yang amat mengancam generasi muda pada masa kini.

v. Selain itu juga, keyakinan masyarakat setempat kepada kerajaan juga boleh terjejas
jika ketiadaan komitmen serta sokongan padu yang tinggi daripada pihak kerajaan
dalam menyokong penduduk setempat demi untuk meningkatkan syiar Islam didalam
soal kemudahan beribadah yang selesa.

vi. Masalah semasa yang dihadapi oleh para penduduk Islam di Taman ini adalah
ketiadaan tempat beribadah yang khusus dan ini nyata sekali akan menghalang
jemaah daripada meningkatkan program dan aktiviti pengimarahan surau. Pada bulan
Ramadhan yang lalu, pihak Jawatankuasa Surau Sementara Anjung Bemban Maju telah
secara bergotong -royong dan muafakat, berusaha untuk melakukan solat terawih
secara berjemaah. Para penduduk setempat telah berusaha dengan perbelanjaannya
sendiri, menyewa rumah setingkat di taman ini dan telah berjaya menjalankan program
solat terawih secara berjemaah walaupun di dalam keadaan yang serba
kekurangan.

FAEDAH PEMBINAAN SURAU AL-EHSAN


Berdasarkan kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas, cadangan pembinaan
Surau Al-Ehsan ini adalah di atas beberapa tujuan utama iaitu:

i. Dapat memberikan kemudahan kepada penduduk Islam setempat untuk


menunaikan tanggungjawab fardu kifayah.

ii. Dapat mendorong penduduk Islam setempat meningkatkan perpaduan dan


persefahaman melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama.

iii. Mencerminkan komitmen kerajaan dan tanggungjawab sosial bagi meningkatkan


syiar Islam seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga
dasar kerajaan.

iv. Untuk membolehkan penduduk dan para jemaah agar dapat bersembahyang
secara berjemaah terutamanya di dalam bulan Ramadhan.

v. Membolehkan pihak AJK membuat perancangan strategi jangka panjang agar


program-program ilmu dapat dijalankan dengan teratur, berkesan dan selesa.

Mengikut perancangan, setelah siap kelak bangunan surau baru ini juga akan
dilengkapi dengan ruang solat (lelaki dan wanita secara berasingan), kelas mengaji,
tempat mengangkat wudhu' lelaki dan wanita, ruang mesyuarat/perpustakaan dan
stor. Cadangan bangunan Surau ini akan dapat memuatkan lebih daripada 500 jemaah
pada satu-satu masa.

5. CADANGAN SPESIFIKASI BANGUNAN SURAU AL-EHSAN

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN


1. Kapasiti Jemaah 500 Orang Jemaah
2. Jenis Bangunan Bangunan Satu Tingkat
3. Keluasan Bangunan 744.6 meter persegi : (20.8 x 35.8) meter
4. Keluasan Dewan Solat 196.5 meter persegi : (12.6 x 15.6) meter
5. Struktur Konkrit Tetulang
6. Binaan bangunan Batu bata berplaster (reinforced)
7. Kemasan dinding Lepaan simen (Plaster luar dan dalam)
8. Bumbung Conrete tile dan Metel deck
(Kerangka Bumbung jenis kayu/besi)
2 x 4 asbestos
10. Kemasan cat Emulsion – Kelas sederhana putih
11. Pintu Pintu Gelungsur aluminium
12. Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih
13. Kemasan lantai i. Dewan solat – karpet
ii. Teres koridor – jubin seramik
iii. Bilik pentadbiran – jubin seramik
iv. Kelas – seramik
v. Stor Barangan – jubin seramik

14. Bilik air/wuduk a. Simpanan Air


b. Tandas Lelaki – 2 unit
c. Tandas Perempuan – 1 unit
d. Tempat Wudhu’ Lelaki – 1 unit
e. Tempat Wudhu’ perempuan – 1 unit

15. Pendawaian letrik Single phase – 60 Amphere


(Punca Utama)

a. Punca lampu – double fluorescent with reflector


b. Punca kipas – kipas siling dan dinding
c. Punca kuasa 13A –domestik
d. Punca kuasa 15A – penyaman udara

AAN
Kos keseluruhan pembinaan Surau Al-Ehsan ialah RM300,000.00 (Ringgit Malaysia :Tiga
Ratus Ribu Sahaja)

You might also like