You are on page 1of 32

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

1.0 PENGENALAN

1.1 LATARBELAKANG PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR


PANJANG (PPKPP)

PPKPP ditubuhkan pada 21hb. Julai 1983 dengan No. Pendaftaran PPK 0234
mengikut Akta Pertubuhan Peladang 109 (Pindaan 1983). Kawasan pengendalian
seluas 12,305 hektar bermula dari Sungai Nipah hingga Sekinchan. Tanaman utama di
kawasan pengendalian adalah padi, kelapa, kelapa sawit, buah-buahan, sayuran dan
sebagainya seperti berikut:
a) Padi : 7,725.00 hektar
b) Kelapa sawit : 2,500.00 hektar
c) Kelapa : 2,000.00 hektar
d) Lain-Lain : 80 hektar
Pejabat PPK Pasir Panjang terletak diLot 1935, Bangunan Peladang, Pekan Pasir
Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan. Berikut merupakan maklumat
asas PPK Pasir Panjang:
a) Jumlah keluarga tani : 4,414keluarga tani
b) Jumlah ahli berdaftar : 4,487orang
c) Jumlah ahli perseorangan (aktif) : 2,387orang
d) Jumlah KAT : 12 buah
e) Peratus keahlian berdaftar berbanding keluarga tani: 101.6%
f) Jumlah ahli perseorangan mengikut pecahan seperti berikut:

Melayu - 3,705 orang : 83.93%


Cina - 704 orang : 15.95%
India - 5 orang : 0.11%
Kawasan pengendalian PPKPP terdiri dari Mukim Pasir Panjang dan Mukim Pancang
Bedena serta terdapat 22 buah kampong. Jarak daripada Pejabat Daerah Sabak
Bernam adalah 21 kilometer manakala Jarak daripada pekan terdekat Sekinchan
adalah 10 kilometer.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 1


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

Bilangan ahli / Unit Peladang / KAT / saham mengikut jantina:


Wanita : 1,070 orang
Lelaki : 3,344 orang
KOSATA (KAT) : 12 unit
Unit Peladang : 21 unit
Modal saham dibenarkan : RM 2 juta
Jumlah saham : RM 696,252.35
Ahli lelaki : RM 472,025.66
Ahli wanita : RM 224,226.69
Purata saham Individu : RM 157.77/ ahli
KOSATA (KAT) : RM 109,865.94
Purata saham KAT : RM 9,155.49 / KAT

Pentadbiran PPK Pasir Panjang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu 11 orang Ahli Jemaah
Pengarah yang telah dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan PPK sessi 2016-2019.
Pengurusan pula terdiri daripada 8 orang anggota LPP dan 22 orang anggota sokongan
PPK. Matlamat PPK Pasir Panjang adalah untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial,
menambah pengetahuan dan kemahiran, meningkatkan hasil dan pendapatan, membaiki
taraf hidup ahli-ahli serta mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif berdikari,
makmur dan bersatu padu.

1.2 FUNGSI PPKPP


Fungsi PPKPP sebagaimana dinyatakan di bawah Perkara 5 Perlembagaan PPK Pasir
Panjang mengikut Akta Pertubuhan Peladang 1973 seperti berikut:
i. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli-ahli peladang ketahap melebihi
RM1,500 sebulan dan mampu untuk melaksanakan operasi pertanian secara
berterusan.
ii. Menambah pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli peladang melalui kursus,
latihan, seminar yang tersusun dan terancang.
iii. Meningkatkan hasil dan pendapatan ahli-ahli peladang melalui pengurusan
ladang yang terancang, berteknologi dan moden.
iv. Membaiki cara hidup ahli-ahli dari yang ada sekarang kepada tahap
peladang berdaya maju serta berkeupayaan menguruskan kehidupan secara
komersial.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 2


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

1.3 OBJEKTIF/MISI/MATLAMAT/WAWASAN/ SLOGAN


Objektif
i. Menjadikan PPK Pasir Panjang kukuh dengan meningkatkan taraf
ekonomi dan sosial melalui perlaksanaan aktiviti berteraskan pertanian
secara komersial.
ii. Menjadikan PPK Pasir Panjang sebuah Institusi Peladang yang bergerak
maju dan mampu menggembling, mengatur dan menggerak ahli
Pertubuhan Peladang secara profesional supaya menjadi peladang aktif
dan komersial sebagai pengeluar makanan negara.
Misi:
Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada ahli-ahli dan
Enterprise Peladang.
Wawasan:
Menjadi sebuah Pertubuhan Peladang yang kukuh dan berdaya maju untuk
ahli melalui penglibatan di dalam aktiviti pengeluaran makanan.
Nilai teras syarikat
i. Untuk meningkatkan 50% penglibatan ahli-ahli dalam aktiviti
pengeluaran, pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian dengan
tujuan meningkatkan pendapatan.
ii. Untuk mewujudkan 30 Peladang sebagai Usahawan Peladang Komersial
yang mampu menyumbang kepada pengeluaran makanan negara.
iii. Untuk memperkukuhkan Pertubuhan Peladang ke tahap keupayaan
menanggung 100% kos operasi termasuk sekurang-kurangnya 50% kos
dibantu.
iv. Meluaskan aktiviti-aktiviti perniagaan dan mampu mengeluarkan dividen
kepada ahli tidak kurang 10% daripada nilai saham.
v. Untuk mengamalkan 100% budaya dan etika perniagaan dalam
pengurusan Pertubuhan Peladang serta membangunkan masyarakat
peladang dalam aktiviti sosial dan kebajikan menerusi program
pembangunan insan.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 3


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

1.4 AKTIVITI PERKHIDMATAN DAN EKONOMI

Dua sektor aktiviti utama yang diberi penekanan:

Aktiviti Ekonomi

i. Perniagaan Input Pertanian

ii. Pemasaran Hasil Pertanian

iii. Projek-Projek Perladangan dan Pembangunan

iv. Kontrak Kerja dan Pembekalan/Perkhidmatan

v. Mengedar Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan dan


lain-lain insentif.

Aktiviti Perkhidmatan

i. Pentadbiran dan Pengurusan Personel

ii. Perakaunan dan Pengurusan Kewangan

iii. Pertubuhan dan Khidmat Sosial

iv. Skim Kredit, Simpanan dan Pelaburan.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 4


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

1.5 CARTA PENGURUSAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR


PANJANG

SYAHAZMIR B HALIMI

PENGURUS HAL EHWAL


KORPORAT/LADANG BENIH PADI

ROHAIDAYU BINTI
ESRON

EKSEKUTIF AKAUN

SARIFAH BT ABD HIDAYAH BT ROSYATIMAH BT


WAHID HAPISUDIN KUSNI
KERANI KERANI KERANI

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 5


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

2.0 KEDUDUKAN RELEVEN

2.1 Tahap kedududkan di Pertubuhan Peladang Kawasan Pasir Panjang

2.1.1 Pengurus Hal Ehwal Korporat/Ladang Benih Padi


Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi,
menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan
pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan
Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan
membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat
bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.

2.1.2 Esekutif Kewangan


Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun
pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku
tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

2.1.3 Kerani
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang
berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan
laporan bulanan,projek, statistik serta penyediaan.

3.0 PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

3.1

Kedudukan 2019
Situasi Tindakan
Permintaan penawaran
Pengurus Hal Ehwal 1 1 0 Tiada Tindakan
Korporat /Ladang
Benih Padi (1) Baki

Eksekutif 1 1 0 Tiada tindakan


Kewangan (1)
Baki
Kerani (3) 4 3 (+) 1 Pengambilan pekerja
Kekurangan

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 6


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

4.0 PROSES ANALISIS PEKERJAAN


4.1 Pengurus Hal Ehwal Korporat/Ladang Benih Padi

A. DESKRIPSI TUGAS

 Merancang, melaksana, mengawal dan Menguruskan Keahlian PPK.


 Merancang, melaksana, mengawal dan Menguruskan mesyuarat Ahli Jemaah
Pengarah.
 Merancang, melaksana, mengawal dan Menguruskan mesyuarat jawatankuasa unit.
 Merancang, melaksana, mengawal dan Menguruskan mesyuarat agung unit.
 Merancang, melaksana, mengawal dan Menguruskan mesyuarat agung tahunan
PPK.
 Merancang, melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan Bahagian Ladang
Benih Padi.
 Merancang, melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti Semaian.
 Merancang, melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti penanaman
Benih Padi.
 Merancang, melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti peringkat
ladang dalam projek.
 Merancang, melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti Tuaian
Projek.
 Merancang, melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti bahagian
Mini Estet Padi.
 Merancang, melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti bahagian
Skim Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Peladang.
 Merancang, Melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti insentif
pengapuran di bawah dasar jaminan pengeluaran makanan negara (DJPMN).
 Menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan
dari masa kesemasa.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 7


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

B. SPESIFIKASI PEKERJAAN

Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak
dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:-
(a)
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada E41 : P1T3); atau
(iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada E41 : P1T5); atau
(iv) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada E41 : P1T8); atau
(v) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada E41 : P1T8); atau
(vi) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan
Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada E41 : P1T9); atau
(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41:P1T10); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 8


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan.

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi


adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan
pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4.2 Eksekutif kewangan

A. DESKRIPSI TUGAS
 Perekodan Data sistem Perakaunan Berkomputer dan Penyediaan Laporan
Kewangan
 Mengurus dan memastikan kemasukan maklumat dan data mengikut tajuk yang
bersesuaian daripada dokumen yang disediakan.
 Merekod semua terimaan samaada tunai atau cek ke Jernal Terimaan Tunai.
 Merekod semua bayaran samaada tunai atau cek Jernal Pembayaran Tunai.
 Merekod semua Jualan secara kredit ke Jernal Jualan
 Merekod semua belian secara kredit ke dalam Jernal Belian.
 Mengurus Semakan buku-buku stok, buku-buku daftar Dan buku Lejer Tambahan
 Buku Stok Dokumen Terkawal
 Buku Stok kedai input
 Buku daftar asset tetap
 Buku daftar Saham dan Ahli
 Buku Lejer Penghutang
 Buku Lejer Pemiutang
 Menyemak Buku Tunai, Buku Bank dan membuat Penyata penyesuaian bank
setiap bulan.
 Mengurus buat pelarasan kesilapan akaum dalam jernal am
 Membuat Laporan Penyata Kewangan
 Imbangan duga
 Laporan Terima dan Bayaran

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 9


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

 Kunci kira-kira
 Menyelia pengurusan Kewangan dan penggunaan sumber
 Mengambil tindakan ke atas hal-hal yang bersangkutan simpanan tetap, pelaburan
dan pinjaman
 Memastikan nombor-nombor baucer di kaki cek yang telah dikeluarkan untuk
pembayaran direkodkan
 Menyemak dan dan mengesahkan penerimaan cek-cek dan memastikan
kemasukan cek tersebut di bank
 Memastikan semua dokumen perakaunan dan laporan kewangan disimpan dalam
keadaan yang baik dan selamat.

B. SPESIFIKASI PEKERJAAN

Syarat Lantikan:

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

i. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.


(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
ii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08)
iii. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United
Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 10


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

ii. Syarat Bahasa Melayu


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya
Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan

Syarat- sayarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan


Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong
Akauntan Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan:

a. i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

b. (b) had umur pelantikan:


i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.

4.3 Kerani

A. DESKRIPSI TUGAS
 Membantu melaksana, mengawal dan Menguruskan Keahlian PPK
 Membantu melaksana, mengawal dan Menguruskan mesyuarat Ahli Jemaah
Pengarah.
 Membantu melaksana, mengawal dan Menguruskan mesyuarat jawatankuasa unit.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 11


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

 Membantu melaksana, mengawal dan Menguruskan mesyuarat agung unit.


 Membantu melaksana, mengawal dan Menguruskan mesyuarat agung tahunan
PPK
 Menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan
dari masa kesemasa.
 Membantu melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan Bahagian Ladang
Benih Padi.
 Membantu melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti Semaian.
 Membantu mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti penanaman Benih Padi.
 Membantu mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti peringkat ladang dalam
projek.
 Membantu mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti Tuaian Projek.
 Menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan
dari masa kesemasa.
 Membantumelaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti bahagian Mini
Estet Padi.
 Membantu melaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti bahagian Skim
Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Peladang.
 MembantuMelaksana, mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti insentif
pengapuran di bawah dasar jaminan pengeluaran makanan negara (DJPMN).
 Menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan
dari masa kesemasa.

B. SPESIFIKASI PEKERJAAN

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 12


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam


subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu


Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan
oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke
jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a. mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
b. lulus Peperiksaan Khas; dan
c. had umur pelantikan:
 berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
 berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
 berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 13


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

5.0 PROSES PENGAMBILAN

Semua pengambilan dan pelantikan pekerja hendaklah merujuk kepada keperluan dan
keupayaan semasa Pertubuhan, supaya kepentingan dan kebajikan pekerja tersebut
terpelihara. Jawatankuasa dibentuk bagi melaksanakan tugas-tugas berkaitan sumber
manusia. Pihak sumber manusia perlu mengenalpasti kekosongan atau kewujudan jawatan
baru di dalam organisasi. Kekosongan atau kewujudan jawatan di Lembaga Pertubuhan
Peladang hendaklah diisi supaya tidak menjejaskan kelancaran, produktiviti dan kualiti
perkhidmatan, perniagaan dan projek yang sedang atau yang akan dilaksanakan.

5.1 Jawatan Pengurus Hal Ehwal Korporat

Sumber pengrekrutan secara dalaman di Lembaga Pertubuhan Peladang


membenarkan pekerja sedia ada untuk memohon mana-mana jawatan kosong. Ia
menggalakkan pekerja untuk berpindah dari satu pekerjaan ke organisasi yang lain dalam
organisasi bermakna pengambilan pekerja masih harus melakukan pekerjaan yang
dikosongkan oleh orang yang dipindahkan atau dipromosikan. Walau bagaimanapun,
dasar memberi keutamaan kepada pekerja sedia ada, dengan syarat mereka layak
mempunyai beberapa kelebihan. Adalah lebih mudah untuk menilai kesesuaian calon ini
kerana kebolehan dan keupayaan mereka telah diketahui oleh organisasi. Dasar
membenarkan pekerja memohon kekosongan jawatan dalam organisasi ini dapat
memotivasi dan membantu para pekerja yang mungkin bosan dengan pekerjaan mereka
atau yang mungkin telah membangunkan kemahiran baru yang tertentu. Kebanyakan
kesatuan sekerja akan menegaskan bahawa keutamaan diberi kepada pekerja yang sedia
ada apabila terdapat kekosongan jawatan, terutamanya jika ia bermakna kenaikan pangkat
bagi pekerja yang sudah ada di senarai gaji. Kekosongan jawatan disebarkan di dalam
organisasi melalui pengiklanan di papan kenyataan di semua jabatan yang mudah dilihat
oleh semua pekerja. Pekerja-pekerja yang berminat perlu mendapatkan borang
permohonan yang disediakan oleh Jabatan Sumber Manusia dan di hantar mengikut
tempoh yang ditetapkan.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 14


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

5.2 Jawatan Eksekutif Kewangan


Sumber pengrekrutan secara luaran

 Pengiklanan

Aktiviti mengiklan dalam media massa boleh melibatkan kos yang tinggi. Pihak
Pertubuhan boleh merangka iklan jawatan kosong tersebut kepada syarikat akhbar ataupun
mendapatkan bantuan daripada agensi pengiklanan. Walaupun Pertubuhan mungkin perlu
membayar lebih untuk mendapatkan kepakaran mereka, nilai atau manfaat yang dapat
diperoleh adalah setimpal dengan kos yang telah dilibatkan.
Pertubuhan Peladang yang ingin mengiklankan jawatan kosong dalam surat khabar
perlu mempertimbangkan faktor-faktor seperti akhbar yang akan dipilih, saiz iklan,
maklumat yang akan dimasukkan, reka bentuk dan reka letak iklan. Iklan yang mempunyai
reke letak yang menarik dan ditulis dengan perkataan-perkataan yang kreatif akan dapat
menarik perhatian lebih banyak pemohon. Di samping itu, Pertubuhan Peladang perlu
memasukkan maklumat-maklumat penting yang ingin diketahui bakal pemohon seperti
deskripsi pekerjaan, julat gaji yang ditawarkan. Bagi membolehkan pemohon menghubungi
Pertubuhan dengan mudah, nombor telefon, nombor faks dan nama pegawai yang harus
dihubungi harus disertakan dalam iklan tersebut. Huraian kerja yang diberikan harus
mencerminkan sifat atau ciri-ciri pekerjaan sebenar.

 Rujukan kepada agensi pekerjaan

Jika Jabatan Buruh di Kementerian Sumber Manusia boleh membantu Pertubuhan untuk
menjalankan usaha pengambilan di pekan-pekan kecil, agensi pekerjaan swasta pula boleh
membantu Pertubuhan untuk mencari pekerja di bandar-bandar besar, terutama pekerja
pejabat. Bagi pekerjaan tahap pengurusan dan penyeliaan, majikan mungkin ingin
mendapatkan khidmat kepakaran daripada syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam
pencarian pekerja-pekerja eksekutif ataupun firma perunding pengurusan yang memiliki
kepakaran dalam aspek pengambilan pekerja professional dan pengurus.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 15


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

 Menghubungi kolej tempatan

Pihak Pertubuhan Peladang boleh menghubungi kolej tempatan untuk mendapatkan calon
yang berpotensi, bergantung kepada jenis kekosongan jawatan walaupon calon-calon ini
mungkin tidak mempunyai pengalaman bekerja. Kebanyakkan kolej swasta akan
mengadakan minggu kerjaya pada setiap tahun. Sepanjang minggu tersebut, majikan dari
pelbagai organisasi akan di jemput itu memberi ceramah kerjaya kepada penuntut-penuntut
yang bakal menamatkan pengajian mereka. Pihak Pertubuhan Peladang boleh mengambil
peluang ini untuk menghubungi institusi pendidikan yang berkenaan bagi menetapkan masa
untuk membuat perjumpaan kepada penuntut-penuntut tahun akhir yang ingin mencari
pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

5.3 Jawatan Kerani

Sumber pengrekrutan secara luaran

 Pengiklanan di Media Massa

Pengiklanan untuk mencari pemohon yang berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan
mungkin dalam bentuk notis, poster dan sepanduk yang diletakkan di tempat yang strategik,
memasukkan di dalam lajur keratan akhbar dan jurnals atau mungkin boleh disiarkan
melalui radio dan televisyen. Sebilangan besar iklan kekosongan adalah ditempatkan di
akhbar walaupun sebenarnya jurnal khusus tidak boleh diabaikan.

 Rujukan Pekerja
Rujukan pekerja adalah apabila pekerja dalaman mempunyai rakan dan keluarga yang
sedang mencari pekerjaan dengan memaklumkan kepada pekerja tentang kewujudan
kekosongan jawatan. Sumber pemohon cara ini adalah agak murah. Apabila Pertubuhan
berhadapan dengan pasaran buruh yang ketat menggalakkan pekerja untuk bertindak
sebagai pegawai pengambilan dengan membayar premium untuk setiap pekerja yang
diperkenalkan oleh pekerja yang sedia ada.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 16


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

 Laman Web Syarikat.


Pertubuhan juga akan menggunakan laman web syarikat sebagai tempat untuk mengiklanan
kekosongan jawatan. Ini digunakan dikebanyakkan syarikat kerana dapat menjimatkan kos.
Dengan cara ini calon yang berminat boleh menghantar terus resume dalam talian.

6.0 PROSES PEMILIHAN

Proses pemilihan calon adalah berdasarkan kepada tahap kelulusan, pengalaman,


kemahiran, kebolehan dan kesesuaian calon-calon. Jawatankuasa hendaklah menyediakan
senarai pendek calon-calon yang layak untuk dipanggil temuduga. Calon-calon dipanggil
untuk ditemuduga menerusi surat panggilan temuduga yang dikeluarkan oleh Pertubuhan.
Panel temuduga adalah daripada kalangan Ahli Jawatankuasa termasuk Pengurus Besar.
Sesi temuduga dilaksanakan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh penal
temuduga. Sesi temuduga hendaklah menyoal, mendengar, dan mengumpulkan maklumat
calon-calon supaya mudah untuk membuat penilaian berhubung pewatakan, minat,
kesesuaian, keyakinan, kebolehan dan keupayaan dalam menjalankan tugas yang
ditawarkan. Borang penilaian calon digunakan semasa sesi temuduga dijalankan bagi
tujuan rekod.

6.1 Jawatan Pengurus Hal Ehwal Korporat

Calon yang layak akan dipanggil menerusi surat panggilan temuduga yang di sediakan
oleh Jabatan Sumber Manusia. Calon yang layak akan ditemuduga. Bagi jawatan tahap
pengurusan, penemuduga akan memasukkan soalan berkaitan seperti jenis tugas kerja
terdahulu, kursus latihan yang telah diambil, keahlian dalam persatuan profesional dan
aktiviti -aktiviti yang digemari. Calon juga diminta untuk membawa resume di hari
temuduga tersebut. Bagi calon pekerja yang dipromosikan jawatan perlu mengambil ujian
KPSL. Sekiranya calon berjaya, surat tawaran akan dihantar terus kepada pemohon.
Pemohon perlu menandatangani surat pengesahan jawatan apabila bersetuju dengan
tawaran perlantikan jawatan baharu tersebut.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 17


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

6.2 Jawatan Eksekutif Kewangan

Calon yang layak akan dipanggil menerusi surat panggilan temuduga yang disediakan oleh
Jabatan Sumber Manusia. Pemohon perlu menyediakan resume semasa di hari temuduga
berkenaan. Pengalaman di dalam bidang kewangan adalah satu keperluan. Calon yang
berjaya setelah disenarai pendek akan dihantar surat tawaran perkhidmatan terus
kepadanya. Kemudian calon perlu menandatangani surat pengesahan jawatan setelah
setuju menerima tawaran tersebut.

6.3 Jawatan Kerani

Calon yang layak akan dipanggil menerusi surat panggilan temuduga yang disediakan oleh
Jabatan Sumber Manusia. Pemohon perlu menyediakan resume semasa di hari temuduga
berkenaan. Pengalaman dalam mengendalikan komputer seperti Microsoft Office adalah
diperlukan. Calon yang layak setelah disenarai pendek akan dihantar surat tawaran
perkhidmatan. Kemudian, calon perlu menandatangani surat pengesahan jawatan setelah
setuju dengan tawaran tersebut.

 Proses pemilihan calon yang layak

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat untuk mendengar syor, cadangan dan


pemilihan terhadap calon yang telah ditemuduga. Jawatankuasa hendaklah menyediakan
senarai yang layak mengikut susunan markah tertinggi dan memperakukan hanya yang
layak untuk ditawarkan kerja dan calon selebihnya ialah calon simpanan yang tempoh sah
lakunya selama 6 bulan dati Tarikh keputusan mesyuarat. Markah minimum yang boleh
diperakukan hendaklah 80% ke atas.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 18


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

7.0 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN


A) Pengurus Hal Ehwal Korporat/Ladang Benih Padi
Kursus Penyeliaan Ladang
Kursus ini diselia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber
Manusia. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai:

 Kaedah dan Teknik Pengurusan Ladang


 Penilaian Kemajuan Kerja
 Penggunaan dan Pengendalian Kenderaan Ladang
 Keselamatan di Tempat Kerja
 Peraturan dan Disiplin Kerja
 Pengurusan Kewangan Ladang
 Penyeliaan Tenaga Kerja Perladangan
 Pengurusan Tanaman Sawit &Lain-lain Tanaman seperti Getah, Semaian Getah,
Buah-buahan, Hortikultur dan Landskap

Kursus ini bakal menyediakan tenaga mahir yang sangat diperlukan oleh agensi-agensi
dan syarikat perladangan seperti RISDA, FELDA, FELCRA, Ladang Tabung Haji
mahupun estet-estet besar dan persendirian di seluruh Negara, selain menjadi seorang
Usahawan Perladangan atau Pengusaha Ladang sendiri.

B) Eksekutif kewangan

Kursus Kewangan

 Memberi pendedahan kepada perbezaan penyata kewangan dan perakaunan


 Meningkatkan kefahaman item-item yang terdapat dalam penyata kewangan dan
perakaunan.
 Membolehkan menganalisis penyata kewangan dan meningkatkan kefahaman
hasil analisis dengan pembuatan keputusan kewangan.
 Membolehkan perserta membuat perancangan,ramalan dan belanjawan tunai.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 19


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

 Meningkatkan kefahaman mengenai kaedah perolehan projek-projek yang


berkualiti pada harga yang berpatutan serta mengurangkan berlakunya
kekurangan perbelanjaan dan kelewatan dalam pelaksanaan projek

Kursus Biro Tatanegara


 Memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan
awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara
dan kerajaan.
 Memberi penjelasan tentang pengurusan displin dan pembentukan sahsiah
anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas.
 Memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua
anggota perkhidmatan awam.
 Memenuhi sebahagian daripada tahap kecekapan 1 di bawah penilaian tahap
kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.

C) Kerani

Kursus Pengurusan Pentadbiran Pejabat

 Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai pekerja.


 Menunjukkan kemahiran bekerja dalam mencapai kejayaan.
 Meningkatkan dan mengembangkan imej korporat.
 Menilai produktiviti ditempat kerja.
 Komunikasi efektif dan hubungan insan bagi kumpulan sokongan.
 Teknik mengawal keadaan dalam skop kerja.
 Mengetahui cara menguruskan kerja dan ketua dengan lebih mendalam.
 Kemahiran mendengar dan mengumpul data.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 20


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

8.0 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PRESTASI KERJA

i. Penilaian prestasi

Prestasi pekerja hendaklah dipantau dan diselia dari semasa ke semasa supaya dapat
mengukur pencapaian kemajuan / prestasi kerja mereka. Pertubuhan Peladang hendaklah
menyediakan rekod pekerja dengan membuka fail peribadi perkhidmatan. Semua data dan
maklumat berkaitan pekerja perlulah dimasukan ke dalam fail tersebut dan dikemaskini
dari semasa kesemasa oleh bahagian pentadbiran pertubuhan.

ii. Kriteria pengukuran prestasi

Perkara - perkara yang diukur dan dinilai pertubuhan terhadap pekerja dari semasa ke
semasa adalah seperti berikut;
a. Pencapaian hasil kerja
b. Tanggungjawab
c. Berkerjasama
d. Disiplin
e. Sikap
f. Kebolehan menyelia / memimpin
g. Kualiti kerja
h. Inisiatif dan Proaktif
i. Penyediaan / Pengurusan maklumat
j. Komunikasi
k. Memberi idea dan pendapat
l. Ketrampilan peribadi
Setiap tahun semua pekerja hendaklah dipanggil oleh ketua masing-masing untuk
menjelaskan dan membincangkan pencapaian prestasi kerja tahun semasa serta
perancangan kerja tahun hadapan. Berikut adalah proses penilaian untuk Pertubuhan
Peladang Cawangan Pasir Panjang.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 21


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

8.1 Pengurus Hal Ehwal Korporat/Ladang Benih Padi


Prestasi Pengurus Hal Ehwal Korporat/Ladang Benih Padi akan dinilai oleh
Pengurusan atasan diperingkat pusat. Prestasi Pengurus dinilai dari segi kepakaran
merancang, mengarah, serta mengawal dan menyelaraskan aktiviti pentadbiran dan
operasi pertubuhan peladang dalam lingkungan organisasi di bawah bimbingannya. Selain
itu, bagaimana keupayan mereka untuk mengurus serta menyediakan perancangan,
melaksanakan dan mengawalselia semua akiviti kerja di ladang samada berhasil atau pra
hasil atau pertanian am berdasarkan Pekeliling dan Akta Pertubuhan Peladang 109
(Pindaan 1983)., S.O.P, perancangan dan jadual kerja, disiplin/penentuan kerja serta
amalan agronomi (G.A.P) yang telah ditetapkan.
Pengurusan atasan akan menilai anggaran hasil ladang semasa belanjawan dan
seterusnya menyemak anggran operasi pengeluaran hasil adakah selaras dengan anggaran
yang disasarkan. Selain itu, mengawal selia operasi ladang secara efektif dengan
pematuhan disiplin pekerja dan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan pada setiap
peringkat staf/pekerja. Pengurus ladang juga merancang operasi perladangan dengan
mengoptimumkan penggunaan input pertanian, tenaga kerja, peralatan serta jentera dan
mengurangkan kehilangan hasil.
Melaksanakan dan mengawal system keselamatan hasil dan harta ladang dengan
efektif serta berkesan di semua pusat pentadbiran ladang. Akhir sekali, bagaimana
mengaplikasikan teknik dan teknologi perladangan terkini yang bersesuaian supaya
pengurusan ladang mampu meningkatkan produktiviti dan mencapai tahap daya maju
yang tinggi. Kemudian memastikan pembangunana ladang menepati kehendak
pemuliharaan alam sekitar dan mengawal selia semua hasil yang dipasarkan berkualiti dan
keselamatan hasil sentiasa terjamin.

8.2 Eksekutif Kewangan


Kedudukan eksekutif kewangan akan dinilai oleh ketua exercutive kanan pertubuhan,
kedudukan ini dinilai dengan cara mereka merancang, mengarah, mengawal dan
menyelaras operasi kewangan dalaman operasi pertubuhan peladang, menilai situasi
kewangan pertubuhan, menyediakan belanjawan dan memantau pelbagai operasi
kewangan selain mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan
cekap.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 22


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

Mengurus dan menyelia aktiviti Penyediaan akaun dan Laporan Kewangan,


Penyediaan belanjawan, Pengurusan perolehan, Pengurusan aset dan inventori, bayaran
pinjaman dan kawalan kredit.
Selain itu juga, menyediakan maklumat sokongan lain berkaitan dengan penyata
kewangan serta menyediakan laporan pengurusan yang diperlukan. Memastikan semua
peraturan kewangan dan perakaunan dipatuhi di dalam menjalankan kerja harian.
Memastikan proses kewangan dibuat mengikut susunan yang ditetapkan serta memastikan
perbelanjaan tidak melebihi peruntukan. Akhir sekali menyediakan laporan perbandingan
perancangan vs pencapaian.

8.3 Kerani
Kedudukan kerani akan dinilai oleh Ketua Cawangan pertubuhan yang berkerja
diperingkat atas dari kedudukan mereka. Prestasi tahap ini akan dinilai bergantung
bagaimana mereka bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi
di peringkat cawangan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi
tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan
kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan
perhubungan/komunikasi). Menaip surat-surat berkaitan pentadbiran am, laporan, minit
mesyuarat, memo, format dan lain-lain surat rasmi yang diarahkan Ketua Cawangan.
Kemudian memohon, merekod dan mengawal pergerakan stok inventori serta
mengagihkan kepada pegawai yang memerlukan. Akhir sekali membuka, mengawalselia,
merekod, mengemaskini dan menutup fail pentadbiran dari semasa ke semasa.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 23


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

9.0 Ganjaran

Ganjaran amat penting bagi mengekalkan budaya kerja yang positif dan proaktif.
Ganjaran merupakan salah satu faktor yang mencetuskan motivasi dalam diri pekerja.
Ganjaran boleh diberikan dalam bentuk wang dan bukan wang seperti kenaikan pangkat
percutian dan sebagainya. Ganjaran akan diberikan bergantung kepada prestas kerja,
disiplin dan komitmen yang cemerlang pekerja dalam perlaksanaan tanggungjawab yang
disandang dalam sesetiap organisasi.

Ganjaran yang diterima


9.1. Gaji
Semua pekerja yang dilantik oleh Lembaga Pertubuhan Peladang menerima gaji permulaan
mengikut tangga gaji permulaan mengikut tangga gaji jawatan berkenaan mengikut skim
yang ditetapkan

9.1.1 Kenaikan gaji


Kenaikan gaji bergantung kepada keuntungan, kedudukan ekonomi/kewangan dan prestasi
pekerja bagi membolehkan kenaikan gaji kepada pekerja pada tahunan semasa. Kenaikan
gaji tahunan boleh diberi setelah menerima laporan penilaian prestasi/kemajuan pekerja
yang dipantau dan dikawal selia oleh setiap ketua jabatan masing-masing. Kenaikan gaji
diberi kepada pekerja yang dalam tempoh perkhidmatan mengikut tahun genap dari tarikh
lantikan.

9.1.2 Keputusan mutlak pemberian ganjaran


Ahli jemaah Pengarah melalui mesyuarat, berhak untuk meluluskan atau menangguh atau
mengurangkan kadar peratus kenaikan gaji berdasarkan kemampuan kewangan semasa
Pertubuhan serta pencapaian prestasi pekerja yang ditunjukkan.

9.2 ELAUN
9.2.1 Elaun Saraan
Ialah elaun tetap yang akan diberikan pda pekerja yang berkelayakan mengikut kadar yang
telah ditetapkan oleh pertubuhan. Elaun saraan contohnya elaun perkhidmatan, elaun
keraian, elaun pengangkutan, elaun perumahan, elaun telefon dan lain-lain yang ditetapkan
oleh Pertubuhan Peladang

9.2.2 Elaun Penginapan


Elaun ini akan diberikan pada pekerja yang perlu bermalam yang dibenarkan oleh
Lembaga Pertubuhan Peladang bagi menjalankan urusan rasmi dengan jarak tidak kurang
dari 70 km (sahaja) dari tempat bertugas mengikut kadar yang ditetapkan dalam skim elaun
Pertubuhan

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 24


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

9.2.3 Elaun Perjalanan.


Pekerja yang perlu membuat perjalanan bagi menjalankan urusan rasmi Pertubuhan
peladang boleh menggunakan kenderaan Pertubuhan jika diizinkan. Sekiranya perlu
menggunakan kenderaan persendirian maka pekerja berhak menuntut elaun perjalanan
mengikut kadar berdasarkan (jarak) yang telah ditetapkan.

9.3 Ganjaran berdasarkan jawatan.


9.3.1 Pengurus
Gaji
 Gaji Minimum – RM 2083.00 Maksimum – RM 9549.00 (Gred 41)
 Kenaikan gaji setiap tahun - RM 225.00

Elaun Bertugas di PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan)


 Elaun Pengangkutan
 Elaun Telefon
 Elaun keraian
 Elaun Perjalanan
 Elaun Penginapan

Elaun Tetap Sektor Kerajaan


 Elaun Perumahan
 Ealaun Sara Hidup
 Elaun Khidmat Awam

9.3.2 Eksekutif kewangan


Gaji
 Gaji Minimum – RM 1770.95 Maksimum – RM 5672.00 (Gred 29)
 Kenaikan gaji setiap tahun - RM 1455.00

Elaun Bertugas di PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan)


 Elaun Pengangkutan
 Elaun Telefon
 Elaun Perjalanan
 Elaun Penginapan

Elaun Tetap Sektor Kerajaan


 Elaun Sara Hidup
 Elaun Perumahan
 Elaun Khidmat Awam

9.3.3 Kerani
Gaji
 Minimum – RM 1,352.00 Maksimum – RM 4,003.00 (Gred 19)
 Kenaikan gaji setiap tahun - RM 1455.00

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 25


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

Elaun Bertugas di PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan)


 Elaun Pengangkutan
 Elaun Perjalanan
 Elaun Penginapan

Elaun Tetap Sektor Kerajaan


 Elaun Perumahan
 Elaun Sara Hidup
 Elaun Khidmat Awam

Ahli jemaah Pengarah melalui mesyuarat, berhak untuk meluluskan atau menangguh atau
mengurangkan kadar peratus kenaikan gaji berdasarkan kemampuan kewangan semasa
Pertubuhan serta pencapaian prestasi pekerja yang ditunjukkan

Elaun Lain
 Elaun Saraan
Ialah elaun tetap yang akan diberikan pda pekerja yang berkelayakan mengikut kadar yang
telah ditetapkan oleh pertubuhan. Elaun saraan contohnya elaun perkhidmatan, elaun
kerain, elaun pengangkutan, elaun perumahan, elaun telefon dan lain-lain yang ditetapkan
oleh Pertubuhan.
 Elaun Penginapan
Elaun ini akan diberikan pada pekerja yang perlu bermalam yang dibenarkan oleh
Pertubuhan bagi menjalankan urusan rasmi dengan jarak tidak kurang dari 70 km (sahaja)
dari tempat bertugas mengikut kadar yang ditetapkan dalam skim elaun Pertubuhan.
 Elaun Perjalanan.
Pekerja yang perlu membuat perjalanan bagi menjalankan urusan rasmi Pertubuhan
Peladang boleh menggunakan kenderaan Pertubuhan jika diizinkan. Sekiranya perlu
menggunakan kenderaan persendirian maka pekerja berhak menuntut elaun perjalanan
mengikut kadar berdasarkan (jarak) yang telah ditetapkan.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 26


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

10.0 CADANGAN

Meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan tenaga perkerja merupakan salah satu faktor
penting kejayaan sesebuah organisasi. Ia juga perkara yang amat penting di bawah
pengurusan sumber manusia. Pekerja yang kurang motivasi menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya akan menjadi beban kepada organisasi serta memberi masalah kepada
pengurus atau penyelianya. Pekerja seperti ini dapat mempengaruhi pekerja lain untuk
melakukan perkara yang tidak sejajar dengan matlamat sebuah organisasi. Ada beberapa
cara yang perlu ditingkatkan bahagian pengurusan sumber manusia di Jabatan Pertubuhan
Peladang Kawasan Pasir Panjang untuk membangunkan kumpulan kakitangan yang
bersifat enggaed antaranya pengambilan kakitangan yang sesuai. Pengambilan kakitangan
adalah satu perkara yang amat penting. Kakitangan mestilah mempunyai kelayakan, bakat
dan sikap yang sesuai bagi jawatan yang dikehendaki. Set kemahiran mereka mestilah
memenuhi keperluan organisasi. Pengambilan pekerja hendaklah mengikut keperluan
semasa oleh organisasi atau dalam jangka pendek atau jangka panjang. Ia juga berasaskan
kepada kemajuan teknologi dan perlu menentukan bilangan dan kualiti, kepakaran,
kebolehan dan pengetahuan kakitangan yang diperlukan. Gaji dan kemudahan-kemudahan
juga perlu diuruskan dengan baik untuk menarik bakal pekerja yang berkebolehan,
mengekalkan atau meningkatkan motivasi pekerja, dan mempengaruhi mereka untuk
kekal dalam perkhidmatan. Setiap kali ada di antara kakitangan yang meletakkan jawatan,
organisasi akan kehilangan kepakaran serta pengetahuan. Juga tidak ada jaminan akan
dapat mencari pengganti yang berkebolehan. Aktiviti pengambilan pekerja akan memakan
masa dan melibatkan kos.
Selain itu, beberapa insentif yang menarik juga disediakan, seperti kenaikan pangkat
dan gaji, anugerah, dan sebagainya, supaya ketekunan kakitangan kekal sepanjang karier
dan tidak pudar setengah jalan. Ketekunan kakitangan ini, mempunyai kaitan dengan
produktiviti atau hasil kerja. Mereka akan paling tekun dan komited jika mereka
dipertanggungjawabkan dengan penuh kepercayaan dan mereka sendiri boleh memantau
dan mengukur hasil prestasi kerja mereka. Justeru, produktiviti kakitangan harus diukur
secara sistematik dan pekerja sedia maklum akan penilaian ini.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 27


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

Kenaikan pangkat hendaklah diuruskan dengan mengesan kakitangan atau eksekutif


yang sangat sesuai dengan mengambil kira kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan
tingkahlakunya. Bagi jawatan eksekutif, kualiti lain seperti kepimpinan adalah diperlukan.
Sistem penilaian produktiviti kakitangan harus jelas, konsisten dan dilakukan secara
berkala. Prestasi yang dicapai dimaklumkan kepada mereka oleh pihak pengurusan dari
semasa ke semasa. Dengan cara ini, kakitangan tahu yang mereka sentiasa diperhatikan
dan dipantau. Mereka akan lebih berusaha untuk menunjukkan prestasi yang baik dan
akan menjadi fokus apabila matlamat pencapaian organisasi berpadanan dengan matlamat
pencapaian diri. Bagi tujuan ini, komunikasi yang efisien antara ketua dan pekerja
bawahan adalah penting. Para kakitangan harus dibekalkan dengan garis panduan dan
semua maklumat tentang pekerjaan yang dijalankannya. Mereka juga perlu memahami
dengan baik semua rutin dan proses-proses kerja supaya mereka jelas bagaimana usaha
dan ketekunan mereka mempengaruhi pencapaian matlamat organisasi.
Selain itu juga, pengurusan sumber manusia perlu memperbanyakkan lagi
bengkel-bengkel latihan untuk kakitangan seperti bengkel Pengurusan dan Peningkatan
Kualiti dan Produktiviti kakitangan, Selepas menghadiri latihan tersebut, mereka
dikehendaki melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti di agensi masing-masing.
Selain itu mereka juga perlu melatih dan mendidik pegawai-pegawai dan staf di bawah
jagaan mereka tentang pengurusan yang berkualiti. Latihan dan pembangunan juga perlu
diurus berasaskan kepada keperluan pekerja dan organisasi. Ia bertujuan untuk memberi
kemahiran kepada pekerja baru agar mereka dapat menjalankan tugas jawatan yang
disandang. Contoh: Semua kakitangan termasuk kakitangan baru perlu diberitahu
sejelas-jelasnya mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk
melakukannya. Ia juga bertujuan memberi pengetahuan yang lebih mendalam, atau
meningkatakan kompentensi pekerja dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka.
Latihan juga menyediakan pekerja untuk menjalankan tugas yang lebih
bertanggungjawab. Ia dapat memajukan kerjaya pekerja selain daripada memberi motivasi
kepada mereka.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 28


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

Selain itu, mewujudkan sistem cadangan kualit dimana sistem ini akan membekalkan
banyak input yang berguna kepada proses peningkatan kualiti di sesebuah agensi. Input
yang dimaksudkan ini adalah berbentuk idea atau buah fikiran yang boleh dijadikan asas
bagi membentuk sesuatu konsep atau rangka tindakan usaha-usaha kualiti. Sistem
cadangan ini adalah mekanisme terpenting untuk melahirkan idea-idea yang akan
meningkatkan keupayaan agensi untuk memperkenalkan kaedah-kaedah baru yang kreatif
dan inovatif dalam meningkatkan tahap perkhidmatannya kepada para petani dan orang
ramai. Melalui sistem cadangan ini, kakitangan bebas mengemukakan cadangan mereka
bagi mencari jalan untuk mengatasi punca masalah-masalah kualiti yang timbul dalam
kerja harian mereka. Cadangan seperti ini sangat berguna kerana datangnya
daripadakakitangan yang terlibat secara langsung dalam proses kerja yang dibangkitkan.
Oleh itu cadangan cadangan akan bersifat realistik dan praktikal.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 29


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

11.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perancangan sumber manusia merupakan fungsi yang penting.


Perancangan yang dijalankan dengan baik membolehkan organisasi bertindak balas
terhadap kehendak pasaran dengan berkesan. Perancangan sumber manusia merupakan
proses mengkaji keperluan sumber manusia dan menentukan langkah-langkah untuk
memenuhi tujuan ini. Selain itu juga, perancangan sumber manusia adalah penting bagi
organisasi untuk menjamin kesinambungan operasi, pengekalan kejayaan serta
pengembangan berterusan organisasi untuk menangani dan mengatasi pelbagai bentuk
cabaran akibat daripada perubahan-perubahan persekitaran.

Perancangan sumber manusia juga hendaklah dilakukan oleh golongan yang bertangg
ungjawab dalam pengurusan sumber manusia untuk memastikan sesebuah organisasi itu
mempunyai tenaga kerja yang diperlukan tepat pada masa ia diperlukan. Sekiranya
perancangan sumber manusia yang dilaksanakan mampu melahirkan tenaga kerja yang
memenuhi kehendak dan keperluan sesebuah organisasi untuk menghadapi serta mengatasi
pelbagai bentuk cabaran dalaman dan luarannya, maka organisasi berkenaanakan mampu
mengambil faedah daripada perubahan-perubahan persekitaran yang berlaku.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 30


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PASIR PANJANG (PPKPP)

RUJUKAN

Portal Rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang : http://www.lpp.gov.my/

Aminuddin .(2003).Panduan Pengurusan Sumber Manusia. Shah Alam, Selangor. Fajar Bakti Sdn
Bhd

Aminuddin .(2008).Human Resource Management. Oxford University Press. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ismail, Z., & Ali, J. (2013). Kesan langsung prinsip transformasi perkhidmatan ke atas kualiti
perkhidmatan di sektor awam.

Rashid, A. R. A. (2006). Agenda perubahan: pengurusan sumber manusia dan kerjaya. Utusan
Publications.

Zakaria, N. A., Rosli, H. F., Omar, F. I., & dan Muamalah, F. P. HUBUNGAN TINGKAH LAKU
KEPIMPINAN DENGAN BUDAYA 5S DALAM KALANGAN KAKITANGAN SOKONGAN DALAM
SEKTOR AWAM DI PUTRAJAYA.

UESM 2103 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 31

You might also like