You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF KEMUDAHAN SURAU SEDIA ADA

JAWATANKUASA SURAU AL HIDAYAH KIPS KG.JAWA.

1.0 MUQADDIMAH
Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau
menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan, kemasyarakatan yang dilaksanakan di Kuarters
Institusi Pendidikan Kg.Jawa Klang. Kuliah-kuliah agama berkitab, sumbangan armalah, asnaf, anakanak yatim, program-program motivasi seperti Kem Insaf Diri Remaja , Amali Pengurusan Jenazah ,
Amali Haji dan Umrah dan lain-lain.
Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif objektif program yang dijalankan di
surau. Maka program untuk menaiktaraf Surau Al Hidayah Kips Kg.Jawa telah mula dijalankan mulai
tahun 2004 peringkat demi peringkat. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Ajk Surau untuk
mencari dana dan memperbaiki prasarana di surau.Walau bagaimana pun , masih terdapat kekurangan
yang perlu diperbaiki , maka usaha menaiktaraf surau perlu diteruskan lagi.

2.0 MATLAMAT
2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga Muslim
2.2 Memberi keselesaan kepada ahli kariah setempat dan penghuni Kips khususnya.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap

3.0 OBJEKTIF
Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :
3.1 Melengkapkan pembinaan tambahan berbumbung, berjubin serta tempat wuduk.
3.2 Memperbaiki stor surau agar penyimpanan barang dan peralatan lebih teratur .
3.3 Membeli kelengkapan peralatan memandi dan pengurusan jenazah.
3.4 Pembinaan pagar mengelakkan surau dari anjing-anjing berkeliaran
4.0 NAMA PROGRAM
Program menaiktaraf Surau sedia Ada.

5.0 JAWATANKUASA SURAU


Pengerusi : En. Mohd Khudzari Mohd Nor
Timb. Pengerusi : Ust Kamal Firdaus
Penyelaras : En.Mohd Ammar Jusoh
Setiausaha : En Ibrahim Abd Rahman
Bendahari : Ust Mohd Nizam Othman
AJK
: En. Mohd Azmi Mat Nawi
: En. Mohd. Solah

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA
1

JUMLAH

Melengkapkan menaik taraf pembinaan ruang berbumbung,

RM 25,000.00

berjubin serta tempat wuduk


2

Menaiktaraf stor penyimpanan peralatan memasak

RM 4,000.00

Kelengkapan peralatan pengurusan jenazah

RM 5,500.00

Pagar

RM 4,000.00
JUMLAH

RM 38,500.00

7.0 SUMBER PENDAPATAN


7.1 Kutipan derma daripada Ahli Jawatankuasa dan penghuni Kuarters.
7.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

8.0 PENUTUP
Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif yang
telah digariskan demi menjaga kesejahteraan penghuni dan penduduk setempat dalam meningkatkan syiar
Islam. Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai / cek atas nama SURAU AL HIDAYAH KIPS
KG.JAWA / akaun Bank Muamalat 1204 0002651 1714 . Semoga sumbangan Tuan / Puan diberkati
Allah.
Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh ,

IBRAHIM ABD RAHMAN

Disahkan oleh :

MOHD KHUDZARI MOHD NOR.

Program Menaiktaraf Surau


ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA
1

JUMLAH

Melengkapkan menaik taraf pembinaan ruang berbumbung,

RM 25,000.00

berjubin serta tempat wuduk


2

Menaiktaraf stor penyimpanan peralatan memasak

RM 4,000.00

Kelengkapan peralatan pengurusan jenazah

RM 5,500.00

Pagar

RM 4,000.00
JUMLAH

RM 38,500.00

You might also like