You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF KEMUDAHAN SURAU SEDIA ADA


JAWATANKUASA SURAU AL HIDAYAH KIPS KG.JAWA.
1.0 MUQADDIMAH
Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat
Islam. Surau menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan,
kemasyarakatan yang dilaksanakan di Kuarters Institusi Pendidikan Kg.Jawa
Klang. Kuliah-kuliah agama berkitab, sumbangan armalah, asnaf, anak-anak
yatim, program-program motivasi seperti Kem Insaf Diri Remaja , Amali
Pengurusan Jenazah , Amali Haji dan Umrah dan lain-lain.
Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif objektif program
yang dijalankan di surau. Maka program untuk menaiktaraf Surau Al Hidayah
Kips Kg.Jawa telah mula dijalankan mulai tahun 2004 peringkat demi
peringkat. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Ajk Surau untuk
mencari dana dan memperbaiki prasarana di surau.Walau bagaimana pun ,
masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki , maka usaha menaiktaraf
surau perlu diteruskan lagi.
2.0MATLAMAT
2.1Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi
warga Muslim2.2 Memberi keselesaan kepada ahli kariah setempat dan
penghuni Kips khususnya.2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan
dengan lebih baik .2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana
yang lengkap
3.0OBJEKTIF
Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :
3.1Melengkapkan pembinaan tambahan berbumbung, berjubin serta tempat
wuduk.3.2 Memperbaiki stor surau agar penyimpanan barang dan peralatan
lebih teratur .3.3Membeli kelengkapan peralatan memandi dan pengurusan
jenazah.3.4Pembinaan pagar mengelakkan surau dari anjing-anjing
berkeliaran
4.0NAMA PROGRAMProgram menaiktaraf Surau sedia
Ada.5.0JAWATANKUASA SURAU
Pengerusi : En.Mohd Khudzari Mohd NorTimb. Pengerusi : Ust Kamal
FirdausPenyelaras : En.Mohd Ammar JusohSetiausaha: En Ibrahim Abd
RahmanBendahari : Ust Mohd Nizam OthmanAJK: En. Mohd Azmi Mat Nawi:
En. Mohd. Solah
6.0ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARAJUMLAH
1Melengkapkan menaik taraf pembinaan ruang berbumbung, berjubin serta
tempat wudukRM 25,000.00
2Menaiktaraf stor penyimpanan peralatan memasakRM 4,000.00
4Kelengkapan peralatan pengurusan jenazahRM 5,500.00
5PagarRM 4,000.00
JUMLAHRM 38,500.00
7.0 SUMBER PENDAPATAN
7.1 Kutipan derma daripada Ahli Jawatankuasa dan penghuni Kuarters.7.2
Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta
8.0 PENUTUP
Akhir kalam, adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya
mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga kesejahteraan
penghuni dan penduduk setempat dalam meningkatkan syiar Islam.
Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai / cek atas namaSURAU AL
HIDAYAH KIPS KG.JAWA/ akaun Bank Muamalat1204 0002651 1714. Semoga
sumbangan Tuan / Puan diberkati Allah.
Sekian , Wassalam .
Disediakan oleh , Disahkan oleh :
IBRAHIM ABD RAHMAN MOHD KHUDZARI MOHD NOR.
Program Menaiktaraf Surau
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARAJUMLAH
1Melengkapkan menaik taraf pembinaan ruang berbumbung, berjubin serta
tempat wudukRM 25,000.00
2Menaiktaraf stor penyimpanan peralatan memasakRM 4,000.00
4Kelengkapan peralatan pengurusan jenazahRM 5,500.00
5PagarRM 4,000.00
JUMLAHRM 38,500.00

1.almari plastik bil 2 rm 300

2. rak alquran cermin 3

3.pa system

4.cat rak kasut

5.cat dalam surau

You might also like