You are on page 1of 2

AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KOMPLEKS INOVASI PENDIDIKAN

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERTAS KERJA MENAIKTARAF KEMUDAHAN SURAU DI BLOK I


FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

1.0 Tujuan

Kertas cadangan ini adalah untuk memohon kelulusan Mesyuarat Pengurusan untuk
membiayai peruntukan bagi menaiktaraf kemudahan surau di Blok I, Fakulti Pengajian
Pendidikan.

2.0 Latar Belakang

Surat merupakan fasiliti penting bagi setiap kompleks bangunan di Universiti Putra
Malaysia dalam menyediakan ruang bagi para pensyarah dan pelajar menunaikan solat
dalam menghadiri kuliah dan aktiviti-aktiviti ilmiah sepanjang hari. Walau bagaimanapun,
fungsi surau bukan hanya sekadar tempat bersolat semata-mata, malah sepatutnya
dijadikan pusat bagi aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan aspek kerohanian setiap
individu warga Fakulti Pengajian Pendidikan. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dimulakan
di surau Blok I ialah laungan azan, iqamah dan solat berjemaah yang berjadual, bacaan
hadis terpilih sementara menunggu waktu solat, dan ceramah bulanan daripada
pensyarah-pensyarah jemputan. Sehubungan itu, pihak Ahli Jawatankuasa Pembangunan
Kompleks Inovasi Pendidikan memerlukan sedikit peruntukan bagi menaiktaraf
kemudahan surau di Blok I bagi memudahkan aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan.

3.0 Objektif

Objektif menaiktaraf surau Blok I adalah:

3.1 membina suasana surau yang dapat meningkatkan aspek kerohanian bagi staf
dan pelajar fakulti
3.2 mewujudkan aktiviti-aktiviti yang membangunkan aspek kerohanian bagi
kesejahteraan untuk staf dan pelajar fakulti
3.3 mengeratkan perpaduan dan silaturahim di kalangan staf dan pelajar fakulti yang
beragama Islam

4.0 Peralatan dan Justifikasi

Sistem audio video


 Sistem ini diperlukan bagi aungan azan dan takbir imam semasa solat. Mikrofon
diperlukan kerana sistem audio akan disambungkan kepada surau wanita. Melalui
sistem ini, kamera CCTV akan dipasang supaya fokus kepada imam di dalam
surau lelaki. Melalui sistem ini, solat berjemaah dan bacaan hadis dapat dilihat
dan didengari oleh staf dan pelajar wanita di dalam surau wanita melalui TV LCD.

Jam waktu solat digital


 Waktu solat dapat diketahui dengan mudah supaya pembaca hadis dapat
menghentikan bacaan dan muazzin bersedia melaunkan azan tepat pada
waktunya.

Kitab

1
 Kitab-kitab hadis terpilih seperti Riyadhus Solihin akan digunakan sebagai bacaan
harian. Hadis-hadis yang mungkin melibatkan perbahasan lanjut akan dielakkan.

Whiteboard
 Sebarang maklumat seperti jadual imam dan pembaca hadis dapat ditampal dan
dipaparkan secara umum.

Pewangi
 Bagi keselesaan staf dan pelajar yang menggunakan surau fakulti.

Rak kasut
 Susunan kasut yang teratur diperlukan di bahagian dalam surau supaya kasut
tidak bersepah di luar surau. Ini juga melambangkan akhlak orang-orang Islam.

5.0 Kos Pembelian Peralatan

Peralatan Harga Bilangan Jumlah


Sistem Audio dan Video
 Mikrofon
 Kamera CCTV
 LCD TV
 Speaker
Jam Waktu Solat Digital RM250.00 1 RM250.00
Kitab
Whiteboard
Pewangi
Rak Kasut

Jumlah Keseluruhan RMXXX.XX

6.0 Syor

Mesyuarat pengurusan Fakulti Pengajian Pendidikan diminta menimbang serta


meluluskan permohonan membiayai peruntukan bagi menaiktaraf kemudahan surau di
Blok I, Fakulti Pengajian Pendidikan.

You might also like