You are on page 1of 22

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

SOLAT FARDHU JUMAAT DALAM TEMPOH


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
DI NEGERI SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan kepada


pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa serta jemaah di masjid-
masjid yang telah diberi kebenaran untuk mendirikan Solat Fardhu
Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) agar perlaksanaannya memenuhi tatacara yang ditetapkan.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Berdasarkan perkembangan semasa COVID-19, Y.A.B.


Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei
2020. Kerajaan telah memutuskan tempoh PKPB ditamatkan
pada 9 Jun 2020 dan digantikan dengan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga
31 Ogos 2020.

2.2 Pelaksanaan PKPP yang memberi lebih banyak kelonggaran


kepada aktiviti ekonomi dan sosial tetap memerlukan
komitmen, pemantauan dan penguatkuasaan oleh jabatan
dan agensi berkaitan serta kesedaran masyarakat yang

1
berterusan untuk mempraktikkan kehidupan berdasarkan
norma baharu yang diterapkan sebelum ini.

2.3 Dalam konteks pengimarahan institusi masjid, PKPP memberi


lebih ruang kepada pihak berkuasa agama negeri untuk
memberi kelonggaran kepada masyarakat Islam menunaikan
ibadah dan Solat Fardhu Jumaat di masjid. Namun
pelaksanaannya boleh dibuat berdasarkan garis panduan
yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri masing-
masing. Ini bertujuan bagi memastikan wabak Covid-19 dapat
dibendung dan proses pemulihan dapat dilaksanakan secara
berkesan untuk membolehkan lebih banyak masjid dibuka
secara berperingkat dengan jumlah jemaah yang boleh
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

2.4 Penetapan zon hijau bagi kawasan-kawasan tertentu


berdasarkan pengukuran bilangan jangkitan kes oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh dijadikan teras
sandaran bagi agensi-agensi agama berkuasa negeri untuk
membuat apa-apa ketetapan berhubung pelaksanaan Solat
Fardhu Jumaat berdasarkan garis panduan yang telah
disediakan.

2.5 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengambil


inisiatif mengadakan Mesyuarat Khas bersama Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri
Selangor (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan
Mufti Negeri Selangor pada 5 Jun 2020. Garis panduan ini
telah dibentangkan oleh pihak JAIS kepada agensi-agensi
berkenaan dan dipersetujui pada dasarnya untuk

2
dilaksanakan di Negeri Selangor dengan syarat garis
panduan yang komprehensif ini dapat dipatuhi sepenuhnya.

3.0 OBJEKTIF

Garis panduan ini disediakan untuk mencapai objektif berikut:

3.1 Menyediakan panduan spesifik dan komprehensif untuk


pegawai dan jawatankuasa masjid dalam menguruskan
pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat dalam tempoh PKPP.

3.2 Meneruskan kesinambungan jabatan dan agensi kerajaan


yang lain dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

3.3 Memastikan kebenaran Solat Fardhu Jumaat di masjid dalam


kawasan zon hijau dapat dilaksanakan secara kondusif,
selamat, teratur dan terkawal.

3.4 Menyesuaikan peraturan dan norma baharu kehidupan dalam


pelaksanaan ibadah berteraskan maqasid syariah dan
kaedah fiqh.

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN DAN TINDAKAN

4.1 Prinsip Teras Kawalan

Suatu prinsip yang perlu diketahui umum oleh semua


Pegawai dan Jawatankuasa serta jemaah masjid mengenai
tahap kesedaran berkaitan wabak COVID-19. Ini meliputi
pengetahuan mengenai aspek yang mempengaruhi

3
pengembangan virus dan penyebaran, kesan risiko serta
langkah pencegahan dan kawalan yang perlu dititikberatkan
dalam membendung penularan wabak.

4.1.1 Status Kategori Zon Hijau

Kebenaran untuk mendirikan Solat Fardhu Jumaat di


masjid hanya boleh ditetapkan bagi masjid yang terletak
dalam kawasan berstatus zon hijau sahaja berdasarkan
merit penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kawasan masjid yang bertukar status kepada zon
kuning dan merah disebabkan berlakunya peningkatan
jangkitan kes boleh ditangguhkan semula pelaksanaan
Solat Fardhu Jumaat.

4.1.2 Tindakan Nyahkuman (Sanitasi) Sebelum Dan Selepas

Pegawai masjid hendaklah melaksanakan proses


nyahkuman mengikut tatacara yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara
berkala sebelum dan selepas Solat Fardhu Jumaat
dilaksanakan.

4.1.3 Syarat Kelayakan Dan Tanggungjawab Jemaah

a) Kelayakan Jemaah:
i. Berumur tidak melebihi 60 tahun dan
pemastautin tetap sebagai ahli kariah masjid
itu.

4
ii. Jemaah yang bukan warganegara adalah tidak
dibenarkan sama sekali untuk hadir ke masjid.
iii. Pegawai dan Jawatankuasa masjid yang sihat
dan tidak bergejala adalah terkecuali daripada
syarat umur.
iv. Tidak bergejala seperti demam, batuk,
selsema, sakit tekak dan penyakit kronik
(darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung).
v. Jemaah yang uzur dan menghadapi masalah
pergerakan seperti berkerusi roda dan
bertongkat adalah tidak dibenarkan.
vi. Jemaah yang mempunyai rekod bacaan suhu
lebih 37.4 darjah celcius adalah tidak
dibenarkan masuk ke masjid.

b) Tanggungjawab Jemaah:
i. Membuat permohonan hadir Solat Fardhu
Jumaat melalui Google Form / kod QR / Sistem
Pesanan Ringkas (SMS) / Whatsapp yang
disediakan pihak masjid.
ii. Memberi maklum balas kehadiran.
iii. Membawa Kad Pengenalan.
iv. Menunjukkan kupon khas atau teks jemputan
yang diterima melalui Sistem Pesanan Ringkas
(SMS) atau Whatsapp.
v. Memakai penutup hidung dan mulut (face
mask).
vi. Mestilah berwudhuk terlebih dahulu di rumah.
vii. Membawa sejadah sendiri daripada rumah.

5
viii. Jemaah hendaklah hadir ke masjid 30 minit
lebih awal sebelum masuk waktu Solat Fardhu
Jumaat.
ix. Menggunakan hand sanitizer yang disediakan
semasa masuk dan keluar daripada masjid.
x. Meninggalkan masjid setelah selesai
menunaikan Solat Sunat Ba’diah 2 rakaat.
xi. Keluar dari masjid dalam keadaan tenang dan
teratur dengan mengambil kira penjarakan
sosial.

4.1.4 Tempoh Pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat

a) Dilaksanakan dalam tempoh masa tidak melebihi 30


minit dari azan pertama sehingga selesai solat.
b) Amalan iktikaf dalam masjid selepas Solat Fardhu
Jumaat adalah tidak dibenarkan

4.1.5 Budaya Bersalaman

Budaya bersalaman selepas selesai menunaikan solat


di antara jemaah dan pegawai masjid atau sesama
jemaah hendaklah sama sekali dielakkan.

4.2 Kawalan Lokal Dan Domestik

Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid dalam


mengimplementasi garis panduan ini juga perlu
memerhatikan aspek persekitaran, fizikal dan prasarana yang

6
terdapat di masjid. Oleh yang demikian, langkah-langkah
berikut hendaklah diambil perhatian:

4.2.1 Penetapan Akses Keluar Masuk

a) Membuka hanya satu pintu laluan utama masjid yang


memberi kemudahan kepada jemaah terpilih untuk
masuk dan keluar.

b) Pintu laluan utama masuk ke masjid hanya akan


dibuka 30 minit sebelum masuk waktu Solat Fardhu
Jumaat.

c) Pintu utama akan ditutup kembali oleh petugas


selepas azan pertama dikumandangkan.

d) Jemaah yang hadir lewat selepas tamat tempoh


waktu yang ditetapkan, walaupun mempunyai kupon
khas atau teks jemputan yang diterima melalui
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau Whatsapp,
tidak akan dibenarkan masuk.

e) Menetapkan zon parkir kenderaan jemaah.

f) Pintu laluan utama akan dibuka semula setelah


selesai Solat Fardhu Jumaat dan doa dibacakan.

7
4.2.2 Pengurusan Laluan Masuk Utama Ke Ruang Solat
Utama

a) Menyediakan tunjuk arah laluan keluar masuk


masjid.

b) Menyedia dan mempamer pelan lantai keseluruhan


masjid untuk panduan jemaah.

c) Menetapkan laluan masuk jemaah ke perkarangan


masjid.

d) Menyediakan kaunter dan melantik petugas untuk:


i. Memastikan jemaah memakai penutup hidung
dan mulut (face mask).
ii. Membuat saringan pemeriksaan suhu badan.
iii. Merekodkan kehadiran dalam kod QR atau
buku daftar.
iv. Memastikan jemaah menggunakan hand
sanitizer.

e) Menetapkan pintu utama laluan masuk dan keluar


jemaah dari ruang solat utama masjid.

f) Menutup pintu-pintu laluan masuk ke ruang solat


yang lain bagi memudahkan petugas masjid
mengawal pergerakan jemaah.

8
4.2.3 Pengurusan Kehadiran Jemaah

a) Pihak masjid hendaklah menentukan jemaah yang


akan hadir menunaikan Solat Fardhu Jumaat terdiri
daripada:
i. Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid, atau
ii. Jemaah terpilih atau yang menerima jemputan
pihak masjid.

b) Permohonan dan jemputan kepada jemaah yang


terpilih untuk hadir menunaikan Solat Fardhu Jumaat
akan dibuat oleh pihak masjid melalui:
i. Sistem pengisian borang secara online melalui
Google Form / kod QR / Sistem Pesanan
Ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp yang
disediakan oleh pihak masjid. Permohonan
juga boleh dibuat secara manual dengan
mengisi borang permohonan yang disediakan
dan perlu dikembalikan kepada pihak masjid.
Contoh perincian Borang Permohonan /
Jemputan Hadir Solat Fardhu Jumaat seperti di
Lampiran A.
ii. Jemaah yang telah dikenal pasti dan layak
untuk hadir bagi menunaikan Solat Fardhu
Jumaat akan dimaklumkan oleh pihak masjid
sekurang-kurangnya sehari sebelum Solat
Fardhu Jumaat diadakan melalui Kad Hadir
Solat Fardhu Jumaat.

9
iii. Pegawai masjid hendaklah sentiasa
mengemaskini jumlah permohonan dan
pengesahan kehadiran jemaah. Sekiranya
jumlah permohonan melebihi had yang
ditetapkan, pihak jawatankuasa masjid boleh
menetapkan jadual dan penggiliran jemaah
untuk hadir menunaikan Solat Fardhu Jumaat
pada minggu-minggu yang lain.

c) Jemaah yang hadir Solat Fardhu Jumaat hendaklah


merekodkan pengesahan kehadiran di masjid
melalui:
i. Membawa, menunjuk atau menyerahkan Kad
Hadir Solat Fardhu Jumaat yang telah
dikeluarkan oleh pihak masjid.
ii. Mengimbas kod QR yang disediakan oleh
pihak masjid.
iii. Mengisi butiran diri dalam buku daftar
kehadiran yang mengandungi nama, nombor
telefon, bacaan suhu, dan tandatangan.

4.2.4 Kawalan Penggunaan Prasarana

a) Jemaah yang hadir hendaklah mengelakkan atau


meminimakan penggunaan kemudahan masjid
terutama tandas dan tempat wudhuk.

b) Penggunaan tandas dan tempat wudhuk tidak


menjadi halangan dan kekangan jika jemaah berada

10
dalam keadaan dhoruri (keperluan yang tidak dapat
dielakkan).

c) Pihak masjid hendaklah menetapkan penggunaan


tandas pada tahap minima atau terhad berdasarkan
keperluan nisbah jumlah jemaah dan wajar menutup
tandas yang lain.

4.2.5 Pelan Kedudukan Jemaah Di Ruang Solat Utama

a) Pihak masjid hendaklah menyediakan pelan


kedudukan jemaah di ruang solat utama.

b) Memastikan kedudukan susunan jemaah di antara


satu sama lain dengan penjarakan sosial 1 atau 2
meter.

c) Membuat penandaan kekal pada setiap penjarakan


sosial.

d) Jemaah hendaklah menggunakan sejadah


persendirian yang dibawa dari rumah untuk
diletakkan di kedudukan yang ditetapkan oleh pihak
masjid.

4.3 Pelaksanaan Kawalan

Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid mempunyai fungsi


dan tanggungjawab utama dalam mengawal pelaksanaan

11
Solat Fardhu Jumaat dalam tempoh PKPP yang melibatkan
persediaan berikut:

4.3.1 Langkah-langkah Awasan Dan Keselamatan

Bagi meningkatkan kawalan dan keselamatan semasa


pelaksanaan solat, jawatankuasa boleh mengambil
langkah-langkah alternatif seperti berikut:

a) Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid boleh


mendapatkan khidmat pasukan sukarelawan
daripada masjid atau badan beruniform lain untuk
membantu mengawal kehadiran jemaah dan
keadaan keselamatan di masjid.

b) Pasukan sukarelawan atau badan uniform yang


dilantik untuk bertugas juga hendaklah mematuhi
peraturan asas yang ditetapkan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

c) Kos perkhidmatan kawalan keselamatan oleh


pasukan sukarelawan atau badan uniform
hendaklah ditanggung oleh pihak masjid.

4.3.2 Tindakan Kawalan Sebelum

a) Pegawai dan Jawatankuasa Masjid hendaklah


membuat perbincangan dan pembahagian tugas di

12
kalangan jawatankuasa dan petugas keselamatan
tambahan.

b) Mengkoordinasi keperluan jemaah yang akan hadir:


i. Menguruskan permohonan, jemputan dan
pengesahan kehadiran.
ii. Menyediakan talian khas rasmi atau pendaftar
atas talian Google Form / QR Code / Sistem
Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi Whatsapp.
iii. Mendapatkan nombor pendaftaran
kenderaan.
iv. Menetapkan laluan masuk utama ke kawasan
masjid.
v. Membuat penandaan kekal penjarakan sosial
1 meter di kaunter pemeriksaan.
vi. Menyediakan infrared thermometer
(penembak suhu), memeriksa dan merekod
suhu jemaah hadir.
vii. Menyediakan hand sanitizer di laluan utama
jemaah masuk dan keluar dari masjid.
viii. Membuat penandaan kekal di ruang solat bagi
tujuan penjarakan sosial 1 atau 2 meter.
ix. Memastikan jemaah mengekalkan penjarakan
sosial semasa masuk ke ruang solat.
x. Memperingatkan jemaah untuk tidak
berswafoto atau mengambil gambar suasana
di dalam ruang solat utama atau kawasan
persekitaran masjid pada sebelum atau
selepas Solat Fardhu Jumaat.

13
xi. Meletakkan tabung sumbangan di laluan
utama masuk atau keluar jemaah dari ruang
solat.

c) Senarai semak persiapan dan persediaan


pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat sebagai
panduan Jawatankuasa Masjid (Lampiran B).

4.3.3 Tindakan Kawalan Semasa

a) Pelaksanaan Azan, Iqamat, Khutbah Dan Solat


i. Azan pertama dilaungkan menggunakan
pembesar suara luar / menara.
ii. Khatib mengambil tempat dan azan kedua
dilaungkan menggunakan pembesar suara
dalam ruang solat.
iii. Khutbah pertama dan kedua, dibacakan
selama maksima 10 minit dengan
menggunakan pembesar suara dalam ruang
solat.
iv. Khutbah yang disampaikan hendaklah
menggunakan teks khutbah JAIS.
v. Imam digalakkan membaca surah atau ayat
yang pendek.
vi. Imam digalakkan membaca zikir dan doa yang
ringkas.
vii. Membuat isyarat dengan meletakkan tangan
kanan di dada kiri serta menunduk sedikit

14
badan sebagai simbol bersalaman di antara
jemaah.

b) Solat Sunat Dan Iktikaf


i. Solat Sunat dua (2) rakaat Tahiyyatul Masjid,
Qabliyyah dan Ba’diyyah adalah dibenarkan
untuk dilaksanakan.
ii. Amalan i’tikaf selepas selesai solat adalah
tidak dibenarkan.

4.3.4 Tindakan Kawalan Selepas

a) Memastikan jemaah segera meninggalkan masjid


selepas selesai solat.
b) Memastikan jemaah keluar dari ruang solat dengan:
i. Melalui pintu utama yang ditetapkan.
ii. Tertib dan tenang.
iii. Mengekalkan penjarakan sosial.
iv. Menggunakan hand sanitizer yang disediakan
di laluan keluar.

c) Melaksanakan nyahkuman (sanitasi di ruang solat,


peralatan serta kawasan yang banyak terlibat
dengan sentuhan).

d) Menyimpan buku / rekod maklumat kehadiran


jemaah untuk kegunaan rujukan jika diperlukan.

15
e) Mengenalpasti rekod jemaah yang hadir pada hari
tersebut dan meminta mereka membuat saringan di
hospital berdekatan jika didapati mempunyai gejala
COVID -19.

f) Segera melaporkan kepada Pejabat Agama Islam


Daerah jika terdapat jangkitan positif COVID-19 di
kalangan jemaah yang pernah hadir ke masjid.

g) Memberi kerjasama kepada mana-mana agensi


kerajaan dalam melaksanakan peranan dan
tanggungjawab mereka bagi membendung
penularan wabak.

5.0 PENANGGUHAN PELAKSANAAN SOLAT

5.1 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah


menerima penjelasan daripada Pegawai Tadbir Agama
Daerah boleh mengarahkan agar pelaksanaan Solat Fardhu
Jumaat di satu-satu masjid ditangguhkan dan jemaah
hendaklah bersurai sekiranya didapati berlaku pelanggaran
garis panduan ini.

5.2 Penangguhan Solat Fardhu Jumaat juga boleh dibuat setelah


jabatan ini menerima pandangan dari pihak berkuasa lain
seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PEJABAT
Kesihatan Daerah (PKD) dan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) berikutan jangkitan wabak COVID-19 di masjid atau
kawasan berhampiran.

16
6.0 PEMATUHAN

6.1 Jawatankuasa Masjid dan jemaah yang dibenarkan untuk


mendirikan Solat Fardhu Jumaat dalam tempoh PKPP adalah
tertakluk kepada garis panduan ini dan pelaksanaannya perlu
dikuatkuasakan dengan tegas.

6.2 Jawatankuasa Masjid dan Jemaah yang tidak mematuhi


mana-mana peringkat kawalan yang terkandung dalam garis
panduan ini boleh menyebabkan kebenaran mendirikan Solat
Fardhu Jumaat ditarik balik atau tindakan undang-undang
boleh diambil di bawah Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Selangor Tahun 1995.

7.0 TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa pada 11 Jun 2020 dan akan


terbatal apabila terdapat apa-apa arahan baru dari jabatan ini atau
setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
ditamatkan.

8.0 PENUTUP

Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk mengamalkan


kebiasaan baharu kehidupan dan mematuhi semua SOP yang

17
ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan wabak COVID-19 kekal
terkawal. Diharapkan garis panduan ini dapat membantu
Jawatankuasa masjid untuk melaksanakan Solat Fardhu Jumaat di
Negeri Selangor.

Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor

10 Jun 2020

18
LAMPIRAN A

a) CONTOH PERMOHONAN SOLAT FARDHU JUMAAT

BORANG PERMOHONAN
UNTUK MENGHADIRI SOLAT FARDHU JUMAAT
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
PEMULIHAN (PKPP)

Nama Masjid :
Tarikh :
Nama Jemaah :
Umur :
No. Telefon :
Alamat Rumah :

No. Daftar Kenderaan :

Pengesahan Penerimaan Permohonan

Nama Pengurus/ :
Nazir Masjid

Tandatangan :
Tarikh :

(pemilihan Jemaah bagi Solat Fardhu Jumaat terbatas dengan jumlah yang terhad)

19
b) CONTOH KAD JEMPUTAN SOLAT FARDHU JUMAAT

No. Siri :…../…….

JEMPUTAN MENUNAIKAN
SOLAT FARDHU JUMAAT
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Dato’ / Tuan / Encik

...........................................................................

Dijemput Untuk Menunaikan Solat Fardhu Jumaat


Pada Ketetapan Berikut :

Tarikh : …………………… (Jumaat)


Nama Masjid :………………………………..
Masa kehadiran : bermula 30 minit lebih awal sebelum
masuk waktu Solat Fardhu Jumaat

Mohon mematuhi arahan seperti berikut :


• Membawa Kad Pengenalan
• Memakai Face Mask (penutup hidung dan mulut)
• Memeriksa suhu (tidak melebihi 37.4oC)
• Scan Kod QR
• Memakai Hand Sanitizer
• Pastikan membawa sejadah sendiri
• Berwudhuk dari rumah

Sila jawab sebelum : ………………


Pengurus / Nazir Masjid : ……………..… (No. telefon)

20
c) CONTOH FORMAT KAD PENGESAHAN KEHADIRAN
SOLAT FARDHU JUMAAT

No. Siri :…../…….

KAD KEHADIRAN
SOLAT FARDHU JUMAAT
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Nama : ………………………………………………..

Tarikh : ……………………… (Jumaat)

Nama Masjid :…………………………………….……………..

Kehadiran Hadir ( ) Tidak Hadir ( )

Tandatangan :……………………………………………………

21
LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK PERSEDIAAN PELAKSANAAN


SOLAT FARDHU JUMAAT

KATEGORI PERKARA CATATAN

1. Masjid dalam ZON HIJAU


FIZIKAL MASJID 2. Nyahkuman sebelum dan selepas
3. Menyediakan Pelan Lantai Masjid
4. Membuat penandaan arah keluar masuk di laluan
utama
5. Membuat penandaan tempat solat (1 atau 2 meter)
6. Penanda larangan kawasan wuduk dan tandas

1. Jemaah warganegara dan pemastautin tetap


JEMAAH 2. Bukan warganegara adalah tidak dibenarkan
3. Umur tidak melebihi 60 tahun
4. Tidak berpenyakit kronik dan berisiko
5. Mengedar borang permohonan/ jemputan hadir Solat
Fardhu Jumaat kepada jemaah
6. Mengesahkan kehadiran melalui Kad Kehadiran Solat
Fardhu Jumaat sekurang-kurangnya sehari sebelum
beserta peringatan SOP Solat Fardhu Jumaat
7. Mengimbas kod QR atau mengisi Google Form atau
buku rekod kehadiran

1. Imam bertugas memuat turun khutbah di laman


PENGURUSAN sesawang : www.e-masjid.jais.gov.my
JAWATANKUASA 2. Mewujudkan Google Form / Kod QR / buku rekod
kehadiran
3. Pintu pagar dibuka 30 minit lebih awal sebelum masuk
waktu Solat Fardhu Jumaat
4. Melantik petugas kawalan keselamatan, sukarelawan
atau badan beruniform
5. Penentuan lalu lintas dan parkir kenderaan jemaah
6. Semakan kepada jemaah yang hadir seperti berikut:

Kad pengenalan
Kad Hadir Solat Fardhu
Jumaat
Memakai face mask
Semakan suhu badan
Penggunaan hand sanitizer
Sejadah individu
Berwuduk

7. Memastikan jemaah keluar secara tertib dan


mengekalkan penjarakan sosial.
8. Melakukan nyahkuman atau sanitasi di ruangan solat,
laluan utama masuk keluar, peralatan serta kawasan
yang banyak terlibat dengan sentuhan.
9. Menyimpan dengan selamat maklumat kehadiran
jemaah untuk rujukan jika diperlukan.

22

You might also like