You are on page 1of 8

ARAHAN TETAP

PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 2019


(PENGANJURAN PROGRAM DI MASJID DAN SURAU
NEGERI JOHOR)
_________________________________________

‫ﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡ ﮢﮣﮤ‬
‫ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ‬
Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid
Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan
adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari
golongan yang mendapat petunjuk. (Surah At-Taubah ayat 18)
_______________________________

1. TUJUAN

1.1 Arahan Tetap ini bertujuan untuk menjelaskan penganjuran


program dan aktiviti di Masjid dan Surau di Negeri Johor.

1.2 Islam menggalakkan pengimarahan Masjid. Namun, dalam masa


yang sama, pelaksanaannya hendaklah mematuhi undang-
undang, peraturan, etika, adab dan akhlak Islamiyyah agar tujuan
pengimarahan Masjid itu tercapai

1
2. PEMAKAIAN DAN TARIKH BERKUATKUASA

2.1. Arahan Tetap ini terpakai kepada mana-mana orang


perseorangan atau berkumpulan atau organisasi termasuk Ahli
Jawatankuasa Masjid, yang menganjurkan apa-apa majlis atau
program di masjid dan surau di negeri Johor.

2.2 Kawasan masjid dan surau termasuklah mana-mana bangunan


atau binaan atau tanah lapang yang berada dalam kawasan yang
diwakafkan sebagai masjid dan surau atau mana-mana bangunan
yang didaftarkan atau diluluskan sebagai masjid dan surau di
negeri Johor.

2.3 Arahan Tetap ini mula berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan


dan ianya juga terpakai kepada sekolah agama kerajaan johor,
madrasah, tanah-tanah wakaf dan mana-mana kawasan di bawah
pentadbiran dan bidangkuasa Majlis.

3. TAFSIRAN

3.1 “Jabatan” ertinya Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

3.2 “Majlis” iaitu Majlis Agama Islam Negeri Johor.

3.3 “masjid” ertinya sebagaimana yang dinyatakan pada Enakmen


Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 iaitu suatu
bangunan –

2
(a) yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang
lain dan kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan atau
dibenarkan oleh agama Islam; dan
(b) yang penggunaannya sebagai yang sedemikian dibenarkan
oleh Majlis di bawah seksyen 98,
dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain
yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu.

3.4 “program” hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada ceramah


agama, forum, tazkirah, ratib, selawat, majlis zikir, tarekat, tasawuf,
tadarus, majlis khatam, penyampaian bantuan, majlis keraian
Islam, taklimat, seminar, kursus, penganjuran program badan-
badan dakwah, rawatan Islam, perhimpunan dan lain-lain.

4. DASAR PROGRAM

4.1 Masjid dan Surau di seluruh Negeri Johor hendaklah ditadbir dan
hendaklah digunakan sebagai :-

(a) Tempat untuk orang-orang Islam beribadat, terutamanya


untuk mendirikan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat
serta lain-lain lagi ;

(b) Pusat kegiatan Agama Islam dan penyebaran dakwah;

3
(c) Pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang
Majlis, Jabatan, Jabatan Mufti Johor, Jabatan Kehakiman
Syariah Johor dan maklumat-maklumat lain;

(d) Program dan aktiviti bukanlah berbentuk politik, bukan


anjuran oleh mana-mana ahli atau parti politik; atau bukan
anjuran daripada mana-mana ahli dan parti politik yang
menggunakan nama pihak yang lain;

(e) Lambang, logo, bendera dan apa-apa jua simbol yang


mengandungi politik kepartian adalah dilarang;

(f) Penganjur program bukanlah terdiri daripada pertubuhan-


pertubuhan, badan-badan dakwah atau pertubuhan-
pertubuhan yang meragukan atau telah difatwakan
bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah aliran Al-
Asya’irah dan Al-Maturidiyyah, Mazhab Syafie dan akhlak
Islamiyyah;

(g) Penganjuran program-program lain yang berbentuk


kemasyarakatan hendaklah mendapat kebenaran bertulis
dari Kadi Daerah bagi pihak Majlis;

(h) Semua program hendaklah mematuhi syariah, undang-


undang, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang
berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh Majlis dari semasa ke
semasa;

4
(i) Menjadi kewajipan atas penganjur hendaklah memastikan
kebersihan, keselamatan dan kelancaran perjalanan program;

(j) Kehadiran orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan kecuali


mendapat kebenaran Majlis dan bagi tujuan dakwah; dan

(k) Masjid dan Surau tidak boleh digunakan untuk dijadikan


tempat tinggal dan tempat bermalam kecuali program yang
dianjurkan oleh Jabatan dan Majlis.

5. TATACARA PERMOHONAN

5.1 Penganjur hendaklah menghantar permohonan penganjuran


majlis atau program dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh
majlis atau program;

5.2 Permohonan dihantar kepada Kadi Daerah melalui borang yang


disediakan;

5.3 Kadi Daerah bagi pihak Majlis boleh melulus atau menolak
permohonan tanpa mengemukakan apa-apa alasan;

5.4 Kadi Daerah bagi pihak Majlis berkuasa untuk membatal dan
menarik balik kelulusan penganjuran apa-apa program jika
penganjur didapati melakukan pelanggaran terhadap syarat-
syarat kelulusan; dan

5
5.5 Keputusan Kadi Daerah adalah muktamad.

6. ADUAN DAN TINDAKAN

6.1 Mana-mana orang yang tidak patuh sama ada orang


perseorangan atau penganjur yang bersubahat atau pihak-pihak
yang ada hubungan dengannya boleh dikenakan tindakan
undang-undang berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah 1997, apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

6.2 Mana-mana pihak termasuk Pegawai Masjid dan Surau,


Jawatankuasa Masjid atau Surau dan Penggerak Masjid yang
tidak mematuhi Arahan Tetap ini boleh dikenakan tindakan
berdasarkan seksyen ini atau tindakan pentadbiran serta apa-apa
tindakan lain yang bersesuaian.

6.3 Arahan Tetap ini adalah dibawah pemantauan dan


penguatkuasaan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama
Islam Negeri Johor

6.4 Apa-apa pelanggaran pada Arahan Tetap ini, boleh diadu ke


Pejabat Kadi Daerah.

6
7. IKRAR DAN AKUJANJI

7.1 Semua Pegawai Masjid dan Surau, Jawatankuasa Masjid dan


Surau, Penggerak Masjid dan Guru Takmir hendaklah membuat
ikrar dan Aku Janji bagi mematuhi Arahan Tetap ini dengan penuh
amanah, jujur, ikhlas dan penuh integriti kerana Allah.

8. TAKLIMAT PELAKSANAAN

8.1 Taklimat berkaitan pemakaian Arahan Tetap ini hendaklah


diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau
Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Kadi Daerah kepada
semua Pegawai Masjid dan Surau, Jawatankuasa Masjid dan
Surau, Penggerak Masjid dan Guru Takmir.

9. PENAFIAN

9.1 Segala kerugian dan liabiliti yang ditanggung oleh pihak penganjur
akibat dari pembatalan disebabkan pelanggaran Arahan Tetap ini
adalah di bawah tanggungan pihak penganjur.

9.2 Tiada apa-apa tuntutan dan tindakan undang-undang boleh


dikenakan kepada Majlis dan Jabatan akibat daripada kecuaian dan
pelanggaran Arahan Tetap ini.

7
10. PENUTUP

Arahan Tetap ini hendaklah dipatuhi oleh semua pihak. Oleh itu,
semua pihak hendaklah insaf dan sedar bahawa sebagai bangsa
Johor hendaklah sentiasa mematuhi cara hidup, etika dan disiplin
serta adab mulia yang menjadi amalan dari zaman berzaman.

Pengarah
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

2019

You might also like