You are on page 1of 6

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU

TERENGGANU
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESYUARAT JAWATANKUASA PERBELANJAAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU


TERENGGANU
KALI :

PADA :

KERTAS BIL :

TAJUK :
CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PANEL PAKAR
SYARIAH/AKIDAH/TASAWUF JABATAN MUFTI NEGERI TERENGGANU
_____________________________________________________________________________________

1. TUJUAN

1.1 Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Majlis
Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi menubuhkan
satu Jawatankuasa Panel Pakar Syariah/Akidah/Tasawuf Jabatan Mufti Negeri
Terengganu.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Jabatan Mufti Negeri Terengganu bertanggungjawab dalam menguruskan hal-


hal berkaitan dengan fatwa seperti membuat kajian dan penyelidikan terhadap
kemusykilan hukum semasa, memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan
dalam hal-hal berkaitan akidah, syariah dan tasawuf seluruh umat Islam di
Negeri Terengganu.
2.2 Jawatankuasa Fatwa di bawah Jabatan Mufti Negeri Terengganu berperanan
untuk mengeluarkan fatwa bagi pelbagai permasalahan dikemukakan yang
memerlukan kepada fatwa dan ada sebahagiannya sampai ke peringkat
diwartakan. Sementara bahagian fatwa berperanan menangani pelbagai
kemusykilan hukum-hakam agama yang tidak memerlukan tindakan
Jawatankuasa Fatwa.

3. OBJEKTIF PENUBUHAN

3.1 Memantapkan fungsi bahagian fatwa dan Jawatankuasa Fatwa dalam


mengeluarkan pandangan hukum yang dikeluarkan.
3.2 Memperkasakan bahagian fatwa dan Jawatankuasa Fatwa menyelesaikan
pelbagai isu hukum hakam yang disalurkan kepada Jabatan Mufti Negeri
Terengganu dengan lebih efektif.
3.3 Meningkatkan autoriti pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti
Negeri Terengganu.
3.4 Membantu Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti Negeri Terengganu
menyempurnakan pelbagai isu yang perlu diwartakan.

4. JUSTIFIKASI PENUBUHAN

4.1 Keperluan mewujudkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang ilmu


syariah/akidah/tasawuf bagi membantu Jawatankuasa Fatwa menyempurnakan
pelbagai isu berkaitan dengan bidang-bidang tersebut.

4.2 Membantu jawatankuasa fatwa menjayakan penyelidikan awal sebelum


sesuatu isu dikemukakan dan diputuskan oleh jawatankuasa fatwa.

4.3 Panel pakar berperanan untuk membuat dan memperincikan dapatan kajian isu
berkaitan kepada jawatankuasa fatwa sebelum keputusan disepakati oleh
jawatankuasa fatwa.

4.4 Membantu Jabatan Mufti Negeri Terengganu dalam menjawab isu soal jawab
agama yang disalurkan kepada jabatan dengan lebih efektif.

5. FUNGSI JAWATANKUASA

5.1 Menasihat dan memberi pandangan kepada Sahibus Samahah Dato' Mufti
berkaitan hukum Syarak.
5.2 Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Panel Bidang Syariah/Akidah/Tasawuf.
5.3 Bertanggungjawab membantu Sahibus Samahah Dato' Mufti dalam memberi
apa-apa pandangan mengenai persoalan hukum syariah, akidah dan tasawuf
yang timbul khususnya mengenai penyediaan sighah fatwa.
5.4 Membuat kajian dan penyelidikan berkaitan hukum dan pandangan berhubung
kait dengan syariah, akidah dan tasawuf apabila diminta oleh Pengerusi
Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).
5.5 Membuat pembentangan kertas kerja berkaitan isu-isu syariah, akidah dan
tasawuf yang ditimbulkan apabila diminta oleh Jawatankuasa Fatwa.
5.6 Mengemukakan cadangan jawapan berhubung permasalahan dan kemusykilan
syariah, akidah dan tasawuf daripada masyarakat.
5.7 Bertanggungjawab member kefahaman dan kesedaran agama kepada
masyarakat dalam bidang berkaitan syariah, akidah dan tasawuf menerusi
program ceramah, kuliah, forum dan seminar apabila diminta oleh pihak
Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

6. KEAHLIAN JAWATANKUASA

Ahli Jawatankuasa panel terdiri daripada:


(a) Seorang Pengerusi mesyuarat iaitu sahibus samahah Dato’ Mufti dan seorang
timbalan pengerusi Sahibul Fadilah Timbalan Mufti.
(b) Seorang Setiausaha iaitu Penolong Mufti Istinbat/Buhuth
(c) Dua orang urusetia
(d) lapan orang ahli yang pakar dalam bidang syariah, akidah dan tasawuf
sebagaimana berikut:

Bil Nama Jawatan Tugasan


.
1. Dr. Abdullaah Bin Jalil Pensyarah Universiti Sains Panel Syariah
Islam Malaysia
2. Ustaz Mahadi Bin Pensyarah Universiti Sultan Panel Syariah
Mohammad Zainal Abidin

3. Prof Dr. Al-Habib Pengasas & Mursyid JIG Panel Akidah


Assayyed Abdul Hamid
Al-Mahdaly
4. Dr. Muhammad Rashidi Pensyarah Universiti Sultan Panel Akidah
Bin Wahab Zainal Abidin

5. Dr. Engku Ibrahim Bin Pensyarah Universiti Sultan Panel Akidah


Engku Wok Zin Zainal Abidin

6. Tuan Guru Haji Mohd Pengasas Pondok Manazil Panel Tasawuf


Suhaimi Bin Haji Daud Siddiqin
7. Encik Syed Mohd Hafiz Pensyarah Universiti Sultan Panel Tasawuf
Bin Syed Omar Zainal Abidin

8. Prof. Madya Dr. Ahmad Pensyarah Universiti Sains Panel Tasawuf


Najaa’ Mokhtar Islam Malaysia

7. TEMPOH PELANTIKAN

7.1 Pelantikan ahli jawatankuasa ini berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan
oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk
tempoh selama dua (2) tahun.
7.2 Keahlian yang dilantik atas kapasiti sesuatu jawatan tertentu akan dilantik
semula selagi mana seseorang itu menyandang jawatan tersebut. Manakala
keahlian yang dilantik atas kepakaran akan dipertimbangkan untuk dilantik
semula sekiranya khidmatnya masih diperlukan.
7.3 Seseorang anggota boleh meletakkan jawatan atau ditamatkan keanggotaannya
atas sebab-sebab yang munasabah.
8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Kadar imbuhan atau elaun kepada setiap ahli panel pakar dilantik yang hadir
ke Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pakar Syariah/Akidah/Tasawuf Jabatan
Mufti Negeri Terengganu adalah dicadangkan sebanyak RM 350.00 bagi
setiap kali hadiran ke mesyuarat.
8.2 Kekerapan mesyuarat adalah berkala bergantung kepada keperluan
persidangan tentang isu berkaitan dan dianggarkan tidak kurang dari enam (6)
kali dalam tempoh setahun seperti berikut:

JUMLAH
BIL. PERBELANJAAN BANTUAN
(RM)

Elaun Kehadiran Mesyuarat


1. 16,800.00
(8 ahli x RM350.00 satu sesi x 6 kali)

JUMLAH 16,800.00

8.3 Segala kos yang melibatkan elaun kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa Panel
Pakar Syariah/Akidah/Tasawuf Jabatan Mufti Negeri Terengganu ditanggung
oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

9. SYOR DAN PENUTUP

9.1 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) disyorkan
agar menerima serta meluluskan cadangan penubuhan Jawatankuasa Panel
Pakar Syariah/Akidah/Tasawuf Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
Disediakan oleh:
Unit Fatwa
Jabatan Mufti Negeri Terengganu

You might also like