You are on page 1of 19

PERLEMBAGAAN BAGI

PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN

(PPM-007-16-07122022)

PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA

(PPM-007-16-07122022)

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA

Selepas ini disebut "Pertubuhan".

(2) Takrif Nama : PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA

(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

SK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) JALAN P11J1, PRESINT 11


62300 PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

JALAN P11J1, PRESINT 11


62300 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

3.1. Merapatkan hubungan muhibah antara Guru-Guru Besar di semua peringkat


dan semua jenis sekolah rendah dalam Malaysia.

3.2. Memastikan Persatuan Guru Besar Malaysia memberi kerjasama kepada


1
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melicinkan pelaksanaan dan keperluan
Dasar Pendidikan Kebangsaan serta program dan aktiviti pendidikan.

3.3. Membantu memastikan Persatuan Guru Besar Cawangan memberi kerjasama


kepada
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

3.3. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman pentadbiran dan


pendapat yang boleh meningkatkan prestasi pengurusan sekolah dan
pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah rendah.

3.4. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah


Pendidikan cKebangsaan.

3.5. Berusaha meningkatkan kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan dan


profesion Guru Besar.

3.6. Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan meningkatkan


tatasusila Guru Besar.

FASAL 4 KEAHLIAN

4.1. Kriteria keahlian persatuan ini adalah seperti berikut:

A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 30 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Lelaki & Perempuan sahaja
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Semua Guru Besar yang berkhidmat dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) .

4.2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh
ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk
dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang
permohonan tanpa sebarang sebab.

4.3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti
yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia
sebagai ahli.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

2
5.1. Mana-mana ahli cawangan Persatuan Negeri dan Persatuan Daerah yang
tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau arahan Jawatankuasa Tadbir
Persatuan, maka keahliannya akan digantung ataupun diberhentikan daripada
menjadi ahli cawangan persatuan negeri dan persatuan daerah oleh Jawatankuasa
Tadbir Persatuan.

5.2. Mana-mana ahli cawangan Persatuan Negeri dan Persatuan Daerah yang
telah digantung atau diberhentikan keahliannya maka ia boleh membuat rayuan
bertulis kepada Presiden untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Tadbir Persatuan Guru Besar Malaysia. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Tadbir Persatuan adalah muktamad.

5.3. Mana-mana ahli yang telah bersara, berhenti tugas oleh pendaftar, pindah
tugas ke Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah atau lain-lain agensi telah lucut keahlian.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

6.1. Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:


6.1.1. Bayaran Keahlian Masuk: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
dibahagikan : 6.1.1.1. Yuran untuk Daerah : RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh
sahaja)
6.1.1.2. Yuran untuk Negeri : RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
6.1.1.3. Yuran untuk Kebangsaan : RM10.00 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

6.1.2. Yuran Tahunan:RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)


6.1.2.1. Yuran untuk Daerah : RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja)
6.1.1.2. Yuran untuk Negeri : RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
6.1.1.3. Yuran untuk Kebangsaan : RM10.00 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

6.2. Kutipan yuran tahunan ahli daripada Bendahari Persatuan Guru Besar
cawangan negeri atau cawangan wilayah Persekutuan hendaklah diselesaikan
sebelum 31 Julai setiap tahun kepada Persatuan Guru Besar Malaysia.

6.3. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan atau
Mesyuarat Agung Khas.

6.4. Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam


bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan
dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

6.5. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti
menjual, membeli, melabur, menyewa, permit atau lesen, memiliki harta alih dan
tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi yang dibenarkan oleh undang-undang.

FASAL 7 MESYUARAT PERWAKILAN

3
7.1. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Persatuan Guru Besar Malaysia
hendaklah diadakan tiap-tiap tahun sebelum 31hb Oktober tahun tersebut kecuali
mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan.

7.2. Kourum Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan sekurang-kurangnya dua


pertiga (2/3) daripada jumlah perwakilan yang ditetapkan.

7.3. Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan negeri adalah seramai 10 orang.

7.4. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ini diadakan untuk membentang dan
meluluskan hal- hal seperti berikut:

7.4.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung Perwakilan


Tahunan Persatuan Guru Besar Malaysia yang lepas.

7.4.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Tadbir


Persatuan.

7.4.3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan Persatuan.

7.4.4. Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan


Tahunan Persatuan.

7.4.5. Setiap dua (2) tahun memilih Pegawai-Pegawai Tadbir Persatuan bagi
jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.1.1 hingga 8.1.4).
*Jawatan 8.1.1 - 8.1.4 ini hendaklah dipilih dari kalangan Pengerusi Persatuan Guru
Besar Cawangan Negeri-negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan. Jawatan
dalam Fasal 8 (Ceraian 8.1.5 hingga 8.1.7) iaitu Setiausaha, Penolong Setiausaha
dan Bendahari adalah lantikan oleh Pengerusi dari kalangan mana-mana Ahli
Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

7.4.6. Setiap dua (2) tahun memilih dua orang Juruaudit Dalam. Tidak boleh dipilih
dari kalangan mana-mana Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

7.4.7. Setiap dua (2) tahun melantik seorang Pengerusi Tetap dan seorang
Timbalan Pengerusi Tetap.
*Tidak boleh dilantik dari kalangan mana-mana Ahli Jawatankuasa Tadbir
Persatuan.

7.4.8. Menerima cadangan-cadangan dan usul-usul oleh Ahli-ahli Persatuan Guru


Besar Cawangan Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan atau daripada
Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

7.4.9. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan mana-mana Juruaudit Dalam atau


Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap, Jawatankuasa Tadbir Persatuan
ini diberi kuasa untuk melantik dengan kadar segera mana-mana ahli untuk
menggantikannya.

7.4.10. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan hendaklah diadakan sekurang-

4
kurangnya tiga (3) bulan sekali. Mana-mana Jawatankuasa Tadbir Persatuan yang
tidak dapat hadir boleh diwakilkan dan hendaklah dinyatakan secara bersurat.

7.5. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Persatuan Guru Besar Malaysia Luar
Biasa boleh diadakan dalam mana- mana keadaan berikut:

7.5.1. Apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

7.5.2. Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya dua per tiga (2/3)
daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

7.5.3. Atas arahan Pendaftar Pertubuhan.

7.5.4. Hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan


Jawatankuasa Tadbir Persatuan, atau tarikh penerimaan permintaan Ahli
Jawatankuasa Tadbir Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar Pertubuhan mengikut
mana-mana yang berkenaan.

7.5.5. Notis Bertulis Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Guru Besar Malaysia
Luar Biasa hendaklah dikemukakan kepada perwakilan selewat-lewatnya 7 hari dari
tarikh Mesyuarat Agung hendak diadakan dan perlu menyatakan tujuan diadakan.

7.5.6. Urusan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Guru Besar Malaysia Luar
Biasa hendaklah dihadkan kepada tujuan mesyuarat tersebut sahaja.

7.6. Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Guru Besar Malaysia Biasa dan Luar
Biasa hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap dan dibantu oleh Timbalan
Pengerusi Tetap Persidangan.

7.7. Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung mempunyai hak undi pemutus yang
muktamad sekiranya tiada majoriti.

FASAL 8 JAWATANKUASA PUSAT

8.1. Persatuan ini akan ditadbirkan oleh Pegawai Tadbir Persatuan seperti berikut:

8.1.1. Seorang Pengerusi


8.1.2. Seorang Timbalan Pengerusi
8.1.3. Seorang Naib Pengerusi 1
8.1.4. Seorang Naib Pengerusi 2
8.1.5. Seorang Setiausaha
8.1.6. Seorang Penolong Setiausaha
8.1.7. Seorang Bendahari

8.2. Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan Majlis Guru Besar Malaysia terdiri
daripada Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau
Cawangan Wilayah Persekutuan.

5
8.3. Sekiranya Pengerusi bersara atau meletak jawatan maka Timbalan Pengerusi,
Naib Pengerusi 1 dan Naib Pengerusi 2 akan memutuskan pengganti Pengerusi.
Pengganti Pengerusi adalah dalam kalangan Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi
1 atau Naib Pengerusi 2.

8.4. Pegawai Tadbir Persatuan ini diberi kuasa untuk melantik mana-mana Pegawai
Tadbir Persatuan atau Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan jika berlaku
kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Persatuan dan Ahli Jawatankuasa Tadbir
Persatuan.

8.5. Pegawai Tadbir Persatuan ini diberi kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa
Kecil.

8.6. Mana-mana Pengerusi atau Setiausaha Persatuan Guru Besar Cawangan


Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan yang dipilih atau dilantik menjadi
Pegawai Tadbir Persatuan, maka Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau
Cawangan Wilayah Persekutuan tersebut perlu mencadangkan calon pengganti
kuota Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuannya dengan mengambil kira jawatan
yang disandang oleh calon tersebut di cawangan negeri atau Cawangan Wilayah
Persekutuan atau berdasarkan merit, kekananan, keperluan dan kepentingan
kepada Persatuan.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

KEWAJIPAN PEGAWAI TADBIR PERSATUAN


9.1. Pengerusi
9.1.1. Mempengerusikan setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir
Persatuan.

9.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad.

9.1.3. Menyemak Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan yang


diluluskan.

9.1.4. Mengawasi pentadbiran Persatuan.

9.1.5. Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan ini


dipatuhi oleh ahli-ahli cawangan Persatuan.

9.1.6. Menghadiri mana-mana mesyuarat jika diundang oleh mana-mana pihak.

9.1.7. Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan sebarang maklumat


mengenai perjalanan Persatuan ini dari semasa ke semasa.

9.1.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran atau pelulus
transaksi dalam talian bagi pihak Persatuan.

6
9.2. Timbalan Pengerusi
9.2.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Pegawai dan

9.2.3. Jawatankuasa Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa.

9.2.4. Membantu Pengerusi Persatuan dan menjalankan tugas Pengerusi semasa


ketiadaannya atau apabila diarahkan.

9.2.5. Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 9.1 kecuali 9.1.8.

9.2.6. Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.3. Naib Pengerusi 1


9.3.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Pegawai dan

9.3.2. Jawatankuasa Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa.

9.3.3. Membantu Pengerusi Persatuan dan Timbalan Pengerusi dan menjalankan


tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi semasa ketiadaan mereka atau apabila
diarahkan.

9.3.4. Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.4. Naib Pengerusi 2


9.4.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Pegawai dan

9.4.2. Jawatankuasa Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa.

9.4.3. Membantu Pengerusi Persatuan, Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi 1,


menjalankan tugas Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau Naib Pengerusi 1
semasa ketiadaan

9.4.5. Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.5. Setiausaha
9.5.1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.

9.5.2. Mencatat segala peringatan mesyuarat Persatuan dan peringatan Mesyuarat


Agung Perwakilan Tahunan.

9.5.3. Bertanggungjawab tentang hal surat-menyurat.

9.5.4. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Pegawai Tadbir

7
Persatuan dari semasa ke semasa.

9.5.5. Menyedia Laporan Tahunan.

9.5.6. Menyimpan semua surat dan semua dokumen Persatuan.

9.5.7. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir.

9.5.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran atau pelulus
transaksi dalam talian bagi pihak Persatuan apabila ketiadaan Pengerusi atau
dalam keadaan mematuhi keperluan ketetapan pihak bank.

9.5.9. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan siaran berita,


mengenai aktiviti Persatuan kepada media massa setelah mendapat persetujuan
Pengerusi.

9.5.10. Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.5.11. Memanggil Mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan,


Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Biasa dan Luar Biasa pada bila-bila masa
yang dikehendaki.

9.5.12. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan


dokumentasi.

9.6. Penolong Setiausaha


9.6.1. Membantu kerja-kerja Setiausaha.

9.6.2. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan


seperti FASAL 9.6. kecuali 9.6.8.

9.6.3. Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.7. Bendahari
9.7.1. Menerima dan menyimpan wang di bank yang diluluskan oleh Pegawai
Tadbir segala wang kepunyaan Persatuan.

9.7.2. Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira kepunyaan Persatuan


ini.

9.7.3. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Persatuan ataupun kira-kira semasa jika
dikehendaki oleh Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.7.4. Membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa Tadbir dan dalam


Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.

9.7.5. Membayar bil-bil Persatuan.

8
9.7.6. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran atau pelulus
transaksi dalam talian bagi pihak Persatuan.

9.7.7. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan


kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Persatuan.

9.7.8. Memastikan pembayaran Yuran Tahunan Ahli diterima sebelum bulan Julai
setiap tahun.

9.7.9. Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.8. Jawatankuasa Tadbir Persatuan


9.8.1. Menjadi penghubung dan penyampai maklumat antara Persatuan Guru
Besar Cawangan masing-masing dengan Persatuan.

9.8.2. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh


Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa.

9.8.3. Menyedia Laporan Tahunan Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau
Cawangan Wilayah Persekutuan masing-masing.

9.8.4. Menyediakan Laporan Aktiviti apabila dikehendaki.

9.8.5. Membantu mengurus pembayaran Yuran Keahlian baharu dan Tahunan Ahli
Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan
masing-masing dibayar kepada Bendahari Persatuan Guru Besar Malaysia
sebelum bulan Julai setiap tahun.

9.8.6. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.8.7. Sentiasa bersedia dan aktif memberi buah fikiran dalam setiap mesyuarat
Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

9.9. Pengerusi Tetap


9.9.1. Mempengerusikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Biasa dan Luar
Biasa.

9.9.2. Bertanggungjawab terhadap kelancaran, ketenteraman dan kesempurnaan


Mesyuarat Agung

9.9.3. Perwakilan Tahunan mengikut etika mesyuarat.

9.9.4. Memastikan tiada gangguan dari luar.

9.9.5. Tugas Pengerusi Tetap boleh diamanahkan kepada Timbalan Pengerusi


Tetap ataumana-mana anggota Jawatankuasa Tadbir, jika perlu.

9
9.10. Timbalan Pengerusi Tetap
9.10.1. Timbalan Pengerusi Tetap membantu kerja-kerja Pengerusi Tetap.

9.10.2. Menjalankan tugas Pengerusi Tetap apabila diarahkan.

FASAL 10 KEWANGAN

10.1. Kewangan.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini. Wang
Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, bayaran elaun atau saguhati kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
sebanyak RM1000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) dan Pegawai Tadbir
lain sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) setahun, sewaan,
biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai serta kakitangan yang bergaji serta
upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimana pun, wang itu tidak boleh digunakan
untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

10.1.1. Persatuan Guru Besar Malaysia mestilah membuka akaun di mana-mana


Bank Tempatan di Malaysia yang mudah bagi Persatuan Guru Besar Malaysia
menyimpan wang atau harta atau urus niaga.

10.1.2. Pegawai-pegawai memegang amanah Persatuan terdiri daripada


Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari (penandatangan cek).

10.1.3. Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga orang
penandatangan cek yang mana Bendahari adalah penandatangan WAJIB.

10.1.4. Bendahari dibenarkan hanya memegang wang tunai ditangan Persatuan ini
tidak lebih daripada RM5000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) dalam satu-
satu masa.

10.1.5. Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih


daripada RM3000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja) tanpa kebenaran
Jawatankuasa. Wang yang lebih daripada jumlah itu, mestilah dalam tempoh 7 hari
dimasukan ke dalam bank yang diluluskan oleh Persatuan.

10.1.6. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada
31hb. Disember setiap tahun.

10.1.7. Perbelanjaan RM10000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja ) dan


ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha
atau Bendahari.

10.1.8. Perbelanjaan yang lebih daripada RM20000.00 (Ringgit Malaysia : Lima


Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan Diluluskan di
Mesyuarat Agung.

10
10.1.9. Penyata kewangan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan
oleh Bendahari, disemak oleh Pengerusi dan diperiksa oleh juruaudit dalam yang
dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan dan kunci kira-kira yang telah
diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk
makluman ahli Persatuan.

FASAL 11 JURUAUDIT

11.1. Juruaudit Dalam

11.1.1. Juruaudit Dalam dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun


dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan
Tahunan.

11.1.2. Memeriksa kira-kira Persatuan pada bila-bila masa dalam tempoh jawatan
mereka dan
membuat laporan kepada Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan jika
dikehendaki oleh Pengerusi.

11.1.3. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan jika dikehendaki


berbuat demikian oleh Pengerusi; dan

11.1.4. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Pegawai dan
Jawatankuasa Tadbir Persatuan.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

12.1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama
Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini
dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olahnya ianya telah dilaksanakan oleh
seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3
orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan
mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar
Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.

12.2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual,digadai,ditarik balik atau ditukar
milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan.

12.3. Pemegang Amanah adalah seperti berikut:

12.3.1. Pengerusi.

12.3.2. Timbalan Pengerusi.

12.3.3. Naib Pengerusi 1.

11
12.3.4. Naib Pengerusi 2.

12.3.5. Setiausaha.

12.3.6. Penolong Setiausaha.

12.3.7. Bendahari.

12.3.8. (2) Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan yang dilantik oleh Pegawai Tadbir
Persatuan.

FASAL 13 PEMBUBARAN

13.1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak
kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

13.2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas,


maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut
perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

13.3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar


Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

13.4. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan daripada
Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

14.1. Penubuhan

14.1.1. Persatuan boleh membenarkan penubuhan satu (1) cawangan di setiap


Pejabat Pendidikan Daerah dan satu (1) cawangan di peringkat Jabatan Pendidikan
Negeri dan Wilayah Persekutuan.

14.1.2. Persatuan-persatuan cawangan ini mesti atas nama Persatuan Guru Besar
Cawangan Daerah atau Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri dan Wilayah
Persekutuan mengikut nama daerah, negeri dan Wilayah Persekutuan.

14.2. Pembubaran

14.2.1. Persatuan boleh membubarkan cawangan: a. Jika cawangan tidak


mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau

12
Jawatankuasa persatuan atau jika Jawatankuasa Persatuan mendapatinya
bersalah kerana perbuatannya mencemarkan persatuan.

14.2.2. Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di


dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan, dengan syarat sebelum diambil
keputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal
14.2.1.(a) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama
30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan
tersebut.

14.2.3. Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha.


Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut
kecuali untuk urusan penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas
perintah pembubaran, boleh dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha di
dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat
rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun
perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam
keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Persatuan boleh melantik satu
jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan hal ehwal cawangan
itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.

14.2.4. Jika sesuatu cawangan dibubar atas sebab yang disebutkan dalam fasal
14.2.1.(a) di atas, maka ahli-ahli cawangan tersebut akan diurus tadbir oleh
Persatuan Guru Besar Malaysia.

14.2.5. Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi


cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Persatuan Guru Besar Malaysia
segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan
berserta dengan penyata kewangan cawangan itu daripada tarikh akhir
pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehingga tarikh perintah
pembubaran.

FASAL 15 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

15.1. Mesyuarat Agung Cawangan peringkat daerah mesti diadakan tidak lewat
daripada 1 Jun tahun semasa.

15.2. Mesyuarat Agung Cawangan peringkat negeri mesti diadakan tidak lewat
daripada 1 Ogos tahun semasa.

15.3. Pemberitahuan Mesyuarat Agung Cawangan daerah dan negeri mesti


dimaklumkan 14 hari sebelum Mesyuarat Agung.

15.4. Mesyuarat Agung Cawangan peringkat daerah dan negeri untuk:


a. Menerima laporan Setiausaha Cawangan dan penyata kewangan Cawangan
yang telah diaudit;
b. Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan;
c. Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.

13
15.5. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar notis Mesyuarat Agung kepada
tiap-tiap ahli sekurang kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
Mesyuarat Agung Cawangan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat
mesyuarat, untuk mengemukakan usul dan cadangan.

15.6. Pemilihan pegawai-pegawai diadakan dalam Mesyuarat Agung Cawangan.

15.7. Sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada jumlah ahli-ahli cawangan


yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa tadbir
cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat
Agung Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi
kourum untuk mesyuarat.

15.8. Jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada
suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Cawangan, dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu
yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan
yang melibatkan semua ahli.

15.9. Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan:


a. Atas arahan Jawatankuasa Majlis; atau
b. Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;
c. Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1/2 ahli-ahli cawangan yang
berhak mengundi dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan
mesyuarat itu.

15.10. Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah


diadakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat
tersebut.

15.11. Fasal 15.7 dan 15.8 di dalam Perlembagaan ini berkenaan kourum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk
Mesyuarat Agung Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak
mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat
Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
tidaklah boleh diadakan.

15.12. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan


Setiausaha Majlis satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau
Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

FASAL 16 JAWATANKUASA CAWANGAN

16.1. Seorang Pengerusi Cawangan;

14
16.2. Seorang Timbalan Pengerusi Cawangan;

16.3. Seorang Naib Pengerusi 1 Cawangan;

16.4. Seorang Naib Pengerusi 2 Cawangan;

16.5. Seorang Setiausaha Cawangan;

16.6. Seorang Penolong Setiausaha Cawangan;

16.7. Seorang Bendahari Cawangan

FASAL 17 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

17.1. Pengerusi Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah


menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia
menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.

17.2. Timbalan Pengerusi atau Naib Pengerusi 1 atau Naib Pengerusi 2 Cawangan
hendaklah memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa ketiadaannya.

17.3. Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan


mengikut Perlembagaan dan dia hendaklah menjalankan perintah-perintah
Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. Dia bertanggungjawab
mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua rekod serta
dokumen Cawangan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan.
Setiausaha Cawangan hendaklah menyimpan maklumat ahli yang mengandungi
maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir,
nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah
kediaman tiap-tiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan mesyuarat.

17.4. Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha


Cawangan dalam menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam
masa ketiadaannya.

17.5. Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal


kewangan Cawangan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas
ketepatan penyata kewangan Cawangan yang terdiri daripada penyata penerimaan
dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

17.6. Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Cawangan


menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.

FASAL 18 KEWANGAN CAWANGAN

15
18.1. Semua Cawangan dibenarkan membuka akaun di mana-mana bank yang
diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan.

18.2. Semua Cawangan Negeri dan Wilayah Persekutuan dibenarkan mencari


sumber kewangan sendiri dan semua wang yang dikutip akan menjadi aset di
peringkat cawangan masing-masing.

18.3. Persatuan Cawangan peringkat Negeri perlu menjelaskan sekali sahaja yuran
keahlian baharu sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja) kepada
Persatuan Guru Besar Malaysia bagi setiap bilangan ahli baharunya.

18.4. Persatuan Cawangan peringkat Negeri perlu menjelaskan yuran tahunan ahli
sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja) kepada Persatuan Guru
Besar Malaysia bagi setiap bilangan ahlinya.

18.5. Tiap-tiap Bendahari Cawangan Negeri akan menjelaskan yuran keahlian


baharu dan yuran tahunan ahli kepada Bendahari Persatuan Guru Besar Malaysia
sebelum 31hb. Julai tahun semasa.

18.6. Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang dalam tangan tidak lebih
daripada RM500 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang
yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan dalam tempoh tujuh hari ke
dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tadbir Cawangan. Kira-kira bank
itu hendaklah di atas nama Cawangan.

18.7. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Cawangan
hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha
Cawangan dan Bendahari Cawangan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa
Cawangan berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangani cek atau pengeluaran wang persatuan semasa ketiadaan mana-
mana penandatangan tersebut.

18.8. Perbelanjaan yang lebih daripada RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Seratus


Ribu Sahaja) pada sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan
terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang lebih
daripada RM300,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Ribu Sahaja) bagi sesuatu
masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung
Cawangan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM500.00 (Ringgit
Malaysia:Lima Ratus Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi Cawangan,
Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

18.9. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari


Cawangan dan diperiksa oleh juruaudit dalam yang dilantik di bawah Fasal 11
Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan.
Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-
ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Cawangan yang
berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di
alamat tempat urusan persatuan yang berdaftar.

16
18.10. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu
bermula dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember setiap tahun.

18.11. Semua wang, buku dan harta-harta lain persatuan yang dipegang oleh mana-
mana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh
Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Persatuan Guru Besar Malaysia,
bersama- sama dengan penyata kewangan.

FASAL 19 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

19.1. Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi
perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Persatuan,
Perlembagaan yang berkenaan mengenai pentadbiran maka Ibu Pejabat
Pertubuhan akan membuat keputusan dan diikuti sejauh mana yang sesuai.

19.2. Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Guru Besar Malaysia akan memberi


arahan kepada Jawatankuasa Persatuan Cawangan mengenai pentadbirannya.

FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN

20.1. Sebarang pindaan Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh dilakukan kecuali
mendapat kelulusan sekurang-kurangnya dua per tiga (2/3) jumlah Perwakilan yang
hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Biasa atau Luar Biasa.

20.2. Sebarang permohonan pindaan perlembagaan Persatuan ini mengikut FASAL


20.1. hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk kelulusan
terlebih dahulu.

20.3. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan.

20.4. Pindaan kepada perlembagaan akan berkuatkuasa mulai daripada tarikh


permohonan pindaan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

21.1. Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat perwakilan, Jawatankuasa Persatuan


Guru Besar Malaysia boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini, jika
perlu boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam
Perlembagaan ini.

21.2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan, keputusan
Jawatankuasa Tadbir Persatuan Guru Besar Malaysia ke atas ahli-ahli adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.

17
FASAL 22 LARANGAN

22.1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi
Terbuka, 1953 adalah dilarang di premis Persatuan dan Cawangan-cawangan.

22.2. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa
cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil
peranan dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan
Sekerja 1959.

22.3. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-
ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa
Tabir tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

12.4. “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966
tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Bendera
-
Keterangan :
-
2. Lambang

Keterangan :
1. Perkataan dalam bentuk bulat: Pemuafakatan
dalam kalangan ahli Persatuan.
2. 5 Bulat: Persatuan mendukung prinsip Rukun
Negara.
3. Bentuk bintang Berusaha meningkatkan
kecemerlangan dalam profesyen.
4. Bentuk Pentagon: Berazam menjaga kebajikan
ahli.
5. Warna kelabu: Mengamalkan keseimbangan
dalam pengurusan.
6. Warna kuning: Perpaduan dalam kalangan ahli
7. Warna hitam: Guru Besar sentiasa kelihatan
segak dan anggun.
8. Warna merah: Guru Besar sebagai pemimpin
yang berani, berwawasan dan berintergriti.
3. Lencana
- 18
Keterangan :
-

19

You might also like