You are on page 1of 8

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGKT)

SK FELDA TEMENTI

PERKARA 1: TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN

1. Tujuan-tujuan persatuan ialah:-

 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru

dan staf sokongan dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan

dalam seksyen Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau

tanggungan ahli.

 perantara antara kakitangan sekolah dengan pemimpin sekolah, PIBG dan

pelbagai kesatuan yang berkenaan.

 untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan,

keperluan, dan kemajuan guru-guru dan kakitangan sekolah dalam

meningkatkan imej dan mutu sekolah.

 untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak

dan keperluan kebendaan guru-guru dan kakitangan sekolah dalam kegiatan

mereka.

 untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara guru-guru dan kakitangan

sekolah.
PERKARA 2: FUNGSI PERSATUAN

2. Fungsi persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai

tujuan-tujuan persatuan seperti;

 membantu dalam memberi khidmat kebajikan dan keperluan kepada semua

ahli.

 menambah sumber kewangan kelab dan meningkatkan kemudahan untuk

semua ahli.

 mewujudkan suasana yang kondusif serta merancang aktiviti-aktiviti yang

bermanfaat untuk memenuhi keperluan riadah kepada semua ahli.

 menyediakan saluran komunikasi dalam menyelesaikan pelbagai isu dan

masalah di kalangan ahli-ahli antara pihak sekolah, ibu bapa, pertubuhan dan

komuniti.

PERKARA 3: KEANGGOTAAN PERSATUAN

3. Anggota persatuan terdiri daripada:

 semua guru di sekolah;

 semua kakitangan bukan guru di sekolah

PERKARA 4: JAWATANKUASA PERSATUAN

4. Persatuan hendaklah diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dikenali sebagai

“Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan SK Felda Tementi ‘’. Jawatankuasa

Kelab Guru dan Kakitangan SK Felda Tementi hendaklah dilantik oleh anggota kelab

pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.


4.1 Keanggotaan jawatankuasa adalah seperti berikut:

 seorang Pengerusi;

 seorang Naib Pengerusi;

 seorang Setiausaha;

 seorang Bendahari; dan

 TUJUH orang ahli jawatankuasa

4.2 Guru besar dan Penolong Kanan dilantik sebagai Penasihat Kelab dan

berperanan memberi sumbangan idea dan cadangan yang berkesan bertujuan

membangunkan kelab.

4.3 Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Persatuan, Pengerusi

hendaklah melantik mana-mana anggota biasa persatuan, berdasarkan undian

terbanyak di kalangan jawatankuasa untuk mengisi kekosongan jawatan itu dengan

serta merta.

4.4 Tempoh memegang jawatan adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga

tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya.

PERKARA 5: YURAN KEAHLIAN

 Semua kakitangan akademik dan bukan akademik SK Felda Tementi (tidak

termasuk pekerja swasta ).

 Setiap ahli dikenakan yuran bulanan sebanyak RM 15.00

 Guru dan pekerja baru yang bertukar ke sekolah ini secara serta merta

menjadi ahli KGKT.


 Setiap ahli WAJIB membayar yuran bulanan persatuan berkuatkuasa dari

bulan Januari hingga Oktober.

 Ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan akan dikenakan yuran tertunggak

dan mesti menjelaskan kesemuanya sekali gus apabila diminta berbuat

demikian oleh Bendahari.

PERKARA 6: KEBAJIKAN AHLI

6.1 Setiap ahli LAYAK menerima perkara berikut:

o Cenderahati perkahwinan semasa berkhidmat di sekolah ini bernilai RM50.00.

o Cenderahati kelahiran anak pertama di sekolah ini bernilai RM35.00.

o Cenderahati pertukaran / persaraan wajib / persaraan pilihan

6.2 Kadaran nilai mengikut tahun perkhidmatan seperti:

Tahun Perkhidmatan Nilai Hadiah

1-5 tahun RM50

6-9 tahun RM100

10-14 tahun RM150

15 tahun ke atas RM200

6. 3 TIDAK LAYAK menerima hadiah jika berkhidmat kurang daripada 12 bulan.

6.4 Majlis, tentatif dan jamuan pertukaran / persaraan wajib / persaraan pilihan akan

ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa.


6.5 Dana Cakna

 Kemalangan- biasa RM100, teruk RM200


 Kemasukan ke Wad melebihi 3 hari- RM100
 Bersara- 10 tahun ke atas, RM200, 5-10 Tahun RM100
 Hadiah kelahiran – RM50 dan tiada had.
 Hari lahir ahli -RM30
 Kematian- ahli RM150, keluarga asas ahli -ibu ayah, anak-
anak – RM100
 Mengerjakan haji ahli RM100
 Moreh RM50
 Kecemasan : Jika ada ahli yang ditimpa kecemasan
seperti pecah rumah, kebakaran, dan seumpamanya,
kutipan derma kilat akan dilancarkan serta merta.
 Derma khairat akan diwujudkan dengan cara kutipan dan
sumbangan ikhlas.
 Hadiah perkahwinan ahli RM50
 Pinjaman Kecemasan.
 Hanya untuk ahli KGKT sahaja.
 Pinjaman diberi bergantung kepada kewangan
yang ada sehingga maksima sebanyak RM200.00
sahaja.
 Tempoh bayaran balik pinjaman ialah selama 3
bulan.

PERKARA 7: PINDAAN PERLEMBAGAAN

7.1 Pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan dalam

Mesyuarat Agung Tahunan sahaja berdasarkan persetujuan daripada ahli.


PERKARA 8: MESYUARAT

8.1 Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan dalam bulan April pada tahun yang

berikutnya.

8.2 Mesyuarat Tergempar akan diadakan atas permintaan bertulis 2/3 daripada ahli

atau atas permintaan Guru besar dengan persetujuan Pengerusi.

8.3 Mesyuarat AJK diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun atau

berdasarkan keperluan. Pengerusi mesti hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

8.4 Semua AJK yang dilantik mesti hadir bermesyuarat kecuali ada hal-hal lain atau

dengan kebenaran Pengerusi.

PERKARA 9 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

9.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia

dipinda.

9.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama

ahlijawatankuasa KGK semasa mesyuarat Agung tahunan

9.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa

KGK dan ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya

jikaperlu.

9.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh

pengerusI.
PERKARA 10: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

10.1 Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun setelah

tamat tempoh setahun.

10.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli

selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat

10.3 Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut

10.3.1 Ucapan pengerusi

10.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu

10.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti

10.3.4 Membahaskan perkara berbangkit

10.3.5 Pemilihan Jawatankuasa KGK bagi tahun berkenaan

10.3.6 Ucapan penangguhan

10.3.7 Lain-lain hal

PERKARA 11: PEMBUBARAN KELAB

11.1 Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa
11.2 Guru Besar(Penasihat) diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika

didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

You might also like