You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU

JALAN PERMATANG TEPI


TEL :04-8660682
11000 B ALIK PULAU FAX :04-8667709
PULAU PINANG E-MAIL :pba3018@jpnpp.edu.my
PORTAL :skbalikpulau.edu.my

Ruj. Kami :
Tarikh :

MINIT MESYUARAT KELAB SUKAN DAN PERMAINAN PING PONG


SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU 2017

Tarikh : 15 Februari 2017


Masa : 5.00 p.m – 6.00 p.m
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Balik Pulau

Kehadiran :
1. En, Mohd Nasril Bin Ismail (Penolong Kanan Kokurikulum)
2. Encik Ahmad Syafiq Bin Abdullah (Guru Kelab Ping Pong)
3. Pn. Siti Nurul Huda Binti Mat Isa (Guru Kelab Ping Pong)

AGENDA MESYUARAT:

1. UCAPAN PENGERUSI :

Ahmad Syafiq Bin Abdullah

1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran Penolong Kanan Kokurikulum,
guru kelab dan semua murid kelab ping pong ke mesyuarat Sukan & Permainan Ping
pong kali pertama 2017.

1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat adalah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan


dijalankan pada tahun 2017 serta membuat pelantikan ahli jawatankuasa murid bagi
tahun 2017

2. PERKARA-PERKARA BAHARU

2.1 Pemilihan ahli jawatankuasa kelab sukan & permainan ping pong
.
2.1.1 Mohd Irfan mencadangkan Hatim Bin Azhari sebagai pengerusi kelab ping
pong. Cadangan telah mendapat sokongan majoriti ahli kumpulan. Hatim Bin
Azhari dilantik sebagai pengerusi kelab.

2.1.2 Muhammad Irsyad Iman Bin Muhd Anas dilantik sebagai naib pengerusi
kelab, Muhammad Daniel Iskandar Bin Abdullah sebagai Setiausaha, dan
Mohammad Irfan Bin Sababini@Sarabini sebagai Bendahari

2.1.3 Perbincangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2017. Setiap
orang murid memberi cadangan dan pendapat masing-masing dalam
merancang dan menjayakan aktiviti kelab sukan dan permainan.
2.1.4 Antara cadangan yang diutarakan untuk setiap kali perjumpaan adalah
mengenal alatan, permainan dan peraturan, teknik pukulan, asas kemahiran
ping pong dan juga pertandingan ping pong peringkat sekolah.

3. HAL-HAL LAIN

3.1 En. Nasril mencadangkan pengunaan fail ring untuk memudahkan penyimpanan
eviden setiap kali perjumpaan bersama murid.

3.2 Pengerusi mengharapkan semua ahli jawatankuasa murid dapat bekerjasama bagi
menjalankan aktiviti kelab sukan dan permainan ping pong 2017 dengan cemerlang.

4. PENUTUP

4.1 Ucapan terima kasih kerana menghadiri mesyuarat Kelab Sukan & Permainan Ping
Pong kali pertama untuk tahun 2017.

4.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Dicatat oleh, Disemak oleh,

……………………………................ ……………………………..........
(SITI NURUL HUDA BINTI MAT ISA) (MOHD NASRIL BIN ISMAIL)
Guru Penyelaras Sukan & Permainan Ping Pong Penolong Kanan Kokurikulum
SK Balik Pulau. SK Balik Pulau.

Disahkan oleh,

.............................................................
(HJH ZAHARAH BINTI HJ JAAFAR)
Guru Besar, SK Balik Pulau.

You might also like