You are on page 1of 4

JHEAT.

08-013/31 ( )
Syawal 1431
September 2010

Pengerusi JKKK
Kampung Buluh Gading
21200 Kuala Terengganu

Tuan,

MEMOHON MEMPERCEPATKAN PELANTIKAN IMAM MASJID BULUH GADING

Dengan hormatnya merujuk perkara diatas dan surat tuan JKKKBG/01/01/10 (88) bertarikh 11
Jun 2010 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa satu perbincangan diperingkat Jabatan telah diadakan berhubung


perlantikan imam Masjid Buluh Gading yang dimaksudkan . Jabatan ini telah membuat
keputusan bahawa calon imam yang dikemukakan tidak sesuai dilantik dimasjid berkenaan
memandangkan wujud 3 beradik bertugas dimasjid yang sama dan keperluan imam dimasjid
berkenaan tidak mendesak.

3. Jabatan ini mengesyorkan supaya Jawatankuasa Masjid Buluh Gading


mencalon/mencadangkan calon yang lain untuk ditemuduga bagi lantikan tersebut.

Sekian, terima kasih.

" MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN "


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

( HAJI MOHD RUSYDI BIN MANSOR )


Penolong Pesuruhjaya (Qaryah)
JHEAT.08-013/9 Bhg. 15 ( 12 )
01 Safar 1433
26 Disember 2011

Pegawai Agama Daerah,Kuala Terengganu


Pegawai Agama Daerah,Marang
Pegawai Agama Daerah,Hulu Terengganu
Pegawai Agama Daerah,Dungun
Pegawai Agama Daerah,Kemaman
Pegawai Agama Daerah,Setiu
Pegawai Agama Daerah,Besut

CADANGAN CALON UNTUK TAJAAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI


BAGI TAHUN 1433H/2012 OLEH YAYASAN AL BUKHARY

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Al Bukhary berhasrat menaja Imam/Bilal yang


berkelayakan bagi menunaikan fardhu haji bagi tahun 1433H/2012M.

3. Sehubungan dengan itu dipohon kerjasama tuan bagi mencalonkan Imam/Bilal yang
berkelayakan serta memenuhi kriteria sebagaimana berikut:-

a. Belum pernah menunaikan fardhu haji


b. Lanjut usia – 56 tahun keatas
c. Tiada kemampuan – berpendapatan rendah
d. Imam/Pegawai masjid dan mereka yang telah banyak menyumbang jasa
kepada agama dan masyarakat
e. Cukup syarat menurut hukum syarak (kecuali kewangan) untuk
menunaikan fardhu haji
f. Mempunyai kesihatan yang baik

4. Dalam kaitan yang sama, tuan bolehlah berhubung dengan Persatuan Imam/Bilal
Terengganu bagi mengenalpasti calon yang sesuai.
.... 5. Bersama-sama ini disertakan kembaran A dan borang biodata calon haji.Borang
pencalonan tersebut hendaklah dikembalikan ke Pejabat ini sebelum atau pada 1 Februari
2012

Sekian,

" MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN "


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

( MOHD AZAM BIN AWI )


Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pengurusan Masjid)
b.p. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama
Terengganu.

S.k

Persatuan Imam/Bilal Terengganu

You might also like