You are on page 1of 12

UCAPAN

PENGERUSI JAWATANKUASA
HAL EHWAL AGAMA NEGERI JOHOR

MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN


PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

TEMPAT
DEWAN BESAR
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR

Pada
9 FEBRUARI 2023
(KHAMIS)

1
2
SALUTASI

1. Yang Berusaha saudara pengacara majlis.

2. …..

3.

1) Alhamdulillah saya panjatkan


kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izinNya kita dapat berkumpul
pada pagi ini bagi meraikan persaraan
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
Johor iaitu Yang Berhormat Dato’ Haji
Md. Rofiki bin Dato’ Haji Shamsuddin.

3
Yang Berhormat Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan
puan-puan sekelian.

2) Pentadbiran agama Islam yang ada


pada hari ini merupakan antara
pentadbiran Islam yang memiliki nilai
sejarah dan estetika yang tersendiri.
Jika diimbau dari sudut sejarah, jawatan
Pengarah ini yang dahulunya dikenali
sebagai Yang DiPertua merupakan
jawatan 12 pembesar negeri yang
terpenting, membantu Duli Yang Maha
Mulia Sultan melaksanakan dasar-dasar
berkaitan urusan agama Islam.

3) Sepanjang pengenalan saya dengan YB


Dato Rofiki, beliau sebenarnya banyak
membawa perubahan dalam
meningkatkan imej pentadbiran agama
Islam di negeri Johor.

4
4) Antara perkara yang boleh saya
kongsikan disini antaranya ialah Majlis
Tilawah dan Menghafaz Al-Quran
Peringkat Kebangsaan di Dewan Besar
Pusat Islam Iskandar Johor. YB Dato
bukan sahaja berjaya menjadi
penganjur yang mantap dari segi
persiapan tempat, tetapi persiapan
peserta Johor juga diperkasakan
sehingga Johor berjaya dinobatkan
Johan Keseluruhan Majlis Tilawah dan
Menghafaz Al-Quran Peringkat
Kebangsaan.

5) Selain itu, penubuhan Akademi Al-


Quran Negeri Johor untuk melatih anak-
anak muda kita dalam bidang tarannum
dan tahfiz Al-Quran agar boleh dijadikan
wakil ke peringkat kebangsaan dan
seterusnya.

5
Yang Berhormat Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan
puan-puan sekelian.

6) Sayang muara tida berbukit


Banyak Bukit di Batu Karang
Budi tuan bukan sedikit
Dari dulu sampai sekarang

7) Dari segi corak kerja dan meningkatkan


imej kemahiran bekerja juga, YB Dato
telah berjaya membawa perubahan
besar dalam perkara ini melalui
persijilan EKSA serta mewujudkan
Pelan Strategik Jabatan Agama Islam
Johor Tahun 2023 – 2027.

8) Kedua-dua perkara ini memberi fokus


yang besar kepada anggota pekerja
Jabatan Agama Islam Johor untuk lebih
berdaya saing dan dinamik dalam

6
perkhidmatan hal ehwal agama Islam
ini.
9) Dalam bidang pendidikan Islam, saya
difahamkan banyak inovasi yang
dilakukan oleh YB Dato’. Antaranya
Johor Tahfiz Quality Assurance (JTQA),
iaitu persijilan untuk menjaga kualiti
pembelajaran dan pengajaran sekolah-
sekolah tahfiz swasta, menaik taraf
perjawatan pegawai pendidikan Islam,
meliputi perjawatan Maahad Tahfiz
Johor dan Maahad Johor Lil Banat dan
banyak lagi.

10) Dalam urusan Nikah, Cerai dan Ruju’,


saya difahamkan oleh YB Dato’, perkara
paling mencabar ialah semasa
dikuatkuasakan Perintah Kawalan
Pergerakan apabila pada masa-masa
tertentu perlu ditangguhkan Majlis Akad
Nikah. Namun begitu, berkat

7
kebijaksanaan dan ketabahan YB.
Dato’, tempoh tersebut dapat dihadapi
dengan tabah dan sabar demi menjaga
kemaslahatan masyarakat Islam dari
dijangkiti wabak.

11) Begitu juga pengenalan Sistem


Pengurusan Perkahwinan Islam
Malaysia (SPPIM) pada tahun 2021,
dalam urusan nikah, cerai dan ruju’.
Sistem SPPIM ini memudahkan lagi
urusan masyarakat awam dan juga
pentadbiran Pejabat Kadi Daerah dari
sudut pengeluaran kebenaran,
percetakan sijil dan kad perakuan nikah
dan urusan lain-lain berkaitan nikah,
cerai dan ruju’ orang Islam di negeri
Johor.

Yang Berhormat Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan


puan-puan sekelian.

8
12) Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik di balas baik
Dalam hati di kenang orang

13) Jasa dan budi YB Dato paling besar


pada perkiraan saya ialah apabila YB
Dato’ memperkasakan kerohanian
masyarakat Islam di negeri Johor
melalui Majlis Berselawat, Program
Membudayakan Surah Al-Kahfi dan
Program Membaca Surah al-Mulk
selepas solat isyak di Masjid dan Surau.

14) Begitu juga YB Dato berjaya


memperkasakan Dewan Pakar Ahli
Sunnah Wal Jamaah, Briged ASWAJA
dan program-program tafaquh tentang
Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri
Johor.

9
15) Program-program memperkukuhkan
akidah dan kerohanian ini akan
membantu membina masyarakat yang
berjati diri Islam selaras dengan hukum
syarak yang dikuatkuasakan di negeri
Johor iaitu beriktikad dengan Ahli
Sunnah Wal Jamaah aliran Al-Asyairah
dan Al-Maturidiyyah, bermazhab syafie
tanpa menolak mazhab yang lain dan
berakhlak berasaskan ajaran Imam
Junaid al-Baghdadi dan Imam al-
Ghazali.

Yang Berhormat Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan


puan-puan sekelian.

16) Inilah serba sedikit kejayaan yang pada


pandangan saya berjaya YB Dato
laksanakan dalam tempoh

10
pentadbirannya di Jabatan Agama Islam
Johor.

17) Hanyut kayu dari bukit


Dari gunung berkati-kati
Segunung budi bukan sedikit
Tidak tertanggung sampai mati

Pulau Pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

18) Untuk akhirnya, saya mengucapkan


selamat bersara kepada YB Dato’ Haji
Md. Rofiki bin Datp’ Haji Shamsuddin.
Saya doakan YB Dato senantiasa dalam
keadaan sihat dan dinaungi keberkatan
serta rahmat dan keampunan Allah

11
SWT. Saya bagi pihak pentadbiran
agama Islam, mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih
atas jasa dan sumbangan YB. Dato
dalam memperkasakan imej
pentadbiran Islam di negeri Johor

19) Kepada Allah SWT dipohonkan taufik


dan hidayah. Mudah-mudahan, usaha
yang kita lakukan ini akan mendapat
pertolongan, inayah dan rahmat
daripada Allah SWT.

Wabillahit taufiq walhidayah, wassalamu


alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

12

You might also like