You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YB DATUK HAJI MOHD ARIFFIN BIN HAJI MOHD ARIF


MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS NEGERI SABAH

DI
BENGKEL KEFAHAMAN DAN PENGAJARAN AKIDAH BERSAMA YM USTAZ
RAJA AHMAD MUKHLIS BIN RAJA JAMALUDDIN

PADA 12 MAC 2022 (SABTU)


BERSAMAAN 8 SHA’BAN 1443H
JAM 11.00 PAGI

TEMPAT
DEWAN SEMINAR PUSAT ISLAM UMS
Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis

Yang Berbahagia
Profesor Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin
Naib Canselor
Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Yang Berbahagia
Ustaz Haji Malai Ali Bin Haji Malai Ahmad
Timbalan YDP Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Yang Berbahagia
Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar
Mufti Kerajaan Negeri Sabah

Yang Berbahagia
Datuk Haji Norjeli Bin Haji Dais
Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah

Yang Berbahagia
Datuk Haji Saifulzaman @ Setibin Bin Sangul
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

Yang Berusaha
USTAZ MD RAZALI BIN SAIBIN
Pengarah
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS)

1
Datuk-datuk, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat yang
dirahmati Allah Subhanahuwataala.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam “ Keluarga Malaysia” dan Salam “Sabah Maju Jaya”

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, atas limpah dan rahmatnya dapat kita
bersama-sama pada pagi yang berkat ini, dalam Bengkel Kefahaman Dan
Pengajaran Akidah Bersama Yang Mulia Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin
Raja Jamaluddin

Hadirin yang dihormati sekalian,

1. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran kerana


kita diberikan pelbagai nikmat di negeri yang bertuah ini, nikmat keamanan
dan kesejahteraan walaupun pada masa kini kita masih berhati-hati dan
sentiasa menjaga penjarakkan fizikal mengikut Prosedur Operasi Standard
(SOP) bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19.

2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih
kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung ataupun
tidak langsung dalam menjayakan bengkel kefahaman Akidah pada hari ini.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua Ustaz/ Ustazah yang
sudi hadir menyertai bengkel ini.

Hadirin yang dirahmati Allah swt,

3. Aqidah adalah kepercayaan umat Islam kepada Allah yang Esa yang wajib
dipegang dengan kukuh yang tidak dapat dilebur dengan api yang panas.
Setiap ruang kehidupan seseorang mukmin terikat dengan ikatan kemas

2
(murtabid) iaitu aqidah yang terpasak dengan penuh kekuatan dan
keyakinan.

4. Selaras dengan tujuan tersebut, maka bengkel ini dilaksanakan untuk


mencapai tiga objektif utamanya iaitu

5. pertama memberikan kefahaman yang jelas kepada para Da’ie di negeri


Sabah terhadap Akidah yang benar dan mudah difahami mengikut
perkembangan semasa.

6. Kedua Menerangkan kaedah yang sesuai bagi para Dai’e untuk


mengaplikasikan pemahaman Akidah dalam kehidupan masyarakat Islam di
negeri Sabah.

7. Ketiga Mewujudkan budaya menuntut ilmu dalam kalangan kakitangan


awam di Negeri Sabah khusunya kepada para Pendakwah.

Hadirin yang dikasihi,

8. Ujian dan cabaran umat Islam di era 4.0 ini amat dahsyat sekali di mana
aqidah umat Islam terpadam, terhakis secara halus, senyap dan perlahan
yang akhirnya musnah oleh anasir-anasir dajjal dan ya’juz wa ma’juz.

9. Maka, para pemerintah (umara') dan pendakwah mempunyai tugas berat


dalam memastikan penganut agama sentiasa patuh dan taat pada akidah
Islam. Dalam hal ini, pendakwah dan pemerintah bukan sahaja menyuruh
melakukan perkara yang baik (al-amr bi al-ma’ruf), malah mesti melarang
manusia daripada melakukan kemunkaran (wa al-nahy ‘an al-munkar) dan
syirik (al-syirk).

3
10. Dalam hal ini, tanggungjawab yang dipegang adalah untuk menjaga agama
(hifz al-din) daripada kepercayaan yang salah dan sesat yang sekiranya
dibiarkan akan menimbulkan kekeliruan terhadap kebenaran akidah dah
syariat umat Islam seterusnya membawa kepada pepecahan dalam
masyarakat.

11. Berdasarkan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 memutuskan
bahawa umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang kepada : Aqidah dan
Tauhid, berdasarkan hanya kepada pegangan Imam Abu Hassan al- Ash’ari
dan Imam Abu Mansur al-Maturidi., Fiqh dan Syariah, berdasarkan Mazhab
Syafi’i di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan pandangan
Imam-imam muktabar yang lain dan Tasawwuf, berdasarkan manhaj sufi
berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

12. Saya yakin dan percaya peserta yang mengikuti bengkel ini akan berusaha
untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada masyarakat di daerah
dan kampung masing-masing. Firman Allah S.W.T dalam surah As-Sajdah
ayat 32.

‫َو َجَعْلَنا ِم ْنُه ْم َأِئَّم ًة َيْه ُد وَن ِبَأْم ِر َنا َلَّم ا َص َبُر وا ۖ َو َك اُنوا ِبآَياِتَنا ُيوِقُنوَن‬

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang


membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama
mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap
yakin akan ayat-ayat keterangan kami.”

Hadirin yang dihormati sekalian,

PENUTUP

13. Saya sekali lagi merakamkan setinggi terima kasih kepada pihak UMS,
MUIS, JAKIM, JHEAINS, Jabatan Mufti, Islami dan semua NGO atas
kerjasama yang dijalin dalam pelaksanaan program ini.

4
14. Semoga jalinan kerjasama dalam meningkatkan profesional para
pendakwah seterusnya membentuk kesatuan ummah di negeri ini.
InsyaAllah.

15. Dengan lafaz “ Bismillahirrahmanirrahim” saya dengan ini merasmikan


Bengkel Kefahaman Dan Pengajaran Akidah Bersama Ym Ustaz
Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin

Sekian.
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum wbt.

You might also like