You are on page 1of 16

PERSEDIAAN ASAS

MELANJUTKAN PELAJARAN
KE LUAR NEGARA
DISAMPAIKAN OLEH:
JAMALI BIN MOHD ADNAN
TIMBALAN MUFTI WP
Sahibus SamahahHj.Jamali bin Mohd Adnan
Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Pendidikan Bacelor Syariah &
Undang2 Uni. MalayaKursus Lanjutan di Abu Dhabi UAE, Muslim
College, London Darul Ifta' Al Azhar,Cairo dlm bidang Tamadun
Islam,Perbandingan Agama,Pengurusan Dakwah dan Fatwa.
Pengalaman kerja -Qadi di K.Selangor,Petaling dan Klang -Ketua Unit
Agama Jabatan Penjara Malaysia-Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Dakwah,Penyelidikan dan Halal JAKIM/JAIS-Imam Besar Masjid
Tuanku Mizan Putrajaya-Ketua Pen.Pengarah Kanan Bhgn.Pelajaran
JAWI-Pengarah,Bhgn.Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAKIMSkrg
Timbalan Mufti WPJawatan lain1.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Wilayah Persekutuan2.Panel Syariah Koperasi ANGKASA dan
Panel Syariah Wakaf FELDA3.Jawatankuasa Lajnah Perubatan dan
Pengubatan Islam LAJPI dan Jkuasa Teknikal Hospital Mesra
Ibadah,Kementerian Kesihatan Msia4.Jawatankuasa Lajnah Pendidikan
MAIWP5.Panel Deradikalisasi Anti Terrorisme JAKIM6.Pemegang
Tauliah Mengajar Selangor,W. Persekutuan & Negeri
Sembilan7.Berpengalaman berdakwah di Jepun,Thailand,Mesir dan
London
FIRMAN ALLAH

 Firman Allah SWT:


 ‫َو َم ن ُيَهاِج ْر ِفي َس ِبيِل الَّلـِه َيِج ْد ِفي اَأْلْر ِض ُمَر اَغ ًم ا َك ِثيًرا َو َسَع ًة‬
 Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang
banyak dan rezeki yang makmur;
 Surah al-Nisa’ (100)
 Ibn Kathir berkata: Ini merupakan galakan dan saranan supaya berhijrah di samping menjarakkan dari
musuh Allah dari kalangan musyrikin. Orang yang beriman di mana sahaja dia berada sudah pasti
memperolehi tempat perlindungan. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/231)
 Syeikh al-Maraghi berkata: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah SWT, iaitu dengan tujuan mencari
keredaan-Nya dan untuk menegakkan agamanya sesuai dengan kewajipan bagi dirinya selaras dengan jalan
yang dicintai oleh Allah SWT, nescaya akan memperoleh tempat yang memberinya kelepasan di muka bumi
ini. Jika mereka yang tadinya berasa tertindas, mereka akan mendapat tempat perlindungan sehingga mereka
memperoleh kebaikan dan rezeki yang banyak di samping terselamat daripada penindasan dan kehinaan.
 Ayat ini mengandungi janji kepada orang yang berhijrah di jalan Allah SWT bahawa mereka akan
memperoleh kemudahan-kemudahan kehidupan yang lebih baik, terlepas daripada penindasan musuh dan
mengalahkan musuh. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1326)
Sejarah Orang Yang Berjaya Selepas
Hijrah

 Muhammad Salah
 Beliau merupakan pemain bola sepak professional dari Mesir dan dilahirkan di Basyoun, Mesir pada 15 Jun
1992. Mohammad Salah menyertai kumpulan senior El Mokawloon dari 2010 hingga 2012 dan menjaringkan 11
gol dan 38 penampilan. Beliau kemudian bermain untuk Basel dari 2012 - 2014 dan menjaringkan 9 gol dalam
47 perlawanan. Pada 2014 hingga 2016, Salah bermain untuk Chelsea dan telah dipinjamkan ke Fiorentina pada
2015 serta Roma dari 2015-2016. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menyertai Roma sepenuhnya
dari 2016-2017.
 Akhirnya, pada 2017, beliau memutuskan untuk berpindah ke Liverpool yang akhirnya menyaksikan jaringan gol
paling banyak disumbangnya berbanding kelab-kelab lain yang pernah disertainya. Beliau turut berjaya
memenangi pelbagai anugerah antaranya Pemain Lelaki FIFA Terbaik pada 2018 dan beberapa anugerah lain.
 Nilai Muhammad Salah ketika berpindah dari AS Roma ke Liverpool ketika itu hanya 40 juta Euro (RM189.92
juta). Namun kini, nilai Mohammad Salah melonjak naik sehingga dianggarkan mencapai 150 juta Euro. [1]
 Beliau merupakan salah seorang daripada mereka yang berhijrah dari negara asalnya lalu berjaya melakarkan
kejayaan yang luar biasa.
 Jack Ma
 Jack Ma adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal dengan platform e-commerce Alibaba. Beliau telah
dianugerahkan sebagai orang paling kaya di negara China pada tahun 2014.
 Jack Ma dilahirkan di daerah Hangzhou, China yang merupakan daerah yang miskin di kawasan pedalaman
Negara China. Semasa remaja, Jack Ma hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana dilahirkan dalam
keluarga yang miskin. Disebabkan itu, beliau berusaha untuk mengubah nasib dirinya.
 Semasa kecil lagi dia mempunyai cita-cita yang tinggi. Jack Ma akhirnya berjaya bekerja sebagai pensyarah
Bahasa Inggeris di Universiti Hangzhou Dianzi sebelum mengasaskan Syarikat Alibaba.
 Perjalanan hidup Jack Ma ini berubah ketika melawat Amerika Syarikat pada tahun 1995. Pada tahun
tersebut, perkembangan Internet baru sahaja bermula dan syarikat yang popular adalah Yahoo yang baru
sahaja berusia setahun jagung.
 Beliau mengasaskan Syarikat Alibaba pada tahun 1999, dan kini ianya bernilai sebanyak $396 billion dari
segi market capitalization.[5] Manakala Jack Ma sendiri, sehingga Ogos 2019, nilai kekayaannya
dianggarkan mencecah USD 38.1 billion.[6]
 Arnold Schwarzenegger
 Beliau merupakan seorang pelakon, ahli bina badan, ahli politik Parti Republikan, serta usahawan yang
pernah memegang jawatan sebagai Gabenor California, Amerika Syarikat ke-38.
 Beliau asalnya merupakan seorang warga Austria dan dilahirkan pada 1947 di Austria. Beliau kemudian
berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 21 tahun.
 Beliau menceritakan: " Apabila saya berpindah ke Amerika Syarikat, saya tidak memiliki apa-apa termasuk
wang dan makanan. Kebetulan waktu itu adalah 'Thanksgiving Day' (Hari Kesyukuran) dan masyarakat di
kejiranan di situ membantu dengan memberikan makanan, perabot serta televisyen hitam putih.”[7]
 Beliau merupakan seorang yang sentiasa berfikiran besar. Kata beliau: "Seperti yang saya katakan, jangan
berfikir secara kecil. Apabila saya mengambil keputusan berkhidmat untuk Amerika, saya mahukan yang
terbaik dan menyasarkan jawatan tertinggi yang boleh dicapai oleh mereka yang bukan lahir di negara itu
iaitu Gabernor di negeri terhebat, California."[8]
 Akhirnya beliau berjaya memegang jawatan sebagai Gabenor tersebut sekalipun beliau pada awalnya
merupakan penduduk Austria yang kemudian berhijrah ke Amerika. Sehingga 2019, nilai kekayaannya
dianggarkan mencecah sekitar USD 400 juta.
Cara Untuk Mendapatkan Semangat Roh Hijrah
 Hati dan nawaitu Bagaimana kita mentahqiqkan ubudiyyah yang mutlak kepada yang Maha Esa dalam menjalani kehidupan
ini.
 Pembuangan segala sifat mazmumah seperti hasad dengki, tamak haloba dan digantikan dengan segala sifat mahmudah yang
dianjurkan oleh agama Islam.
 Prestasi ibadah kita adakah masih pada tahap yang sama sejak dahulu lagi atau terdapat peningkatan sama ada khusyuknya,
ikhlasnya dan benar mengikut sunnah Nabi SAW dalam pengamalan ibadah tersebut.
 Sistem muamalah yang sentiasa kita berinteraksi dalam masyarakat untuk urusan harian apakah menepati piawaian syarak
yang selamat dari unsur riba, khianat, penipuan dan sebaliknya mengikut sistem Islam.
 Berhubung dengan kekeluargaan Islam, apakah ia benar-benar menjadi bait muslim yang
melahirkan sakinah, mawaddah, rahmah seterusnya melahirkan zuriat soleh dan solehah yang menjadi khalifah Allah di muka
bumi.
 Dr Mustafa al-Sibaie berkata “Sesungguhnya tentera yang benar lagi ikhlas amat memerlukan kepimpinan yang baik.
Natijahnya dia sanggup berkorban untuk pemimpinnya, ini kerana jika selamatnya pemimpin maka selamatlah dakwah.
 Hubungan sesama masyarakat dari yang paling hampir seperti jiran tetangga, rakan taulan, pemimpin, rakyat hatta siapapun
dia adakah menepati seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mengasaskan Kerajaan Islam yang pertama di
Madinah.
 Meletakkan Piagam Madinah sebagai perlembagaan merupakan satu jaminan bahawa sebarang tindakan mesti mengikut lunas
undang-undang. Lantas memberikan hak semua warganegara hatta di kalangan orang yahudi dan bukan Islam sekalipun.
 Memperkasakan peranan masjid. Bukan hanya terbatas sebagai tempat beribadat sahaja, tetapi hendaklah
diperluaskan kepada yang lebih syumul lagi menyuluruh antaranya:
 Tempat ibadat seperti solat, zikir dan membaca al-Quran.
 Tempat mempelajari ilmu. Bahkan masjid merupakan universiti pertama yang melahirkan graduan pahlawan
dan pendakwah yang membuka hati-hati hamba dan negeri dengan dakwah Islam. Justeru itu, ia dianggap
sebagai madrasah Nubuwwah dan menara ilmu.
 Tempat Syura atau perbincangan. Dalam istilah moden, ianya kelihatan seperti parlimen bagi mendapatkan
maklumat dan buah fikiran yang terbaik.
 Sebagai pusat jaringan takaful dan tolong menolong sesama muslim. Ketika itu, terbinalah masyarakat yang
begitu kukuh dan ampuh hubungan ukhuwwah mereka. Ini kerana sikap yang kaya menolong golongan
miskin dan yang susah dibantu akhirnya akan terbentuk rasa hormat dan kasih sayang.
 Belajar di luar negara memberikan peluang baru dan pengalaman menakjubkan dalam
persekitaran yang luar daripada kebiasaan serta jauh dari keluarga dan rakan-rakan.
Penyesuaian diri dalam negara baru memerlukan masa. Berikut adalah beberapa
cadangan untuk memudahkan prosesnya.
Persediaan Ilmu Agama

 Nak ke luar negara, seeloknya dan sewajibnya anda perlu lengkapkan diri dengan ilmu
agama. Kenapa? Supaya aqidah kita terpelihara. Di luar, United Kingdom (UK)
misalnya, anda mungkin terpaksa berdepan dengan soalan-soalan berkaitan Islam
berbentuk provokasi dari local (Read: Mat saleh), tercampak ke kawasan yang sukar
mendapatkan makanan halal, waktu solat Jumaat bertindih dengan schedule lecture,
kadang-kadang anda mungkin terpaksa solat di fitting room, bawah tangga, car park,
garden, dalam bas dan lain-lain. Jadi di sini perlunya kita tahu tentang fiqh interaction
with non muslim, teknik asas sembelihan?solat jamak tanpa qasar dan lain-lain
2) Persediaan Mental

 Kadang-kadang misalnya anda mungkin tercampak ke dalam kelas yang mana anda seorang sahaja
Malaysian, atau the only Muslim. Anda juga mungkin bakal dikelilingi oleh orang yang super genius dan
super bijak. (Di Oxford dan Harvard, perkara ini normal). Mungkin ada masa-masa anda down, mungkin
kita juga dikejutkan dengan kehilangan ahli keluarga di Malaysia. Tapi demi secebis kejayaan, perkara-
perkara sebegini perlu kita hadapi. Housemate saya kehilangan ayah ketika mana assignment sedang
menimbun dan test sudah dekat. Ada juga kenalan yang semua ahli keluarganya di Malaysia accident (beliau
kehilangan ayah dalam kejadian itu). Isteri meninggal dunia ketika anda masih lagi di tahun pertama (Bagi
mereka yang telah berkeluarga… Biasanya student PhD). Tipsnya, bergaullah dengan kawan-kawan dan
masyarakat Malaysia di sana. Walaupun anda berlainan jurusan. Kerana di sana, kawan-kawan kita tu
ibarat family.
3) Persediaan Fizikal
 Hidup di negara 4 musim, persekitaran, perubahan cuaca, perbezaan siang dan malam, semuanya berbeza.
Kadang-kadang siangnya lebih panjang (Summer), Malamnya lebih panjang (Winter), waktu solat yang
berubah-ubah (Subuh seawal jam 2.30 pagi misalnya). Semua ini memerlukan ketahanan dan kekuatan
fizikal dari anda. Pengurusan masa yang baik. Jadual makan yang teratur dan seumpamanya. Di luar,
servis di National Health Services (NHS) (Ibarat klinik di Malaysia) berbeza. Anda perlu buat appointment
terlebih dahulu, kadang-kadang farmasi dengan NHS terletak berjauhan (Doktor hanya beri prescribe ubat,
anda perlu beli sendiri di farmasi). So, Stay healthy. Amalkan gaya hidup sihat. Kepada yang bujang-
bujang, better belajar masak. You will really need it freaking bad. Trust me.
4) Persediaan Fiqh Traveler
 Hampir 90 peratus yang belajar di oversea, akan ambil kesempatan yang ada untuk travel. Kerana apa?
Kerana murah dan dekat katanya. Pergilah ke sana dengan scholar Mara ke, JPA ke, KPT ke, mahupun
persendirian, paling tidak sekali, anda pasti akan travel. Paling busuk pun, ke London ataupun Scotland
yang sememangnya terletak dalam UK. (Kalau dah tiket flight ke Denmark pun boleh serendah 4 Pound,
tipulah tak rasa tempting kan? Tiket bas ke London boleh jatuh sampai 1 Pound, tunggu apa lagi?). Pendek
kata, anda pasti akan bergelar “traveler” paling kurang sekali sepanjang pengajian.
 Jadi persediaan itu perlu. Bagaimana nak solat dan survive di kawasan yang suhunya mencecah -35 ketika
anda sedang travel? Tiada air, apa yang boleh kita guna untuk Tayammum? Cuaca berubah, internet takde,
nak tahu waktu solat macam mana? Logo halal tak terpampang di luar kedai, nak tanya, takut dengan
Islamophobia pula. Jadi macam mana nak pastikan makanan tu boleh di makan? Dan banyak lagi anda akan
jumpa di luar sana. So, banyakkanlah membaca dari sekarang.
5) Persediaan… Untuk pulang

 “Pulang” di sini bukan bermakna pulang dengan kegagalan ataupun halfway. Bagi mereka yang memasang
tekad untuk study di luar, anda pasti akan pulang dengan kejayaan (InsyaAllah). Cuma persediaan untuk
pulang itu anda perlu rangka dari sekarang.
 Apa yang perlu anda capai sepanjang di sana? Apa sumbangan yang kalian boleh berikan kepada negara
kelak? Apa yang boleh anda ambil dan terap sepanjang di perantauan? Pergi jauh-jauh, invest (untuk
pendidikan) mahal-mahal, susah-susah berjauhan dengan family, takkan balik nanti nak jadi biasa-biasa?
Letakkan mindset untuk jadi luar biasa. Mampu memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain.
Berupaya bawa balik something (Read: Knowledge, Technology, etc.) dan seumpamanya. Makanya…
Buatlah check list “persediaan untuk pulang” anda masing-masing.

You might also like