You are on page 1of 3

DERAF TEKS UCAPAN YB DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH BIN ALI HASAN

SEMPENA
FORUM PERDANA ANTARA ADAT DAN AQIDAH
1 April 2017 (Sabtu), 8.00 malam, MERAPOK SERVICE CENTRE

________________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Yang Berbahagia, Encik Husaini Bin Hakim, Pegawai Daerah Lawas,

Yang Berusaha, Ustaz Asikurrahman Bin Haji Othman, Pegawai Agama Islam
Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah Lawas, Merangkap Pengerusi Kelab
Rekreasi Kakitangan Agensi Islam Lawas (KERIS),

Ustaz Sheikh Hadzrei Adam Bin Saberi, Pengetua, Pusat Latihan Lawas JAKIM
Cawangan Sarawak,

Pemanca Rosli Majid,

Penghulu Haji Johara bin Hakim,

Encik Jabat Bin Haji Gani, Pengarah, Program Forum Perdana “Antara Adat
dan Aqidah” Merangkap Pengerusi Persatuan Merapok Laut,

Kaunselor-kaunselor, Ketua-Ketua Kampung, Imam-imam, Pengerusi-


pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT.

________________________________________________________________

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT Kerana dengan limpah


dan kurnia Nya kita dapat bersama-sama pada malam ini.

2. Forum yang julung-julung kali diadakan ini dianjurkan oleh Persatuan


Belia Merapok Laut dan Surau Raudhatus Solihin dengan kerjasama
Kelab Rekreasi Kakitangan Agensi Islam Lawas (KERIS).

3. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat


tentang bahaya khurafat dan adat yang bertentangan dengan syariat
Islam . Khurafat ialah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap
mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya
bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

4. Faktor perbuatan khurafat masih lagi wujud dalam kalangan umat Islam
ialah iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar
membezakan amalan benar dan khurafat dan terpengaruh dengan
masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat. Pengamalan
Islam yang benar akan menjadikan umat Islam mendapat kebahagian
hidup di dunia bahkan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak
insyaAllah.

5. Syariat itu mudah. Ditambah pula apabila didokong adat, syariat pasti
terserlah indah. Orang melayu kita kaya dengan adat seperti adat
perkahwinan, kematian, dan amalan harian sehingga kita meminggirkan
bahawa syariat itu memayungi adat

6. Antara Objektif Forum ini ialah:

o Mendidik masyarakat akidah Islam yang tulen


berpandukan al Quran dan Hadis

o Meningkatkan kesedaran dan kefahaman agama


dalam kalangan masyarakat Islam tentang bahaya
khurafat, syirik dan perkara yang membatalkan
akidah

o Membina masyarakat yang boleh mengamalkan nilai-


nilai Islam yang syumul dalam kehidupan seharian

o Memakmurkan majlis ilmu di masjid/surau dengan


aktiviti agama.
7. Diharap progam ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
dengan bahaya khurafat dan adat yang tidak bertepatan dengan syariat
yang menjadi kebiasaan masyarakat Islam umumnya di Malaysia ini.
Justeru itu kita mengharapkan segala usaha kita yang sedikit ini akan
mendapat keredhaan Allah.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

You might also like