You are on page 1of 3

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SARAWAK


1444H/2022M

“KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN”


TEMPAT: MASJID DARUL EHSAN, PIASAU JAYA, MIRI
TARIKH: 6 OKTOBER 2022 (KHAMIS)

PANEL 1: YBRS. TUAN HAJI MUAL BIN SUAUD PENGARAH, JABATAN MUFTI SARAWAK
PANEL 2: YBRS. DR HAJI ASWANDI BIN LAMAN KETUA JABATAN KEPIMPINAN BAHASA DAN KOMUNIKASI,
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK
MODERATOR: USTAZ MOHAMMAD SHAHTELLA PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM, JAKIM SARAWAK
BIN MONTEL

1. Pusingan Pertama

Soalan Panel 1 (15 minit)

Nabi Muhammad S.A.W diutuskan sebagai rahmat bagi seluruh alam. Firman Allah S.W.T:

‫يَ يَٓ ا يا ْر يَلْ َٰ يَ َا لّ ير ْ يم ةً َّ للْ َعلي َم ْ ين‬


Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh
alam.
Micheal H. Hart dalam bukunya 100 Pemimpin Paling Berpengaruh di Dunia yang diterbitkan pada tahun 1978
meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin No.1 paling berpengaruh.

Tuan Haji, sebagai pembuka tirai forum pada malam ini, apakah yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W sebagai
rahmat bagi seluruh alam?

Soalan Panel 2 (15 Minit)

Hasil tarbiah Islamiah pada zaman Rasulullah S.A.W dapat dilihat melalui kemampuan para sahabat selepas
zaman Rasulullah S.A.W Contohnya, zaman Khulafa’ ar-Rasyidin, zaman Bani Umayyah, zaman Bani
‘Abbasiah dan zaman Uthmaniah. Selain itu, hasil tarbiah Islamiah yang dibawa Rasulullah S.A.W juga turut
berjaya melahirkan tokoh-tokoh terkenal seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Maskawih, al-Ghazali dan
lain-lain lagi dalam berbagai bagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu sains, ilmu matematik, ilmu teknologi,
ilmu astronomi (falak) sebagainya.

Dr., sebagai orang penting dalam bidang pendidikan, bagaimanakah cara untuk melahirkan Keluarga Malaysia
yang berilmu mengikut tarbiah Rasulullah S.A.W?
2. Pusingan Kedua

Soalan Panel 1 (10 Minit)

Tema Sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini ialah Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran. Asas
pembentukan Keluarga Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, begitu juga yang menjadi
paksi kekuatan pembentukan negara Islam pertama ialah Piagam Madinah. Boleh Tuan Haji terangkan apakah
kekuatan Piagam Madinah yang menjadikan Madinah menjadi negara yang stabil dan makmur?

Soalan Panel 2 (10 Minit)

Negeri Sarawak terkenal dengan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Boleh Dr. terangkan,
apakah ramuan dalam membina sebuah Keluarga Malaysia yang berbilang penganut agama, kaum, etnik, adat
resam dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

3. Pusingan Ketiga (Kesimpulan)

Panel 1- 3 minit
Panel 2- 3 minit

You might also like