You are on page 1of 3

JHEAT.

08-013/31 ( )
Syawal 1431
September 2010

Pengerusi JKKK
Kampung Buluh Gading
21200 Kuala Terengganu

Tuan,

MEMOHON MEMPERCEPATKAN PELANTIKAN IMAM MASJID BULUH GADING

Dengan hormatnya merujuk perkara diatas dan surat tuan JKKKBG/01/01/10 (88) bertarikh 11
Jun 2010 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa satu perbincangan diperingkat Jabatan telah diadakan berhubung


perlantikan imam Masjid Buluh Gading yang dimaksudkan . Jabatan ini telah membuat
keputusan bahawa calon imam yang dikemukakan tidak sesuai dilantik dimasjid berkenaan
memandangkan wujud 3 beradik bertugas dimasjid yang sama dan keperluan imam dimasjid
berkenaan tidak mendesak.

3. Jabatan ini mengesyorkan supaya Jawatankuasa Masjid Buluh Gading


mencalon/mencadangkan calon yang lain untuk ditemuduga bagi lantikan tersebut.

Sekian, terima kasih.

" MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN "


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

( HAJI MOHD RUSYDI BIN MANSOR )


Penolong Pesuruhjaya (Qaryah)
JHEAT.02-015/3/16 ( )
J` Awal 1433
Mac 2012

En Alis Bin Kasim


Bilal Masjid Kampung Barat
Marang.

MEMOHON PELEPASAN TUGAS SELAMA SETAHUN

Dengan hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan ini bersetuju dengan permohonan tuan untuk


mendapatkan pelepasan tugas selama setahun bermula Januari 2012 sehingga Disember 2012
bagi mendapatkan rawatan penyakit kanser Thyroid.

3. Dalam kaitan yang sama, elaun tuan sepanjang tempoh pelepasan tersebut tidak akan
dibayar sehinggalah tuan kembali melaporkan diri kepada Jabatan untuk bertugas.

4. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesihatan yang baik kepada tuan.

Sekian, terima kasih.

" MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN "


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

( MOHD AZAM BIN AWI )


Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pengurusan Masjid)
b.p. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama
Terengganu.

s.k
Pegawai Agama Daerah Marang
Pengerusi Masjid Kg Barat
Pembantu Akauntan JaHEAT - Makluman Tuan
Pembantu Hal Ehwal Islam (PM2) - Untuk Tindakan Puan

You might also like