You are on page 1of 7

LATAR BELAKANG ORGANISASI

NAMA JABATAN : JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU


BIDANG
FAKTOR PEMILIHAN ORGANISASI
MAKLUMAT PENYELIA
RUNGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

HARI TARIKH AKTIVITI

1 25 OKTOBER 2020 - Taklimat oleh pengurus pelajar latihan industri wakil dari
pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
- Melapor diri pada penyelia bahagian yang ditugaskan iaitu
bahagian penguatkuasaan.
- Penerangan serta nasihat mengenai perjalanan latihan industri
sepanjang tempoh yang ditetapkan dalam bahagian ini

2 26 OKTOBER 2020 - Membuat salinan ( fotostat) kepada pegawai hal ehwal Islam
s26 Che Fatimah binti Muda.
- Membuat semakan fail enakmen serta membuat salinan baru
borang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah setiap daerah
serta luar negeri.

3 27 OKTOBER 2020 - Mengkaji/menuntut ilmu dari buku Enakmen-enakmen yang


terdapat dalam jabatan ini seperti Enakmen pentadbiran hal
ehwal agama Islam, Enakmen makhamah syariah, Enakmen
tatacara jenayah syariah, Enakmen keterangan makhamah
syariah dan Enakmen kesalahan jenayah syariah iaitu takzir.
- Pertemuan buat kali pertama bersama ketua bidang
penguatkuasaan
- Mengetahui tentang organisasi di bawah unit penguatkuasaan
yang terbahagi kepada empat unit iaitu unit pentadbiran,
logistik, operasi dan pencegahan dan siasatan.

MISI
Merealisasikan matlamat dan wawasan Kerajaan Negeri ke arah menjadikan Islam sebagai Ad-
din.
Melahirkan keluarga Islam yang berdaya saing dan berpegang kepada ajaran agama.

OBJEKTIF
Melahirkan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai cara hidup (ad-din) meliputi aspek-aspek
akidah, akhlak, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.
Menegak keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal dan membasmi kemungkaran
murtad, bidaah dholalah, maksiat, khurafat dan lain-lain yang menjejaskan kesucian Islam.

PIAGAM PELANGGAN
Mereka menjamin :

1. Memberi perkhidmatan yang mesra dan berkualiti serta ikhlas, cekap, tepat dan adil
kepada semua pelanggan selaras dengan fungsi Jabatan.

2. Menyelesaikan masalah-masalah pelanggan menerusi kaunseling profesional yang


berkaitan Undang-undang Keluarga Islam dalam masa yang munasabah

3. Mengadakan program Dakwah yang berkesan untuk meningkatkan kefahaman Islam,


membanteras penyelewengan akidah dan amalan yang bertentangan dengan Mazhab Ahli
Sunnah Wal Jamaah di kalangan masyarakat melalui seminar, kursus, ceramah,
penerbitan buku dan khutbah.

4. Memberi maklumat berhubung dengan kemasukan pelajar-pelajar ke Sekolah Menengah


Agama Kerajaan Negeri dalam masa dua bulan.

5. Memberi pendidikan yang cemerlang disamping mata pelajaran lain dalam tempoh
pengajian yang ditetapkan di Sekolah-Sekolah agama di bawah jabatan ini

6. Memproses setiap permohonan yang lengkap dan memuaskan, serta dapat diselesaikan
dalam tempoh yang tidak melebihi dua minggu.
7. Penyediaan bayaran diselesaikan dalam tempoh dua minggu daripada tarikh tuntutan
diterima.

8. Akan bersedia menerima secara terbuka teguran dan kritikan yang membina dan berazam
untuk membetulkannya.

BIDANG PENGUATKUASAAN

Unit Pencegahan
1. Bertanggungjawab menjalankan program/ceramah/seminar/forum pencegahan dan
kempen kesedaran kesalahan jenayah syariah.
2. Bertanggungjawab memberi penerangan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Terengganu 2001 dan lain-lain yang berkaitan kepada masyarakat yang dianjurkan oleh
agensi lain.
3. Melaksanakan sesi khidmat nasihat sebagai aktiviti pencegahan dalam kes kesalahan
jenayah syariah.
4. Melaksanakan kempen kesedaran kesalahan jenayah syariah bagi membendung kes
kesalahan jenayah syariah dalam masyarakat.
5. Menjalankan siasatan dan risikan kes kesalahan di bawah peruntukan Undang-Undang
atau Enakmen yang berbidangkuasa.
6. Mengendalikan pengurusan barang yang disita di bawah kes kesalahan di bawah
Enakmen bidangkuasa.
7. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti pencegahan dan siasatan.

Unit Operasi
1. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Negeri Terengganu
bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dapat dijalankan
dengan berkesan.
2. Merangka operasi bersepadu secara berkala bersama dengan agensi-agensi
penguatkuasaan yang lain seperti PDRM, AADK, JKM, JKN dan lain-lain.
3. Merangka aktiviti – aktiviti operasi yang akan dijalankan di seluruh daerah Negeri
Terengganu.
4. Bertanggungjawab menyelaras SOP tatacara kerja dan manual tugasan Penguatkuasaan
bagi semua PPS di semua daerah.
5. Mengendalikan sistem e-Jinayat.
6. Melaksanakan rondaan sebagaimana jadual yang telah ditetapkan.
7. Merancang strategi yang bersesuaian bagi setiap operasi yang akan dijalankan.
8. Memastikan perjalanan kes kesalahan jenayah syariah di mahkamah berjalan dengan
lancar.
9. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti pencegahan dan siasatan.

Unit Pentadbiran Dan Logistik


1. Mengawal selia kakitangan, aset, kemudahan lain serta keceriaan dan kekemasan di
Bahagian.
2. Merancang mengenai perjawatan dan pembangunan Bahagian.
3. Menyediakan bajet tahunan dan menguruskan pembelian dan perbelanjaan.
4. Mengurus penerimaan, perjalanan surat-menyurat/minit mesyuarat dan fail.
5. Mengurus kursus kakitangan, penilaian prestasi dan anugerah-anugerah yang lain.
6. Menyelia dan mengurus peralatan di Bahagian Penguatkuasaan.
7. Mengurus permohonan dan pelantikan pegawai Penguatkuasa Syariah Sukarela (PPS)
serta menyedia kad kuasa kepada semua pegawai penguatkuasa syariah yang dilantik.
8. Mengurus segala urusan perolehan bekalan, pembelian peralatan penguatkuasa,
mengawal serta merekod dokumen-dokumen dan keperluan logistik untuk kegunaan
Penguatkuasa seluruh negeri.
9. Menyediakan laporan berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program Bahagian
Penguatkuasaan.

You might also like