You are on page 1of 38

2022 - 2026

PELAN ANTI
RASUAH
JABATAN AGAMA ISLAM
SELANGOR
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
2022-2026 telah dibangunkan hasil daripada komitmen Jawatankuasa
Pembangunan OACP JAIS yang dilantik serta kerjasama warga JAIS dari
pelbagai peringkat. Dokumen ini menggariskan tiga (3) strategi utama
dalam menangani permasalahan isu integriti, governans, dan juga rasuah.
Tiga (3) bidang utama yang telah dikenalpasti iaitu perolehan dan
kewangan, pentadbiran dan operasi.

PERKARA MUKA SURAT

Bab 1: Pengenalan
Latar belakang, Hala tuju, Fungsi, 3-7
Dasar antirasuah JAIS

Bab 2: Isu dan Cabaran


Cabaran menangani rasuah, Pembangunan pelan, 8 - 16
Analisa Persekitaran dan Analisa Data

Bab 3: Memperkasa Usaha Pencegahan Rasuah


17 - 26
Kerangka dan Pelan Tindakan OACP JAIS

Bab 4: Pengurusan Risiko Rasuah JAIS 27 - 30

Bab 5: Pelaksanaan Anti-Bribery Management


31 - 32
System (ABMS) MS ISO 37001:2016

Bab 6: Kesimpulan
Mekanisme Pelaksanaan, Mekanisme Penyelarasan, 33 - 36
Pemantauan dan Penilaian, Kesimpulan
BAB 1: PENGENALAN

3
LATAR BELAKANG JAIS

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keprihatinan Almarhum


Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman
pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh
menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu.
Baginda menitahkan kepada kerajaan Negeri Selangor supaya Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam diwujudkan.

Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, Y.M. Raja Haji
Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini.
Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di Pejabat Sultan
yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat
restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah
bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Penubuhan jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang


perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping
memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu.
Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor
berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946,
Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1948
meliputi hal penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuh secara
rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan
lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.

4
HALA TUJU JAIS

Visi
Merealisasi “Khaira
Ummah”
VISI
Misi
Bersama mendominasi
kebenaran dan kebaikan
Islam

Matlamat
Melahirkan masyarakat islam yang
berilmu pengetahuan, bertaqwa,
MISI hormat menghormati, bersangka
baik, bersatu hati, menyayangi
dan menyelamatkan melalui
transformasi peranan dan
fungsi Jabatan Agama Islam
Selangor sebagai agensi tunggal
yang bertanggungjawab
mengurus hal ehwal Islam di
Negeri Selangor
MATLAMAT

5
FUNGSI JAIS
FUNCTIONAL

Pengurusan Dakwah
Pengurusan Pendidikan Islam
Pengurusan Undang-Undang Keluarga Islam
Pengurusan Masjid
Pengurusan Penguatkuasaan
Pengurusan Penyelidikan & Pembangunan
Pengurusan Pensijilan Halal
Pengurusan Latihan dan Pemberdayaan
Pengurusan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

GENERIC

Sumber Manusia
Komunikasi Korporat
Pembangunan
Pentadbiran dan Perolehan
Kewangan
Perhubungan Dasar
Kualiti dan Inovasi
Integriti dan Tatatertib
Aset dan Stor
Teknologi Maklumat

6
DASAR ANTIRASUAH
JAIS
JAIS komited dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik
dengan beretika dan berintegriti. JAIS akan mengelak segala
bentuk perbuatan yang berunsur amalan suapan dan rasuah.

JAIS tidak akan bertoleransi terhadap segala jenis bentuk


kesalahan rasuah dan tindakan tegas akan diambil terhadap
pelaku rasuah.

Komitmen JAIS terhadap pencegahan rasuah selaras dengan:

Patuh dan tunduk kepada prinsip kehambaan (suruhan


dan larangan) Allah SWT dan mengekalkan tradisi
keunggulan Islam sebagai asas perkhidmatan JAIS.
Menempatkan Islam "Rahmatan" berdasarkan kerangka
“Al-Quran As Sunnah dan Qudwah Rasulullah SAW.
Persepakatan organisasi dalam melakukan kebenaran
dan kebaikan Islam dalam semua pelaksanaan proses dan
perkhidmatan.
Menolak dan membenci semua unsur rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa.
JAIS tidak bertoleransi dengan mana-mana perlakuan
rasuah oleh warga kakitangan. Tindakan tegas akan
diambil kepada kakitangan yang melakukan perlakuan
rasuah.
JAIS mengamalkan Polisi Tiada Hadiah dan Polisi
Perlindungan Pemberi Maklumat. Rujuk Polisi Tiada
Hadiah dan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat.

7
BAB 2: ISU DAN CABARAN

8
CABARAN MENANGANI
RASUAH
Manipulasi terhadap sistem
dan prosedur kerja Kelemahan kawalan dalaman
Ketidaktelusan menyebabkan kerugian
dan ketidakpatuhan
Kawalan dalaman yang longgar dan
dan pembaziran sumber kewangan,
terdapat ketidakpatuhan oleh pegawai
masa, projek yang dirancang gagal
yang tidak berintegriti menyebabkan
dilaksanakan dan membuka peluang
terdapat ruang salah guna kuasa. ini
rasuah dan salah guna kuasa.
termasuk juga kegagalan pihak penyelia
dalam melaksanakan penyeliaan
kakitangan bawahan.

Konflik Kepentingan Tidak telus


Campur tangan pihak luar yang Kawalan dalaman yang longgar dan
berkepentingan, kuasa budi bicara dan terdapat ketidakpatuhan oleh pegawai
kuasa mutlak merupakan isu yang boleh yang tidak berintegriti menyebabkan
membuka ruang kepada salah guna terdapat ruang salah guna kuasa. ini
kuasa. termasuk juga kegagalan pihak penyelia
dalam melaksanakan penyeliaan
kakitangan bawahan.

9
PEMBANGUNAN PELAN
OACP JAIS
Sepanjang sesi pembangunan OACP JAIS berlangsung, pelbagai data
dan maklumat telah dianalisa bagi menentukan risiko dan bidang-
bidang yang perlu diberi tumpuan oleh bahagian dan unit dalam
tempoh lima (5) tahun ke hadapan. JAIS telah melaksanakan
Corruption Risk Management (CRM) bagi mengenalpasti risiko-risiko
berkaitan governans, integriti dan antirasuah di JAIS yang berupaya
menjejaskan penyampaian perkhidmatan dan imej organisasi. Antara
mekanisme yang digunakan adalah seperti berikut:

Pembangunan Corruption Risk Management

Pelaksanaan Bengkel dan Mesyuarat Pembangunan OACP JAIS

Data-data dalaman organisasi seperti Laporan Kes Tatatertib,


Aduan Integriti, Laporan Pemerhatian Audit, dan Kaji Selidik
Rasuah, Governans dan Integriti kepada warga JAIS.

Data daripada agensi luar iaitu SPRM

Input yang diperoleh melalui sesi libat urus langsung bersama-


sama pegawai-pegawai kanan bahagian/unit

10
ANALISA
PERSEKITARAN
Merujuk kepada Public Service Corruption Report (PSCR)
Tahun 2020 yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Negeri Selangor telah
menunjukkan skor tertinggi berbanding negeri-negeri lain di
Malaysia dengan skor 8.8983. Selain itu, berdasarkan Public
Service Corruption Ranking (PSCR) yang dibentangkan oleh
SPRM di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Negeri
Selangor Bilangan 2 Tahun 2021, bahawa JAIS di bawah
Pentadbiran SUK Selangor yang mencatatkan risiko rasuah
yang paling tinggi.

BIL SENARAI AGENSI KATEGORI

1 Jabatan Agama Islam Selangor Jabatan

2 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat Pejabat Daerah/ Tanah

3 Majlis Perbandaran Selayang

4 Majlis Perbandaran Klang

5 Majlis Perbandaran Subang Jaya

6 Majlis Daerah Kuala Selangor Pihak Berkuasa Tempatan

7 Majlis Perbandaran Kajang

8 Majlis Perbandaran Petaling Jaya

9 Majlis Bandaran Shah Alam

10 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Badan Berkanun

11
ANALISA DATA
Pelbagai sumber data dan maklumat telah diberi perhatian
dalam usaha mengenal pasti risiko-risiko berkaitan urus
tadbir, integriti dan rasuah di JAIS. Hal ini penting bagi
memastikan JAIS sentiasa berada di tahap terbaik dari sudut
penyampaian perkhidmatan dan imej organisasi.

Justeru, Jawatankuasa Pembangunan OACP JAIS telah


menganalisa beberapa data yang berkaitan bagi membantu
usaha mengenal pasti risiko-risiko yang berupaya
menyumbang ke arah kelemahan, tadbir urus, integriti dan
rasuah. Data-data yang dikaji diperolehi daripada Laporan
Kes Tatatertib, Maklumat Aduan SPRM, Aduan Integriti,
Laporan Sistem Pengurusan Audit Nilai, Dapatan Kajian
Soal Selidik Berkaitan Isu Rasuah, Governans dan Integriti
dan sumber-sumber dalaman lain yang berkaitan.

Hasil dapatan kajian dan analisis tersebut, risiko dalaman dan


luaran telah dikenal pasti bagi menentukan sebarang bentuk
ancaman dan peluang yang berpotensi yang menyebabkan
berlakunya perlakuan salahlaku rasuah, penyelewangan dan
salah guna kuasa dalam kalangan warga JAIS. Pelan tindakan
penambahbaikan dan inisiatif tambahan juga telah
diwujudkan dan akan dilaksanakan terutama dari segi
pemantapan program yang dapat mengurangkan risiko
antirasuah, isu integriti dan tadbir urus dalam kalangan
warga JAIS.

12
LAPORAN TATATERTIB WARGA JAIS

Berdasarkan laporan tindakan tatatertib warga JAIS bagi tempoh


lima (5) tahun bermula tahun 2018 sehingga 2022, terdapat 45 kes
yang telah dikenakan tindakan tatatertib.

BIL KESALAHAN 2018 2019 2020 2021 2022 Jumlah

1 Gangguan seksual 1 1

2 Keterhutangan kewangan yang serius 1 1 2

3 Kegiatan politik 1 1

Tidak hadir bertugas tanpa cuti/ kebenaran/


4 sebab yang munasabah/ mengetik kad perakam 16 7 7 2 1 33
waktu orang lain/ kemuka sijil cuti sakit palsu

5 Disabitkan di Mahkamah Syariah 1 1

6 Keluar negara tanpa kebenaran 1 1

Kegagalan mematuhi tatacara kewangan dan


7 1 3 1 1 0 6
perolehan

JUMLAH 19 12 8 5 1 45

Kesalahan yang paling tinggi adalah berkenaan tidak hadir bertugas


tanpa cuti atau kebenaran atau sebab yang munasabah iaitu
sebanyak 33 kes sepanjang lima (5) tahun.

13
ADUAN INTEGRITI JAIS
Berdasarkan laporan aduan integriti yang diterima oleh Unit Integriti
dan Tatatertib (UIT) JAIS, terdapat 101 jumlah aduan yang diterima
berkaitan integriti sepanjang tempoh lima (5) tahun bermula tahun
2017 sehingga 2021. Kes yang tertinggi pada tahun 2019 adalah
berkenaan penyalahgunaan kuasa iaitu sebanyak 36 kes .

2018

2019

2020

2021

0 10 20 30 40

AUDIT NILAI
SPAN dilaksanakan pada setiap tahun bagi mengenal pasti
keberkesanan pelaksanaan program-program pembaharuan
perkhidmatan awam yang terkandung di dalamnya nilai-nilai murni
dan seterusnya membangunkan strategi meningkatkan pengamalan
nilai-nilai tersebut di JAIS.

Berdasarkan nilai Indeks Komposit yang diperolehi bagi tahun 2018 -


2021, secara keseluruhannya Indeks Komposit JAIS berada pada
tahap yang baik dan boleh diterima dengan meneruskan usaha
peningkatan iaitu di antara 80% - 86%.

2018

2019

2020

2021

0 25 50 75 100

14
SOAL SELIDIK WARGA JAIS
Melibatkan responden yang terdiri daripada kakitangan JAIS seramai
1463 bertujuan untuk mengukur persepsi dan pandangan warga JAIS
daripada pelbagai jawatan/gred/latar belakang berkenaan isu rasuah,
governans dan integriti di JAIS. Data menunjukkan lebih separuh
kakitangan yang terlibat secara langsung dengan orang awam serta
25% yang mengatakan bahawa jawatan dan fungsi mereka terdedah
kepada peluang berlakunya rasuah.

Walaubagaimana pun, hanya 1% yang mengatakan pernah


ditawarkan rasuah.

0 250 500 750 1,000

PETUNJUK SOALAN SOAL SELIDIK


A - Adakah jawatan anda sekarang terlibat secara langsung dengan orang awam/
pemegang taruh (stakeholders) yang lain?

B - Adakah jawatan dan fungsi anda sekarang terdedah kepada ruang dan
peluang berlakunya kesalahan rasuah?

C - Pernahkah anda ditawarkan /menerima rasuah oleh seseorang individu untuk


melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan tugas
rasmi?

D - Isu rasuah di organisasi saya sangat membimbangkan.

E - Adakah pihak pengurusan tertinggi atau majikan membuat keputusan


tatatertib secara terpilih ke atas pesalah tatatertib?

15
LAPORAN SPRM
Berdasarkan statistik maklumat mengikut pecahan Seksyen
Kesalahan berkaitan JAIS bagi tahun 2017 hingga 2021 terdapat
sebanyak 14 maklumat yang diperolehi oleh SPRM manakala hanya
satu sahaja melibatkan sabitan kes.

KERTAS
TAHUN MAKLUMAT TANGKAPAN PERTUDUHAN SABITAN
SIASATAN

2017 7 1 1 1 0

2018 5 2 0 0 1

2019 0 1 2 0 0

2020 0 0 0 0 0

2021 2 0 0 0 0

JUMLAH 14 4 3 1 1

16
BAB 3: MEMPERKASA USAHA
PENCEGAHAN RASUAH

17
KERANGKA OACP JAIS
VISI
JAIS ke arah membentuk warga JAIS yang berintegriti
dan bebas rasuah

MISI
Memperkukuhkan governans, integriti dan antirasuah
warga JAIS melalui pematuhan terhadap akta, peraturan
dan arahan yang berkuatkuasa.

MATLAMAT
Meningkatkan pematuhan peraturan di kalangan warga JAIS.
Meningkatkan budaya kerja yang profesional, telus dan
berintegriti.
Meningkatkan akauntabiliti dan kredibiliti dalam
penyampaian perkhidmatan di JAIS

BIDANG KEUTAMAAN
Perolehan dan Kewangan
Pentadbiran
Operasi

STRATEGI
Memantapkan kecekapan dan ketelusan dalam tadbir urus
jabatan
Mengukuhkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan
perolehan dan kewangan
Mengukuhkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan
operasi di Jabatan

18
PELAN TINDAKAN OACP JAIS

1 PEROLEHAN DAN KEWANGAN

Mengukuhkan akauntabiliti dan integriti dalam


Strategi
pengurusan perolehan dan kewangan

Mempertingkat dan memantau pematuhan ke atas


Objektif Strategik peraturan/arahan/pekeliling
berkaitan perolehan dan kewangan

Bil Inisiatif Pelaksana Tempoh Masa

Unit Integriti Sepanjang tahun


Melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah dengan pihak
1 dan Tatatertib/
syarikat.
Unit Perolehan

Mewujudkan modul penilaian prestasi pembekal Unit


Sepanjang tahun
2 selepas selesai kerja dan menyenarai hitam pembekal Pembangunan/
yang tidak kompeten. Semua PTJ

Unit Perolehan/
Mewujudkan data senarai syarikat berdaftar dan Unit
3 3 bulan
melaksanakan penggiliran pelantikan pembekal. Pembangunan/
Semua PTJ

Melaksanakan naziran kewangan dan perolehan secara Unit Perolehan/


4 Sepanjang tahun
berkala. Unit Kewangan

19
2 PENTADBIRAN

Mengukuhkan akauntabiliti dan integriti dalam


Strategi
pengurusan perolehan dan kewangan

Memperkemas prosedur dan meningkatkan kompetensi


Objektif Strategik serta pemantauan terhadap mekanisme kawalan ke atas
dokumen terperingkat, aset dan fasiliti jabatan

Bil Inisiatif Pelaksana Tempoh Masa

Menganjurkan program latihan berkaitan


Unit Latihan dan
1 Pengurusan Rekod/ Dokumen Terperingkat kepada Sepanjang tahun
Penarafan
kakitangan.

Mengeluarkan arahan dalaman mengenai kawalan Unit Teknologi Sepanjang tahun


2
ke atas penggunaan teknologi dan alat komunikasi. Maklumat

Melaksanakan semakan berkala berdasarkan


3 Senarai Semak Pematuhan Keselamatan Unit Pentadbiran Sepanjang tahun
Perlindungan.

Melaksanakan hebahan dan peringatan mengenai Unit Pengurusan


4 Sepanjang tahun
penggunaan fasiliti jabatan secara berhemah. Aset dan Stor

Unit
Menyediakan garis panduan penyewaan dan
5 Pembangunan/ Sepanjang tahun
pajakan tanah dan fasiliti jabatan.
BPM/ BPI

Melaksanakan sesi penjelasan garis panduan Unit


6 penyewaan dan pajakan tanah& fasiliti Jabatan Pembangunan/ Sepanjang tahun
kepada pihak berkenaan. BPM/ BPI

20
3 PENTADBIRAN

Strategi Memantapkan kecekapan dan ketelusan dalam tadbir urus jabatan

Mempertingkat pemahaman dan menguatkuasakan undang-undang/


Objektif Strategik peraturan/arahan/pekeliling mengenai tatakelakuan dan pelantikan sumber
tenaga

Bil Inisiatif Pelaksana Tempoh Masa

Menganjurkan seminar pengurusan kewangan


Unit Integriti dan
1 kepada kakitangan yang mempunyai baki gaji Sepanjang tahun
Tatatertib
yang hampir ke 50%

Penetapan baki gaji sekurang-kurangnya 50%


2 semasa mengemukakan permohonan UPSM Sepanjang tahun
peminjaman kewangan

Membuat hebahan peringatan berkenaan Sepanjang tahun


3 UPSM
kebenaran keluar negara pada setiap awal tahun

Melaksanakan perancangan pusingan kerja


4 UPSM Sepanjang tahun
pegawai di jawatan sensitif

5 Menyediakan garis panduan pelantikan BUUK/ BD/ UPSM Sepanjang tahun

Pemahaman garis panduan kepada pihak


6 BUUK/ BD/ UPSM Sepanjang tahun
berkenaan

Menandatangani borang aku janji oleh panel


7 BUUK/ BD/ UPSM Sepanjang tahun
penemuduga dan urusetia

21
4 PENTADBIRAN

Strategi Memantapkan kecekapan dan ketelusan dalam tadbir urus jabatan

Objektif Strategik Mempertingkat penyampaian berkualiti kepada pelanggan

Bil Inisiatif Pelaksana Tempoh Masa

Unit Latihan dan


1 Memberi pemahaman fungsi-fungsi bahagian Sepanjang tahun
Penarafan

Mengadakan mesyuarat penyelarasan untuk aduan Unit Komunikasi


2 Sepanjang tahun
jabatan Korporat

Mewujudkan mesyuarat teknikal bagi kategori Unit Komunikasi Sepanjang tahun


3
aduan serius Korporat

22
5 PENTADBIRAN

Strategi Memantapkan kecekapan dan ketelusan dalam tadbir urus jabatan

Memperkemas tatacara kawalan dan pematuhan undang-undang, peraturan


Objektif Strategik
dan arahan berkaitan pengurusan dana awam/peruntukan luar

Bil Inisiatif Pelaksana Tempoh Masa

Mewujudkan tatacara pengurusan kewangan dana


1 Semua PTJ Sepanjang tahun
awam

Mengeluarkan arahan dalaman mengenai


2 Semua PTJ Sepanjang tahun
pematuhan pengurusan kewangan dana awam

Mengambil inisiatif untuk memusatkan penyaluran Sepanjang tahun


3 Semua PTJ
peruntukan di ibu pejabat

Semua PTJ/
Menyelesaikan status akaun selain akaun PTJ di Sepanjang tahun
4 Unit Integriti dan
semua lokasi
Tatatertib

23
6 OPERASI

Mengukuhkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan operasi di


Strategi
Jabatan

Memperkemas, menguatkuasa dan memantau pematuhan undang-undang,


Objektif Strategik peraturan, pekeliling dan arahan berkenaan pengurusan fungsi functional
jabatan

Bil Inisiatif Pelaksana Tempoh Masa

Melaksanakan sesi penjelasan dan pemahaman garis


panduan kepada kakitangan berkenaan Proses Nikah BPM/
1 Sepanjang tahun
Cerai Rujuk, Pentauliahan, Pensijilan Halal, BD/BPH/BPI
Pendaftaran Sekolah.

Melaksanakan mesyuarat teknikal/ housekeeping


2 Semua PTJ Sepanjang tahun
secara berkala untuk memantau pelaksanaan

Melaksanakan hebahan dan peringatan kepada orang Sepanjang tahun


3 BUUK
awam supaya elak nikah sindiket

24
7 OPERASI

Strategi Mengukuhkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan operasi di Jabatan

Memperkemas, menguatkuasa dan memantau pematuhan undang-undang,


Objektif Strategik
peraturan, pekeliling dan arahan berkenaan pengurusan masjid

Bil Inisiatif Pelaksana Tempoh Masa

1 Mengeluarkan peringatan penghantaran penyata. BPM Sepanjang tahun

2 Melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan ke lokasi. BPM Sepanjang tahun

Menjadikan laporan penyata kewangan sebagai agenda Sepanjang tahun


3 BPM
Mesyuarat Lembaga Tadbir.

25
8 OPERASI

Mengukuhkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan operasi di


Strategi
Jabatan

Memperkemas, menguatkuasa dan memantau pematuhan undang-undang,


Objektif Strategik peraturan, pekeliling dan arahan berkenaan penguatkuasaan dan barangan
rampasan kes

Bil Inisiatif Pelaksana Tempoh Masa

Melaksanakan sesi peringatan kepada Pegawai


1 Penguatkuasa Agama/ Pegawai Penguatkuasa Halal BPN/BPH/PAID Sepanjang tahun
sebelum operasi.

2 Menyediakan cctv di bilik siasatan. BPN/BPH Sepanjang tahun

3 Menyediakan dan semakan laporan operasi harian. BPN/BPH/PAID Sepanjang tahun

4 Kawalan menguruskan OKT tanpa penjamin. BPN/BPH Sepanjang tahun

Sesi bacaan Enakmen/ Undang-Undang yang berkaitan


5 dengan tugas-tugas Pegawai Penguatkuasa Agama/ BPN/BPH/PAID Sepanjang tahun
Pegawai Penguatkuasa Halal secara berkala.

Sesi bacaan Arahan Tetap Pengarah kepada Pegawai


6 Penguatkuasa Agama/ Pegawai Penguatkuasa Halal BPN/BPH/PAID Sepanjang tahun
secara berkala.

Pegawai Penguatkuasa Agama/ Pegawai


7 Penguatkuasa Halal diselia oleh penyelia yang BPN/BPH/PAID Sepanjang tahun
berpengalaman.

Pemeriksaan/ pengecaman ekshibit dan tempat


8 BPH Sepanjang tahun
simpan barang kes secara berkala.

26
BAB 4:
PENGURUSAN RISIKO RASUAH

27
JADUAL
KEBARANGKALIAN

SKALA KEBARANGKALIAN KETERANGAN

Kejadian rasuah sangat tinggi (lebih 95%


5 HAMPIR PASTI BERLAKU berlaku dalam tempoh 12 bulan akan
datang)

Kejadian rasuah tinggi (antara 50%


4 KEMUNGKINAN BERLAKU hingga 94% berlaku dalam tempoh 12
bulan akan datang)

Kejadian rasuah mungkin berlaku (antara


3 SEDERHANA 25% hingga 49% berlaku dalam tempoh
12 bulan akan datang)

Kejadian rasuah rendah mungkin berlaku


KEMUNGKINAN KECIL
2 (antara 5% hingga 25% berlaku dalam
BERLAKU
tempoh 12 bulan akan datang)

Kejadian rasuah jarang berlaku (antara


1 JARANG 5% hingga 25% berlaku dalam tempoh 12
bulan akan datang)

28
JADUAL IMPAK

TIDAK
FAKTOR KECIL SEDERHANA BESAR MEMUSNAHKAN
KETARA

SKALA 1 2 3 4 5

Kejadian Kejadian
Kejadian tidak Kejadian rasuah
rasuah dapat rasuah dapat Kejadian rasuah
dapat dapat dibuktikan,
dibuktikan, dibuktikan, dapat dibuktikan,
IMEJ/ dibuktikan, mengaibkan,
impak rendah, mengaibkan, mengaibkan, menjadi
REPUTASI (A) tiada impak, menjadi bahan
menjadi menjadi bahan berita profil
tidak menjadi berita profil
bahan berita bahan berita tinggi
berita sederhana
profil rendah profil tinggi

Meningkatkan Meningkatkan
Meningkatkan Meningkatkan Meningkatkan
KEWANGAN perbelanjaan perbelanjaan
perbelanjaan perbelanjaan perbelanjaan
(B) antara 6% - antara 25% -
kurang 5% antara 16% - 25% melebihi 41%
15% 40%

Denda
Denda yang Denda yang
Denda sederhana,
tinggi, tinggi, Denda yang tinggi,
PERUNDANG/ minima, notis berkemungkin
berkemungkinan kemungkinan pemeriksaan rapi dan
PEMATUHAN amaran dan an tindakan
tindakan undang- pertuduhan siasatan besar
tindakan undang-
undang jenayah
undang

Suatu keadaan Suatu


merugikan keadaan yang
IMPAK RISIKO/ Impak boleh Impak serius,
namun boleh kritikal, Bencana yang
USAHA diserap memerlukan
diperbaiki memerlukan membawa kepada
PENGURUSAN melalui aktiviti usaha tambahan
dengan usaha usaha luar kemusnahan
(D) biasa pihak pengurusan
pihak biasa pihak
pengurusan pengurusan

29
SKALA TAHAP
RISIKO

TAHAP
SKALA KETERANGAN
RISIKO

Kawalan sedia ada tidak berkesan


TINGGI 13 - 25 dan berpunca isu luaran. Perlu
pelan tindakan.

Kawalan sedia ada tidak berkesan.


KETARA 8 - 12
Perlu pelan tindakan kawalan.

Keadaan yang mampu dikawal.


SEDERHANA 4-7 Semua tindakan kawalan untuk
menghasilkan kesan diharapkan

Tiada pelan tindakan tetapi perlu


RENDAH 1-3
pemantauan berterusan.

**Untuk perincian sila rujuk Pelan Pengurusan Risiko


Rasuah JAIS

30
BAB 5:
PELAKSANAAN ANTI-BRIBERY
MANAGEMENT SYSTEM (ABMS)
MS ISO 37001:2016

31
PELAKSANAAN
ABMS JAIS
JAIS melaksanakan ABMS MS ISO 37001:2016 bagi membantu JAIS
untuk mencegah, mengesan dan memberi respon kepada perlakuan
rasuah dan juga panduan pematuhan undang-undang anti rasuah
yang komited.

Skop pelaksanaan di JAIS adalah seperti berikut:

1. Pengurusan sokongan yang terdiri daripada;


a) Pengurusan Sumber Manusia
b) Pengurusan Integriti dan Tatatertib
c) Pengurusan Pembangunan
d) Pengurusan Kewangan
e) Pengurusan Teknologi Maklumat
f) Pengurusan Pentadbiran dan Perolehan
g) Pengurusan Komunikasi Korporat
h) Pengurusan Latihan dan Penarafan

2. Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam (BPI)


a) Pengurusan Maahad Integrasi Tahfiz dan Sains
b) Pengurusan Sekolah Rendah Agama Integrasi

3. Pengurusan Pembangunan dan Penyelidikan (BPP)

4. Pengurusan Dakwah (BD)

5. Pengurusan Undang-Undang Keluarga (BUUK)

6. Pengurusan Penguatkuasaan (BPN)

7. Pengurusan Halal (BPH)

8. Pengurusan Masjid (BPM)


a) Pengurusan Masjid Daerah
b) Pengurusan Masjid Diraja

**Untuk perincian sila rujuk MANUAL ABMS JAIS

32
BAB 6:
KESIMPULAN

33
MEKANISME PELAKSANAAN

Selaras dengan usaha untuk memastikan inisiatif antirasuah


JAIS dilaksanakan secara cekap dan sistematik, Unit
Integriti JAIS bertindak sebagai Sekretariat penyelaras
OACP JAIS yang berperanan memantau, menilai dan
melapor pencapaiannya.

Mesyuarat JAR JAIS dan Mesyuarat Teknikal JAR JAIS


hendaklah berfungsi sebagai platform utama yang
menerima laporan, membincangkan dan membuat
keputusan dan memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif
OACP sepertimana yang dinyatakan dalam perkara 6.1.8 –
Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri 2 No. 1
Tahun 2019 Pemantapan Tadbir Urus, Integriti dan
Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan
Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional.

Bagi memantapkan sistem pemantauan pelaksanaan


OACP JAIS, keterlibatan dan kerjasama yang menyeluruh
daripada Pihak Pengurusan tertinggi, warga JAIS,
pelanggan dan pemegang taruh adalah penting agar OACP
JAIS bergerak seiring dengan NACP yang telah ditetapkan
oleh Kerajaan.

Pelaksanaan dan Pemantauan Antirasuah dilaksanakan


melalui Mesyuarat JAR dan Mesyuarat Teknikal JAR JAIS
bagi:

Pembentangan status pencapaian dan pelaksanaan


inisiatif di bawah OACP;
Mengenal pasti penyelesaian terbaik isu-isu berkenaan
integriti, governans dan rasuah di Jabatan;
Membuat keputusan penting selari dengan
kepentingan organisasi.

34
MEKANISME PENYELARASAN,
PEMANTAUAN DAN
PENILAIAN
Pegawai ABMS perlu melaksanakan pemantauan:
1. Membuat perbandingan pencapaian dengan sasaran;
2. Membincangkan segala kekangan atau cabaran dalam
Mesyuarat Pengurusan masing-masing;
3. Menyediakan pelaporan kepada Unit Integriti pada
setiap suku tahun.

Unit Integriti selaku urus setia induk OACP JAIS perlu


melaksanakan penyelarasan seperti berikut:
1. Menasihati dan mengenalpasti penyelesaian terbaik
untuk OACP JAIS;
2. Melaporkan status pelaksanaan OACP JAIS setiap suku
tahun kepada pengurusan tertinggi;
3. Bahagian/ Unit melalui JAR JAIS mengemukakan
laporan setiap suku tahun kepada Unit Integriti.

Penilaian terhadap keberkesanan OACP hendaklah


dilaksanakan dari semasa ke semasa yang bertujuan
untuk:
1. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan setiap pelan
tindakan;
2. Menilai sama ada pelan tindakan menyokong ke arah
objektif yang ingin dicapai;
3. Memastikan bahawa aktiviti dilaksanakan seperti yang
dirancang;
4. Memberikan maklum balas yang bersesuaian
berdasarkan situasi apabila diperlukan.

35
KESIMPULAN

Sebagai salah sebuah jabatan dalam perkhidmatan


awam, JAIS tidak terkecuali daripada ancaman amalan
rasuah dan penyelewengan melibatkan warga kerja dalam
organisasi. Usaha memerangi rasuah harus sentiasa
dijadikan agenda utama khususnya di peringkat organisasi
dengan melaksanakan pelbagai program kesedaran,
pemerkasaan kawalan dalaman serta mengenakan
tindakan yang tegas terhadap mana-mana warga kerja
yang melakukan kesalahan tatatertib mahupun jenayah.

Selaras dengan itu, OACP JAIS yang dibangunkan ini


bertindak sebagai wawasan kerangka kerja untuk
menjadikan JAIS sebagai peneraju pembangunan umat
Islam di Selangor yang bersandarkan kepada prinsip
integriti dan tadbir urus yang cemerlang.

OACP JAIS telah menggariskan pelan tindakan antirasuah


bagi tempoh satu (1) hingga lima (5) tahun untuk
dilaksanakan. Bagi memastikan keberkesanan OACP JAIS
ini, pelaksanaan keseluruhan inisiatif akan dipantau secara
berterusan dan penilaian setiap tahun akan dilaksanakan.
Keberkesanan setiap inisiatif akan dinilai mengikut
perkembangan semasa supaya ianya selari dan menepati
hasrat yang diharapkan.

Komitmen semua pihak adalah pemangkin utama


kepada kejayaan pelaksanaan OACP JAIS ini dan secara
langsung ianya dapat dijadikan panduan yang jelas
berkaitan antirasuah kepada seluruh warga kerja.

36
JAWATANKUASA
OACP
JABATAN AGAMA
ISLAM
SELANGOR
BERSAMA MENDOMINASI
KEBENARAN DAN
KEBAIKAN ISLAM

You might also like