You are on page 1of 1

Don’t be afraid to move, because the distance of 1000 miles starts by single step

DEFINISI & ISTILAH MASALAH


PENDENGARAN
April 23, 2017
|

nor wahida

Istilah "pekak bisu", "cacat pendengaran" dan "tuli" seringkali digunakan bagi merujuk
kepada kumpulan kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran teruk dan
sangat teruk. Istilah-istilah ini menimbulkan kekeliruan sehingga masyarakat
mentafsirkannya dengan pelbagai maksud dan makna. Tambahan lagi, istilah-istilah ini
membawa satu stigma yang negatif dan kurang disenangi oleh masyarakat (Ling, 1989).
Oleh yang demikian, istilah 'bermasalah pendengaran' digunakan untuk menggantikan
istilah "pekak", "cacat pendengaran", "tuli" dan "pekak bisu". Istilah bermasalah
pendengaran lazim digunakan oleh pihak perubatan (klinikal) dan pendidikan kerana
kanak-kanak yang dilabel sebagai pekak adalah tidak pekak sepenuhnya kerana mereka
masih mempunyai sisa (residual) pendengaran (Clark, 1999).
Sungguhpun begitu, istilah "pekak", "cacat pendengaran" dan "pekak bisu" digunakan
oleh orang biasa dan ditujukan kepada kumpulan kanak-kanak yang dikategorikan
sebagai bermasalah pendengaran (Gregory, Silo & Callow, 1995). Terdapat juga pelbagai
pihak atau individu perseorangan yang bergiat aktif dengan kajian berkaitan individu
bermasalah pendengaran telah memberikan definisi tertentu terhadap istilah tersebut.
Menurut Cruickshank & Johnson (1975), masalah pendengaran boleh didefinisikan
sebagai kebolehan kanak-kanak menggunakan deria pendengarannya.
Definisi ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pekak dan separa pekak. Pekak ialah
apabila kanak-kanak tersebut memiliki deria dengar yang tidak berfungsi langsung.
Sebaliknya, kategori separa pekak pula merujuk kepada kanak-kanak yang deria
pendengarannya rosak tetapi masih boleh berfungsi dengan bantuan alat pendengaran
atau mana-mana kaedah bantuan lain yang bersesuaian.
Menurut Bee (1995) pula, kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang
menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Selain itu,
wujud juga definisi dari perspektif bahasa oleh Asmah Haji Omar (1986) yang
menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah individu yang
dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang menyebabkan ia tidak dapat
mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat mendengar dan menghayati pemikiran serta
budaya melalui bahasa.

You might also like