You are on page 1of 17

1

PENGENALAN

Kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau ringkasnya JAKIM dalam


pentadbiran negara mempunyai kepentingan tersendiri. Kaitannya dengan kedudukan
Malaysia sebagai sebuah negara Islam sangat signifikan terutama sekali bagi
memastikan semua urusan berkaitan Islam sebagai sebuah negara Islam sangat
signifikan terutama sekali bagi memastikan semua urusan berkaitan Islam ditadbir
secara cekap dan berkesan. Bagi melancarkan lagi urusan berkaitan dengan agama
Islam, setiap negeri menubuhkan Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam di
negeri masing-masing. Fungsi utama Majlis Agama Islam ini ialah untuk memberi
nasihat kepada raja atau sultan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan
agama Islam, manakala Jabatan Agama Islam pula menjalankan dasar-dasar dan
ketetapan Majlis Agama Islam. Dengan kata lain, Jabatan Agama Islam adalah
pelaksana kepada semua dasar dan polisi yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam
(MKI).

Penglibatan Kerajaan Pusat dalam urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negara
ini bermula apabila Majlis Raja-Raja dalam persidangannya kali ke-81 pada 17 Oktober
1968 telah bersetuju menubuhkan sebuah badan bagi menyelaraskan pentadbiran
agama Islam di seluruh negara. Badan ini telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Julai
1969 dengan nama Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Barat.
Secara jelas, adanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada hari ini adalah
berasal daripada Urus Setia MKI yang dibentuk pada 1 Julai 1969 tersebut.
2

JAKIM

Pada awalnya, JAKIM dikenali sebagai BAHEIS iaitu Bahagian Hal ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri yang berfungsi sebagai penyelaras pentadbiran hal ehwal
Islam di negara. Pada tahun 1995, BAHEIS telah memulakan kajian terhadap fungsi
dan struktur organisasinya. Sebuah kertas kerja telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JKI) kali ke-24 pada 24
Jun 1995 dan JKI telah mengambil persetujuan menubuhkan Jawatankuasa Petugas
Menyusun Semula Fungsi Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Akhirnya Baheis dinaikkan taraf menjadi sebuah jabatan penuh dengan nama barunya
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri atau ringkasnya JAKIM
berkuat kuasa mulai 1 Januari 1997.

JAKIM mempunyai 21 bahagian iaitu, penyelidikan, dakwa, keurussetiaan dan


perhubungan antarabangsa, pentadbiran dan kewangan, penerbitan, pembangunan
pendidikan islam dan urus setia lepai, darul quran, Latihan, institut latihan islam
malaysia (ilim), pembangunan keluarga, sosial dan pengurusan masjid (kesuma), media
elektronik dan penyiaran (mep), informasi islam (perkhidmatan ict), undang-undang,
JAKIM cawangan sabah, JAKIM cawangan Sarawak, audit dalam, penyelarasan
penguatkuasaan undang-undang, penyelarasan baitulmal, kajian makanan dan barangan
gunaan orang islam/hab halal, hadhari dan pembangunan insan, pembangunan fatwa
dan ijtihad. Rangka organisasi JAKIM boleh dirujuk seperti berikut:
3

PERANAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DALAM


PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Bermula sebagai Urus Setia MKI sehinggalah menjadi sebuah jabatan Persekutuan,
JAKIM diberi tugas melaksanakan fungsi penyelarasan dengan matlamat memastikan
urusan mengenai Islam di negara ini dapat dilaksanakan secara selaras, seragam dan
berkesan. Tiga bidang tugas MKI, iaitu menyelaraskan pentadbiran agama Islam,
undang-undang dan pendidikan Islam menjadi teras utama fungsi JAKIM. Oleh itu,
kertas kerja ini akan memberi fokus kepada perana JAKIM dalam pentadbiran islam.

JAKIM berfugsi dalam menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama yang mana
JAKIM sebagai penyelaras bagi menilai dan memberi cadangan terhadap aktiviti
keislaman yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan bagi memastikan tidak berlaku
pertentangan di antara kepentingan negara dengan kepentingan Islam.
4

1. Menyelaraskan Pentadbiran Hal Ehwal Islam Antara Negeri-Negeri

Kepentingan sistem pentadbiran islam di negara malaysia adalah berkait rapat dengan
penyelarasan pentadbiran undang-undang bagi memelihara akidah dan hak-hak umat
islam di Malaysia. Agama islam di Malaysia adalah di bawah bidangkuasa negeri, maka
berlakunya ketidakseragaman undang-undang Islam antara negeri-negeri dan ia adalah
satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu, usaha-usaha untuk
menjalankan undang-undang Islam yang selaras dan seragam di seluruh Malaysia telah
bermula sejak sekian lama dan beberapa usaha telah diambil bagi maksud tersebut.

JAKIM melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil telah


banyak membantu menggubal undang-undang Islam yang disediakan sebagai model
untuk diterima pakai oleh negeri-negeri seperti telah melakukan penyelarasan dan
penyeragaman undang-undang Islam negeri-negeri. Ekoran persetujuan itu, JAKIM
dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah membuat kajian terperinci ke atas
enam undang-undang utama negeri-negeri iaitu Undang-Undang Pentadbiran Agama
Islam, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Kesalahan Syariah, Undang-
Undang Keterangan Mahkamah Syariah, Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah
dan Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah. Kini cadangan rang undang-undang
tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan sebelum
dikemukakan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Ini adalah satu usaha murni dan
pendekatan yang bijak atau berhikmah oleh kerajaan iaitu melalui cara rundingan dan
perkenan daripada Sultan dan Raja-Raja bagi menyelaraskan pentadbiran agama Islam
negeri-negeri.

2. Melancarkan Program Dalam Memelihara Akidah Umat Islam

Menyedari bahawa banyak faktor-faktor lain yang boleh menggugat kesucian akidah
orang-orang Islam maka kerajaan telah menyusun pelbagai program yang berupa
penjelasan, penerangan, kursus dan perbincangan khusus berkenaan perkara-perkara
yang dapat memantapkan iman dan menguatkan keyakinan umat Islam. JAKIM juga
telah memperkasakan pengurusan saudara baru melalui aspek bimbingan, kebajikan
5

dan perlindungan serta memberi mereka kursus-kursus kefahaman dan penghayatan


secara bersiri dan berjadual. Sekaligus dapat melahirkan kader-kader pendakwah dan
ilmuwan Islam melalui program latihan di institusi-institusi latihan Islam

Selain itu, JAKIM juga telah mewujudkan satu Unit Khas berkenaan ajaran
sesat bagi menangani gejala penyelewengan akidah menerusi ajaran-ajaran salah dan
sesat. Penubuhan Panel Kajian Akidah di JAKIM yang dianggotai oleh pakar akademik
dan tokoh Islam banyak membantu JAKIM menangani masalah ini. Jabatan atau Majlis
Agama Islam Negeri-Negeri juga mewajibkan kepada mana-mana individu yang ingin
mengajar atau berceramah berkenaan agama Islam mendapatkan Sijil Tauliah Mengajar
Agama dari pihak Jabatan atau Majlis bagi mengawal sebarang anasir-anasir atau
pengaruh ajaran sesat daripada merebak. Kini JAKIM sedang menyiapkan peringkat
akhir draf Undang-Undang Pemulihan Akidah iaitu undang-undang khusus bagi
membendung masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Islam.

3. Menjadi Pusat Rujukan Dan Khidmat Nasihat Berkaitan Islam

JAKIM telah menjalankan peranannya dalam memberi nasihat dan berdakwah bagi
menyebarkan dan mengembangkan lagi syiar Islam di Malaysia serta sekaligus
mengajak kepada membuat kebaikan dan menolak kemungkaran. Pembangunan dan
kemajuan Islam di Malaysia amat terserlah memandangkan kebanyakan anggota badan-
badan penyelaras dan penggubal dasar mengenai hal ehwal Islam itu terdiri daripada
para Mufti, Menteri-Menteri Besar, Pengerusi dan Pengarah Jabatan atau Majlis Agama
Islam Negeri-Negeri, pakar akademik dan para alim ulama serta tokoh-tokoh
cendekiawan Islam dari pelbagai disiplin ilmu. Di sampaing itu, JAKIM juga dapat
meningkatkan kolaborasi rangkaian dakwah dengan pertubuhan bukan Kerajaan
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
6

4. JAKIM Menjadi Agensi Pemantau Unggul Dalam Pematuhan Syariah Dalam


Pelbagai Produk Perkhidmatan Dan Kepenggunaan Islam

JAKIM menjadi agensi pemantau unggul dalam pematuhan syariah dalam pelbagai
produk perkhidmatan dan kepenggunaan Islam khususnya dalam bidang sistem
kewangan Islam dan industri halal. Penubuhan Halal JAKIM pula sangat efisien dalam
membasmi dan memastikan segala barangan itu adalah halal digunakan oleh umat Islam
di Malaysia dan merealisasikan konsep Halalan Tayyiban. Masyarakat Islam di negara
ini masih berhadapan dengan isu-isu pemalsuan label halal, isu pemprosesan bahan
makanan yang tidak mengikut syariat Islam, isu kandungan bahan makanan yang tidak
jelas dan isu kebersihan yang tidak berkesudahan.

5. Menjadi pusat maklumat dan dokumentasi setempat berkaitan dengan


pemikiran dan ilmu-ilmu Islam yang dihasilkan melalui pelbagai forum dan
persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam usaha memberi penerangan dan kefahaman mengenai Islam kepada masyarakat,
Jakim menggunakan pendekatan dakwah bil-lisan. Ia dilaksanakan dalam bentuk
ceramah, seminar, konvensyen, kursus, wacana minda, kuliah, forum, dan dialog. Di
samping itu juga, Jakim mengendalikan khidmat nasihat dan bimbingan di talian telefon
dan soal jawab melalui internet di laman web Jakim serta menyediakan perkhidmatan
pakar rujuk dalam bidang akidah, syariah, sosial, ekonomi dan muamalat Islam.

6. Membina pemikiran Islam yang mantap dalam kalangan ummah berdasarkan


pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Pengiktirafan terhadap Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah khususnya aliran Asha’irah di


Malaysia sebagai satu pegangan rasmi umat Islam telah ditegaskan oleh kerajaan pusat
melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan terhadap Ahl al-
Sunnah wa al-Jama‘ah merupakan satu langkah terbaik demi menjaga kemaslahatan
umat Islam di Malaysia daripada ancaman akidah.
7

Oleh itu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996, ketika membincangkan
tentang Shi’ah di Malaysia, telah membuat beberapa ketetapan berkaitan Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah sebagai mazhab yang diiktiraf sebagaimana berikut:

a. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran


Islam yang berasaskan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dari segi
akidah, syariah dan akhlak.

b. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan


Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri bagi peruntukan dengan
nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah
agama Islam berasaskan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dari
segi akidah, syariah dan akhlak.

c. Memperuntukan pindaan kepada semua Undang-undang dan Hukum


Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum syarak atas undang-undang
Islam seperti berikut: Hukum Syarak atau Undang-undang Islam bererti
undang-undang Islam yang berasaskan kepada pegangan Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

d. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang selain daripada Ahl al-


Sunnah wa al-Jama’ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan
undangundang Islam dan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain
daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah adalah dilarang.
e. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk
kepada undang-undang Islam hukum syarak yang berasaskan pegangan
ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah sahaja.

f. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku,


risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang
bertentangan dengan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dalah
diharamkan.
8

7. Meneraju gerakan dakwah secara bersepadu kepada kumpulan sasar melalui


dakwah bil-hal, media cetak, media elektronik dan media-media baru.

Dakwah bil-hal ialah dakwah melalui perbuatan, teladan atau tingkah laku. Kaedah
tersebut telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan pendakwah pada
zaman awal Islam. Menyedari hakikat bahawa dakwah bil-hal adalah metode dakwah
yang berkesan maka Jakim menetapkan program dakwah bilhal sebagai suatu program
utama. Aktiviti dakwah bil-hal dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan, antaranya
ialah dengan mengadakan lawatan ke rumah kebajikan anak yatim, rumah warga tua,
mangsa-mangsa banjir, pusat pemulihan akhlak dan hospital, program khidmat
masyarakat dan ziarah dakwah masyarakat Orang Asli, kampung angkat, majlis ramah
mesra masyarakat, majlis berbuka puasa dan majlis sempena Tahun Baru Cina.

Dari sudut sejarah, aktiviti penerbitan media cetak Jakim mula digerakkan sejak
awal penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika itu mengarah Urus Setia MKI supaya
menerbitkan sebuah kitab tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu. Usaha awal ini berjalan
tanpa wujudnya satu organisasi yang kemas sehingga pada tahun 1974 apabila unit
Dokumentasi diwujudkan di Cawangan Pusat Penyelidikan Islam. Pusat Penyelidikan
yang ditubuhkan pada tahun 1971 mempunyai objektif untu mengkaji dan menyelidik
masalah semasa yang oleh masyarakat Islam dan memberi pandangan serta perakuan
bagi mengatasi masalah-masalah berkenaan. Dalam hal ini bidang penerbitan media
cetak adalah salah satu aktiviti untuk merealisasikan objektif tersebut.

Antara tahun 1971 hingga 1978, selain meneruskan aktiviti mentafsirkan al-
Quran, terdapat juga aktiviti mmenerbitkan kitab hadith, buku-buku agama, risalah
percuma yang dinamakan dengan “al-Yakin” dan “al-Risalah”, menganjurkan peraduan
menulis cerpen berunsur Islam, menerbitkan jurnal tahunan Pusat Penyelidikan Islam
yang dinamakan dengan “Masa” dan menerbitkan bahan bacaan dalam berbagai-bagai
bentuk untuk tatapan masyarakat. Pada tahun 1984 Unit Dokumentasi diletakkan di
9

bawah Cawangan Pentadbiran dan penyelarasan. Kemudian, pada tahun 1987 ia


menjadi sebuah cawangan yang berasingan dan pada tahun 1997 menjadi sebuah
bahagian dengan beberapa perubahan struktur sesuai dengan perubahan dan keperluan
semasa

Penerbitan media cetak dilihat mampu menjadi wadah dakwah yang penting
dalam menyebarkan ajaran Islam. Antara terbitan Jakim ialah buku, jurnal, majalah,
buletin, risalah, rampaian dan lain-lain. Bagi meningkatkan kualiti terbitan, Jakim
sentiasa memastikan beberapa perkara dipatuhi, antaranya dasar dan garis panduan
penerbitan, hak cipta, piawaian editorial dan lain-lain.

Seterusnya Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat dapat


memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Mulai tahun 1985
Jakim melalui Pelan Strategik ICT (ISP) telah mengorak langkah pertama
membangunkan projek ICT di bawah Sistem Maklumat Islam (Sismi). Fokus awal
pembangunan projek ICT ialah pembangunan rangkaian setempat (Local Area
Network) Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis), Jabatan Perdana Menteri, bagi
membolehkan kakitangan memiliki akses ke intranet dan internet. Pada akhir tahun
1990-an, usaha pembangunan projek ICT lebih menumpukan kepada pembangunan
aplikasi berasaskan web dan pembangunan Portal Islam untuk menjadi model Islam di
seluruh dunia.

Dalam bidang operasi dan penyelenggaraan, bahagian ini telah menentukan


keperluan penggunaan informasi, menjamin keselamatan informasi dan memberi
khidmat kepenggunaan informasi. Khidmat internet pula meliputi kerja-kerja rangkaian
komputer dan menyediakan maklumat Islam yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam
internet. Bidang pembangunan sistem mempunyai tugas untuk mengenal pasti dan
membangunkan sistem-sistem yang ada bagi memenuhi keperluan semasa. Selaras
dengan keperluan semasa yang mementingkan teknologi maklumat dalam semua
bahagian dan cawangan di Jakim, Bahagian ICT telah memberi perkhidmatan yang
menyeluruh termasuk menyediakan pelbagai aplikasi, produk perkhidmatan,
penyelenggaraan, penyediaan prasarana ICT dan rangkaian komputer.
10

8. Memperkasakan survival umat Islam Sabah dan Sarawak dalam bidang


pendidikan, dakwah dan sosioekonomi

Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh Jakim Sabah dalam menjalankan
gerak kerja dakwah, antaranya mengadakan kursus Tahsin Ibadah untuk memberi
penjelasan dan kefahaman Islam kepada masyarakat. Selain itu diadakan juga program
Ziarah Mahabbah secara berkala bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan ukhuwwah
sesama muslim dalam menghadapi cabaran masa ini. Jakim Sabah juga mengadakan
Kursus Intensif Saudara Baru bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan
penghayatan Islam di kalangan saudara baru dan memperjelaskan tuntutan kesepaduan
fardhu ain dan fardhu kifayah, seterusnya memantapkan penghayatan Islam selaras
dengan matlamat mencapai pembangunan sahsiah diri dalam kehidupan seharian
mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Program penerapan Nilai-
Nilai Islam bagi masyarakat di Sabah ialah, Program “Discourse Of The Truth”,
bengkel modul sukarelawan, Program “Strike Ace Camp”, Kursus Training Of Trainers
Islam Hadhari, Konvensyen, Kaunter Maklumat Islam Sabah, Seminar Ekonomi Islam
dan Program Ihya’ Ramadan.

Manakala bagi Program Dakwah di Sarawak, antara program dakwah yang


dilaksanakan di Sarawak ialah kursus, seminar, forum, kuliah dan ceramah di sebelas
bahagian di Sarawak kepada seluruh masyarakat. Antara golongan yang terlibat ialah
masyarakat awam, pertubuhan, ketua-ketua kaum, ahliahli jawatankuasa masjid, imam-
imam dan kakitangan jabatan kerajaan dan swasta. Jakim Sarawak juga tidak
ketinggalan memenuhi jemputan dan mengendalikan kelas-kelas pengajian,
memberikan ceramah dan bimbingan Islam kepada peserta kursus dan masyarakat,
mengadakan program kerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan, memberi khidmat nasihat kepada peserta, menyelaraskan dan melaksanakan
dakwah bil-hal kepada bukan Islam dan saudara kita.
11

9. Memperkasakan perpaduan dalam kalangan umat Islam untuk menjadi khaira


ummah

Perpaduan umat Islam adalah antara isu kritikal yang perlu ditangani oleh agensi hal
ehwal Islam di Malaysia. Antara faktor yang menggugat perpaduan adalah perbezaan
latar belakang individu, ketaksuban yang melampau kepada individu atau kumpulan
tertentu, keterlibatan dengan ajaran yang menyeleweng dan sebagainya. Selain itu,
perbezaan fahaman politik dalam komuniti Muslim juga telah mewujudkan kelompok-
kelompok yang terpisah. Perpaduan sesama Muslim yang berlainan bangsa dan kaum
juga masih belum begitu kukuh walaupun mereka telah diikat dengan kesatuan akidah.
Perbezaan antara manusia adalah sebahagian daripada fitrah insani yang perlu diterima.
Ia perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan (hikmah) agar tidak membawa kepada
permusuhan dan perpecahan.

Perbezaan fahaman dan pendapat tidak seharusnya menjadi penghalang kepada


perpaduan. Ia hendaklah ditangani secara cermat dan berhati-hati dalam ruang lingkup
yang dibenarkan oleh syariat. Jika ada yang terbabas keluar daripada landasan syariat,
maka ia harus diperbetulkan. Justeru, dalam usaha memelihara ummah daripada
terjerumus dalam kancah perpecahan, Jakim perlu merangka pendekatan dan strategi
yang bersesuaian bagi mencapai matlamat perpaduan sebagaimana yang dikehendaki
dalam ajaran Islam

Untuk mencipta keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang agama


seperti di negara kita ini, perlulah ada sifat saling hormat menghormati antara satu sama
lain walaupun berbeza dari segi agama dan kepercayaan. Khasnya kepada umat Islam
diwajibkan menghormati penganut agama lain, selaras dengan ajaran Al Quran seperti
mana dalam surah, Al-An’aam ayat 108: “Dan janganlah kamu mencaci benda yang
mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara
melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada
pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan
merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang
mereka telah lakukan.” Amat jelas Islam menolak prinsip yang tidak toleransi dalam
kehidupan bermasyarakat. Allah SWT menciptakan umat manusia bagi menghuni
12

seluruh permukaan bumi dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama serta etnik.
Agama Islam sentiasa menganjurkan kebaikan dan kedamaian, agama Islam
mewajibkan umatnya agar memiliki dan mempraktikkan sikap toleransi dalam
melengkapi perbezaan antara sesama manusia.

10. Memperkasakan dakwah kepada masyarakat bukan Muslim, Orang Asli dan
kumpulan minoriti

Usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam, khususnya masyarakat Orang Asli
telah dilaksanakan secara bersepadu antara Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri
dan badan-badan dakwah. Sejak tahun 1993, seramai 31,756 Orang Asli telah berjaya
diislamkan. Jumlah ini meliputi 21% daripada populasi 149,723 Orang Asli yang
terdapat di Malaysia. Dalam tempoh satu dekad yang akan datang, kefahaman
mengenai Islam akan diperluaskan kepada masyarakat bukan Islam supaya persepsi
mereka terhadap Islam dapat diperbetulkan dan kefahaman mengenai kemurniaan
ajaran Islam dapat dikembangkan. Pendekatan dakwah bil-hal yang mengandungi
kepelbagaian aktiviti akan dilaksanakan.

Pendekatan ini lebih sesuai dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan
agama di Malaysia. Jakim telah membelanjakan sebanyak RM12,357,800.00 setahun
bagi tujuan khusus melaksanakan program dakwah. Antara tahun 2007 dan 2008,
negeri Sabah merupakan negeri yang paling ramai saudara Muslim, iaitu seramai 7,517
orang. Negeri Terengganu mencatatkan negeri yang paling kurang saudara Muslim,
iaitu hanya seramai 306 orang sahaja. Jumlah saudara Muslim pada tahun 2007 ialah
seramai 11,676 orang, manakala pada tahun 2008 mencatatkan sejumlah 13,613 orang.
Secara keseluruhannya jumlah saudara Muslim pada tahun 2007 dan 2008 ialah seramai
25, 290 orang.
13

11. Meluaskan program dan rancangan berunsur Islam melalui stesen radio dan
televisyen

Pada peringkat permulaan, Jakim bertanggungjawab menyediakan pakej semua


rancangan agama di Radio 1, Radio 3, Radio Ibu Kota, FM Stereo, Radio Negeri-
Negeri, rakaman empat program dalam Bahasa Inggeris, lima program dalam Bahasa
Cina dan enam program dalam Bahasa Tamil. Ia termasuk pakej rancangan agama TV
untuk saluran Nasional, iaitu TV1 dan TV2, serta TV3 dan TV4 daripada saluran
swasta. Walau bagaimanapun, atas inisiatif sendiri pihak pengendali saluran TV swasta
telah mengambil langkah membuat pengendalian dan penerbitan rancangan agama
secara sendiri dengan mendapatkan nasihat dan pandangan Jakim secara berskala. Hasil
kerjasama yang baik dan erat antara Jakim dan RTM, saluran radio dan TV berkembang
dan bertambah dari semasa ke semasa. Sekaligus berlaku pertambahan secara positif
jangka masa siaran sama ada melalui program radio atau program TV. Sehingga Jun
2009, Jakim berjaya menyediakan pakej rancangan agama radio di lima saluran Radio
Nasional, RTM, iaitu Klasik Nasional (B. Melayu), Traxx FM (B.Inggeris), Ai FM (B.
Mandarin), Minnal FM (B. Tamil), dan Asyik FM (Suara Orang Asli).

Satu pencapaian yang membanggakan ialah Jakim dengan kerjasama RTM telah
berjaya mewujudkan satu saluran radio khusus yang dikendalikan sepenuhnya oleh
Jakim. Ia dinamakan dengan Salam FM. Melalui saluran ini, berbagai-bagai program
agama dapat diterbit dan disiarkan sama ada secara langsung ataupun berakam. Selain
itu, hasil kerjasama rapat dengan RTM, Jakim berjaya menembusi kebanyakan saluran
radio negeri seluruh negara melalui penyediaan pakej program agama. Antaranya ialah
Kelantan FM, Terengganu FM, Sabah FM, Sarawak FM dan lain-lain. Tidak
ketinggalan, Jakim turut membekalkan pakej program agama untuk saluran Suara Islam
dan Voice of Islam yang dikendalikan oleh RTM.

Penerbitan program agama TV sentiasa berkembang dan bertambah bermula


dari tahun 1995. Hingga ke hari ini, Jakim menerbitkan program-program agama untuk
siaran dua saluran TV utama RTM, iaitu TV1 atau RTM1 dan TV2 atau RTM2. Jakim
sentiasa mendapat kerjasama yang baik dengan RTM dalam membuat sebarang
14

penambahbaikan atau permohonan tambahan bagi tujuan penerbitan program TV sama


ada berbentuk rakaman atau siaran secara langsung. Sehingga sepuluh tahun pertama
semenjak perpindahan ke Jakim, Cawangan TV MEP mendapat peruntukan masa
siaran tidak kurang 12 jam seminggu dengan purata masa setiap hari lebih kurang satu
setengah jam tidak termasuk program-program khas mengikut peristiwa dan aktiviti
berkaitan seperti Hari Raya, Maulidur Rasul SAW, Ma’al Hijrah dan sebagainya bagi
program agama dalam Bahasa Melayu.

Jakim juga menerbitkan program agama TV dalam bahasa Mandarin dan Tamil
khusus bagi meraikan para penonton berbangsa Cina dan India. Ternyata program-
program ini mempunyai penonton dan peminat yang tersendiri. Jumlah program dan
jangka masa siaran TV sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Sehingga Julai 2009,
Jakim mendapat peruntukan masa sebanyak lebih 13 jam seminggu tidak termasuk
program-program khas. Jakim juga telah melebarkan saluran dakwahnya melalui TV
dengan mengadakan kerjasama dengan saluran TV swasta yang lain, iaitu
membekalkan program agama TV kepada saluran TV Astro Oasis, dan memberikan
kebenaran menyiarkan siaran secara langsung program-program keagamaan peringkat
kebangsaan seperti Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW, Ma‘al Hijrah dan lain-lain.
Secara umumnya penerbitan rancangan agama TV dibahagikan kepada beberapa
kategori seperti pendidikan, dokumentari, hiburan, majalah dan sebagainya.
15

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, didapati bahawa pihak JAKIM telah pun memainkan peranan yang
amat penting dalam pentadbiran Islam di negeri-negeri di Malaysia sama ada secara langsung
ataupun tidak. Ianya dapat dilihat di dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh agensi
kerajaan yang bertanggungjawab. Penglibatan JAKIM dalam aktiviti-aktiviti tersebut amat
memuaskan para penganut agama Islam. Tambahan, bukan sahaja aktiviti tersebut hanya untuk
penganut agama Islam sahaja malah untuk orang bukan Islam juga dapat melibatkan diri.

Segala program-program dakwah Islam yang telah dianjurkan oleh JAKIM amatlah
berfungsi sehingga kini. JAKIM juga telah bertungkus lumus menyelaraskan pentadbiran
agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Dapat dilihat sehingga kini, sedikit demi sedikit
bahawa pentadbiran negeri-negeri ini direkodkan walaupun ada sesetengah negeri ada yang
tidak selaras. Namun begitu, setiap penat lelah dan usaha adalah diambil kira untuk
meningkatkan dan menambah baik pentadbiran Islam di Malaysia. Di sini jelas menunjukkan
bahawa JAKIM telah memainkan perananan dalam pengurusan pentadbiran Islam dan
memberikan sumbangan yang amat berguna dan bermanfaat terhadap masyarakat, organisasi,
agama dan negara terutamanya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
16

RUJUKAN

1. Fungsi JAKIM.

https://www.islam.gov.my

2. JAKIM 4 Dekad. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3. Jurnal Penyelidikan Islam, JAKIM

4. Muhammad Syahir Abu Bakar, Wan Fariza Wan Alyati Wan Zakaria, Kamaruddin
Salleh. 2016. Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Malaysia: Sumbangan Terhadap
Pembangunan Politik, Ekonomi dan Sosial. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Vol 3. Bil 2.

5. Mustafa ‘Afifi bin Ab. Halim dan Mohd Mahyeddin Mohd Salleh. 2018. Peranan
JAKIM Dan Jain Dalam Kes Yang Melibatkan Penyalahgunaan Label Halal Pada
Produk Makanan. Malaysia journal of Syariah and Law. Vol 7.

6. Mahfuzah Zohdi. 2014. Peranan dan Sumbangan JAKIM dalam Dialog antara
Agama. International Journal of Islamic Thought.

7. Muhammad Syahir Abu Bakar. 2016. Pengurusan dan Pentadbiran Islam di


Malaysia: Sumbangan Terhadap Pembangunan Politik, Ekonomi dan Sosial. Jurnal
Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

8. Pelan Strategik Jakim 2015-2019


17

9. Wan Syatirah Wan Shahrudin. 2020. Perpaduan dalam Membentuk Keamanan


Umat Islam di Malaysia. Kolej Universiti Islam Perlis.

You might also like