You are on page 1of 8

4.3.

Fatwa & Pandangan Tokoh-Tokoh Terhadap Isu Pluralisme Agama

4.3.1. Muzakarah Ke 74 2006- Penyelewengan

Liberalisme adalah satu fahaman berkenaan kebebasan. Ia mengajarkan


tentang kebebasan manusia dalam apa jua hal. Kebebasan beragama,
kebebasan berpendapat, kebebasan berperilaku dan kebebasan kepemilikan.
Dari liberalisme ini muncullah gerakan-gerakan baru yang mengatasnamakan
gerakan memperjuangkan Hak Asasi Manusia. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 74 pada 25 – 27
Julai 2006 telah memutuskan gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-
fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti
berpegang kepada konsep pluralism agama, mndakwa akal manusia adalah
wahyu, mempersoalkan metodologi pentafsiran al-Qur’an dan al-Hadith dan lain-
lain. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut muzakarah
memutuskan bahawa pemikiran liberalism agama adalah ajaran sesat dan
menyeleweng daripada Syariat Islam.

4.3.3. 31/7/14- Selangor- Fahaman Pluralisme Adalah Sesat (SIS Mohon


Semakan kehakiman)

Pada 25 September lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan


diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan
permohonan semakan kehakiman berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
untuk pendengaran merit kes termasuk persoalan membabitkan bidang kuasa
Mahkamah Tinggi.

Semua pihak yang terlibat juga berbincang dan menandatangani perintah


persetujuan bagi kes itu dan panel itu kemudiannya membatalkan rayuan MAIS,
Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor terhadap
keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017 yang membenarkan
permohonan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah
Tinggi.

Hakim Malanjum berkata kesemua pihak-pihak yang terlibat boleh


mengemukakan hujahan berhubung isu bidang kuasa di Mahkamah Tinggi yang
akan menjimatkan banyak masa dan seterusnya mengetepikan keputusan
Mahkamah Rayuan itu.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan


rayuan SIS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2016 yang
menolak permohonan SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas
menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mendapatkan
kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa
Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai


bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.

Pada 31 Oktober 2014, SIS Forum (Malaysia), Zainah dan Zaid


memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa
Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada
ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan
Kerajaan Selangor sebagai responden.

Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan


Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan
itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi
liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.

Mereka juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan


Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa
itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya
menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai
bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selain itu, mereka turut memohon deklarasi bahawa SIS yang
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai "company limited by
guarantee" adalah tidak tertakluk dan bukan subjek kepada keputusan
Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS.

4.3.3. Contoh Kes SIS

Berikutnya, Sis Forum (Malaysia) dan dua lagi (Pempetisyen) telah


membuat permohonan untuk mendapat kebenaran memulakan prosiding
semakan kehakiman (judicial review) di Mahkamah Tinggi memohon, antara lain,
perintah-perintah pengisytiharan (declaration) berikut:

“i) Setakat fatwa secara tersirat memperuntukkan kesalahan berhubung dengan


akhbar, penerbitan, penerbit, percetakan dan mesin cetak, ia bertentangan
dengan seksyen 7 akta mesin cetak dan penerbitan 1984;

(ii) Setakat ia mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


(‘SKMM) untuk menyekat laman web sosial, adalah bertentangan dengan
seksyen 3(3) Akta SKMM 1998;

(iii) Pengisytiharan bahawa Fatwa itu adalah melebihi Perkara 10, 11, 74 dan
Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan;

(iv) Pengisytiharan bahawa pempetisyen adalah syarikat berhad melalui jaminan


yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau mana-mana pihak lain
yang tidak boleh menganut agama Islam, tidak boleh tertakluk kepada Fatwa
tersebut.” (Terjemahan saya).
4.4. Cabaran Dan Cara Mengatasi Isu Pluralisme Agama Malaysia

4.4.1. Cabaran

4.4.1.1. Cara Atasi

Berdasarkan perbincangan tentang isu,cabaran dan kesan pluralisme


dapat disimpulkan bahawa faham pluralisme ini memberi impak yang negatif
kepada ibu bapa, komuniti masyarakat, anak-anak remaja, aqidah dan syariah
Islam. Fahaman pluralisme jika dilihat dari perspektif berbeza boleh dianggap
sebagai serangan pemikiran dari barat secara halus untuk melupuhkan institusi
dan pertahanan agama Islam. Ia juga terbukti meruntuhkan jati diri serta
keimanan umat Islam. Oleh itu, sebagai umat Islam, wajiblah untuk berusaha
menangani isu ini daripada terus menular.

4.4.1.1.1. Pendidikan

Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah, memperkasakan lagi bidang


pendidikan. Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang hampir semua
masyarakat Islam ketahui. Melalui pendidikan, ilmu asas iaitu ilmu agama dapat
diperkasa. Ilmu asas ini merupakan pegangan utama pelajar-pelajar
muslim.Ianya adalah penting untuk menguasai ilmu asas ini agar asas agama
dalam diri sesorang Islam itu teguh dan dapat mengelakkan diri daripada mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir luar seperti fahaman pluralisme ini.

4.4.1.1.2. Ibu Bapa

Seterusnya, ibu bapa hendaklah memantau kegiatan keagamaan anak


masing-masing secara langsung atau tidak langsung. Ibu bapa juga hendaklah
mengambil tahu akan perubahan anak-anak yang sedang membesar. Hal ini
demikian kerana, anak-anak yang sedang meningkat dewasa amat mudah
terpengaruh. Peranan ibu bapa amatlah penting supaya dapat membendung
anak-anak daripada terjebak dengan fahaman pluralisme ini. Pastikan anak-anak
sentiasa berada dalam landasan agama yang benar, mengambil tahu dengan
siapa mereka berkawan dan bagaimana keadaan sekeliling kenalan-kenalan
mereka. Ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan nasihat berbentuk didikan
agama. Dengan berbuat demikian, anak-anak pasti tidak akan terjerumus ke
kancah kesesatan kerana ibu bapa telah mendidik mereka tentang bahayanya
fahaman plularisme ini.

4.4.1.1.3. Wujudkan undang-undang/ garis panduan – enakmen pentadbiran


agama islam negeri.

Sejak pada 5 Mei 1966, Jawatankuasa Fatwa Muazakarah Majlis


Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah berbincang untuk
menetapkan pandangan hukum agar umat Islam di Malaysia mengikut ajaran
yang berlandaskan Ahli Sunnah Waljamaah. Di dalam persidangan MKI kali yang
ke-74 pada Julai 2006, mereka turut bermesyuarat tentang aliran fahaman
liberal, hukum, kesan dan ancamannya di mana aliran tersebut adalah sesat dari
syariah Islam. Menurut Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sebanyak enam buah
negeri yang telah mewartakan fatwa antaranya ialah Wilayah Persekutuan,
Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Melalui pemerwartaan
fatwa tersebut, golongan pluralism tidak boleh menyebarkan fahaman mereka di
negeri-negeri yang mewartakan fatwa dan pihak berkuasa boleh mengambil
tindakan keatas mereka. Sebagai contoh, di negeri Selangor, kegagalan
mematuhi fatwa boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 (Zain).

4.4.1.1.4. Peranan Ulama Dalam Penyebaran Kebenaran

Para ulama dan cendekiawan Muslim dalam berbagai sektor


perkhidmatan hendaklah memainkan peranan dalam menangani isu pluralisme
agama ini di Malaysia. Mereka hendaklah bersungguh-sungguh dan
menggembleng sumber yang ada ke arah mempastikan isu pluralisme dapat
dibendung malah diberantas sampai ke akar-akarnya.
Di Malaysia, semua undang-undang yang dibentuk setelah kemerdekaan
adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan di mana ia
adalah institusi dan sumber perlembagaan yang tertinggi. Jika suatu undang-
undang atau khususnya enakmen perundangan Islam negeri yang bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan, maka bagian yang bertentangan akan
terbatal. Ini jelas dinyatakan dalam Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, antara tugas dan tanggung jawab para ulama ialah


memartabatkan institusi kehakiman, khususnya mahkamah syariah
dinaiktarafkan agar setaraf atau lebih tinggi dari mahkamah sivil. Ia selaras
dengan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan
bahwa Islam adalah agama persekutuan. Sudah tiba masanya sistem
perundangan Islam dilaksanakan secara menyeluruh dan bidang kuasa
mahkamah syariah diperluas untuk mengendalikan berbagai kasus umat Islam
bukan hanya yang ada kini melibatkan undangundang diri dan keluarga Islam
saja. Pelaksanaan sistem perundangan Islam secara menyeluruh adalah
manifestasi daripada Perkara 3 Perlembagaan Pesekutuan yang menyebut
“Islam is the religion of the Federation.”

Selain itu, cadangan beberapa tokoh yang memegang jabatan penting di


kerajaan amatlah dialualukan bagi menangani isu ini. Antara tokoh yang pernah
memberikan saran ialah Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, ketika memegang
jabatan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Beliau
menegaskan akan kepentingan pewujudan akta perlindungan akidah
sebagaimana kenyataan beliau dalam akhbar Utusan Malaysia (2006):“Akta
perlindungan akidah perlu diwujudkan di semua peringkat bagi menangani gejala
murtad di kalangan umat Islam di negara ini.”Tambah beliau lagi, “Dengan
adanya akta tersebut, kita berupaya mengambil inisiatif awal seperti memberi
khidmat kaunseling dan nasihat kepada mereka,” katanya kepada pemberita
pada Seminar Pertukaran Agama dan Kesan Dari Segi Perspektif Syariah dan
Perundangan di Dewan Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS) ketika itu. Jelasnya, adalah menjadi tanggung jawab muslim membantu
apabila saudaranya dizalimi atau teraniaya. Justeru, dalam konteks ini, murtad
dapat dilihat sebagai satu bentuk kezaliman dan penganiayaan ke atas diri
sendiri dan harus ada peraturan atau enakmen bagi pihak berkuasa untuk
menjamin dan melindungi akidah umat Islam.

4.4.1.1.5. Media Massa.

Akhir sekali, media massa harus digunakan untuk menyebarkan kepada


orang awam tentang fahaman pluralisme yang menyelewang daripada fahaman
ahlul Sunnah waljamaah. Hal ini supaya dapat mendedahkan kepada semua
orang bagaimana rupa bentuk pemikiran faham pluralisme ini yang boleh
merosakkan aqidah seorang Islam secara halus. Penggunaan iklan di televisyen,
radio dan media sosial memainkan peranan penting dalam menyebarkan
kesalahan ideologi ini. Penyiaran forum dan perbincangan oleh ahli-ahli agama
seperti ustaz dan ustazah serta pendakwah tentang salahnya fahaman
pluralisme juga perlu diperbanyakkan supaya dapat menjadi sumber rujuk
masyarakat Islam yang lain selain daripada merujuk Al-quran dan hadis.
RUJUKAN
1. Ahmad Muhyuddin Hassan. 2012. Faham Islam Liberal: Kajian Terhadap
Pertubuhan Sister In Islam. Tesis Doktro Falsafah, Jabatan Usuluddin dan
Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Ahmad Munawar Ismail & Mohd nor Shahizan Ali. 2014. Mengenali Kuantitatif
& Kualtatif Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: FPI Universiti
Kebangsaan Malaysia.

3. Anon. T.th. Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia?Artikel


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

4. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. “TASHIH AL-MAFAHIM #9: PLURALITI


AGAMA BUKAN PLURALISME AGAMA.” Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
muftiwp.gov.my, 9 Jan. 2019, https://muftiwp.gov.my/artikel/tashih-al-
mafahim/2999-tashih-al-mafahim-8- pluraliti-agama-bukan-pluralisme-agama.

5. Ismail Mina Ahmad. Pluralisme Agama Satu Gerakan Iblis Memurtadkan


Ummah. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia. m/s 26

6. Zainah Anwar. 2013. Di mana Silapnya Fatwa Kita (Sisters in Islam).


http://www.sistersinislam.org.my/news. php? item.1209.6 [19 Ogos 2019].

7. Mohd Farid Mohd Shahran. 2010.Wacana Fahaman Pluralisme Agama dan


Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam. UIAM: Anjuran Muafakat,
Himpunan Keilmuan (HAKIM) & JAIS 1 Mei 2010.

8. Mohd Faruq Zahari. 2012. Kritikan Buku Fiqh Wanita: Pandang Ulama
Terhadap Wacana Agama dan Gender Oleh K.H. Husein Muhammad. Kajian
Ilmiah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

You might also like