You are on page 1of 6

FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM ( SYARIAH )


DENGAN KEPUJIAN

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DI


MALAYSIA
(SYI34102)
SEMESTER II 2019/2020

TAJUK ESEI:
USAHA PENAMBAHBAIKAN DALAM PENTADBIRAN HARTA
PUSAKA ORANG ISLAM DI MALAYSIA
NAMA PELAJAR: HARRIS DANIEL BIN HERMEE
NO MATRIK: 050698

NAMA PENSYARAH: MOHD ALI BIN MOHD YUSOF


Usaha Penambahbaikan dalam Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam di Malaysia

Pengenalan

Umum mengetahui bahawa, negara Malaysia merupakan antara negara yang mengandungi
sistem duolisme dalam bidang kuasa pentadbiran kehakiman yakni pentadbiran mahkamah
sivil dan pentabiran mahkamah syariah. Hal ini menyebabkan, berdasarkan isu pentadbiran
harta pusaka orang Islam, bidangkuasanya diberikan kepada mahkamah sivil atau kuasa
kerajaan pusat. Bagi mahkamah syariah pula, bidangkuasa hanya diberikan dalam hal
mengenai pengesahan siapakah pewaris kepada si mati dan berapakah bahagian mereka
sahaja. Maka, jelas disini mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir
pembahagian harta pusaka. Tambahan juga, hal ini boleh mendatangkan banyak impilikasi
atau kesan kepada umat Islam. Antaranya, berdasarkan rekod pada tahun 2016, kenyataan
akhbar Berita Harian dalam sebuah artikel diterbitkan akhbar tempatan tersebut,telah
menyatakan bahawa sebanyak RM60b harta umat Islam beku dan tidak dituntut.Sebagai
rakyat Malaysia dan Muslim, perkara ini amat membimbangkan dan merugikan.

Disamping itu, melalui faktor birokrasi dan pentadbiran juga antara permasalahan yang selalu
ditimbulkan oleh orang awam atau orang Islam dalam mentadbir mengenai bidangkuasa
kehakiman dinegara kita. Pendapat mengatakan pelbagai prosedur dan komunikasi antara
pihak waris atau penuntut bersama dengan pelbagai pihak agensi pentadbiran harta pusaka,
antara alasan yang menjadikan orang Islam, tidak bersungguh- sungguh dalam
mengutamakan bidang pusaka ini. Kesannya, berdasarkan statistik kajian yang disebut oleh
Adenan Md Yusof, pengurus Amanah Raya Bhd pada tahun 2016, harta-harta yang tidak
dituntut oleh orang Islam, ketika itu sebanyak 29000 kes masih menunggu dan tidak
diselesaikan kes tersebut.

Oleh yang demikian, penambaikan harus dilakukan bagi mengelakkan harta umat Islam saban
tahun terus meningkat rugi dan dibekukan serta haruslah mengelakkan harta pusaka
pemilikan orang Islam di Malaysia daripada terus tidak dituntut. Pemahaman orang Islam
juga amat penting dalam melancarkan pergerakan prosedur demi menuntut harta pusaka
disamping menggalakan kemudahan dalam berkomunikasi antara pihak waris dan pihak
pentadbiran pusaka.
Isi

Terdapat banyak usaha penambahbaikan dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam di
Malaysia. Pertama, melihat dalam konteks atau skop bidangkuasa mahkamah, konflik harta
pusaka orang Islam sering berlaku terutamanya apabila tiada peruntukan yang jelas
diperincikan sebelum tahun 1988. Selepas dipinda dan ditambah Artikel 121 (1A) pada
Perlembagaan Persekutuan yang memberi kedudukan bidangkuasa istimewa kepada
Mahkamah Syariah, namun masih banyak berlaku pertindihan bidangkuasa mengenai
beberapa perkara yang berkaitan dengan harta orang Islam yang terdiri daripada wakaf, nazar,
harta pusaka, dan wasiat umat Islam kerana mahkamah sivil sehingga kini masih campur
tangan kes bidangkuasa mahkamah syariah menerusi perkara ini. Oleh yang demikian, usaha
penambaikan harus dijalankan dengan mahkamah sivil perlu menolak terus untuk
membicarakan persoalan yang berkaitan dengan harta pusaka orang Islam.Hal ini, bukan
sahaja dapat mengelakkan pertindihan bidangkuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah
syariah daripada berlaku, malah pemahaman orang awam, terutamanya orang Muslim akan
meningkat dalam memahami akan tugas atau bidangkuasa antara mahkamah sivil dan
mahkamah syariah. Tambahan juga, mahkamah sivil perlu mengiktiraf bahawa forum terbaik
untuk membincangkan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam adalah bidangkuasa
mahkamah syariah supaya orang Islam mudah, yakin dan tidak celaru pemikiran mereka
dalam membanding bezakan mahkamah mana yang sepatutnya boleh dirujuki. Tambahan
juga, perkara ini boleh disokong menerusi suara-suara sidang parlimen atau dewan undangan
negeri, yang mana wakil rakyat merupakan antara salah satu invividu atau faktor dalam usaha
menyokong penambahbaikan dalam pentadbiran harta orang Islam di Malaysia.Hal ini boleh
dilakukan dengan tindakan daripada pihak kerajaan mencadangkan usul dengan sokongan
dua pertiga ahli parlimen bersetuju untuk menggubal perlembagaan persekutuan agar
dimasukkan beberapa pindaan baru mengiktiraf bidangkuasa mahkamah syariah.

Kedua,menerusi konteks bidangkuasa mahkamah sekali lagi, kerajaan atau pihak pentadbiran
tertinggi boleh mencadangkan untuk menyelaraskan keseluruhan agensi pentadbiran pusaka
orang Islam yang wujud di Malaysia, kepada satu instituisi sahaja.Hal ini hampir serupa
dengan menganalogikan agensi Tabung Haji sebagai contoh mudah, yang menguruskan
keseluruhan mengenai perihal atau urusan haji. Tambahan juga, cadangan penyelarasan
kepada satu instituisi sahaja, ianya juga bukan untuk memudahkan urusan berkomunikasi
antara dua pihak, pihak penuntut dan agensi sahaja, tetapi ianya juga bagi mengelakkan
berlakunya pelbagai permasalahan mengenai kecelaruan dalam memahami akan maklumat
dan kewujudan mengenai pelbagai agensi pentadbiran harta orang Islam yang berada di
Malaysia. Jelas juga disini, kecelaruan dapat dielakkan dan urusan berkomunikasi bersama
dengan pihak penuntut atau waris, dapat melancarkan pergerakan prosedur dalam menuntut
harta pusaka dalam kalangan orang Islam di Malaysia. Menjadikan sistem pentadbiran harta
pusaka orang Islam sebagai ‘one stop centre’ merupakan antara contoh modul yang progressif
dalam menelusuri arus permodenan dan pencapaian piawaian yang menjadi ikutan kepada
negara-negara lain, dalam konteks badan pentadbiran organisasi dan eksekutif dalam negara.
Penyelarasan dalam pentadbiran bukan sahaja memudahkan pergerakan prosedur malah
menggalakan orang ramai, dalam memetingkan dan mengutamakan bidang pusaka dalam
kehidupan sehara\ian melalui one stops centre atau kewujudan satu instituisi pentadbiran
sahaja.

Seterusnya, menerusi aspek dunia maya dan digital pada mutakhir ini, jelas harus
dipertingkatkan usaha dalam menambahbaik pentadbiran harta pusaka orang Islam. Hal ini
kerana, menelusuri peredaran zaman, gajet dan alatan berkomunikasi semakin canggih dan
kepelbagaian penggunaan serta permintaanya dalam kehidupan seharian semakin hari
semakin meningkat dalam kalangan orang awam tanpa mengira lapisan umur masyrakat.
Penggunaan aplikasi dan laman sesawang bertujuan bukan sahaja untuk memudahkan orang
ramai supaya senang berhubung dan berkomunikasi malah ianya juga untuk memperkasakan
ilmu ,tidak kira walau dimana atau bila-bila masa sahaja. Tambahan juga, penggunaan gajet
dan alatan berkomunikasi seperti telefon mudah alih, tab dan laptop serta komputer, ianya
bukan sahaja mudah untuk mengakses malah keseluruhan maklumat seperti promosi,
pengiklanan, soal jawab mengenai harta pusaka, keseluruhan maklumat mengenainya berada
dihujung jari,. Tambahan juga, penjimatan dari segi kos pergerakan, masa dan tenaga juga
dapat dikurangkan. Oleh yang demikian, galakkan untuk mewujudkan aplikasi dan lama
sesawang berkaitan pentadbiran pusaka orang Islam adalah suatu usaha atau alternatif yang
amat wajar dilakukan. Pelbagai aplikasi dan laman sesawang mengenai hal ehwal agama
Islam seperti laman sesawang Mufti Wilayah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri,
aplikasi-aplikasi seperti MyJAKIM dan Tabung Haji, merupakan antara contoh medium yang
boleh dibina dan dimajukan penggunaannya dalam kalangan masyarakat yang memerlukan,
menerusi arus permodenan pada hari ini.Sebagai peringatan, piawaian dan standard autoriti
atau sumber kesahihannya, harus dijaga dengan disunting atau keep updated aplikasi atau
laman sesawang tersebut supaya tidak berlaku masalah sistem seumpama crash atau virus
bagi memastikan pelanggan atau pelawat yang menggunakan dan melayari aplikasi atau
laman sesawang yang dibina, tidak berlaku masalah ketika mengakses atau menggunakanya
serta sentiasa menerima maklumat atau isu baharu menerusi aplikasi atau laman sesawang
yang dibina tersebut.

Penutup

Sebagai kesimpulan, usaha penambahbaikan pentadbiran pusaka harta orang Islam tidak akan
berlaku melainkan dengan usaha dan sokongan yang bermula daripada pengguna atau
penuntut beragama Islam sendiri. Hal ini kerana, nilai ketidaksokongan yang ditunjukkan
oleh segelintir masyarakat Islam mengenai hal dan terhadap badan pentadbiran pusaka harta
orang Islam, mendatangkan kesan atau implikasi yang negatif pada tahun-tahun mendatang.
Keseluruhan masyarakat awam yang beragama Islam harus memainkan peranan demi
menambahbaik pentadbiran harta pusaka orang Islam dengan memahami dan mencadang
serta menyokong penambahbaikan pentadbiran mengenai hal ehwal Islam secara umumnya.
Janganlah menjadi musuh dan pembangkang dalam isu yang berkaitan dengan hal ehwal
Islam atas dasar isu hal ehwal Islam sudah lapuk dan ditelan zaman, lebih-lebih lagi menerusi
isu pentadbiran harta pusaka orang Islam, secara sepsifiknya. Jelas di sini, arus permodenan
memajukan masyarakat, tetapi dasar hal ehwal Islam harus juga dijaga, ditambahbaik dan
dimaju serta diperkasakan demi kesejahteraan dan keamanan sesama agama Islam disamping
sifat hormat masyarakat agama yang lain terhadap agama Islam, terus dikecapi.

Rujukan

1. Ahmad Hidayat Buang. (2007). Prinsip dan Pentadbiran Pusaka. Undang-undang


Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti
Malaya

Artikel Suratkhabar

1. Ilah Hafiz Aziz. (2016, Mac 29). RM60b harta umat Islam tidak dituntut. Berita
Harian Online. Diambil daripada: https://www.bharian.com.my/node/138450
2. Bernama (2016, Januari 31). RM 60b harta umat Islam tidak dituntut. MyHarian
Metro Online. Diambil daripada: https://www.hmetro.com.my/node/111497
Laman web berautoriti

1. Dilayari : https://www.amanahraya.my/ms/pentadbiran-pusaka/soalan-lazim-pusaka/
pada15 Jun 2020 jam 8.45 pagi

You might also like