You are on page 1of 11

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

SEJARAH 05010

KAJIAN DOKUMEN - HUKUM KANUN MELAKA

NAMA NUR ALIYA NAJWA BINTI ABDULLAH

I/C 070916021076

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN

NAMA PENSYARAH PUAN MARIA BINTI DIN


➢ KANDUNGAN

Bil Tajuk
m/s
1. Penghargaan 2

2. Pengenalan 3
3. • Kepentingan Hukum Kanun Melaka 4
1.1-Jenayah

4. 1.2 - Kekeluargaan 4

5. 1.3 -Peranan sultan dan pembesar 4

6. 1.4 – ekonomi 5

7. Rumusan 6

8. Lampiran 7

9. Rujukan - 3 8
➢ PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya


dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna. Walaupun terdapat beberapa kesukaran,
namun tidak menjadi penghalang yang besar untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Saya tetap berusaha mencari maklumat daripada pelbagai sumber dan hasilnya
tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan-rakan sekelas . Di
sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bahasa Melayu kelas saya
Puan Maria binti Din kerana telah banyak membantu dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar
tentang pelaksanaan tugasan folio ini. Saya amat berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan
ini tepat pada waktunya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.
➢ PENGENALAN

Undang-undang Melaka juga dikenali Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang


bertulis yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan undang-undang

adat Melayu yang bersesuaian dengan hukum Islam. Hukum kanun Melaka dipercayai
digubal bermula pada zaman Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) dan mula dijalankan
pada zaman Sultan Muzaffar (14445-1458M) serta disusun secara teratur pada zaman
Sultan Mahmud Shah (1489 M-1511M). Hukum Kanun Melaka merupakan hukum Islam
yang pertama yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad untuk digunakan di negeri

Melaka. Kuasa undang-undang ini tertakluk pada seluruh Melaka dan kawasan jajahan
taklukannya. Hukum kanun Melaka mempunyai 44 fasal mengenai kuasa pemerintah,
hukum hakam dan pantang larang Undang-undang keluarga dalam Hukum Kanun Melaka
telah mempunyai pengaruh dalam undang negeri-negeri.
➢ KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA

Kepentingan hukum kanun Melaka yang pertama ialah dapat menangani perilaku
jenayah di dalam negeri Melaka dengan baik dan terurus.Ia dapat mewujudkan
keamanan dan kesejahteraan dalam negara dan menjamin keselamatan rakyat . Hal ini
demikian kerana setiap jenayah yang dilakukan akan dikenakan hukuman yang setimpal .
Contoh jenayah yang dapat mengakibatkan jatuhnya hukuman ialah menggugat
kenteraman dan keharmonian Kesultanan Melayu Melaka . Selain itu , jenayah seperti
membunuh , menikam , dan mencuri antara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman
yang setimpal . Apabila seseorang didapati membunuh tanpa pengetahuan tanpa
pengetahuan raja atau pembesar maka ia akan dihukum bunuh .Oleh itu , sesiapa yang
ingkar arahan dan memalsukan titah sultan boleh disabitkan hukuman bunuh .

Selain itu , kepentingan hukum kanun Melaka yang kedua ialah aspek
kekeluargaan . Dalam Hukum Kanun Melaka juga,sedikit sebanyak menyentuh tentang
hukum - hukum Islam seperti undang-undang kekeluargaan Islam yang boleh dilihat
pada Fasal 25, 26 dan 27. Undang- undang keluarga ini berhubung dengan perkahwinan
dan penceraian , saksi bagi perkahwinan, akad iaitu ijab dan qabul semasa perkahwinan,
syarat yang membolehkan fasakh dan talaq boleh berlaku. Hukum perkahwinan
tentang perkahwinan dengan seseorang yang bukan Islam, hukum perkahwinan
bagi orang yang merdeka dan golongan hamba. Daripada ini, dapat dilihat bahawa
terdapat beberapa perkara mengenai undang-undang keluarga Islam telah disentuh
dan dinyatakan di dalam Hukum Kanun Melaka. Dalam hal ini semuanya selari dengan
hukum Islam. Oleh itu , undang-undang keluarga ini diadakan bertujuan untuk
mewujudkan keharmonian dalam keluarga . Selain itu , ia juga untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh keluarga atau dalam perkahwinan . Hal ini kerana
Kesultanan Melayu Melaka amat memberikan perhatian tentang isu kekeluargaan .

Seterusnya , peranan sultan dan pembesar juga adalah salah satu daripada
kepentingan hukum kanun melaka . Setiap pembesar Melaka mempunyai peranan dalam
pentadbiran dan mereka juga perlu arif dalam hal yang berkaitan dengan perlaksanaan
undang-undang.Sebagai contoh yang boleh diambil berdasarkan hukum kanun melaka
Fasal 1, ia telah dijelaskan tentang tugas sultan, Bendahara, Penghulu Bendahari dan
Temenggung.Manakala Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar seperti
Bendahara dan Temenggung.
Akhir sekali , kepentingan yang keempat ialah ekonomi .Contoh yang melibatkan
ekonomi ialah perdagangan . Ia merupakan elemen penting yang menjadikan Kesultanan
Melayu Melaka terkenal di seluruh persada dunia . Undang-undang ekonomi
diperkenalkan untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang
kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.Contoh undang-undang ekonomiyang
dinyatakan dalam Fasal 30 ialah amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan orang
yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat
jual beli . Oleh itu , ekonomi menjadi kepentingan dalam hukum kanun Melaka .
➢ RUMUSAN

NILAI
Nilai yang dapat diperoleh berdasarkan hukum kanun Melaka ialah mematuhi
undang-undang.Dengan adanya hukum kanun Melaka ini sedikit sebanyak dapat
membantu dalam hal - hal jenayah dan ia dapat membantu mengurang kes jenayah .
Contohnya , menjadi peringatan dan rakyat takut melakukan jenayah.Sekaligus negara
akan aman serta keselamatan rakyat lain terpelihara. Sebagai warganegara yang
bertanggungjawab kita tahu apa tugas kita dan ia akan menyebabkan sesuatu
pemerintahan itu berjaya.
Selain itu , antara nilai yang lain ialah dapat memupuk semangat
perpaduan.Contohnya , dari segi hubungan kekeluargan , masyarakat dan antara rakyat
dan pembesar . Hal ini kerana wujudnya hukum kanun Melaka yang mengandungi isu
kekeluargaan, sultan dan pembesar.
Nilai ketiga yang boleh di ambil berdasarkan hukum kanun Melaka ialah taat
setia.Dalam peristiwa sejarah negara, begitu banyak peristiwa yang menunjukkan betapa
pentingnya taat setia kepada pemerintah dan negara.Bermula daripada sinilah konsep
taat setia diamalkan oleh masyarakat seterusnya.Dalam konteks masyarakat hari ini, kita
perlu mempunyai sikap taat setia kepada negara dan pemerintah khususnya apabila ia
melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

IKTIBAR

Iktibar yang saya dapat ialah kita haruslah menjaga kedaulatan negara
kerana ia hak kita yang mesti dipelihara. Kepemimpinan negara, kita
tentukan, bukan orang luar kerana untuk mencapai kemerdekaan itu
sangat mahal nilainya,
➢ LAMPIRAN

Manuskrip Hukum Kanun Melaka Pameran Manuskrip Hukum


Kanun Melaka
➢ RUJUKAN

Kebanyakan sumber rujukan saya ialah internet, buku


dan orang sumber.

1.Buku teks Sejarah Tingkatan 4, Penulis Rizuan bin hassan , Sharifah Afidah Binti Syed
Hamid , Muslimin bin Fadzil dan Sabramanina a/l Raman .
Dewan Bahasa dan Pustaka, (2020 ).
2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hukum_Kanun_Melaka - Hukum Kanun Melaka

3. http://hukummelaka.blogspot.com/2015/02/pendahuluan-undang-undang-melaka-
yang.html?m=1
4. https://www.chegg.com/flashcards/form-4-sej-bab-1-9ac7e831-32b7-4b03-a989-
7978c7d82807/deck

You might also like