You are on page 1of 80

MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG SEJARAH KSSM T4

BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI


GURU INOVASI SMK DULANG

BAB 1
WARISAN NEGARA BANGSA
SINOPSIS : Kerajaan Alam Melayu mempunyai ciri-ciri
pembentukan negara bangsa sebelum kedatangan Barat. Ciri-
ciri negara bangsa kerajaan Funan dan Champa diwarisi oleh
kerajaan Srivijaya kemudiannya Kesultanan Melayu Melaka
dan diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau. Ciri-ciri negara
bangsa ini meliputi raja, undang-undang, wilayah pengaruh
dan rakyat. Kesultanan melayu Melaka meneruskan warisan
ini dengan mengunguli system pentadbiran dan perundangan
sebelum kedatangan Barat.

1
MODUL INOVASI JAWABLAH
SAYANG SEJARAH KSSM T4
PILIHAN SAYA KERANA:
❖ Soalan diambil daripada sukatan pelajaran
❖Rujukan sepenuhnya daripada buku teks
❖Mengikut format peperiksaan SPM sebenar
❖Mudah difahami
❖Ringkas tapi padat
❖Ditulis untuk membantu pelajar yang ingin lulus Sejarah
❖Ditulis dengan penuh kasih saying
❖Ikhlas dari Puan Noraini Bt Bajoori, Guru Inovasi Jawablah
Sayang SMK Dulang, 06900 Yan, Kedah

2
1. Jelaskan latar belakang negara bangsa sebelum kedatangan Barat. (6m) ms 4
2. Huraikan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu? (8m) ms 4

1. Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas


negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan Barat. Proses pembentukan
negara bangsa mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap
berdasarkan sesebuah kerajaan. Kehebatan dan keagungan kerajaan Alam Melayu
seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Negara, Srivijaya, Angkor
dan Majapahitmenunjukkan ciri-ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh
kerajaan Alam Melayu.
2. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu adalah raja. Undang-undang,
Wilayah pengaruh dan rakyat. Raja menjadi tonggak kerajaan. Undang-undang
dilaksanakan di wilayah pengaruh untuk kesejahteraan rakyat. Wilayah pengaruh
merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan mengakui pemerintahan
seseorang raja. Rakyat merupakan penduduk yang taat setia pada raja. 3
3. Jelaskan keunggulan sitem pentadbiran dan undang-undang sebelum kedatangan Barat?
(8m) ms 8
4. Jelaskan peranan pemerintah dan rakyat dalam pemerintahan sebelum kedatangan Barat?
(6m) ms 12
3. Keunggulan sistem pentadbiran dan undang-undang bermaksud kesempurnaan
dalam sistem pentadbiran dan undang-undang yang diamalkan sebelum kedatangan
Barat. Sistem pentabiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran
yang lengkap dan tersusun yang dikenali Pembesar Empat Lipatan. Selain itu, KMM
mempunyai dua undang-undang yang berasaskan Syariah dan hukum adat yang dikenali
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka untuk menjamin kemakmuran
rakyat.
4. Peranan pemerintah dan rakyat dalam pemerintahan sebelum kedatangan Barat
adalah menaungi dan menjaga keselamatan rakyat, mewujudkan perpaduan rakyat,
memelihara keamanan dan kebajikan rakyat dan memperkenalkan undang2 untuk
kesejahteraan rakyat. Manakala peranan rakyat adalah menunjukkan taat setia kepada
pemerinta. Rakyat mesti mematuhi arahan dan tidak menderhaka. Rakyat bersedia
menjadi tentera. Rakyat menghadiri majlis umum, menjadi pendayung kapal perang
dan menyumbang tenaga melalui sistem kerah.
4
5. Jelaskan maksud wilayah pengaruh? (4m) ms 4
6. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh sumber pendapatan? (3m) ms 9
7. Apakah kepentingan perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? (2m)
8. Siapakah pedagang yang mengunjungi pelabuhan Melaka? (4M)
5. Wilayah pengaruh bermaksud Kawasan yang rakyatnya menerima dan
memperakui pemerintahan seorang raja. Contohnya, kerajaan Funan mempunyai
wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Telok Cam Ranh, selatan
Myanmar dan segenting Kra.
6. Kesultanan Melayu Melaka memperoleh sumber pendapatan daripada
urusan perdagangan, segala jenis cukai dan ufti dari wilayah taklukan dan
naungan.
7. Kepentingan perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah
sebagai sumber pendapatan negara yang diperoleh daripada pelbagai jenis cukai
di pelabuhannya.
8. Pedagang yang mengunjungi pelabuhan Melaka adalah dari Arab, China,
India, Jepun, Pegu dan kepulauan Melayu.
5
9. Apakah barang dagangan yang yang diperdagangkan? (4m)
10. Bagaimanakah pengurusan pelabuhan Melaka yang dilaksanakan oleh Kesultanan
Melayu Melaka? (4m)
11. Bagaimanakah kita boleh menjadikan pelabuhan perdagangan di negara kita terkenal di
seluruh dunia. (6m)
9. Barang dagangan yang yang diperdagangkan adalah rempah ratus, bijih
timah, emas, hasil hutan, manik dan tembikar.
10. Pengurusan pelabuhan Melaka yang dilaksanakan oleh Kesultanan Melayu
Melaka diketuai oleh Syahbandar yang menguruskan pelabuhan. Cukai dikenakan
kepada pedangang yang singgah dipelabuhan. Pelabuhan dilengkapi dengan
bekalan makanan, air, bahan mentah dan gudang.
11. Kita boleh menjadikan pelabuhan perdagangan di negara kita terkenal di
seluruh dunia dengan cara membina pelabuhan moden yang dilengkapi
kemudahan yang canggih seperti Gudang yang boleh menyimpan barangan
dagangan tahan lama. Selain itu, mengurangkan kadar cukai pelabuhan.
Seterusnya, pelabuhan kita dijadikan pintu masuk semua barangan dagangan dari
seluruh dunia. Seterusnya, mempunyai tenaga kerja yang cukup dan murah bagi
urusan di pelabuhan. 6
12. Huraikan peranan pembesar Berempat? (8m) ms 9
13. Bandingkan peranan Bendahara dengan Perdana Menteri pada hari ini? (6m)

12. Peranan pembesar Berempat adalah membantu Sultan memerintah di peringkat


pusat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Lakmana. Mereka dianugerahi Kawasan pegangan untuk di takbir. Seterusnya tugas
bendahara adalah ketua pentadbir dan ketua turus Angkatan tentera. Beliau juga
sebagai penasihat sultan dan pemangku Sultan. Penghulu Bendahari mengurus
perbendaharaan negara. Temenggung menjaga keselamatan negara dan lakmana
mengetuai pelayaran.
13. Peranan Bendahara adalah sebagai ketua pentakbir sama dengan peranan
Perdana Menteri pada hari ini. Selain iti bendahara sebagai ketua turus angkatan
tentera tetapi Perdana Menteri dari ini bukan ketua turus angkatan tentera yang
diketuai oleh Yang Dipertuan Agong. Bendahara sebagai penasihat sultan sama dengan
peranan Perdana Menteri pada hari ini sebagai penasihat YDA. Bendahara sebagai
pemangku sultan tetapi perdana menteri tidak boleh jadi pemangku sultan pada hari
ini kerana tidak berdarah raja.
7
14. Pada pendapat anda,bagaimanakah kedaulatan dan keselamatan negara kita
dipelihara daripada anasir luar? (6m)
15. Apakah kandungan Hukum Kanun Melaka? (6m) ms 10

14. Kedaulatan dan keselamatan negara kita dipelihara daripada anasir luar dengan
cara kita mestilah mengusai ilmu untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan
negara. Hal ini penting kerana ilmu memperkasakan persenjataan negara seperti
memodenkan strategi peperangan agar anasir luar tidak berani menggangu kedaulatan
negara kita. Selain itu kita mestilah Bersatu padu menjaga kedaulatan negara. Hal ini
dapat dilakukan dengan menanamkan semangat jati diri yang tinggi di hati rakyat
seperti semua lapisan rakyat tidak mengira agama dan bangsa sama2 menjaga
keselamatan negara.
15. Kandungan Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang membincangakan
termasuklah jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan, dan hal
berkaitan dengan ekonomi. Pelbagai hukuman setimpal dikenakan keatas kesalahan
membunuh dan mencuri. Peranan pembesar dan sultan adalah mengubal dan
melaksanakan undang2 untuk kesejahteraan rakyat. Dalam perdagangan amalan riba
diharamkan. Dalam fasal kekeluargaan saksi pernikahan sekurang2nya 2 orang.
8
16. Apakah kandungan Undang2 Laut Melaka ? (6m) ms 11
17. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat negara kita
tidak mematuhi undang-undang? (8m) KBAT
16. Kandungan Undang2 Laut Melaka antaranya mengandungiperkara berkaitan peranan
nakhoda, pelayaran, jenayah diatas kapal dan percukaian. Peranan nakhoda adalah berkuasa
penuh diatas kapal. Selain itu, melakukan jenayah diatas kapal hukumannya adalah mati.
Seterusnya, dalam pelayaran jika malim lalai sehingga berlaku kerosakan hukumannya adalah
mati. Percukaian yang sistematik dan adil seperti nakhoda menentukan cukai untuk
penumpang.
17. Sekiranya rakyat negara kita tidak mematuhi undang-undang adalah negara tidak akan
aman. Hal ini kerana semua orang pentingkan diri sendiri tampa memikirkan keselamatan
orang lain. Contohnya, mereka akan memandu laju dijalan raya untuk cepat sampai ke tempat
dituju. Maka akan berlaku kemalangan jalanraya yang akan mengobankan nyawa. Swlain itu,
perpaduan tidak akan dapat dicapai. Hal ini kerana semua kaum hanya menjaga kepentingan
kaum masing2 tampa menghiraukan undang2 negara. Contohnya, mereka akan melepaskan
kesalahan yang dilakukan oleh kaum mereka jika mereka menjadi hakim. Maka akan
menimbulkan kemarahan kaum lain dan negara akan kucar kacir. Seterusnya, ekonomi akan
merudum. Hal ini kerana pelabur asing takut untuk melabur di negara kita kerana rakyat yang
tidak berdisi[plin. Maka negara akan miskin. 9
18. Apakah yang anda faham tentang Waadat? (6m)
19. Mengapakah rakyat dilarang menderhaka kepada raja? (6m)

18. Waadat merupakan perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun
yang mewaliki golongan yang diperintah dengan Sang Sapurba golongan
pemerintah. Sang Sapurba meminta agar rakyat tidak menderhaka kepada raja.
Namun apabila raja zalim terhadap rakyat jelata maka akan musnahlah
negerinya.
19. Rakyat dilarang menderhaka kepada raja kerana raja merupakan
pemerintah yang menjaga keselamatan rakyatnya. Selain itu, raja yang menjaga
keselamatan rakyatnya. Raja juga yang menjaga kebajikan dan ekonomi
rakyatnya. Selain itu, tidak mahu rakyat terkena tulah akibat menderhaka kepada
raja.

10
20. “Kesetian Kepada Raja dan Negara” Sebagai warganegaraan yang patriotik ,
bagaimanakah anda menghayati prinsip rukun negara tersebut? (6m)
21. Penerokaan warisan ciri-ciri negara bangsa sebelum kedatangan Barat wajar dihayati
untuk memupuk kesetian kepada raja dan negara. (6m)
20. Cara saya menghayati prinsip rukun negara “Kesetian Kepada Raja dan
Negara” adalah menguasai ilmu taat setia kepada raja dan negara. Hal ini dapat
dilakukan dengan cara memasak semangat jati diri dalam diri. Contohnya,
memelihara kedaulatan raja dan negara. Maka negara akan terus makmur. Selain
itu, kita mestilah bersatupadu menjaga keamanan negara. Hal ini dilakukan
dengan cara patuh kepada raja dan pemimpin negara. Maka ia akan dapat
memacu negara terus aman.
21. Penerokaan warisan ciri-ciri negara bangsa sebelum kedatangan Barat
wajar dihayati. Hal ini kerana warisan negara bangsa merupakan ilmu sejarah
negara bangsa silam kita. Contohnya, kita akan mengetahui tentang system
pemerintahan tradisional yang tersusun dan teratur kerana kebijaksanaan raja
dan pemerintah silam. Maka kita tahu bahawa raja2 Melayu bijak memerintah
negara dan menjaga kebajikan rakyat yang setia.
11
22. Keunggulan pentadbiran dan undang2 sebelum kedatangan Barat yang diwarisi dan
diamalkan kini berupaya mengukuhkan agenda pembinaan negara bangsa. Bincangkan. (6m)
23. Perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum , budaya dan agama menjadi asas penting
untuk menjamin keharmonian masyarakat dan mengukuhkan peradaban bangsa dan negara.
Bincangkan (6m)
22. Pernyataan tersebut adalah benar. Hal ini dapat dilihat melalui pentadbiran
dan undang2 tradisional yang diwarisi menyebabkan kita hidup dalam keadaan
yang sejahtera. Contohnya, kita boleh hidup aman damai walaupun berbeza
bangsa. Jelaslah undang2 dapat mengawal tingkahlaku rakyat. Selain itu,
pentabiran yang tersusun dan lengkap dapat melahirkan negara yang aman
Makmur. Hal ini dapat dilihat melalui kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat
negara kita. Contohnya, ekonomi negara terus maju.
23. Benar, Perpaduan merupakan asas penting untuk menjamin keharmonian
negara. Hal ini kerana negara kita terdiri daripada pelbagai kaum maka
perpaduan adalah penting untuk memastikan negara terus harmoni. Contohnya,
semua kaum dalam negara kita mestilah bersatupadu untuk mengukuhkan
peradapan bangsa dan negara yang kita cintai. Maka perpaduan merupakan asas
kemakmuran negara.
12
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG SEJARAH KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG
BAB 2
KEBANGKITAN NASIONALISME
SINOPSIS : Perkembangan idea nasionalisme di Barat
mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara
termasuklah negara kita. Gerakkan nasionalis berkembang
seiringdengan cara, matlamat dan ketokohan pemimpin
nasionalis. Perkembangan nasionalisme di negara kita
tercetus daripada pelbagai faktor yang seterusnya
memberi kesan kepada usaha membina tamadun bangsa
dan negara.
13
24. Jelaskan maksud nasionalisme? (6m) ms 22
25. Huraikan idea perkembangan nasionalisme di Barat? (6m) ms 24

24 Maksud nasionalisme adalah perasaan cinta akan negara yang mendalam


terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionalisma boleh diertikan sebagai
semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan
dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa
dan negara. Seterusnya nasionalisme bermaksud gerakkan untuk mencapai
kebebasan politik, ekonomi dan social daripada penguasaan asing.
25. Nasionalisme di Barat berkemmbang hasil daripada penentangan
terhadap pemerintahan beraja yang menjadi symbol penindasan yang mengugat
hak dan kebebasan rakyat. Contoh nasionalisme antiraja ialah Revolusi
Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Selain itu, idea nasionalisme juga
dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada
penjajahan asing seperti Revolusi Amerika. 14
26. Huraikan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara? (6M) ms 28
27. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Filipina? ( 6m) ms 28

26. Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakkan


membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di
Filipina, Burma, Vietnam, dan Indonesia. Namun begitu di Thai;and, gerakkan
nasionalisme bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbirankearah
mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman penjajah Barat.
27. Nasionalisme di Filipina pada awalnya dipimpin oleh Jose Rizal. Gerakkan
ini menuntut Filipina dijadikan sebagai wilayah Sepanyol yang mempunyai hak
yang sama dengan rakyat Sepanyol. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina dan
mendesak Sepanyol membuat perubahan politik, ekonomi dan social di Filipina .
Seterusnya, kegagalan Gerakkan Propaganda tercetus idea yang lebih radikal yang
dipimpin oleh Bonifacio yang menubuhkan Katipunan dan melancarkan Revolusi
Filipina tetapi gagal. Disambung oleh Aguinaldo berkerjasama dengan Amerika
berjaya menghalau Sepanyol tetapi dikuasai oleh Amerika.
15
28. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Burma? (6m) ms 29
29. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Vietnam? (6m) ms 29

28. Nasionalisme di Burma dipimpin golongan pertengahan yang


berpendidikan Barat. Mereka menentang British kerana kedudukan agama Budha
terancam. Mereka menubuhkan Persatuan Belia Budha. Mereka menimbulkan isu
kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme. U Ba Pa pemimpin yang
radikal yang memperjuangkan bangsa Burma. Revolusi pelajar menuntut
penubuhan Universiti.Golongan Thakin memperjuangkan kemerdekaan Burma.Dr
Ba Maw menjadi perdana Menteri pertama Burma.
29. Nasionalisme di Vietnam dipelopori oleh bangsawan dan golongan
Mandarin. Mereka memperjuangkanpemulihansistem beraja. Mereka menentang
perancis yang telah menindas rakyat dan minta hak rakyat Vietnam dikembalikan.
Selain itu, gerakkan nasionalisme bercorak revolusi yang diterajui oleh VNQDD
dan Parti Komunis Vietnam. Republik Vietnam dibentuk pada 1976. 16
30. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Indonesia? (6m)ms30
31. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Thailand? (6m) ms 31

30. Nasionalisme di Indonesia dipelopori oleh Raden Andjeng Kartini. Isu yang
diketengahkan adalah Pendidikan yang dapat mengubah nasib rakyat akinat dasar
penjajah yang dipaparkan dalam karya “Hilang Gelap, Habislah terang” Selain itu,
Muhammadiyah memperjuangkan Islam. Gerakkan nasionalisme semankin radikal
setelah penubuhan Parti Nasional Indonesia yang dipimpin Sukarno, PKI yang menuntut
kemerdekaan dari Belanda.
31. Nasionalisme di Thailand dipelopori oleh Raja Thailand melalui usaha diplomasi
dan permodenan. Raja Mongkut membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti
British, Amerika Syarikat dan Perancis. Nasionalisme dikalangan rakyat terjadi kerana
kelemahan raja Vajiravudh. Mereka menentang raja berkuasa mutlak. 1932 berlaku
revolusi Thai yang dipimpin Nai Pridi Phanomyong dari Parti Rakyat. Seterusnya,
nasionalisme berlaku kerana ketidakpuashati rakyat terhadap pengusaan ekonomi oleh
kapitalis Barat dan orang Cina. 17
32. Jelaskan latar belakang kemunculan kesedaran nasionalisme di negara kita ?
(6m) ms 32
33. Huraikan faktor kemunculan gerakkan nasionalisma di negara kita? (6m) ms 34

32. Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat ditelusuri sejak zaman KMM .
Kesedaran ini berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh
pejuang tempatan. Contohnya perjuangan Sultan Mahmud Shah mendapatkan semula
Melaka. Selain itu, perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang SHTI
mendapatkan Pulau Pinang. Perjuangan Dol Said, Dato Maharajalela, Tok Janggung
menentang penjajah British.Seterusnya Gerakan Islah yang dipelopori Mohammad Tahir
Jaladludin. Za”ba melalui tulisan akhbar.
33. Faktor kemunculan gerakkan nasionalisma di negara kita adalah peranan agama
melalui pertubuhab Islah menentang penjajahan Barat. Selain itu, Penulisan kreatif
untuk menaikan semangat nasionalisme seperti ‘Melor Kuala Lumpur’ oleh Harun
Amirurrasid. Seterusnya, media massa berperanan menyebarkan maklumat. Seterusnya,
Sistem pendidikan menghasilkan golongan cerdik pandai yang faham kesan dasar
penjajah. Selain itu, pengaruh luar dan serantau seperti perjuangan Mathama Ghandi.
18
34. Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara kita ? (6m) ms36
35. Jelaskan peranan tokoh intelektual berpendidikan agama dalam
membangkitkan semangat nasionalisme negara kita? (6m) ms 36

34. Perkembangan nasionalisme di negara kita pertama dipelopori oleh


golongan intelektual. Seterusnya, perkembangan nasionalisme ditinjau melalui
penulisan oleh golongan guru, penulis dan wartawanyang menghasilkan karya
dalam akbar dan majalah. Seterusnya, perkembangan nasionalisme melalui
kewujudan pertubuhan atau persatuan yang bersifat sosioekonomi dan politik
yang dipelopori pelbagai pihak.
35. Peranan tokoh intelektual berpendidikan agama dalam membangkitkan
semangat nasionalisma negara adalah tokoh kaum Muda menyalurkan idea
melalui Gerakan Iskah yang menjadikan agama Islam sebagai asas kemajuan
dunia dan akhirat yang dipimpin oleh Muhammad Tahir Jalaluddin. Mereka
menubuhkan madrasah. Mereka memajukan diri dengan memperbetulkan
pandangan terhadap agama Islam untuk maju di dunia dan akhirat. 19
36. Jelaskan peranan tokoh intelektual berpendidikan Inggeris dalam membangkitkan
semangat nasionalisme negara kita? (6m) ms 37
37. Jelaskan peranan tokoh intelektual berpendidikan Melayu dalam membangkitkan
semangat nasionalisme negara kita? (6m) ms 37
36. Peranan tokoh intelektual berpendidikan Inggeris dalam membangkitkan
semangat nasionalisme adalah MCKK telah melahirkan intelektual yang
berpendidikan Inggeris. Mereka menyuarakan hak mendapat Pendidikan bagi
orang Melayu. Antara tokoh keluaran MCKK seperti Raja Chulan yang minta taraf
hidup orang Melayu diperbaiki, memberi banyak peluang pekerjaan kepada orang
melayu dan menyatupadukan orang Melayu. Mereka mengunakan kaedah
berbaik2 dengan British untuk mendapatkan tuntutan mereka.
37. Peranan tokoh intelektual berpendidikan Melayu dalam membangkitkan
semangat nasionalisme seperti Harun Aminurrasid keluaran UPSI dan ramai lagi
yang menjadi tokoh penulis. Mereka berjuang melalui penulisan. Mereka
menjadikan kurikulum SITC yang menitik beratkan mata pelajaran Sejarah,
Ayaman dan Kesihatan dapat meningkatkan kesedaran pelajarnya. Ia menjadi
asas pertubuhab Kesatuan Melayu Muda yang lebih radikal.
20
38. Jelaskan kesan perkembangan nasionalisma dari aspek politik? (6m) ms 42
39. Jelaskan kesan perkembangan nasionalisma dari aspek ekonomi? (6m) ms 42

38. Kesan perkembangan nasionalisma dari aspek politik bilangan orang


Melayu dalam Malayan Civil Service daripada 7 orang kepada 20
orang.Seterusnya tertubuhnya persatuan politik untuk menyuarakan soal politik
orang Melayu.Orang cina mengunakan Bahasa Mandarin untuk menyatupadukan
orang Cina di Tanah Melatu, begitu juga dengan orang India yang mementingkan
perpaduan di kalangan mereka. Hal ini, menyebabkan British berhati-hati dan
menangkaptokoh nasionalisma seperti Ibrahim Hj Yaakob dan dipenjarakan.
39. Kesan perkembangan nasionalisma dari aspek ekonomi adalah lahir
persatuan yang membangkitkan semangat berniaga dan kepentingan kemajuan.
Seterusnya Za’ba membangkitkan isu Pendidikan terutama belajar Bahasa
Inggeris untuk kemajuan ekonomi. Selain itu Akbat The Malay mengasaskan dana
untuk pelajar Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Tunku Abdul
Rahman.
21
40. Jelaskan kesan perkembangan nasionalisma dari aspek sosial? (6m) ms 43.
41. Nyatakan matlamat perjuangan Mahatma Gandhi, Dr Sun Sen dan Mikado
Meiji (6M)

40. Kesan perkembangan nasionalisma dari aspek social adalah tuntutan mendapat
peluang Pendidikan sehingga berjaya menulis dan menerajui majalah sendiri. Selain itu,
ramai orang Melayu menjadi guru dan meningkatkan tahap pendidikan wanita untuk
meningkatkan martabat wanita. Seterusnya, masyarakat India dan Ceylon menubuhkan
persatuan untuk menjaga kebajikan mereka. Masyarakat Cina mendesak untuk menjaga
kebajikan mereka dan melinatkan mereka dalam pentadbiran kerajaan.
41. Matlamat perjuangan Mahatma Gandhi adalah untuk membebaskan India dari
British menjadikanSatyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di
India. Selain itu, matlamat perjuangan Dr Sun Sen adalah mengemukakan tiga prinsip
Rakyat sebagai ideologi iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan social untuk rakyat
China. Seterusnya Mikado Meiji melancarkan gerakakan pemulihan Jepun dengan
menekankan permodenan mengikut model Barat.
22
42. Huraikan ciri-ciri ketokohan yang boleh diteladani untuk kecemerlangan diri, bangsa dan
negara? (6m)
43. Bagaimana golongan intelektual boleh memanafaatkan ilmu bagi memartabatkan negara
kini? (6m)
41. Ciri-ciri ketokohan yang boleh diteladani untuk kecemerlangan diri, bangsa dan
negara adalah seorang tokoh mestilah berilmu. Hal ini demikian kerana ilmu merupakan
elemen penting untuk menjadi pemimpin yang boleh mencemerlangkan diri, bangsa
dan negara. Contohnya pemimpin yang berilmu dapat mengatut strategi memajukan
negara. Selain itu, seorang tokoh mestilah tidak mudah berputus asa. Hal ini demikian
kerana cabaran sebgai peminpin bukannya mudah. Contohnya, halangan2 dari rakyat
yang tidak bersetuju dengan sesuatu dasar pastiakan membangkitkan kemarahajh
rakyat. Jadi tidak mudah putus asa merupakan jalan keluarnya.
42. Golongan intelektual boleh memanafaatkan ilmu bagi memartabatkan negara
kini adalah dengan membangkitkan semanagt rakyat untuk terus berusaha bagi
memajukan negara. Selain itu, golongan intektektual mestilah mendidik anak bangsa
agai menguasai ilmu teknologi bagi memajukan negara agar tidak bergantung dengan
ilmu teknologi luar. Selain itu, golongan intelektual menjadi penasihat kepada
pemimpin negara agar pemimpin mendapat idea yang bernas untuk menentukan hala
tuju negara. Seterusnya, golongan inteklual mencipta sesuatu yang inivatif dan kreatif
untuk memudahkan kehidupan masyarakat.
23
44. Sebagai ahli dalam sesebuah keluarga, sikap cinta akan negara perlu dipupuk dari kecil agar dapat
mengukuhkan institusi keluarga dan menyumbang keharmonian dalam masyarakat dan negara.
Bincangkan. (6m)
45. Permuafakatan dalam masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama menjadi tonggak utama bagi
menjamin kesejahteraan masyarakat dan mengukuhkan peradaban serta negara. Bincangkan. (6m)
44. Pernyataan tersebut adalah benar. Hal ini demikian kerana sikap cinta akan
negara merupakan asas kepada keharmonian negara. Contohnya sikap cinta akan
negara akan melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap, diri, keluarga dan
negara. Selain itu, sikap cinta akan negara akan melahirkan insan yang sentiasa
menyumbang kepada orang lain. Hal ini akan dapat menyumbang kepada keharmonian
semua. Justeru itu, amat penting untuk menanamkan sikap cinta akan negara sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi melahirkan generasi yang manpan.
45. Pernyataan tersebut adalah benar. Hal ini demikian kerana muafakat membawa
berkat. Contohnya, walaupun kita berbeza dari segi kaum, budaya yang tinggal dalam
satu negara adalah penting untuk menjamain kesejahteraan negara. Selain
itu,permuafakatan merupakan perkara yang perlu untuk membentuk perpaduan yang
akan dapat mengukuhkan peradapan bangsa kita. Seterusnya, permuafakatan
merupakan eleman yang tidak boleh diambil ringan kerana dengan muafakat kita dapat
memajukan negara dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.
24
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG SEJARAH KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG

BAB 3
KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA
KITA
Sinopsis : Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia kedua tercetus akibat
perkembangan imperialism dan nasionalisme dalam
persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Perang
dunia bermuladi Eropah, kemudian merebak ke Asia
Pasifik. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita telah
mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan
nasionalisme dalam kalangan rakyat.

25
46.Jelaskan nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia? (8m) ms52
47. Ceritakan latar belakang Perang dunia? (6m) ms

46. Nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia adalah gerakkan orang
Melayu menentang campur tangan British. Kebangkitan gerakkan Islam menjadi
pemankin kepada gerakan penentangan bersifat setempat seperti Tok Janggut.
Kegagalan penentangan bersenjata Tok Janggut menyebabkan masyarakat
menyusun strategi untuk menentang British. Namun tidak boleh dilakukan secara
terang-terangan kerana dihalang oleh undang2 British.
47. Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam
kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialisma
untuk mempertahankan kepentingan masing2. Pakatan ketenteraan dibentuk
seperti Pakatan Bertiga dab Pakatan kuasa Tengah. Krisis Balkan sebagai punca
tercetusnya perang dunia pertama apabila penganas Serb membunuhPutera
Mahkota Austria-Hungry. 26
48. Jelaskan kepentingan keamanan dunia kepada negara kita? (6m)
49. Huraikan kesan Perang Dunia Pertama ? (6m)

48. Kepentingan keamanan dunia kepada negara kita adalah untuk kemakmuran
negara. Hal ini kerana apabila dunia dalam keadaan aman ekonomi negara akan
berkembang. Contohnya negara2 luar akan membeli produk keluaran negara seperti
minyak sawit. Maka harga komuditi kita akan meningkat dan hidup rakyat akan
makmur. Selain itu, kita bebas menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana apabila dunia
aman kita boleh menuntut ilmu ke negara luar. Contohnya pelajar kita boleh
mengambil jurusan angkasa lepas di Rusia. Maka kita dapat menguasai pelbagai ilmu
untuk kemajuan negara.
49. Kesan Perang Dunia Pertama adalah keruntuhan pemerintahan beraja diganti
sistem republik. Contoh sistem pemerintahan beraja di Jerman dan Rusia. Selain itu,
kemunculan negara baharu. Contohnya Austria dan Hungary. Disamping itu, di negara
kita British memaksa raja2 Melayu taat setia pada British dan memanipulasikan
kekayaan negara seperti hasil bijih timah untuk membiayai operasi perang dunia
pertama.
27
50. Jelaskan faktor-faktor pencetus dan kronologi Perang Dunia Kedua ? (6m)
51. Nyatakan ikhtibar dari Perang Dunia Kedua kepada kita? (6m)

50. Faktor-faktor pencetus dan kronologi Perang Dunia Kedua adalah muncul
ideologi baharu. Contohnya Fasisme yang dipelopori olehBenito Mussolini yang
berpegang kepentingan negara melebihi kepentingan individu yang dapat membina Itali
yang kuat. Selain itu, Jerman tidak puashati dengan perjanjian Versailles dan membina
angkatan tentera dan menakluki semula Rhineland, mengenepikan perjanjian
Versailles. Seterusnya kegagalan Liga Bangsa-bangsa yang berperanan memastikan
keamanan dunia.
51. Ikhtibar dari Perang Dunia Kedua kepada kita adalah kita mestilah
mengutamakan keamanan sejagat. Hal ini demikian peperangan tidak akan berlaku
seandainya kita mengutamakan keamanan. Contohnya Itali tidak akan berperang
seandainya memikirkan ramai nya yang akan terkorban. Justeru itu, keamanan sejagat
mesti dipelihara. Selain itu, kita mestilah bersifat adil. Hal ini demikian jika Jerman
mendapat keadilan sudah pasti peperangan tidak akan tercetus. Maka dunia akan terus
aman.
28
52. Nyatakan kesan-kesan Perang Dunia Kedua ? (6m)
53. Ceritakan kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan
imperialisme di Asia Pasifik (6m)

52. Kesan-kesan Perang Dunia Kedua adalah kehilangan banyak nyawa. Hal ini
kerana ramai askar dan orang awam yang terkorban dalam peperangan.
Contohnya di Tanah Melayu terkorbannya Leftenan Adnan yang menentang
tentera Jepun. Selain itu, kemusnahan harta benda seperti jalan raya, ladang2
dan rumah. Pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh bom atom
menyebabkan ramai orang jadi cacat.
53. Kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan
imperialisme di Asia Pasifik adalah kerana kemunculan golongan tentera
menguasai politik Jepun . Mereka berpendapat masaalah ekonomi dapat
diselesaikan dengan menakluk negara yang kaya dengan bahan mentah dan
sebagai pasaean barangan mereka. Matlamat mengembangkan kuasa,
mewujudkan kebebasab ekonomi dan menentang imperialism Barat. 29
54. Membuat interpretasi kepentingan keamanan dunia kepada negara kita? (6m)
55. Jelaskan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara? (6m)

54. Kepentingan keamanan dunia kepada negara kita adalah penting. Hal ini
kerana keamanan menjamin kita dapat hidup dengan selamat. Contohnya, kita
dapat hidup sejahtera, bekerja untuk menyara keluarga. Selain itu, kita dapat
menikmati kemakmuran negara. Hal ini kerana kita dapat meningkatkan ekonomi
negara. Contohnya kita boleh mempromosikan pelancongan negara ke negara
luar. Maka ekonomi negara dapat berkembang.
55. Peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara adalah
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Hal ini kerana dengan ilmu kita boleh
menjadi modal insan kelas pertama bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Selain itu, kita hendaklah bersatu padu agar negara terus aman. Hal ini kerana
negara kita terdiri terdiri daripada pelbagai kaum. Contoh Melayu, Cina dan India
mestilah bersatu padu mempertahankan kedaulatan negara. 30
56. Jelaskan faktor kedatangan Jepun di negara kita? (6m)
57. Ceritakan kronologi serangan Jepun terhadap negara kita? (6m)

56. Faktor kedatangan Jepun di negara kita adalah untuk mengekploitasi


kekayaan bahan mentah untuk keperluan industry mereka. Sasaran Jepun adalah
Sarawak dan Sabah yang kaya dengan minyak. Selain itu, untuk menjayakan
pembentukan Lingkaran Kesemakmuran Asia Timur Raya. Seterusnya,
kepentingan strategik ketenteraan kerana kedudukan strategic Tanah Melayu
sesuai dijadikan pengkalan tentera.
57. Tentera Jepun mendarat di Thailand memasuki Kedah berpecah kepada
dua mara ke selatan. Satu pasukan ke Pulau Pinang. Satu pasukan ke Alor Setar,
Ipoh, Kuala Lumpur, Muar, Batu Pahat, Johor Bahru dan Singapura pada 15 Feb
1942. Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, kemudian mara ke selatan
mengikut jalan darat negeri2 pantai timur. Kapal Repulse dan Prince
ditenggelamkan Jepun untuk terus mara ke selatan. 31
58. Menghuraikan kepentingan kebijaksanaan dalam merancang strategi? (6m)
59. Ceritakan dasar pendudukan Jepun dalam aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial di
negara kita? (8m)

58. Kepentingan kebijaksanaan dalam merancang strategi adalah untuk


memastikan semua usaha yang dirancang berjaya. Hal ini demikian dengan
kebijaksanaan mengatur strategic akan memastikan seseatu matlamat akan dapat
dicapai dengan mudah. Contohnya, tentera Jepun menggunakan basikal untuk
memastikan kedatangan mereka tidak disedari dan memudahkan mereka menawan
tempat tersebut. Swlain itu, akan memudahkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan.
59. Dasar pendudukan Jepun dalam aspek pentadbiran adalah dasar pemerintahan
tentera Jepun diletakkan dibawah pentadbiran tanah jajahan. Selain itu, dasar ekonomi
adalah ekonomi kawalan dan membangunkan industry tempatan serta matawang
Jepun diperkenalkan. Seterusnya,Jepun menutup sekolah Cina dan memperkenalkan
Pendidikan berasaskan penjepunan. Jepun meghormati agama Islam dan
memperkenalkan catuan makanan. Jepun memberi layanan baik pada orang Melayu
dan India. Kasar kepada orang Cina. 32
60. Membuat interpretasi kepentingan sikap kreatif dalam kehidupan. (6m)
61. Menjelaskan kepentingan ketahanan fizikal dan mental dalam
menghadapi cabaran hidup. (6m)
60. Kepentingan sikap kreatif dalam kehidupan adalah untuk kehidupan lebih
baik. Hal ini kerana sikap kreatif mudah menyelesaikan satu2 permasaalahan.
Contohnya pada zaman Jepun tidak ada kain tetapi dicipta benang dari pokok
nenas. Maka kita mamasih boleh berpakaian walaupun dikenakan sekatan
ekonomi. Selain itu, kita dapat memajukan negara. Hal ini kerana sikap kreatif
dapat mencipta teknologi yang dapat memajukan negara. Contohnya, mencipta
kenderaan seperti keretapi laju untuk menyemarakkan ekonomi.
61. Kepentingan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran
hidup adalah asas kemandirian kehidupan. Hal ini kerana cabaran kehidupan
amatlah mencabar. Contohnya, peperangan merupakan cabaran yang berat
justeru itu ketahanan fizikal dan mental amat penting untuk berjaya. Selain itu, ia
dapat menghalang perasaan putus asa. Hal ini kerana sikap putus asa hanya
untuk orang yang lemah. Justeru itu, ketahanan fizikal dan mental adalah
penting untuk mencapai kejayaan dalan setiap usaha yang dilakukan. 33
62. Jelaskan penentangan terhadap Jepun dari kalangan pasukan keselamatan dan
individu serta gerakan anti Jepun di Sarawak dan Sabah? (6m)
63. Megapakah penting sikap sedia berkorban untuk tanah air? (6m)
62. Penentangan terhadap Jepun dari kalangan pasukan keselamatan dan individu
dapat dilihat memalui perjuangan Rejimen Askar melayu yang menjadi benteng
mempertahankan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lsftenan Adnan yang amat berani
sehingga gugur syahid. Selain itu penentangan MPAJA yang dilatih oleh British dengan
memberi bekalan senjata. Gerakan anti Jepun di Sarawak dan Sabah melalui operasi
Semut yang dilakukan oleh Unit Khas Z Australia. Pemberontakan Jesslton yang diketuai
Albert Kwok. Gurchan Singh dan Sybil Kathigasu individu berani menentang Jepun.
63. Penting sikap sedia berkorban untuk tanah air adalah semangat jati diri yang
mesti ada pada kita. Hal ini kerana memastikan maruah kita tidak dipijak2 oleh
penjajah. Contohnya penjajah akan membuat dasar sesuka hati mereka tampa
memikirkan kepentingan kita. Selain itu, untuk memastikan anak cucu kita menikmati
kebebasan tanpa dibelenggu oleh penjajah. Hal ini tidah dapat dicapai tampa ada sikap
sedia berkorban untuk Tanah air oleh para nasionalis. Contohnya perjuangan Ibrahim Hj
Yaakob yang sanggup dipenjara demi mmemperjuangkan Tanah air.
34
64. Membuat interpretasi perkembangan gerakan nasionalisme akibat pendudukan Jepun.
(8m) ms 80
65. Jelaskan keadaan negara kita selepas kekalahan Jepun?

64. Perkembangan gerakan nasionalisme akibat pendudukan Jepun amat ketara


sekali. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan semangat anti penjajahan dikalangan
rakyat. Contohnya Kesatuan Melayu muda membantu Jepun dengan harapan Jepun
memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selain itu, perjuangan menuntut
kemerdekaan dikalangan orang Melayu meningkat dipimpin golongan radikal seperti
Ibrahim Hj Yaakob. Seterusnya, kesedaran politikdi Sarawak dan Sabah hingga
tertubuhnya Parti Kebangsaan Melayu Labuan.
65. Keadaan negara kita selepas kekalahan Jepun amat dasyat sekali
kemusnahannya. Hai ini dapat dilinat melalui kemusnahan ladang2 getah di seluruh
Tanah melayu. Selain itu, kemusnahan kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan
dan pejabat2 kerajaan. Taktik bumi hangus yang dilakukan oleh tentera Jepun telah
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Jepun meninggalkan negara kita seperti padang
jarak padang tekukur. Hal ini telah memberi banyak mengajaran agar kita tidak boleh
percayakan penjajah.
35
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG
SEJARAH KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG
BAB 4
ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA
SINOPSIS : Pentadbiran Tentera British diisytiharkan di negara
kita selepasnya tamatnya Perang Dunia Kedua. Selepas itu,
British melaksanakan Malayan Union yang mencetuskan
bantahan besar-besaran daripada penduduk tempatan
menyebabkan British mengantikannya dengan Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Di Sarawak, Charles Vyner Brooke
bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
Tindakkan beliau mencetuskan reaksi menyokong dan
menentang penyertaan Sarawak kepada British. Keadaan di
Sabah berbeza kerana British Berjaya mengambil alih Sabah
dari Syarikat Borneo Utara British (SBUB) tanpa penentangan.

36
66. Jelaskan usaha Pentadbiran Tentera British mengembalikan kestabilan
dan keamanan serta memulihkan kepercayaan rakyat? (6m) ms 95
67. Jelaskan kepentingan berwaspada dalam membuat sebarang tindakan? (6m)

66. Usaha Pentadbiran Tentera British mengembalikan kestabilan dan keamanan


serta memulihkan kepercayaan rakyat adalah dengan cara membubarkan MPAJA.
Selain itu mengarahkan MPAJA menyerahkan senjata yang diberi ketika menentang
Jepun. Selain itu, PTB berusaha memulihkan memulihkan ladang getah, lombong bijih
timah, memperbaiki prasarana dan kemudahan kesihatan yang dimusnahkan Jepun.
Selain itu, PTB menyelamatkan rakyat yang sensara dibawah pemrintahan Jepun telah
mengembalikan kepercayaan rakyat.
67. Kepentingan berwaspada dalam membuat sebarang tindakan adalah asas
kepada kejayaan sesuatu matlamat. Hal ini demikian kerana waspada adalah sikap
berjaga-jaga agar kesilapan lampau tidak berulang. Contohnya, sikap waspada British
terhadap MPAJA yang meminta senjata adalah beasas kerana senjata tersebut telah
digunakan oleh MPAJA untuk memberontak bagi menegakkan ideologi komunis mereka
di Tanah Melayu sehingga berlakunya darurat 1948.
37
68. Jelaskan kepentingan menghargai kepimpinan tokoh terdahulu dalam membina
negara? (6m)
69. Jelaskan kepentingan mempertahankan maruah bangsa? (6m)

68. Kepentingan menghargai kepimpinan tokoh terdahulu dalam membina negara


adalah sesuatu yang amat wajar. Hal ini kerana tampa perjuangan pemimpin terdahulu
kita tidak akan dapat mencapai kemerdekaan. Contohnya jika Tok Janggut tidak
berjuang menentang British maka tidak akan lahir para nasionalis yang
memperjuangkan kemerdekaan. Justeru itu, kita mesti pandai bersyukur dan
menghargai kepimpinan tokoh terdahulu yang tidak mengenal erti putus asa untuk
menjaga kesejahyraan rakyat yang kita nikmati sekarang.
69. Kepentingan mempertahankan maruah bangsa adalah tanggungjawab semua
dari kita. Hal ini kerana maruah bangsa merupakan nilai yang tidak ada galang
gantinya. Maruah bangsa penentu kedaulatan dan kebebasan warganya. Contohnya,
sebagai bangsa Malaysia maruah kita adalah terletak pada perlembagaan negara.
Justeru itu, mempertahankan perlembagaan demi kedaulatan negara adalah amat
penting. Kita semestinya sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankannya. 38
70. Ceritakan kronologi pembentukan Malayan Union? (6m) ms 96
71. Huraikan ciri-ciri perjanjian Malayan Union? (6m) ms 97

70. Kronologi pembentukan Malayan Union bermula Rancangan MU


dibentangkan di Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Rancangan Malayan
Union yang diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dikenali sebaigai Kertas puteh
6274 yang memberi kuasa British mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu.
British menubuhkan pentadbiran berpusat dibawah jajahan Barat. MU
dilaksanakan pada 1 April 1046.
71. Ciri-ciri perjanjian Malayan Union adalah Semua negeri2 Melayu disatukan
dan Singapura dipisahkan. MU diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh
Raja England. Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan MU dibentuk dibawah
kawalan Pesuruhjaya British. Sultan menjadi ahli Majlis Raja2 yang hanya
membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat sahaja. Kewarganegaraan
mengikut prinsip jus soli yang terlalu longgar kepada orang dagang. 39
72. Jelaskan kepentingan mempertahankan maruah bangsa? (6m)
73. Jelaskan kepentingan sikap berani menyuarakan pandangan dengan beretika?
(6m)

72. Kepentingan mempertahankan maruah bangsa adalah tanggungjawab semua


dari kita. Hal ini kerana maruah bangsa merupakan nilai yang tidak ada galang gantinya.
Maruah bangsa penentu kedaulatan dan kebebasan warganya. Contohnya, sebagai
bangsa Malaysia maruah kita adalah terletak pada perlembagaan negara. Justeru itu,
mempertahankan perlembagaan demi kedaulatan negara adalah amat penting. Kita
semestinya sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankannya.
73. Kepentingan sikap berani menyuarakan pandangan dengan beretika adalah
sesuatu yang amat wajar. Hal ini kerana etika merupakan akhlak yang menyebabkan
kawan dan musuh tunduk. Contohnya, jika kita menyuarakan pandangan dengan cara
samseng akan mencerminkan bahawa bangsa kita mempunyai akhlak yang rendah.
Selain itu, ia kan dapat menyelesaikan perbalahanan kerana beretika akan membuka
ruang rundingan lebih selesa. Maka kata sepakat dapat dicapai demi kepentingan
bersama. 40
74. Jelaskan cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union? (6m)
ms100
75. Jelaskan sebab penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union? (6m)
74. Cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah Raja2
Melayu membawa kes MU ke Mahkamah Tinggin England oleh sultan Perak,
Kedah, dan Johor kerana tandatangan mereka tidak sah yang diambil secara
paksa oleh MacMicheal. Mereka menghantar surat bantahan ke London kerana
telah diperdaya oleh MacMicheal. Mereka menyokong Kongres Melayu yang
menolak MU. Seterusnya, Permaisuri Perak memimpin gerakkan MU. Seterusnya,
memulaukan upacara perlantikan Gabenor MU. Bantahan melalui akbar,
bantahan cendikawan dan golongan wanita.
75. Sebab penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah tidak
berpuashati dengan MacMicheal yang mengugut raja-raja Melayu menurunkan
tandatangan bersetuju dengan Malayan Union. MU bakal menamatkan warisan
ketamadunan orang Melayu. Orang Melayu akan kehilangan kuasa.
Kewarganegaraan yang longgar kepada orang dagang. Menamatkan status qua
orang Melayu. 41
76. Jelaskan sebab penyerahan Sarawak kepada British? (6m) ms 107
77. Jelaskan proses penyerahan Sarawak kepada British? (6m) ms

76. Sebab penyerahan Sarawak kepada British adalah masaalah pewarisan. James
Brooke tidak mempunyai anak lelaki yang dapat mengantikannya menjadi raja Sarawak
sedangkan belaiau semankin tua dan uzur. Beliau tidak mahu anak buahnya Anthony
Brooke mengantikannya. Selain itu, desakan dari kerajaan British yang mahu
menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya.Seterusnya Brooke mempunyai
masaalah kewangan untuk memulihkan Sarawak selepas pendudukan Jepun.
77. Proses penyerahan Sarawak kepada British bermula Brooke menandatangani
perjanjian penyerahan Sarawak kepada British pada 24 Okt 1945. Seterusnya, Brooke
menghantar setiausahanya meminta tandatangan persetujuan pemimpin tempatan.
Gerard T.MacBryan meminta persetujuan pemimpin tempatan tanpa pengrtahuan
rakyat. Kerajaan British mengarahkan Vyner Brooke minta persetujuan rakyat Sarawak.
Akhirnya, golongan pro penyerahan menang walaupun ditentang rakyat tempatan.
42
78. Mengapakah penting berwaspada dalam membuat sebarang tindakan.
(6m)
79. Jelaskan sebab penduduk tempatan menyokong penyerahan Sarawak. (6m)
78. Penting berwaspada dalam membuat sebarang tindakan adalah untuk
memastikan tindakan yang kita ambil tidak memberi kesan pada semua pihak.
Hal ini kerana tidakan yang dibuat tanpa ada perasaan waspada akan
membahayakan kita. Contohnya, tindakkan Rosli Dhobi yang menikan Dukan
Steward tampa berwaspada telah menyebabkan beliau ditangkap dan dihukum
bunuh. Selain itu berwaspada adalah penting bagi memastikan hak kita tidak
dirampas oleh orang luar. Hal ini sering berlaku kerana kelalaian kita. Contohnya
pemperian kerakyatan yang trlalu longgar kepada orang dagang akan mengancam
penduduk tempatan. Justeru itu kita menentang kewarganegaraan secara Jus soli.
79. Sebab penduduk tempatan menyokong penyerahan Sarawak kerana
percaya British dapat memajukan Sarawak. Mereka percaya British dapat
memulihkan Sarawak selepas pendudukan Jepun. Mereka juga percaya British
dapat menjaga keselamatan rakyat Sarawak.
43
80. Menyenaraikan kepentingan sikap berani menyuarakan pandangan dengan
beretika. (6m)
81. Jelaskan sebab penyerahan Sabah oleh SBUB ? (6m) ms 114

80. Kepentingan sikap berani menyuarakan pandangan dengan beretika


adalah sesuatu yang amat wajar. Hal ini kerana etika merupakan akhlak yang
menyebabkan kawan dan musuh tunduk. Contohnya, jika kita menyuarakan
pandangan dengan cara samseng akan mencerminkan bahawa bangsa kita
mempunyai akhlak yang rendah. Selain itu, ia kan dapat menyelesaikan
perbalahanan kerana beretika akan membuka ruang rundingan lebih selesa.
Maka kata sepakat dapat dicapai demi kepentingan bersama.
81. Sebab penyerahan Sabah kepada British adalah untuk memenuhi
kepentingan British. British mengantikan Sri Lanka dengan Sabah kerana British
ingin memberi kemerdekaan pada Sti Langka. British ingin meneruskan dasarnya
dalam hubungan luar. British ingin menjadikan Sabah sebagai tanah jajahannya.
Selain itu, SBUB mempunyai masaalah kewangan untuk memulihkan Sabah
setelah diserang Jepun.
44
82. Jelaskan reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan Sabah. (6m)
83. Terangkan penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British kepada British.
(6m)

82. Reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan Sabah tidak mendapat


penentangan daripada rakyat Sabah. Hal ini kerana Sabah merupakan Kawasan
yang bergunung ganang sukar untuk para pemimpin bertemu. Rakyat Sabah
terdiri daripada pelbagai etnik yang tiada kesatuan pendapat. Maka tiada
persatuan yang bersifat politik. Selain itu, British menawarkan jawatan kepada
pemimpin yang mempunyai semangat nasionalisme.
83. Penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British kepada British untuk
memenuhi kepentingan British. British mengantikan Sri Lanka dengan Sabah
kerana British ingin memberi kemerdekaan pada Sti Langka. British ingin
meneruskan dasarnya dalam hubungan luar. British ingin menjadikan Sabah
sebagai tanah jajahannya. Selain itu, SBUB mempunyai masaalah kewangan untuk
memulihkan Sabah setelah diserang Jepun. 45
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG SEJARAH
KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG
BAB 5
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Sinopsis : Persekutuan Tanah melayu 1948 diperkenalkan


oleh British untuk mengantikan Malayan Union. Terdapat
pelbagai faktor Persekutuan Tanah Melayu 1948
ditubuhkan. Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang
berbeza daripada Malayan Union diterima oleh penduduk
tempatan. Pembentukan Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 lebih mengambarkan tolenrasi penduduk
negara ini menuntut kemerdekaan.

46
84. Ceritakan latar belakang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? (6m)
85. Huraikan kepentingan bersemangat waja dalam perjuangan? (6m)

84. Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi mengantikan Malayan


Union 1946 yang ditolak oleh penduduk tempatan. Sebuah Jawatankuasa Kerja
dibentuk untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Disamping itu,
terdapat juga golongan yang mencadangkan perlembagaan altenatif yang
dinamakan Perlembagaan Rakyat.
85. Kepentingan bersemangat waja dalam perjuangan merupakan asas
kejayaan dalam perjuangan. Hal ini demikian kerana setiap perjuangan bukanlah
sesuatu perkara yang mudah. Contohnya, perjuangan menolak Malayan Union
yang menafikan hak penduduk tempatan sudah pasti mendapat tentangan hebat
dari orang dangang. Justerus itu semangat waja yang tidak mudah putus asa
adalah amat perlu untuk meneruskan perjuangan sehingga berjaya. Seterusnya
semangat waja amat perlu untuk kita sanggup berkorban tenaga, masa dan harta
untuk memastikan perjuangan kita mendapat hasil yang diharapkan.
47
86. Huraikan tentang penubuhan, tugas-tugas ahli jawatankuasa kerja serta cadangan
PUTERA –AMCAJA ? (6m) ms 128
87. Jelaskan tentang gerakan dan sumbangan nasionalis Melayu radikal serta cadangan
PUTERA-AMCAJA (6m) ms 129
86. PUTERA dan AMCAJA merupakan pertubuhan radikal bukan Melayu yang
dipimpin oleh Tan Cheng Lock. Golongan ini menolak PTM. Mereka mengangap
perlembagaan Persekutuan tidak demokratik dan bersifat perkauman. Mereka
menentang kerana mereka tidak diajak berbincang penubuhan PTM. Mereka
menentang Perlembagaan Persekutuan secara terbuka setelah diumumkan kepada
awam pada Julai 1947. Cadangan mereka adalah kedudukan Bahasa Melayu,
pertahanan,syarat kewarganegaran, penyatuan Tanah Melayu dan Singapura, kerajaan
Pusat yang kuat,Raja Berpelembagaan dan kemajuan politik dan ekonomi.
87. Golongan nasionalis Melayu radikal dipimpin oleh Ahmad Boestamam melalui
PKMM. Mereka memperjuangkan kemerdekaan dan hak semua kaum di negara ini.
Selain itu, mereka memperjuangkan hak kebebasab bersuara dan keadilan semua
rakyat. Mereka berjuang menerusi akhbar iaitu Suara Rakyat. Perjuangan mereka
mudah diterima oleh setengah rakyat. Perjuangan mereka tidak bersifat kenegerian
tetapi kebangsaan.
48
88. Jelaskan faktor -faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (6m) ms 132
89. Senaraikan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara? (6m)

88. Faktor -faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah


penentangan orang Melayu terhadap MU maka perlembagaan PTM digubal
dengan persetujuan UMNO dan raja2 Melayu. Selain itu cadangan daripada Raja2
Melayu dan UMNO yang mahukan kuasa orang Melayu dikembalikan. Disamping
sokongan daripada pentadbir British yang PTM dapat mewujudkan keamanan,
kestabilan dan kemajuan ekonomi.
89. Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara adalah asas
kemakmuran negara. Antara kepentingan mempertahankan kedaulatan negara
adalah kehidupan yang merdeka. Kita boleh menentukan masa depan negara
sendiri. Kita boleh menikmati kekayaan negara dengan aman. Kita dapat
mengukuhkan perpaduan agar hidup harmoni. Kita boleh memajukan negara
mengikut acuan kita sendiri. Kita tidak perlu tunduk dengan kehendak orang49luar.
90. Huraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dari aspek pentadbiran,kuasa Raja-
Raja Melayu perundangan dan kewarganegaraan. (6m) ms 134
91. Jelaskan kepentingan kesedaran negara kita tanggungjawab kita. (6m)

90. Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah sebuah persekutuan


dibentuk gabungan Sembilan buah negeri diketuai Pesuruhjaya Tinggi.
Seterusnya, kuasa raja2 Melayu dikembalikan berkuasa mengesahkan undang2.
Majlis perundangan persekutuan merangkumi kepentingan awam, ketenteraan
dan kehakiman. Syarat kewarganegaraan diperketatkan.
91. Kepentingan kesedaran negara kita tanggungjawab kita merupakan
semangat patriotisma yang mesti ada dalam jiwa setiap rakyat negara kita.
Negara kita adlah tanggungjawab kita untuk menentukan nasin masa depan.
Nasib negara kita adalah nasib kita sediri. Justeru itu adalah tanggungjawab kita
untuk memajukan negara kita untuk kemakmuran kita. Tanggungjawab kita juga
memakmurkan ekonomi negara demi keselesaan kehidupan kita.
50
92. Huraikan kesan-kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? (6m)
93. Mewajarkan implikasi tindakan masa kini terhadap masa depan.(6m)

92. Kesan-kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah


mengembalikan kedudukan raja2 Melayu dengsn menubuhkan Majlis Raja2 yang akan
memperkenankan undang2 yang diluluskan Majlis Rakyat. Selain itu menjaga
kedudukan istimewa orang Melayu. Seterusnya, membuka ruang kewarganegaraan
kepada orang dagang dan orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
Seterusnya, mewujudkan kerjasama antara kaum untuk memupuk perpaduan melalui
penubuhan CLC.
93. Tidakan masa kini pasti akan memberi kesan pada masa akan datang. Justeru itu,
apa2 tindakan yang diambil mestilah tidak akan memberi kesan buruk kepada agama,
bangsa dan negara pada ,masa akan datang. Contohnya, perjuangan orang Melayu
menentang MU adalah wajar. Hal ini kerana nasib orang Melayu dan agama terjamin
kerana dilindungi oleh perlembagaan. Semua ini dapat menghalang niat jahat bangsa
lain untuk mengekploitasikan kekayaan negara. 51
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG
BAB 6
ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

SINOPSIS : Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku


sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Komunis melakukan
pelbagai tindakan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan
mengugat kestabilan polotik. Matlamat komunis adalah untuk
merampas kuasa daripada British dan mengantikannya dengan
sebuah Republik Komunis. Namun begitu, British Berjaya menawan
hati dan fikiran rakyat untuk sama-sama membenteras ancaman
komunis. Zanab darurat telah membawa pelbagai kesan kepada
politik, ekonomi dan social di negara kita.

52
94. Terangkan kemasukan pengaruh komunis dari negara China dan Indonesia.(6m)
95. Senaraikan kepentingan sikap berhati-hati dalam menghadapi anasir yang mengugat
kestabilan negara. (6m)

94. Kemasukan pengaruh komunis dari negara China dibawa ke Tanah Melayu sejak
1920an melalui Parti Kuomintang yang beribu pejabat di China. Pengaruh komunis ini
merebak kesetiap bandar seperti Melaka, Klang. Namun pengaruh dari China semankin
pudar bila tertubuhnya Parti Komunis Malaya. Selain itu, pengaruh komunis dari
Indonesia pada 1920 dibawa oleh pemimpin seperti Tan Melaka dan Winanta
menyebarkan ke Pulau Pinang dan Kedah. Namun tidak mendapat sambutan daripada
penduduk tempatan kerana mereka menggunakan taktik kekerasan.
95. Sikap berhati-hati dalam menghadapi anasir yang mengugat kestabilan negara
adalah amat penting. Hal ini kerana akan melibatkan nyawa rakyat dan keselamatan
negara. Contohnya, dalam menghadapi anasir komunis dalam negara. Amcaman
komunis mesti ditangani secara berhati-hati agar tidak merebak dikalangan rakyat
tempatan. Hal ini kerana pengaruh komunis amay merbahaya. Ideologi komunis amat
bertentangan dengan amalan agama kita dan tindakan mereka yang kejam dan
memaksa.
53
96. Jelaskan ancaman komunis di negara kita. (6m)
97. Terangkan kepentingan menjamin keamanan negara. (6m)

96. Ancaman komunis di negara kita berlaku pada tahun 1948 sehingga
kerajaan British mengistihar darurat untuk membenteras komunis. Selain itu,
PKM ingin menubuhkan Republik Komunis Di Tanah Melayu. Mereka sanggup
mengangkat senjata untuk merealisasikan matlamat mereka. PKM bertindak
kejam terhadap rakyat tempatan dengan membunuh. Mereka juga
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Mereka juga memusnahkan infrastuktur
dan menyusahkan serta mengancam keselamatan hidup rakyat.
97. Kepentingan menjamin keamanan negara adalah perkara yang tidak boleh
dinafikan. Hal ini kerana keamanan negara merupakan asas kemakmuran hidup
rakyat. Contohnya melalui keamanan rakyat boleh menikmati kemakmuran
ekonomi untuk hidup lebih selesa. Dengan keamanan rakyat hidup dalam
keadaan selamat. Keamanan negara penting untuk memajukan negara. Keadaan
aman juga dapat mengukuhkan perpaduan dikalangan rakyat.
54
98. Huraikan usaha -usaha menangani komunis. (6m)
99. Membuat rasionalisasi kepentingan mempunyai pemikiran strategik. (6m)

98. Usaha -usaha menangani komunis adalah dengan menguatkuasa undang-undang


Darurat dengan menhukum sesiapa saja yang bekerjasama dengan komunis, mengharamkan
parti2 berhaluan kiri seperti PKM dan AWAS, memagar kampung2, menangkap pemimpin
radikal seperti Ishak Hj Muhammad. Selain itu, memperkasakan pasukan keselamatan seperti
polis menubuhkan cawangan khas, spcial constable ,polis hutan dan polis wanita. Seterusnya,
pasukan tentera untuk membenteras komunis di dalam hutan dan membawa masuk tentera
komomwel untuk membantu menghapuskan komunis.Seterusnya menubuhkan sukarelawan
seperti guard menjaga kampung, ladang dan lombong. Selain itu memperkenalkan
pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan. Rancangan Brings iaitu membina
perkampungan baru utuk orang Cina. Twaran pengampunan,kempen bulan melawan penjahat
dan perang saraf.
99. Pemikiran strategik amatlah pentung untuk menyelesaikan masalah. Hal ini dapat
dilihat melalui cara kita menangani ancaman komunis. Kita menggunakan pemikiran strategik
untuk menghapuskan ancaman tersebut. Dengan pemikiran strategik kita dapat
mengenalpasti masaalah dengan jelas. Seterusnya menangani permasaalah tersebut satu
persatu sehinggalah kita berjaya menghapuskan ancaman komunis secara total. Pemikian
strategik dapat memastikan negara terus aman, makmur dan maju.
55
100. Jelaskan kesan zaman darurat dari aspek politik dan sosioekonomi. (6m) ms 161
101. Mewajarkan kepentingan sikap sedia berkorban untuk negara. (6m)

100. Kesan zaman darurat dari aspek politik adalah peningkatan jumlah
kewarganegaraan kerana ramai orang cina diberi kad pengenalan. Penubuhan MCA
untuk orang cina yang berhaluan kanan. Seterusnya mempercepatkan kemerdekaan
agar rakyat tidak menuntut kemerdekaan secara radikal. Selain itu, dari aspek
sosioekonomi meningkatkan kos perbelanjaan yang digunakan untuk memperkasakan
pasukan keselamatan. Seterusnya, menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat
akibat kekejaman komunis.mSeterusnya meregangkan hubungan antara kaum kerana
komunis ramai orang cina yang membunuh orang Melayu.
101. Sikap sedia berkorban untuk negara adalah amat penting. Hal ini demikian
kerana membangunkan negara bukan mudah. Contohnya ketika negara diancam anasir
komunis kita sanggup berkorban demi keselamatan negara dengan mengangotai
pasukan keselamatan. Selain itu, kita mestilah sedia berkorban untuk negara demi
menyelamatkan kluarga dan anak cucu kita dari dizalimi oleh komunis. Kita bersedia
berkorban untuk negara demi mempertahankan kedaulatan negara. Kita mesti sanggup
berkorban untuk negara demi mempertahankan akidah, agama dan bangsa.
56
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG

BAB 7
USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN
SINOPSIS : Kesedaran politik selepas Perang Dunia Kedua mencetuskan aspirasi
rakyat untuk kemerdekaan. Idea negara merdeka dicetuskan oleh pelbagai
golongan untuk membentuk negara yang berdaulat. Usaha mencapai
kemerdekaan dilakukan bagi memenuhi gesaan Britishsupaya perpaduan rakyat
berbilang kaum dapat diwujudkan sebagai prasyarat untuk merdeka. Oleh sebab
itu, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC), pembentukan
Sistem Ahli dan system Pendidikan Kebangsaan serta kerjasama parti
politikdilakukan sebagai usaha kearah kemerdekaan.
57
102. Terangkan idea negara merdeka dari pelbagai pertubuhan. (6m)
103. Jelaskan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara. (6m)

102. Idea negara merdeka dicetuskan oleh Kesatuan Melayu Muda dipimpin
oleh Ibrahim Hj Yaakob dengan Konsep Melayu Raya. Selain itu, dicetuskan oleh
Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang dipimpin oleh Dr Baharuddin melalui
konsep Melayu raya menjaga hak semua kaum.Seterusnya ,oleh UMNO dengan
slogan “Hidup Melayu” dengan memelihara hak istemewa orang Melayu dan
raja2 Melayu dan slogan bertukar kepada “merdeka”.
103. Mempertahankan kedaulatan negara adalah sangat penting. Hal ini kerana
kedaulatan merupakan kebebasan rakyat secara mutlak. Selain itu, ia memastikan
maruah bangsa akan terus terpelihara. Seterusnya, dengan kedaulatan, rakyat
bebas menentukan hala tuju negara. Selain itu, kedaulatan penting bagi
memastikan rakyat dapat memilih pegangan agama dan budaya yang diwarisi.
Seterusnya, ia dapat menjamin kemakmuran ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
58
104. Jelaskan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum,dan
senarai anggota. (6m) ms 174
105. Jelaskan peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. (6m)

104. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum akibat ketegangan


hubungan antara kaum selepas Perang Dunia Kedua. Ia telah memberi kesedaran
kepada pemimpin dan British pentingnya perpaduan. British hanya akan memberi
kemerdekaan jika kaum Melayu, Cina dan India saling bekerjasama untuk
mewudkan kestabilan politik, ekonomi dan social. Anggotanya terdiri Malcolm
MacDonald, E.E.Thuraisinggam, Dato Onn Jaafar, Tan Cheng Lock.
105. Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

59
106. Huraikan kepentingan permuafakatan dalam menjamin keharmonian
masyarakat. (6m) KBAT
107. Jelaskan kepentingan pendidikan untuk kesejahteraan negara. (6m) KBAT

106. Kepentingan permuafakatan dalam menjamin keharmonian masyarakat adalah


penyataan yang sangat benar. Hal ini kerana muafakat merupakan asas kepada
perpaduan. Contohnya, Mlayu, Cina dan India mestilah bersepakat dengan dasar
kerajaan demi keharmonian bersama. Maka kesejahteraan dan kemajuan negara dapat
dicapai. Seterusnya, dengan muafakat juga keselamat rakyat akan terjamin. Hal ini
kerana dengan muafakat rakyat akan berpuashati dan tiada kezaliman. Maka negara
akan aman damai dan rakyat hidup dengan tenteram.
107. Kepentingan pendidikan untuk kesejahteraan negara adalah benar. Hal ini
kerana Pendidikan akan melahirkan insan yang berillu. Contohnya rakyat yang
menguasai ilmu akan menjadi modal insan kelas pertama. Maka negara mempunyai
asset untuk membina negara untuk melahirkan negara sejahtera. Selain itu, Pendidikan
akan melahirkan rakyat yang berakhlak mulia. Contohnya rakyat yang berakhlak mulia
menjadi rakyat yang mempunyai semangat jati diri. Mereka sanggup berkorban untuk
negara. Maka akan lahirlah negara yang sejahteraan.
60
108. Terangkan pembentukan Sistem Ahli, dan ciri-ciri Sistem Ahli? (6m)
ms178
109. Terangkan kepentingan Sistem Ahli kearah kemerdekaan? (6m) ms 179

108. Pembentukan Sistem Ahli pada 1951 setelah Sir Henrey Gurney
mengumumkansenarai Sistem ahli. Antaranya Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam
negeri dan Lee Tiang Keng Ali Kesihatan. Ia melatih penduduk tempatan mentadbir
negara. Mereka menjadi anggota Majlis Perundangan Persekuatuan dan memegang
tiga portfolio dalam pentadbiran British. Sistem Ahli dilaksanakan sebelum
pilihanraya MPP diadakan pada 1955. Ciri2 Sistem ahli adalah Ahli bertaraf
“Menteri” menjaga portfolio yang mengandungi jabatan dan agensi
kerajaan.Ahlinya dilantik Pesuruhjaya Tinggi British diperkenan Raja2
Melayu.Mereka bertanggungjawab mencadangkan undang2. Ahli dibawah
Pesuruhjaya British. Ia merupakan cabinet bayangan.
109. Kepentingan Sistem Ahli kearah kemerdekaan adalah menyedikan asas
penting untuk melatih orang tempatan berkerajaan sendiri. Selain itu,
mendedahkan penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menarajui 61
110. Menghuraikan usaha-usaha kearah pembentukan sistem pendidikan
kebangsaan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. (8m) ms180
111. Terangkan kepentingan berorganisasi dalam perjuangan. (6m)
110. usaha-usaha kearah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan di Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah melalui pembentukan Jawatankuasa Pelajaran yang
dipengerusikan oleh L.J Barnes. Kandungan Laporan Baenes Bahasa Melayu atau B.
Inggeris sebagai Bahasa pengantar sekolah rendah. Bahasa Inggeris Bahasa pengantar
sekolah menengah. Dibantah oleh Fenn-Wu, antara kandungan Laporan Fenn-Wu mahu
sekolah Cina diteruskan berasingan dengan sistem kebangsaan. Selain itu, tertubuh
Ordinan Pelajaran 1951 mahukan dua aliran sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu
dan B. Inggeris sebagai Bahasa pengantar. Disamping, Laporan Woodhead di Sarawak dan
Sabah 1955 mahukan memperkasan Pendidikan sekolah rendah dan menengah,
B.Inggeris sebagai Bahasa pengantar danpembiayaan Pendidikan yang teratur. Selain itu,
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan Dato Abdul Razak. Mahukan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran.
111. Kepentingan berorganisasi dalam perjuangan untuk memastikan perjuangan
mencapai matlamatnya. Hal ini kerana organisasi menjadikan perjuagan lebih teratur dan
sistematik. Selain itu, perjuangan boleh disertai oleh ramai ahli. Seterusnya suara
perjuangan lebih mantap dan didengari. Seterusnya usaha perjuangan menjadi lebih kuat
kerana ada perpaduan di kalangan ahli. Disamping itu, perjuangan akan dipimpin oleh
pemimpin yang lebih berwibawa dan mempunyai hala tuju yang jelas. 62
112. Jelaskan kemunculan parti-parti politik selepas Perang Dunia Kedua.
(6m)ms 184
113. Jelaskan kerjasama politik kearah kemerdekaan. (6m) ms 185

112. Antara parti2 politik yang muncul selepas pearng dunia kedua adalah UMNO
Mei 1946 dipimpin Dato On Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Matlamatnya menentang
MU dan bekerjasama dengan kaum lain. Seterusnya, Persatuan Kebangsaan Melayu
Sarawak 1946 dipimping Abang Hj Openg bermatlamat menentang penyerahan
Sarawak kepada British. Seterusnya, Parti Kebangsaan Melayu Labuan dipimpin Tengku
Noordin bermatlamat memajukan sosioekonomi dan Sabah diberi kemerdekaan.
113. Antara kerjasama politik ke arah kemerdekaan adalah pakatan PUTERA-AMCJA
1947 diketuai Tan Cheng Lock memperkenalkan Perlembagaan Rakyat dan
memperjuangkan satu kewarganegaraan. Seterusnya, Persidangan Kebangsaan yang
dipimpin Dato Panglima Gantang 1954 membincangkah kerjasama politik antara
IMP,MIC, PCM,dan PEM mahukan pilihanraya diadakan. Seterusnya, Konvensyen
Kebangsaan dianjurkan UMNO dan MCA dipimpin Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng
Lock mahukan pilihanraya diadakan. Seterusnya pembentukan Parti Perikatan 1954
dianggotai UMNO, MCA dan MIC bagi menghadapi kemerdekaan.
63
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG

BAB 8
PILIHAN RAYA
SINOPSIS : Pilihan raya diadakan untuk rakyat memililih wakil dalam membentuk
kerajaan. Pilihan raya menyaksikan pengamalan system demokrasi di sesebuah negara.
Di negara kita, pilihanraya bermula dengan pilihan raya majlis perbandaran, pilihan
raya negeri dan pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1955. Melalui Pilihan
Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, sebanyak 52 orang ahli dipilih untuk
mengangotai Majlis Perundangan Persekutuan yang akhirnya Berjaya membentk
cabinet pertama di negara kita. Sementara itu,pilihan raya juga diadakan di Sarawak
dan Sabah bagi memilih wakil masing-masingdalam kerajaan tempatan.
64
114. Menceritakan perkembangan pilihanraya di Persekutuan Tanah Melayu. (6m)
ms 196
115. Jelaskan kepentingan pilihan raya sebagai lambang demokrasi. (6m) KBAT
114. Plihan raya PTM selaras dengan Perjanjian PTM 1948. Kerajaan mewujudkan
Jawatankuasa Pilihan Raya untuk mengendalikan pilihan raya. Ordinan Pilihan Raya
1950 memberikan kuasa majlis Tempatan mengadakan Pilihan raya. Pilihan raya majlis
perbandaran pertama diadakan di George Town untuk memilih 9 orang ahli MPP.
Seterusnyanya pilihan raya MP Kuala Lumpur untuk merebut 12 kerusi ahli MPKL
gabungan UMNO dan MCA memenagi pilihan raya tersebut. Seterusnya kebandar2 lain
di Tanah Melayu. 1954 pilihan raya peringkat negeri diadakan UMNO dan MCA
memenangi 228 kerusi dari 264 yang dipertandingkan.
115. Kepentingan pilihan raya sebagai lambang demokrasi adalah benar. Antara
kepentingan adalah kerajaan yang dibentuk adalah dari rakyat untuk rakyat. Hal ini,
rakyat diberi hak untuk menentukan hala tuju negara. Selain itu, ia dapat melahirkan
rakyat yang taat kepada pemimpin kerana peminpin yang dipilih adalah sama prinsip
perjuangan. Selain itu, kebajikan rakyat lebih terjamin kerana rakyat berhak
menyikirkan pemimpin yang zalim. Seterusnya, rakyat bertanggungjawab terhadap
negara kerana jatuh bangun negara ditangan rakyat. Justeru itu, rakyat kena bijak
memilih pemimpin yang dapat menjaga mereka.
65
116. Jelaskan kronologi proses pilihanraya umum yang pertama di Persekutuan
Tanah Melayu, pilihanraya pertama di Sarawak dan Sabah. (6m)
117. Jelaskan kepentingan integriti dan jati diri dalam kehidupan harian. (6m) KBAT

116. Suruhanjaya Penentu sempadan Kawasan ditubuhkan dan Berjaya membentuk


52 Kawasan pilihan raya 26 April 1954. Seterusnya, Rang Undang2 diluluskan bagi
membolehkan pilihan raya diadakan Ogos 1954. Seterusnya pendaftaran pengundi
mulai 18 Oktober 1954 di seluruh Tanah Melayu, manakal di Terengganu bermula 29
Oktober 1954. Seterusnya, penamaan calon 15 Jun 1955. Seterusnya kempen pilihan
raya selama 45 hari. Seterusnya mengundi pada 27 Julai 1955. Seterusnya, peti undi
dibawa ke pusat pengiraan undi dan proses pengiraan undi dilakukan. Seterusnya,
pengumumkan keputusan.
117. Kepentingan integriti dan jati diri dalam kehidupan harian adalah penentu
kesejahteraan kehidupan kita. Integriti adalah sikap amanh ketika menjalankan tugas
dapat menyelamatkan negara. Contohnya, anggota keselamatan mestilah amanah dan
tidak menerima rasuah dalam menjalankan tugas. Selain itu, semangat jati diri perlu
untuk memastikan kehidupan kita aman damai. Contohnya mematuhi undang2 negara
adalah untu kehidupan lebih sejahtera.
66
118. Membezakan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1948 dan 1955 serta
kesannya. (6m)
119. Senarai kepentingan perkongsian kuasa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
(6m) KBAT
118. Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1948 terdiri 52 ahli dilantik dikalangan
masyarat tetentu. Tiga orang exofficio, 9 orang Residen, 2 orang wakil negeri2 Selat, 11
orangahli rasmi jumlah 77 orang ahli. Manakala MPP 155 terdiri 52 orang ahli dipilih melalui
pilihan raya. 35 ahli dilantikmewakili kumpulan berkepentingan, 11 oarng Menteri Besar
mewakili negari, dan 2 wakil negeri Selat. Jumlah 100 ahli. Kesannya Tunku Abdul Rahman
mengetuai kerajaan. Proses pertukaran berlaku secara beperinkat masi dikuasai Pesuruhjaya
Tinggi British. Kuasa British beransur2 dipindahkan kepada rakyat tempatan. Keanggotaan MPP
penting sebagai amalan demokrasi.
119. Antara kepentingan perkongsian kuasa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
adalah memastikan hak semua kaum dinafikan. Selain itu, mengelakkan menzalimu kaum laun.
Contohnya, semua kaum adalah mempunyai hak yang sama disisi undang2. Selain itu, kekayaan
negara dikongsi Bersama. Contohnya tiada kaum yang boleh mendominasikan kekayaaan
ekonomi untuk kaumnya sendiri. Seterusnya, untuk mengukuhkan perpaduan dikalangan
rakyat yang berbilang kaum. Seterusnya untuk mengelakkan negara huru hara kerana ketidak
67
puasan hati rakyat. Contohnya, tidak menafikan hak kaum lain untuk memilih pemimpin.
120. Jelaskan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. (6m) ms 206
121. Terangkan kepentingan kepimpinan yang berwibawa. (6m) KBAT

120. Peranan kabinet pertama PTM adalah membincangkan soal kewangan dan
keperluan orang tempatan dalam perhidmatan awam. Selain itu, menyambung system
yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang berasaskan model
Westminter. Disamping mengurangkan kuasa pentadbiran British. Seterusnya, meminta
kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi British dibatalkan . Seterusnya, memincangkan isu
keselamatan dalam negeri dan pertahanan.
121. Antara kepentingan kepimpinan yang berwibawaadalah dapat melahirkan negara
yang aman Makmur. Hal ini kerana pemimpin yang berwibawa dapat meminpin negara
ke arah yang lebih baik untuk rakyatnya. Contohnya, pemimpin yang berwibawa
mampu mendidik rakyatnya berakhak mulia yang boleh menjadi modal insan kelas
pertama. Maka negara akan disegani seantero dunia. Selain itu, dapat melahirkan
rakyat yang berdidiplin untuk keamanan negara. Hal ini kerana rakyat yang berdisiplin
akan memacu negara maju. Contohnya rakyat yang berdisiplin akan menjadi tenaga
kerja yang brkualiti dan dapat meningkatkan produktiviti negara. Maka ekonomi negara
akan terus stabil.
68
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG

BAB 9
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
SINOPSIS : Kesungguhan Raja2 Melayu, para peminpin dan rakyat dalam usaha
menuntut kemerdekaan telah membawa misi kemerdekaan ke London. Misi
rombongan ini telah berjayamendapatkan persetujuan kerajaan British untuk
memberi kemerdekaan kepada negara kita melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah
Melayu. Berikutan persetujuan ini dan setelah mendapat persetujuan Raja2 Melayu
maka Suruhanjaya Perlembagaan PTM 1957. Sementara itu, Perjanjian PTM
ditandatangi bagi membentuk sebuah negara yang merdeka. Kandungan Perjanjian
ini Berjaya menunjukkan nilai tolenrasi dan pengorbanan serta
permuafakatanrakyat demi kestabilan dan kemakmuran negara. 69
122. Huraikan usaha-usaha rundingan kemerdekaan oleh raja-raja Melayu dan pemimpin
tempatan dengan British. (6m) ms217.
123. Senaraikan kepentingan menghormati keputusan pemimpin negara. (6m) KBAT

122. Usaha-usaha rundingan kemerdekaan oleh raja-raja Melayu dan pemimpin


tempatan dengan British menjalankan misi rundingan ke London bagi membincangkan
hal keselamatan, hubungan British –Tanah Melayu dan soal berkaitan dengan
perlembagaan negara yang merdeka. Rombongan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman merancang perjalanan ke Karachinmenaiki kapal laut. Tujuan beliau agar
dapat berbincang dengan Raja2 Melayu bagi mendapat persetujuan supaya kedua2
pihak dapat menyusun strategi bersama2 apabila berunding denan British.
123. Antara kepentingan menghormati keputusan pemimpin negara adalah dapat
mewujuskan suasana aman dan harmoni. Contohnya, menghormati keputusan Raja2
Melayu menyerahkan kuasa politik pada rakyat. Maka negara memperolehi
kemerdekaan tanpa pertumbahan darah. Selain itu, dapat menikmati kesejahteraan
Bersama. Contohnya apabila pemimpin mengambil keputusan demi manafaat semua
pihak seperti meletakkan calon bukan Melayu di Tanjung Pial telah mengundang
perpaduan. Maka keamanan dapat memacu negara lebih maju.
70
124. Jelaskan peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. (6m) ms 220
125. Senaraikan kepentingan sikap keterbukaan untuk kemajuan negara. (6m) KBAT

124. Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah


memeriksaan aturan perlembagaa, Selain itu,memberi cadangan terhadap
Perlembagaan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri. Seterusnya
mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri mempunyai kuasa
autonomi. Seterusnya, melindungi kedudukan raja2 Melayu sebagai Raja
Berpelembagaan. Mewujudkan jawatan Ketua negara yang dipegang YDA. Seterusnya,
mengadakan satu kewarganegaran untuk PTM dan menjaga hak keistemewaan orang
Melayu dan menjaga kepentingan kaum lain.
125. Antara kepentingan sikap keterbukaan untuk kemajuan negara adalah boleh
menerima pendapat pihak lain demi kemajuan negara. Contohnya, membenarkan
pelaburan dari negara luar walaupun berbeza pegangan agama. Maka pertukaran
teknologi dapat memajukan negara. Selain itu, kesediaan belajar ilmu teknologi luar.
Contohnya, teknologi pertanian dari negara Thailand yang maju dalam bidang
pertanian. Maka negara dapat menghasilkan sumber makanan kepada rakyatnya.
71
126. Jelaskan kronologi penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka. (6m)
127. Senaraikan kepentingan pemuafakatan untuk kestabilan negara. (6m) KBAT

126. Pengubalan perlembagaan bermula menerima memorandum daripada pihak


raja2 Melayu menjaga hak istemewa orang Melayu. Seterusnya, menerima
memorandum daripada parti2 politik dan pihak awam isu diketengahkan soal
kewarganegaran, Bahasa ndan Pendidikan. SPPTM mengeluarkan draf perlembagaan.
Reaksi terhadap draf perlembagaan PTM. Beberapa perubahan dan pindaan
perlembagaan hasil persetujuan pemimpin politik. N Hasil pindaan dipersembahkan
kepada Raja2 Melayu. Dibentang dan dibahaskan di MPP pada 10/11 Julai 1957.
Dililuskan Parlimen British dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
127. Antara kepentingan pemuafakatan untuk kestabilan negara adalah muafakat
membawa berkat. Hal ini kerana muafakat adalah persetujuan Bersama demi melihat
kebaikan Bersama dinikmati. Contohnya, memberi kewarganegaraan kepada orang
dagang dengan syarat mereka menghormati perlembagaan negara. Maka negara akan
terus aman dan stabil. Selain itu, permuafakatan akan dapat melahirkan negara aman
damai. Contohnya semua rakyat bersetuju menghormati anutan agama lain. Maka
negara akan terus harmoni dan kemajuan ekonomi akan dapat dicapai.S
72
128. Jelaskan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. (6m) ms 224
129. Terangkan kepentingan menjunjung keluhuran perlembagaan. (6m) KBAT

128. Intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah pengamalan


Raja berpelembagaan dan sistem demokrasi berparlimen. Selain itu,
kewargaraan setiap orang yang lahir di PTM selepas merdeka akan menjadi
warganegara. Seterusnya kedudukan istemewa orang Melayu dan kepentingan
sah kaum lain diterima. Seterusnya, Kedudukan agama Islam senagai agama
negara. Seterusnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dipelihara.
129. Antara kepentingan menjunjung keluhuran perlembagaan adalah untuk
keharmonian negara. Hal ini kerana perlembagaan merupakan undang2 tertinggi
yang mesti dipatuhi. Maka negara akan terus aman. Selain itu, perlembagaan ini
telah dipersetujui dan tidak menzalimi mana2 pihak. Hal ini keana didalam
perlembagaan tidak memaksa mana2 pihak untuk melakukan perkara yang
mereka tidak ingini. Maka kita hidup bebas dalam negara yang berpelembagaan.
73
MODUL INOVASI JAWABLAH SAYANG KSSM T4
BERSAMA PUAN NORAINI BINTI BAJOORI
GURU INOVASI SMK DULANG
BAB 10
PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

SINOPSIS : Merdeka yang ditakrifkan sebagai kebebasan dan usaha


mendaulatkan nusa dan bangsa telah diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Tarikh
31 Ogos 1957 menjadin detik bersejarah bagi negara kita. Rakyat berjuang
untuk membebaskan negaradaripada cengkaman kuasa asing. Bagi
memastikan detik besejarah pemasyhuran kemerdekaan ini di ingati, pelbagai
persediaantealah dibuat. Selain itu, kemerdekaan meninggalkan kesan yang
pentinguntuk dihayati oleh generasi kita. Kita perlu menghayati pengorbanan,
mempertahankan perpaduan dan nilaikesetiaan dengan tidak berbelah bahagi
supaya negara kekal berdaulat.

74
130. Terangkan pengertian kemerdekaan dari pandangan tokoh luar dan
tempatan. (6m) ms 234
131. Jelaskan kepentingan jati diri dalam pengisian kemerdekaan. (6m) KBAT
130. Menurut Rasid Rida kemerdekaan adalahdengan menghidupkan system khalifah
dan menghapuskan ikatan perkauman. Mahatma Ghandi kemerdekaan perlu
merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap negara berhak mengurus negara
mereka sendiri walaupun sukar supaya komuniti hihup harmoni. Nelson Mandela
berpendapat kebebasan adalah pertempuran terhadap satu system yang menindas
boleh dicapai melalui politik, bebas dari perhambaan, kemiskinan dan penderitaan.
131. Antara kepentingan jati diri dalam pengisian kemerdekaan adalah untuk
memastikan negara terus membangun dan maju. Hal ini kerana semangat jati diri dapat
melahirkan rakyat yang sanggup berkorban untuk negara. Contohnya, rakyat yang
punya jati diri sanggup menuntut ilmu untuk memberi manafaat kepada negaranya.
Selain itu, semangat jati diri perlu untuk memastikan kedaulatan negara terus
terpelihara. Hal ini kerana rakyat yang punya jati diri sanggup berkorban menjaga
keselamatan negara. Contoh pasukan keselamatan yang menjaga sempadan negara.
75
1.
132. Jelaskan peranan jawatankuasa-jawatankuasa dalam persediaan menyambut
pemasyhuran kemerdekaan. (6m) ms 236
133. Terangkan rasa bangga tentang keunikan kemerdekaan negara kita. (6m) KBAT

132. Jawatankuasa Fizikal berperanan memilih lagu Negaraku, bendera negara dan
bunga kebangsaan. Peranan jawatankuasa sambutan adalah memeriahkan sambutan
peringkat ibu kota dan negeri berkaitan denagn pakaian, protocol dan memberi gaji
awal seminggu. Semua rakyat teruja untuk menyambut hari kemerdekaan kerana
semua tiket bas, keretapi habis dijual.
133. Rasa bangga tentang keunikan kemerdekaan negara kita patut dirasai oleh
setiap rakyat negara ini. Hal ini kerana kemerdekaan kita tidak dengan pertumpahan
darah. Kemerdekaan negara kita melalui kebijaksanaan pemimpin kita berunding
mendapat kata sepakat. Selain itu, kemerdekaan negara kita hasil pengorbanan Raja2
Melayu yang menyerahkan kuasa kepada rakyat. Seterusnya, tolak ansur penduduk asal
memberi kewarganegaraan kepada orang dagang. Seterusnya, kesanggypan orang
dagang Bersama-sama memaju dan memelihara keharmonian negara tercinta.
76
134. Ceritakan kronologi detik-detik pemasyuran kemerdekaan.(6m) ms 238
135. Jelaskanprinsip-prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu. (6m)
134. Detik-detik pemasyuran kemerdekaan wakil Parti Perikatan berpakaian baju
Melayu berwarna hitam. Semua lampu dimatikan suasana gelap gelita. 300 pemuda
membuat perbarisan kehormat. Tepat jam 12 lampu dipasang diikuti laungan
“merdeka”. Seterusnya bendera Union Jack diturunkan dan bendera PTM dinaikan.
Tengku Abdul Rahman merima tabik hormat. Pasukan Pemuda Perikatan
menyerahkan Pingat Emas berbentuk rantai kepada Tunku Abdul Rahman sebagai
Bapa Kemerdekaan.
135. Prinsip-prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu adalah perlembagaan
sebagai rujukan mentadbir negara. Semua kaum didalamnya mestilah saling
bekerjasama membangunkan negara. Prinsip Raja berpelembagaan diamalkan.
Semua rakyat Malaysia mesti taat kepada raja dan negara. Semua kaun mempunyai
hak yang sama dibawah undang2 negara. Semua rakyat mestilah saling
menghormati dan negara PTM adalah tanggungjawab semua rakyatnya tidak
mengira agama, bangsa dan anutan politiknya. Justeru itu, kedaulatan PTM adalah
77
242
136. Jelaskan kesan-kesan kemerdekaan terhadap negara kita. (6m) ms243
137. Jelaskan kepentingan bersyukur dengan nikmat kemerdekaan. (6m)

136. Kesan-kesan kemerdekaan terhadap negara kita adalah politik dikuasai


oleh orang tempatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Pengamalan
sistem Raja berpelembagaan. Peringkat Antarabangsa selepas merdeka hubungan
luar diperkukuhkan dengan mengangotai Komonwel dan aktif di PBB. Selepas
merdeka kerajaan meningkatkan ekonomi rakyat dengan Rancangan lima tahun
Malaysia. Selepas merdekan pendidikan dijadikan wadah perpaduan rakyat.
137. Antara kepentingan bersyukur dengan nikmat kemerdekaan adalah kita
bebas dari cengkaman penjajah. Hal ini sangat berharga kerana kita boleh
menentukan masa depan kita sendiri. Kita juga boleh menikmati kekayan negara.
Hidup kita menjadi lebih tenang dan selamat. Kita juga tidak perlu menjadi
pengemis di negara sendiri. Kita bebas menuntut ilmu. Kita boleh menyuarakan
pendapat dan mempertahankan agama serta budaya kita. 78
TAMAT

79
80

You might also like