You are on page 1of 6

KURSUS:

LMCR3362 PERLEMBAGAAN DAN MASYARAKAT


SEMESTER 1 SESI 2023/2024

TUGASAN:
REFLEKSI INDIVIDU (20%)

TAJUK ARTIKEL:
INSTITUSI RAJA TIANG SERI KEDAULATAN NEGARA
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/663377/institusi-raja-tiang-seri-
kedaulatan-negara

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR NAZRI MUSLIM

NAMA PELAJAR:
SITI NURSYAKIRAH BINTI ZAINUDDIN
A187823
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP)
1. Ringkasan Artikel
Pada minggu pertama penyertaan kursus LMCR3362 Perlembagaan dan Masyarakat
dibawah kendalian Dr. Nazri Muslim, semua pelajar telah diberikan suatu tugasan untuk
mengulas beberapa artikel terpilih secara individu sebagai penilaian berterusan terhadap
pelajar memandangkan kursus ini tidak berasaskan ‘exam method’. Selepas menelusuri
beberapa pilihan tajuk yang sudah dilampirkan, saya telah membuat keputusan untuk memilih
sebuah artikel yang bertajuk ‘Institusi Raja tiang seri kedaulatan negara’ hasil nukilan Prof
Madya Dr Nazri Muslim sendiri. Sedikit sebanyak biografi umum mengenai Dr Nazri adalah
beliau merupakan pensyarah dan Profesor Madya di Pusat Citra, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dengan mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam dunia terbitan,
penyelidikan dan tenaga pengajar. Sememangnya kredibiliti dan prestasi unggul Dr. Nazri
dalam dunia penulisan tidak dapat disangkal lagi selepas saya menyaksikan beberapa
wawancara dan artikel terbitan beliau di layar kaca. Bidang kepakaran beliau yang banyak
terarah dalam kajian etnik, sosiologi perlembagaan dan sains serta agama banyak membuka
mata saya akan kefahaman berkaitan bidang berkenaan selepas melakukan beberapa siri
pembacaan karya beliau yang saya belum pernah temui sebelum ini. Dalam konteks artikel
yang dipilih, ianya telah diterbitkan di bawah terbitan Berita Harian dan saya dapati artikel
ini boleh dilayari secara atas talian manakala tarikh penulisan diterbitkan secara rasmi pada 9
Mac 2020.

Berdasarkan artikel tersebut, objektif penulis menerbitkan artikel berkenaan adalah


untuk meningkatkan kesedaran para pembaca mengenai pentingnya institusi Raja-raja
Melayu dalam memacu kedaulatan negara sekali gus menjadi pemangkin kepada
kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum. Selain daripada itu, penulis turut menekankan
akan kewujudan institusi beraja yang sudah lama bertapak di negeri Melayu sehinggalah
terbentuknya kerajaan Malaysia kini. Istilah ‘kerajaan’ dan ‘Raja’ adalah sinonim bersama
kerana berhubung kait dengan gelaran ketua negara dan ketua negeri di sembilan negeri yang
mengamalkan sistem beraja. Mengikut kepada sejarah sistem beraja, Raja mempunyai kuasa
mutlak dalam setiap pemerintahan dan dibantu pembesar yang dilantik sebelum penjajahan
Inggeris untuk membantu mentadbir negeri-negeri Tanah Melayu. Selepas Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi beraja ini masih diteruskan selepas
melalui beberapa pindahan sesuai dengan konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan. Menurut penulis, dalam sistem raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan
Agong (YDPA) berperanan sebagai kuasa tertinggi dalam Persekutuan. Sebagai Sultan yang
telah melalui proses pelantikan dari sembilan negeri Melayu, tugas YDPA yang dibantu atas
nasihat Kabinet yang meliputi keputusan penting berkaitan dengan tadbir urus negara. YDPA
diberi kuasa memerintah angkatan tentera Persekutuan, mempunyai kuasa untuk memberi
pengampunan, dan menggantung hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur di samping berkuasa dalam membuat pelantikan penting dalam
kerajaan.

Perlembagaan Malaysia turut menjunjung kepentingan Majlis Raja-raja melalui


kerjasama dalam kalangan YDPA, Raja-raja, dan Gabenor yang turut dipantau oleh
sekretariat tetap iaitu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Selain diberi kuasa dalam
membincangkan perkara-perkara mengenai Persekutuan, Majlis Raja-raja turut terlibat dalam
pelantikan penting seperti pengerusi Suruhanjaya dan perwakilan dalam Majlis Angkatan
Tentera. Kewujudan Perkara 38 (4) Perlembagaan adalah berperanan untuk melindungi
Institusi Raja-raja, di mana ia menghalang sebarang pindaan dibuat terhadap peruntukan
berhubung Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak keturunan mereka tanpa
persetujuan yang jelas daripada majlis ini. Bahkan, Perlembagaan turut memastikan bahawa
tiada undang-undang yang boleh menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran mereka tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Di luar tugas perlembagaan, YDPA
merupakan simbol penyatuan bagi kepelbagaian etnik di Malaysia yang diamanahkan untuk
menjaga kepentingan dan aspirasi kolektif rakyat.

Antara lain adalah tanggungjawab YDPA dalam menjaga kedudukan Istimewa orang
Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, serta kepentingan sah etnik lain. Majlis Raja-raja
juga memegang kuasa untuk meminda peruntukan berkaitan kewarganegaraan, yang
dianggap sebagai isu sensitif apabila melibatkan agama dan kedudukan Istimewa orang
Melayu. Lebih-lebih lagi, institusi diraja berkait rapat dengan hal ehwal agama, kerana Raja-
raja berperanan sebagai pemimpin agama di negeri masing-masing, ditugaskan untuk
memelihara agama Islam. Sebarang pindaan berkaitan hal-hal agama memerlukan kelulusan
daripada Raja-raja, yang mencerminkan hubungan penting antara pengurusan raja dan
pemeliharaan agama dalam struktur masyarakat Malaysia. Dalam rangka kerja perlembagaan
Malaysia, Majlis Raja-Raja memainkan peranan penting dalam menguruskan hal ehwal
agama, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Perlembagaan yang ditugaskan untuk
memberi perhatian kepada pentadbiran negara. Tambahan pula, Yang di-Pertuan Agong
berperanan sebagai simbol keadilan dan kesaksamaan berikutan baginda melantik hakim-
hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, juruaudit negara, pengerusi dan ahli
Suruhanjaya Pilihan Raya serta Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Pendirian neutral ini bagi memastikan perlindungan hak rakyat, tanpa berat sebelah
terhadap mana-mana pihak atau entiti kerajaan. Secara jelasnya, YDPA dan Majlis Raja-Raja
berdiri sebagai tiang utama perpaduan dan harapan dalam landskap negara. Sifat mereka yang
tidak berpolitik dan terkecuali daripada sebarang politik membezakan mereka daripada terikat
dengan sentimen dan pertimbangan kepartian. Autonomi ini meletakkan Institusi Diraja
sebagai medium keadilan dalam mengemudi keputusan tanpa pertimbangan politik, sekali
gus menawarkan jalan berbeza untuk tadbir urus yang berkesan.
2. Ulasan Artikel

Selepas meneliti konteks artikel di atas dan melakukan ringkasan daripadanya, saya
berpendapat bahawa isu yang diutarakan oleh penulis adalah sangat menarik dan bertepatan
dengan isu semasa terkini. Penulis telah membincangkan setiap maklumat mengenai institusi
beraja dengan terperinci dan penggunaan fakta yang mudah difahami. Tambahan lagi, melalui
fakta yang diguna pakai berdasarkan peruntukan perlembagaan negara mencerminkan
ketepatan dan kesahihan maklumat yang disertakan. Penceritaan penulis tentang institusi
beraja yang menjadi pemangkin kepada perpaduan negara dihuraikan secara mendalam
diikuti dengan penerangan lanjut yang mampu memberikan pembacaan yang berkesan. Tema
perdana yang ingin difokuskan dalam artikel ini juga banyak memberi pengetahuan dan
meningkatkan kepekaan masyarakat mengenai peranan institusi Raja dalam
memperkukuhkan kedaulatan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana topik yang
dibahaskan ini mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pembaca yang lebih muda atau
kurang arif dengan aspek sejarah Malaysia.

Pada pendapat saya, artikel ini menawarkan perspektif pengetahuan dari sudut
bagaimana tadbir urus institusi tradisional terus memainkan peranan penting dalam
membentuk sebuah negara moden selain evolusi yang perlu diadaptasi dari semasa ke
semasa. Daripada konteks sejarah, saya berpandangan bahawa warisan budaya Malaysia
dalam sistem pemerintahan dan struktur tadbir urusnya adalah suatu penemuan yang luar
biasa. Ini kerana institusi Raja di Malaysia antara yang masih mengekalkan institusi
tradisional sebagai teras sistem pemerintahan Raja Perlembagaan. Melalui penerokaan fungsi,
tanggungjawab dan kesan setiap struktur terhadap perpaduan dan kestabilan negara membuka
mata saya akan ketelitian rangka pemerintahan kerajaan Malaysia. Di samping itu, saya dapat
meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai kepentingan dan peranan Institusi
Raja dan perkaitannya dalam masyarakat sejagat yang turut mencerminkan identiti nasional
negara.

Selain daripada itu, saya turut menyedari bahawa ciri unik yang terdapat pada sistem
kerajaan Malaysia membawa elemen pembezaan daripada sudut pemerintahan negara yang
lain. Hal ini kerana interaksi antara struktur beraja, etnik, agama dan tadbir urus kerajaan
telah menjadi acuan dalam membentuk identiti politik dan dinamik masyarakat Malaysia.
Bahkan, selepas membaca artikel ini, rasa tanggungjawab dan penglibatan sivik telah
mendorong saya untuk menerokai dengan lebih mendalam mengenai kepentingan budaya
beraja dan unsur kepelbagaian lain yang menyumbang kepada tadbir urus Malaysia. Malah, ia
turut berhasil menyemai rasa bangga dan menguatkan sentimen perpaduan dalam diri untuk
mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang etnik. Sekiranya
artikel ini mampu menjangkau lebih ramai pembaca, khususnya dalam kalangan anak muda,
pastinya artikel ini mampu menjadi penyalur ilmu pengetahuan mengenai warisan institusi
beraja Malaysia yang dilihat masih kurang mendapat pendedahan yang sepatutnya.

Secara rumusannya, artikel yang diterbitkan oleh penulis telah berjaya memberi
pendedahan yang berkesan di samping mengubah persepsi terhadap institusi beraja di
Malaysia. Melalui kefahaman yang telah diperoleh ini, saya berharap generasi muda kini
dapat turut memahami warisan institusi Beraja Malaysia dan menggalakkan perbincangan
yang aktif mengenai peranan raja dalam mengukuhkan kedaulatan negara. Aspirasi yang jelas
dibawa artikel ini mampu melahirkan generasi muda yang celik sejarah dan lebih menghargai
kewujudan perlembagaan dan institusi beraja dalam mengekalkan warisan sejarah terdahulu
untuk membentuk masa depan Malaysia ke arah yang lebih baik. Warisan institusi beraja
yang masih kekal ke hari ini sewajarnya dipertahankan kerana institusi ini berjaya
membentuk sebuah sistem pemerintahan yang kukuh dalam sejarah tamadun manusia.
Memetik kata pepatah dari Tunku Zain Al-Abidin, generasi muda kini adalah pemimpin masa
hadapan, namun, jangan sesekali dilupakan pemimpin di masa lalu kerana kekuatan dan
pengorbanan mereka adalah tonggak di mana negara kita dibina sekarang.

You might also like