You are on page 1of 8

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 3 TAHUN 2021

NAMA: LAI YI JIE


KELAS: 3 BRACHTIA
GURU KELAS: PUAN NOR HAFIZAH BINTI MAZLAN
TAJUK: CAMPURTANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT
PERNYATAAN MASALAH: PADA PANDANGAN ANDA, MENGAPAKAH BRITISH INGIN
MEMBENTUK NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU YANG MELIBATKAN NEGERI
PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG?
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, saya dapat:

1. Menyampaikan latar belakang Negeri-negeri Melayu Bersekutu

2. Menyatakan ciri-ciri pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3. Menjelaskan faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

4. Menghuraikan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

5. Menyenaraikan langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk mengukuhkan sistem
pentadbiran negara

6. Membincangkan kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk membangunkan sesebuah


negara
KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah melayari Internet

Saya melayari laman web https://banksoalan.online/sejarah-tingkatan-3-bab-3/ , dalam laman web


ini maklumat yang saya dapat ialah:

a. latar belakang Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b. ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu

2. Kaedah rujukan buku teks

Saya merujuk kepada buku teks sejarah tingkatan 3. Dalam buku teks ini saya dapat maklumat
berkenaan:

a. faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b. pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3. Kaedah temu bual

Saya telah menemu bual ibu saya, Ng Siew Phing yang tinggal di Kota Kemuning. Melalui temu bual
tersebut saya dapat maklumat tentang:

a. langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk mengukuhkan sistem pentadbiran negara

b. kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk membangunkan sesebuah negara


PELAPORAN
1. Pengenalan

Selepas pelaksanaan Sistem Residen, British mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang dengan membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui
Perjanjian Persekutuan 1895.

2. Menyatakan ciri-ciri pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Antara ciri-ciri pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah persekutuan tersebut juga
dikenali sebagai Persekutuan 1896. Ia mempunyai gabungan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang. Selain itu, Residen Jeneral menjadi ketua pentadbiran kerajaan persekutuan. Raja-raja
Melayu pula perlu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali berkaitan agama
Islam dan adat Melayu. Seterusnya, Kuala Lumpur telah menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina dari tahun 1894 turut dijadikan
pejabat kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

3. Menjelaskan faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Pertama sekali, faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu termasuklah menangani


masalah kewangan Pahang. Melalui pembentukan persekutuan tersebut, Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan dapat membantu mengurangkan beban kewangan negeri Pahang. Selain itu, keselamatan
negeri mampu dijaminkan. Hal in kerana, penggabungan membolehkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu mempunyai pasukan keselamatan sendiri tanpa mengharapkan bantuan luar. Seterusnya,
matlamat menyeragamkan pentadbiran boleh dicapaikan. Hal ini dikatakan demikian,
ketidakseragaman undang-undang di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjurus
kepada ketidakseimbangan kemajuan ekonomi antara negeri. Oleh itu, British memerlukan
pentadbiran yang cekap dan seragam untuk memudahkan eksploitasi ekonomi.

4. Menghuraikan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Selepas campurtangan kuasa British, pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah


mengalami perubahan yang besar seperti yang akan dikatakan. Antara termasuklah Majlis
Mesyuarat Negeri yang dipengerusi oleh Raja Melayu yang berperanan untuk menggubal undang-
undang serta membantu pentadbiran negeri. Kuasa perundangan pula dijatuhkan ke tangan Residen
Jeneral selepas pembentukan NNMB dan akhirnya menyebabkan kuasa Raja-raja Melayu terhakis.
Seterusnya, Majlis Mesyuarat Persekutuan pula dilahirkan selepas British menandatangani
perjanjian dengan Raja-raja Melayu pada tahun 1909. Malah, penubuhan Majlis Mesyuarat
Persekutuan telah menjadikan British untuk mengawal undang-undang dan kewangan negeri serta
memberikan kuasa pentadbiran kepada Pesuruhanjaya Tinggi British. Pada masa yang sama, British
membentukkan Durbar demi mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Ahli Durbar pula terdiri daripada Pesuruhanjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu,
Residen Jenaral dan Residen British.
5. Menyenaraikan langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk mengukuhkan sistem
pentadbiran negara

Langkah untuk mengukuhkan sistem pentadbiran negara kita ialah melantik pemimpin yang
bijaksana. Dengan ini, kemajuan ekonomi, keamanan negara dan aspek lain dapat dijaminkan.
Contohnya, pemimpin yang bijaksana dapat menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain
untuk mencapaikan matlamat peluasan pasaran yang mampu meningkatkan ekonomi negara. Oleh
itu, pemimpin yang bijaksana penting untuk mengukuhkan sistem pentadbiran negara. Selain itu,
masyarakat wajiblah memupukkan semangat bersatu padu. Jikalau negara kita mengalami
penyerangan kuasa lain, kita sebagai masyarakat perlu bersama menentangkan musuh kita. Sebagai
contoh, remaja lelaki boleh menyertai angkatan tentera Malaysia lalu bekerjasama melindungi tanah
kita serta menentangkan musuh yang ingin mentadbir negara kita. Justeru, perpaduan masyarakat
merupakan salah satu kunci dalam pengukuhan sistem pentadbiran negara. Seterusnya, semangat
perpaduan wajarlah dipupukan dalam golongan pembesar. Pendapat atau cadangan mesti
dibincangkan bersama pembesar lain dalam sesuatu mesyuarat sebelum keputusan akhir dijalankan
demi mengelakkan ketidakseimbangan pentabiran berlaku. Misalnya, pentadbiran negara serta
aspek-aspek lain turut akan dijejaskan jika ketidakamanan sesama golongan wujud. Oleh demikian,
perpaduan antara pembesar penting juga untuk memperkukuhkan sistem pentadbiran negara.

6. Membincangkan kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk membangun sebuah negara

Kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk membangunkan sesebuah negara termasuklah


melahirkan golongan masyarakat berbakat. Sebagai contoh, pencipta America Charles Fritts. Beliau
telah mencipta panel suria yang mampu menyukarkan tenaga matahari kepada kuasa elektrik. Hal ini
turut membantu negara menjimatkan penggunaan elektrik yang banyak serta kos elektrik yang
mahal. Oleh itu, penguasaan ilmu pengetahuan kalangan masyaraka kian penting terhadap
pembangunan negara. Selain itu, ilmu pengetahuan yang diperolehi kemudian membolehkan kita
menguasai bidang perniagaan di seluruh negara. Hal ini dikatakan lantaran, arus kemajuan ekonomi
semakin berbeza pada setiap hari. Misalnya, k-ekonomi merupakan trend baharu pada zaman ini.
Melalui penguasaan ilmu pengetahuan seseorang, kita mampu menyesuaikan lalu memajukan diri
mengikut perubahan zaman demi memperkembangkan sesuatu negara. Seterusnya, negara tersebut
juga akan makmur jika pemimpin negaranya menguasai ilmu pengetahuan yang luas. Hal ini
disebabkan oleh pemimpin yang berpengetahuan itu dapat mendorong negaranya ke arah gemilang
pada masa kelak. Contohnya, pemimpin itu akan bijak merancang masa hadapan negaranya dengan
berbantuan ilmu pengetahuan lalu menjurus kepada kejayaan sesuatu masalah tersebut. Justeru,
sudah pasti negara kita dapat dibangunkan jika penguasaan ilmu pengetahuan dijayakan.

7. Rumusan

Berdasarkan pelaporan di atas, saya dapat memahami pengetahuan tentang pembentukan


Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ilmu tentang pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
saya kuasai juga melalui ajaran Cikgu Hafizah. Seterusnya, nilai murni dan unsur patriotisme yang
didapati pula ialah saya mesti berusaha meneladani kecermelangan kerajaan awal demi kemajuan
dan perkembangan negara kita. Saya sebagai rakyat Malaysia juga perlu membanggakan pencapaian
yang diasaskan pada awal lagi. Kesimpulannya, saya berharap masyarakat boleh berganding bahu
untuk membangunkan negara yang tercinta dan gilang-gemilang serta perkembangan negara kita
semakin maju bagi mencapai hasrat ‘berdiri sama tegak, duduk sama rendah’ dengan negara lain.
SUMBER RUJUKAN
1. Internet

Saya melayari laman web https://banksoalan.online/sejarah-tingkatan-3-bab-3/, dalam laman web


ini maklumat yang saya dapat ialah:

a. latar belakang Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b. ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu

2. Buku teks

Saya merujuk kepada buku teks sejarah tingkatan 3. Dalam buku teks ini saya dapat maklumat
berkenaan:

a. faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b. pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3. Temu bual

Saya telah menemu bual ibu saya, Ng Siew Phing yang tinggal di Kota Kemuning. Melalui temu bual
tersebut saya dapat maklumat tentang:

a. langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk mengukuhkan sistem pentadbiran negara

b. kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk membangunkan sesebuah negara


LAMPIRAN
1. Internet
2. Buku Teks

You might also like