You are on page 1of 17

B4 - LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Kedaulatan sebuah negara amat penting untuk dipelihara bagi memastikan keamanan negara
dapat dikekalkan. Jika kedaulatan terpelihara, rakyat dapat menjalani kehidupan mereka tanpa
diganggu, bebas memilih cara hidup, hak individu dihormati dan tidak dizalimi. Hal ini menjelaskan
bahawa kedaulatan amat penting bagi sesebuah negara.

Antara langkah mengekalkan kedaulatan negara adalah bermula daripada diri pemimpin sendiri.
Pemimpin yang cemerlang ialah seorang yang amanah dalam memikul tanggungjawab sebagai salah
seorang individu yang terpenting dalam tampuk pemerintahan negara. Contohnya, tidak
menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri mahupun ahli keluarga. Sebaliknya
seorang pemimpin harus memberi keutamaan kepada rakyat. Hal ini kerana rakyat telah memberi
kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada pemimpin bagi mentadbir negara dengan adil dan
saksama. Pentadbiran yang berjaya akan mengekalkan kedaulatan negara yang sekian lama dikecapi.

Selain itu, rakyat turut mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi mengekalkan kedaulatan
negara terutamanya golongan remaja. Remaja merupakan aset penting bagi menentukan masa
depan negara kerana mereka merupakan bakal-bakal pemimpin negara. Oleh itu, mereka hendaklah
diberikan pendidikan yang mencukupi agar mereka mempunyai ilmu yang cukup untuk mengambil
alih pentadbiran negara. Para remaja juga harus sedar bahawa merekalah yang akan mencorak masa
depan negara. Mereka haruslah berbangga kerana dapat menetap di negara bertuah ini. Mereka
perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni. Sejarah telah membuktikan bahawa
bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara.

Akhir sekali, mengamalkan konsep rukun negara sekali gus menerapkan nilai-nilai patriotisme ke
dalam diri juga merupakan aspek yang perlu dilaksana dan dipelihara dalam usaha mengembalikan
perpaduan kaum di Malaysia selain melahirkan masyarakat yang progresif, demokratik dan bersifat
terbuka. Perpaduan antara kaum amat penting bagi mengekalkan kedaulatan negara. Hal ini kerana
jika tiadanya perpaduan antara masyarakat, negara akan menjadi huru-hara dan kacau-bilau.
Sebagai contoh, seuatu kaum tidak boleh bercampur dengan kaum yang lain. Malah jika bertemu
muka, masing-masing akan berselisihan antara satu sama lain dan seterusnya akan berlanjutan
kepada pergaduhan yang besar. Justeru itu, perpaduan antara kaum perlu dipupuk bagi memastikan
kedaulatan negara akan lebih terjamin.

Kesimpulannya, kerjasama antara masyarakat amat diperlukan dalam mengekalkan kedaulatan


negara. Rakyat hendaklah bersatu padu dan bekerjasama dalam apa jua keadaan bagi melindungi
dan mempertahankan kedaulatan negara yang diperoleh. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai
roboh.

(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir
luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan
perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri
generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi
negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat dan
akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia .
(b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas

( 5 markah)

Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan


tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan .
Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu
mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat
sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang
gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat
Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga .
Akhirnya , mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .

Menganalisis warisan Kesultanan Melayu Melaka.

F1 Zaman pemerintahan Muhammad 1 (1801-1836)

F2 Melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran

baginda

F3 Membentuk sistem Jemaah Menteri – Sultan Muhammad II

F4 Melicinkan pentadbiran

F5 Terdapat lapan Jemaah Menteri

F6 Setiap badan dianggotai oleh empat orang pembesar

F7 Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing

F8 Jemaah penasihat raja

F9 Menguruskan perkara dan urusan yang bukan rahsia

F10 Jemaah Menteri istana

F11 Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri

Kelantan

F12 Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman

F13 Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman

F14 Jemaah Menteri dalam Negeri

F15 Menjaga keamanan negeri


F16 Jemaah Menteri Luar

F17 Menguruskan dasar hal-ehwal luar negara

F18 Jemaah Menteri Perbendaharaan

F19 Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul

F20 emaah Menteri peperangan

F21 Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri

F22 Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan

F23 Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri

F24 Pemantapan sistem pentadbiran

F25 Menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut

kuasa

F26 Menggantikannya dengan pembesar bergelar Nik dan Wan

F27 Memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda

F28 Membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II

Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu

Melaka.

F1 Wilayah pengaruh

F2 Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan

raja

F3 Mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas

F4 Sempadannya tidak ditetapkan

F5 Empayarnya meliputi keseluruhan semenanjung Tanah Melayu dan

seluruh Timur Sumatera

F6 Kedaulatan

F7 Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesbuah wilayah

F8 Kekuasaan tidak dihadkan


F9 kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah Negara atau pemerin

F10 Pemerintah mengubal dan menguatkuasakan undang-undang

F11 Mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya

F12 Negara bebas daripada campurtangan /paksaan / penjajahan kuasa

asing

F13 Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah

F14 Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan

F15 Lambang

F16 Simbol yang menjadi identiti negara

F17 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

F18 Menjadi lambang penyatuan Negaa

F19 Sistem pemerintahan beraja

F20 Adat istiadat Melayu

F21 Agama Islam

F22 Diwarisi sehingga kini

F23 Kebesaran sultan dilambangkan dengan alat Regalia/ nobat/ warna/

bahasa/ undang-undang/ protokol/ adat istiadat istana

F24 Keunggulan undang-undang

F25 Mengawal masyarakat

F26 Memelihara keamanan

F27 Melindungi rakyat

F28 Menentukan struktur kerajaan,kehakiman/bahasa/agama/

kerakyatan diterima oleh masyarakat

F29 Dua sumber undang-undang bertulis, iaitu Hukum adat tempatan

dan agama Islam

F30 Undang –undang Laut Melaka

F31 Berkaitan tatacara pelayaran dilaut


F32 Tanggungjawab pengawal kapal

F33 Tatacara pelayara

F34 Perniagaan

F35 Bidang kuasa nakhoda ka

F36 Hukuman bagi kesalahan jenayah

F37 Hukum Kanun Melaka

F38 Mengandungi 44 fasal

F39 Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar

F40 Pantang larang masyarakat

F41 Hukuman kesalahan jenayah awam

F42 Undang-undang keluarga

F43 Rakyat

F44 Penduduk sesebuah wilayah

F45 Terikat kepada undang-undang

F46 Bertanggungjawab mentaati raja

F47 Tanda ketaatan

F48 Bersedia mempertahankan Negara

F49 Menghadiri adat istiadat kerajaan

F50 Mengadakan gotong –royong

F51 Kerahan tenaga

F52 Kerajaan

F53 Badan yang berkuasa menguruskan pentadbiran

F54 Menjaga keamanan

F55 Mempertahankan kedaulatan

F56 Menjalin hubungan diplomatik

F57 Sultan merupakan pemerintah tertinggi

F58 Dibantu oleh Bendahara/Penghulu


Bendahari/Temenggung/Laksamana

F59 Menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah

F60 Diberi Portfolio mengikut bidang tugas masing-masing

F61 Di istana,di darat, di laut, di sekitar Melaka dan jajahan takluk

Melaka

F62 Sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan sistem

pemerintahan beraja

Nilai-nilai Patriotisme

1. Cinta akan negara

2. Setia kepada negara

3. Menjaga nama baik negara

4. Sanggup berkorban

5. Berani berjuang

6. Bersemangat kental

7. Sanggup mempertahankan maruah negara

8. Bijak merancang

9. Mengekalkan kedaulatan negara

10. Mematuhi peraturan

11. Bangga kejayaan Malaysia diperingkat dunia

12. Bangga dengan keunikan negara

13. Bangga sebagai rakyat Malaysia

14. Bangga dengan kepelbagaian bahasa dan budaya

15. Menyanjung warisan bangsa

16. Memartabatkan bahasa kebangsaan

17. Bersemangat kekitaan

18. Menghormati lambang-lambang negara


19. Kekayaan negara dinikmati bersama

20. Menghargai perjuangan tokoh

21. Menghormati raja

22. Menghormati pemimpin

23. Sedia berubah

24. Tolak ansur

25. Menyokong dasar-dasar kerajaan

26. Menolak amalan rasuah

8. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?

Menjaga keamanan negara

Mengekalkan kemerdekaan negara

Menegakkan keadilan

Mewujudkan perpaduan

Mengukuhkan kedudukan raja

Membendung tindakan liar

Menjamin kemakmuran negara

mana-mana jawapan munasabah

13. Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?

Menjamin keharmonian hidup

Menjadi panduan mentadbir

Perjalanan masyarakat tersusun

Menentukan hukuman kesalahan

Menjadi panduan pentadbiran

17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk menghalang berlaku imperialisme
moden?

Memajukan pendidikan
Membangunkan teknologi

Menjadi negara maju

Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran

Menyemai sikap patriotik kepada rakyat

Menganalisis (Perubahan konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional kesan daripada
penjajahan Barat

F1 Konsep kerajaan dan negeri

H1a Dalam perjanjian antara kerajaan Melayu dengan kuasa asing

H1b Kerajaan disebutkan sebagai negeri dan jajahan takluknya

H1c British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri

H1d Konsep kerajaan beransur luput digantikan dengan konsep negeri

H1e British menetapkan sempadan setiap kerajaan

F2 Membina sebuah Negara dan bangsa moden

H2a Gagasan Malayan Union

H2b Ditentang oleh orang Melayu

H2c Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (1948)

H2d Menggabungkan semua negeri dalam pentadbiran pusat

H2e Tanah Melayu sebagai Negara baru yang merdeka (1957)

H2f Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia

F3 Negara dan bangsa Malaysia

H3a Konsep Negara merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan

H3b Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum

H3c Berlainan bahasa, budaya, kepercayaan, pendapat terhadap keduniaan

H3d Dibentuk melalui penggunaan bahasa kebangsaan

H3e Pengamalan kebudayaan kebangsaan

H3f Rukun Negara


4. Mengaplikasi ( Tanggungjawab merealisasikan hasrat pembinaan Negara dan bangsa Malaysia
yang bersatu dan maju)

F1 Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu

F2 Berbangga sebagai warganegara Malaysia

F3 Mewarisi budaya bangsa

F4 Berbangga dengan lambing-lambang Negara

F5 Setia kepada pemimpin

F6 Setia kepada Negara

F7 Menyokong dasar pelajaran kebangsaan

F8 Ber[engatuhan tinggi

F9 Menguasai pelbagai kemahiran

F10 Bersifat toleransi

F11 Hormat-menghormati

F12 Menghayati Rukun Negara

F13 Mencapai Wawasan 2020

F14 Mengamalkan n ilai-nilai murni

F15 Kreatif dan inovatif

5. Menilai ( Sebab negara dan bangsa Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa)

F1 Rakyat berbilang kaum dapat hidup bersatu

F2 Negara yang aman

F3 Pesat membangun

F4 Kesopanan yang tinggi

F5 Mengekalkan warisan ketimuran

F6 Pegangan agama Islam yang tinggi

F7 Keindahan flora dan fauna

F8 Menghormati tetamu

F9 Semangat kesukarelawan yang tinggi


F10 Pemimpin yang berwibawa

6. Menjana idea (Cara sikap kesediaan berkongsi dapat ditanam dalam setiap warganegara
Malaysia)

F1 Melalui sistem pendidikan yang sama

F2 Mengamalkan kebudayaan nasional

F3 Menghayati Rukun Negara

F4 Menjayakan konsep 1Malaysia

F5 Aktiviti sukarelawan

F6 Aktiviti kokurikulum di sekolah

F7 Sambutan kemerdekaan

F8 Menyambut hari perayaan

F9 Program PLKN

F10 Aktiviti sukan

7. Penerapan nilai murni / iktibar/ patriotisme (Nilai-nilai murni yang dapat diambil daripada
pembinaan Negara dan bangsa Malaysia bagi melahirkan warganegara yang cemerlang)

F1 Bijaksana

F2 Cinta akan Negara

F3 Kerjasama

F4 Berwawasan

F5 Mementingkan musyawarah

F6 Kecekalan

F7 Sikap tolak ansur

F8 Sanggup berkorban

F9 Ketabahan

F10 Keadilan

F11 Muafakat
F12 Diplomasi

8. Rumusan

F1 Masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai kerajaan dan system politik yang tersendiri
sebelum kedatangan penjajah British

F2 Asas dalam pembentukan bangsa Malaysia ialah penggunaan bahasa kebangsaan, pengamalan
kebudayaan kebangsaan, dan pengamalan Rukun Negara

F3 Pembinaan bangsa Malaysia adalah hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan, dan
pengekalan kemerdekaan

F4 Pembinaan bangsa Malaysia masih berterusan sehingga kini dan akan berterusan kepada generasi
yang akan dating

F5 Konsep Negara dan bangsa Malaysia terus dipupuk untuk mewujudkan sebuah Negara dan
bangsa Malaysia yang maju dan bersatu padu

"MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA"


"PENDAHULUAN"

Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan budaya.
Walaupun pernah dijajah oleh kuasa barat dan Jepun selama lebih empat abad, namun hari ini
Malaysia berdiri sebagai sebuah negara berdaulat. Pada hari ini kita mempunyai hak dan
kuasa sepenuhnya atas urusan pemerintahan dan pentadbiran negara kita sendiri. Hal ini
bermakna kita tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana kuasa besar bagi menentukan arah
dan hala tuju negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.
Dari segi politik misalnya, kita dikatakan mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidaklah
seratus peratus mengikut sistem demokrasi barat atau mana-mana negara lain di dunia.
Demokrasi yang diamalkan di negara kita telah diubah suai mengikut acuan, keperluan dan
kepentingan masyarakat berbilang agama dan budaya yang kita warisi sejak dahulu. Hal ini
adalah semata-mata untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Kedaulatan negara ialah suatu yang perlu dijaga dan dikekalkan. Negara yang masih dijajah
secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing mengambarkan
kelemahan masyarakat dan pemimpin negara tersebut. Hal ini menunjukkan kerendahan
maruah bangsa dan negara tersebut pada mata dunia. Negara yang dijajah bukan sahaja
dipandang hina bahkan tidak dapat menjaga kepentingan rakyatnya kerana sumber kekayaan
negara akan dikuasai oleh penjajah atau orang asing. Hal inilah yang telah berlaku semasa
negara kita dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun pada masa dahulu. Bukan itu
sahaja, bahkan banyak kekayaan warisan budaya seni dan sastera negara kita telah dibawa
keluar oleh penjajah ke negara mereka.
Menjaga dan menpertahankan kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak
termasuk pemerintah, masyarakat dan setiap individu yang mengaku dirinya warganegara
malaysia. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

PEMERINTAH
-Memperkukuh sistem pertahanan & keselamatan negara.
-Menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
-Memperkukuh ekonomi negara:
~elakkan daripada penjajahan ekonomi
~menjadi negara pengeluar atau pembuat bukannya negara pengguna
-Mewujudkan sistem sosial dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insan bertaraf
dunia.

MASYARAKAT
-Menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.
-Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi & sosial.

INDIVIDU
-Cinta akan negara, bersemangat patriotik & sanggup berkorban untuk negara.
-Menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa.
-Menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.

3. Ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

…Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa
negara kita.

…Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan Melaka tercatat dalam buku Sejarah Melayu atau
Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang.

…Sejarah Melayu merupakan dokumen historiografi Melayu yang terpenting.

…Kesultanan Melayu Melaka mempunyai masyarakat yang tersusun,berperaturan dan mempunyai


sistem pentadbiran dan politik yang tersendiri.

…Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelabgai kesan dan warisan sosial politik dalam
sistem pemerintahan negara kita.

…Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan cirri-ciri negara bangsa
moden pada hari ini.

…Ciri-ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah wilayah pengaruh.

…Setiap negara mempunyai wilayah,iaitu tempat tinggal rakyat dan sempadannya sendiri yang
diterima umum.

…Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan mengakui
pemerintahan seorang raja.
…Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruhnya yang luas walaupun
sempadannya tidak ditetapkan.

…Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan tanah Melayu dan seluruh bahagian
Timur Sumatera.

Kedaulatan

...Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi sesebuah wilayah ke atas rakyatnya.

…Kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.

…Kedaulatan juga dirujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara atau pemerintah.

…Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk menggubal dan
menguatkuasakan undang-undang.

…Ini bermakna negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.

…Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur


tangan,paksaan,taklukan,atau penjajahan kuasa asing.

…Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka adalah berbeza dengan
negara moden kerana kedaulatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dirujuk terus kepada raja
yang memerintah..

…Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.

Lambang-lambang

…Lambang negara merupakan symbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara.

…Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing penaytuan bangsa dan negara.

…Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu,bahasa Melayud an agama Islam merupakan


warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

…Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka dilambangkan dengan alat


regalia,nobat,warna,bahasa,undang-undang,protocol,dan adat istiadat istana.

…Antara alat kebesaran diraja yang menjadi symbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah
ialah tengkolok diraja,cogan agama,gendik diraja,kalung diraja,dan pending diraja.

Keunggulan Undang-undang
…Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui
peraturan yang telah diwartakan.

…Undang-undang dicipta untuk memeliharakeamanan dan melindungi rakyat.

…Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan,kehakiman,bahasa,agama,dan


kerakyatan yang diterima oleh masyarkat.

…Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang
dipengaruhi oleh hokum adat tempatan dan agama Islam,iaitu hokum kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka.

…Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal.

…yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dalam kalangan
anggota masyarakat.

…turut menyatakan kesalahan terhadap kesalahan jenayah awam,undang-undang keluarga dan


sebagainya.

…Undang-undang laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran
di laut.

…Seperti tanggungjawab pegawai kapal.

…aturcara pelayaran.

…cara perniagaan.

…bidang kuasa nahkhoda kapal.

…hukuman bagi kesalahan jenayah.

Rakyat

…Rakyat islah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah.

…Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.

…Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.

…Sebagai tanda ketaatan,rakyat bersedia untuk mempertahankan negara,menghadiri adat istiadat


kerajaan,mengadakan gotong royong,kerahan tenaga.

Kerajaan

…Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran.

…menjaga keamanan.

…mempertahankan kedaulatan negara.

…menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.


…Pada masa dahulu,kerajaan hanya wujud apabila adanya raja.

…Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang
dibantu oleh Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Laksamana.

…Pembesar berempat ini menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio
mengikut bidang tugas masing-masing iaitu di darat,di laut,di sekitar Melaka,dan di jajahan takluk
Melaka.

…Sistem Pembesar 4 lipatan ini menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di
Melaka.

4. Bagaimanakah masyarakat Malaysia memanfaatkan kedudukan yang strategik di Rantau Asia


Tenggara bagi memajukan negara?

…Memperlengkap kemudahan di pelabuhan.

…Menguruskan urusan di pelabuhan dengan cekap.

…Memajukan industry perkapalan.

…Menambah bilangan akademi Maritim.

…Menjadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa.

…Mempelbagaikan fungsi pelabuhan.

…Memajukan sukan kapal layar.

…Menjadikan kawasan pantai sebagai industry pelancongan terkemuka.

…Memulihara khazanah laut.

…Memperketat kawalan kawasan perairan.

…Menggalakkan kemasukan pelabur asing.

…Menjamin kestabilan politik.

…Menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara.

…Menyediakan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia

…Menggunakan teknologi terkini.

…Menganjurkan persidangan antarabangsa/Komanwel/PBB/NAM/OIC.

…Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

…Mengekalkan keamanan serantau


5. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang strategik di Asia Tenggara

…Kemajuan ekonomi negara.

…Sektor pertanian berkembang pesat.

…Kepesatan sector perindustrian.

…Aktiviti perlombongan dijalankan secara produktif.

…Industri pelancongan berkembang maju/tumpuan pelancong asing.

…Perkembangan bidang maritime.

…Kemajuan sistem pengangkutan.

…Kemajuan perhubungan/komunikasi.

…Pusat tumpuan pelajar asing.

…Wujud hospital pelancongan.

…Pelaksanaan e-dagang

6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara.

...Ekonomi dunia yang tidak menentu.

…Kenaikan harga barangan.

…Kurang tenaga pakar.

…Memperkukuh perpaduan pelbagai kaum.

…Kadar pengangguran tinggi.

…Merapatkan jurng ekonomi antara penduduk Bandar dan luar Bandar.

…Bersaing dengan negara maju.

…Membendung gejala sosial.

…Kemasukan pendatang asing tanpa izin.

(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran

…Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)


…Menjayakan konsep 1 Malaysia.

…Merealisasikan wawasan 2020.

…Meneruskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

…Meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia.

…Membentuk minda rakyat kelas pertama.

…Menjadi pusat kecemerlangan ilmu serantau.

…Meluaskan pasaran barangan .

7. Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism

…Mengekalkan kegemilangan tradisi.

…Mengukuhkan jati diri bangsa.

…Meningkatkan semangat patriotism.

…Memanfaatkan kurniaan tuhan.

…Gigih berusaha.

…Berdaya saing.

…Bersikap inovatif dan kreatif.

…Berfikiran terbuka dengan nilai-nilai yang bermanfaat.

…Berani menghadapi cabaran.

…Sedia menerima perubahan yang positif.

…Mengekalkan keamanan negara.

…Menguasai ilmu pengetahuan.

…Bertoleransi antara kaum

You might also like