You are on page 1of 14

SEK MEN KEB PARIT BETAK.

KAJIAN KES SEJARAH


TINGKATAN 1
TAHUN 2021

KAJIAN KES SEJARAH

NAMA : MIYA BINTI JALA

KAD PENGENALAN :123456-01-5460

TINGKATAN : 1 DIVA

NAMA GURU : PUAN SITI IRANA BINTI ALI


TARIKH HANTAR : 28 OKTOBER 2021

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 1


TEMA KEDATANGAN KUASA ASING
TAJUK 7.0 CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT

TAJUK / ISU Kestabilan sistem pemerintahan tempatan, mendorong strategi peluasan


kuasa British mengubah sistem pentadbiran di negara kita.

STANDARD 7.1 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu


KANDUNGAN

STANDARD 7.1.1 Menerangkan kestabilan dan kemakmuran negara kita

PEMBELAJARAN 7.1.4 Menunjukkan perbezaan strategi kuasa barat menguasai Negara kita

JADUAL KERJA

BIL TARIKH/ PERKARA T.TANGAN


HARI GURU
1. 10/10/2021 Menerima taklimat peringkat sekolah dari Ketua Panitia
Ahad Sejarah menerusi Google Meet
2. Membina PERNYATAAN MASALAH yang sesuai
3. Membuat PERSOALAN KAJIAN mengikut tajuk
5. Menentukan OBJEKTIF KAJIAN yang sesuai mengikut
tajuk sekurang-kurangnya 3 objektif
6. Menentukan KAEDAH KAJIAN yang digunakan
sekurang-kurangnya 3 kaedah
7. Melaksanakan LAPORAN KAJIAN dengan sumber yang
betul
8. Membuat KESIMPULAN dan CADANGAN
9. Membuat SUMBER RUJUKAN sekurang-kurangnya 3
sumber mengikut ‘Kaedah Kajian’
10. LAMPIRAN

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 2


1.0 PENYATAAN MASALAH

Sebelum kedatangan kuasa Barat, negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran dan
bentuk pentadbiran yang sistematik menyebabkan British melancarkan strategi untuk
menguasai pentadbiran dan meluaskan kuasanya. Adakah anda bersetuju dengan
pernyataan ini?

1.1 Persoalan kajian

(a) Adakah negara kita mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik sebelum
kedatangan Barat?

(b) Bagaimanakah bentuk sistem pentadbiran di negara kita sebelum kedatangan Barat?

(c) Bagaimanakah British melaksanakan strategi untuk mengubah pentadbiran di negara


kita?

(d) Apakah iktibar yang diperolehi daripada peristiwa di atas?

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 3


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1. Saya dapat mengenalpasti sistem pentadbiran yang sistematik sebelum kedatangan
barat

2.2. Saya dapat mengetahui bentuk sistem pentadbiran di negara kita sebelum kedatangan
Barat.

2.3. Saya dapat memahami British melaksanakan strategi untuk mengubah pentadbiran di
negara kita?

2.4. Saya dapat meningkatkan semangat keyakinan diri serta mengukuhkan semangat cinta
akan negara.

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 4


3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1. Temubual

Saya menembual atau bertanya orang sumber iaitu Cikgu Md Lela Bin Rejab,Guru
Matapelajaran Sejarah,SMK Keladi.

i. Saya akan bertanya kepada guru saya,untuk mendapat banyak maklumat dan bahan
kajian.

3.2. Melayari internet

Saya melayari internet seperti di rumah saya untuk mencari maklumat.

Semasa melayari internet antara maklumat yang membantu dalam penulisan adalah
seperti

a) Lokasi pentadbiran Kesultanan Melaka


b) Sistem pentadbiran Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa asing.
c) Kepentingan Tanah Melayu kepada British
d)Pentadbiran British ke atas negeri-negeri di Tanah Melayu
e) Iktibar daripada kedatangan kuasa asing

3.3. Rujukan Perpustakaan/Buku Teks

Saya juga rujukan buku teks sejarah tingkatan 1,2 dan 3 yang berkaitan dengan persoalan
masalah yang telah saya bina dan saya pilih dalam kajian ini. Bagi mendapat maklumat
tambahan,saya perlu ke perpustakaan bagi mencari buku-buku yang sesuai dengan tajuk
kajian saya.

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 5


4.0 LAPORAN KAJIAN

Pengenalan
Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah iaitu negara kita hari ini, sememangnya kaya
dengan hasil bumi dahulunya. Antara hasil galian seperti emas, perak dan bijih timah.
Manakala, hasil hutan seperti rempah ratus, kayu kayan serta hasil laut seperti gamat,
mutiara dan rumpai laut. Kesemua hasil ini menarik minat kuasa asing untuk meluaskan
kuasa dinegara kita suatu masa dahulu. Pentadbiran yang tersusun sebelum kedatangan
British juga menunjukkan kesultanan serta pentadbiran tempatan sangat stabil.
Pemerintahan beraja di Tanah Melayu serta Kesultanan dan kesukuan di Sabah dan
Sarawak sebagai contoh pentadbiran yang unggul. Namun kedatangan British disebabkan
kemakmuran dan kestabilan poliktik telah mengubah corak pemerintahan di Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak. British meluaskan kuasa dan mengambil alih pentadbiran
dengan pelbagai strategi. Sudah pasti selepas kajian ini, akan menimbulkan semangat
patriotisme yang tinggi untuk kita pertahankan negara kita sekiranya ada pihak luar yang
cuba menguasai negara kita lagi.

(a) Adakah negara kita mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik sebelum
kedatangan Barat?

Kajian menunjukkan negara kita suatu masa dahulu mempunyai sistem pentadbiran
yang sistematik sebelum kedatangan barat. Sistem pemerintahan tersebut adalah sistem
pemerintahan. Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi
daripada kesultanan Melayu Melaka. Manakala Sarawak dan Sabah mempunyai sistem
pemerintahan masyarakat tempatan yang terawal. Antara contohnya adalah seperti Sistem
Pemerintahan Beraja, Sistem Pemerintahan Minangkabau di Negeri Sembilan dan Sistem
Kesukuan dan Kesultanan di Sabah dan Sarawak. Kita harus bangga kerana pada masa
dahulu kita mempunyai sistem pemerintahan sendiri. Bak peribahasa, Hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Bukti lain negara kita mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan adalah
memiliki Sistem Perundangan. Sistem Perundangan ini diamalkan tersendiri di Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah. Contohnya Hukum kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka,Hukum Kanun Pahang. Di Sarawak dan Sabah pula undang-undang dan hukum adat
diamalkan mengikut kepercayaan suku kaum masing-masing.

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 6


(b) Bagaimanakah bentuk sistem pentadbiran di negara kita sebelum kedatangan
Barat?

Didapati bentuk sistem pentadbiran di negara kita sebelum kedatangan Barat adalah
sistem pemerintahan beraja. Di sebuah negeri hendaklah diketuai oleh Sultan atau Raja.
Mereka merupakan lambang kedaulatan negeri bersama kaum kerabat diraja dan
pembesar. Contohnya Sultan berperanan dalam memerintah negeri manakala kaum
kerabat serta pembesar membantu dan melaksankan perintah sultan.

Seterusnya, pentadbiran yang diketuai sultan juga ada pembesar yang mentadbir
sesebuah jajahan ataupun daerah. Pembesar dilantik oleh sultan. Mereka berperanan
dalam menjaga keamanan, kemakmuran, kestabilan dan mengekalkan kedaulatan negeri.
Maka, tidak dinafikan seorang ketua seperti sultan tidak dapat bertugas sendiri tetapi amat
penting pembantu seperti pembesar dalam pentadbiran untuk melancarkan sesebuah
organisasi.

Dalam sistem pemerintahan beraja, sistem terakhir selepas pembesara adalah Penghulu.
Mereka bertugas menjaga mukim ataupun kampung iaitu unit paling kecil dalam
sistem pemerintahan Melayu. Penghulu berperanan menyampaikan arahan raja atau
pembesar. Dapat dilihat, unit kecil seperti penghulu penting untuk memudahkan maklumat
disampaikan kepada masyarakat.

(c) Bagaimanakah British melaksanakan strategi untuk mengubah pentadbiran di


negara kita?

British menggunakan pelbagai strategi untuk melaksanakan pentadbiran di negara kita


sekaligus meluaskan kuasanya. Antaranya ialah menggunakan serangan fizikal. Ini kerana
keengganan Penghulu Naning Dol Said tunduk dengan kuasa British di Melaka setelah
British memperoleh Melaka akibat perjanjian London 1824. Selain itu, British menyerang
kerana Sultan Omar campur tangan urusan perang saudara di Pahang dan masalah takhta
Sultan Mahmud Lingga. Contoh serangan fizikal adalah seperti British menyerang kawasan
Naning pada 1831 dan 1832. Malah, membedil Kuala Terengganu. Jadi, pengajaran adalah
berwaspada dan sentiasa menjaga keamanan negeri supaya pihak luar tidak mencampuri
urusan dalaman negeri.
Seterusnya, British menggunakan strategi pakatan. Di mana strategi pakatan ini
digunakan untuk mendapatkan Melaka. Mereka berpakat dan membuat perjanjian dengn
Belanda. Ini menyebabkan British dan Belanda menukarkan wilayah mereka. Contohnya,
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British berjaya mendapatkan Melaka dan Singapura
manakala Belanda mendapat Bangkahulu. Daripada peristiwa ini, jikalau kita sentiasa
berpakat urusan yang susah menjadi mudah

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 7


(d) Apakah iktibar yang diperolehi daripada peristiwa di atas?

Selepas mendapat maklumat ini, saya mendapat beberapa pengajaran untuk diri saya.
Iaitu tidak mudah terpedaya dengan tawaran dan hadiah daripada orang yang tidak
dikenali.Ini kerana kita harus memikirkan baik dan buruknya jika kita mudah terpedaya
dengan pujukan orang lain supaya kita tidak mengalami kerugian. Berusaha dengan usaha
sendiri adalah lebih baik untuk kepuasan diri. Seperti kata pepatah, berdiri di atas kaki
sendiri.

Seterusnya, kita harus bijaksana dalam menghadapi situasi yang sukar. Janganlah kita
bertindak mengikut perasaan. Misalnya meminta pendapat daripada orang lain yang lebih
kita percayai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Malah, haruslah berpandangan jauh
untuk berjaya. Umpama, jika kita muafakat akan membawa berkat.

Kita sepatutnya juga perlu percaya kepada kepakaran orang tempatan untuk bekerja.
Peluang kepada rakyat tempatan yang profesional untuk berbakti kepada negara, dimana
mereka juga mempunyai daya kreatif untuk memajukan negara. Pepatah mengatakan,
belakang parang kalau diasah semakin tajam.

Di akhir tugasan ini, saya menimba pengetahuan tentang negara kita mempunyai
sistem pentadbiran yang sistematik. Malah, mempunyai bentuk pemerintahan yang terawal
dan kukuh seperti sistem Pemerintahan Beraja, Pemerintahan Berhierarki di Negeri
Sembilan dan Sistem Kesukuan dan Kesultanan di Sarawak dan Sabah.

Sepanjang penyiapan tugasan ini, saya mempelajari nilai hormat-menghormati semasa


berbincang dengan rakan. Malah dalam tajuk ini juga kita harus tolong-menolong seperti
Sultan Omar yang mahu menolong menyelesaikan Perang Saudara di Pahang tetapi
digagalkan oleh British. Saya juga harus mempercayai diri sendiri dan orang yang kita
percayai dalam perjuangan mencapai sesuatu kejayaan.Daripada kajian ini juga,saya dapat
merasakan semangat patriotic saya kepada Negara tercinta semakin kuat. Kesimpulan ini
juga,saya amat kagum dan bangga kerana sejarah merupakan cerita atau maklumat yang
benar-benar asli,benar dan boleh dipercayai.

Akhir sekali, harapan saya adalah, semoga negara kita sentiasa aman damai. Saya
juga bercadang agar pemimpin perlu lebih bijaksana dalam membuat keputusan dan
mengamalkan integriti yang tinggi semasa memimpin negara. Saya juga mencadangkan
agar pihak kerajaan khas kementerian pendidikan memperluaskan kajian sejarah ini
terutama dalam alam persekolahan. Penggunaan teknologi moden masa kini diperluaskan
dalam matapelajaran sejarah.

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 8


6.0 LAMPIRAN

Cari gambar,peta dan apa-apa bahan yang sesuai dengan tajuk untuk diletakkan dibahagian
ini.

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 9


SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 10
SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 11
SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 12
SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 13
7.0 RUJUKAN

Orang Sumber

Md Lela Bin Rejab,69120902507,52 tahun,No.4133,Lorong 9F,Taman


Selasih,09000,Kulim,Kedah.Ijazah SarjanaMuda Pendidikan (Sejarah),USM,2003.

Buku Teks

Buku teks tingkatan 3 karya Dr.Azharudin bin Mohamed Dali , Ridzuan bin Hasan ,
Muslimin bin Fadzil . Tahun penerbitnya ialah 2018 dan penerbitnya ialah Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kuala Lumpur (DBP) .

Buku success sejarah tingkatan 1,2,3 karya Muslimin Fadzil


dan Ridzuan Hasan . Tahun penerbitnya ialah 2019 dan
penerbitnya ialah Oxford Fajar .

Internet

http://matamin02.blogspot.com/2011/09/strategi-penjajahbritish-untuk.html

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/awasi-penjajahanbaharu-era-internet-
113620

https://cikguizatulhanim.blogspot.com/2015/11/peranan-bagimengelakkan-negara-dijajah.html

https://www.slideshare.net/YantiNazirah/pentadbiran-negerinegeri-melayu-bersekutu

https://www.youtube.com/watch?v=Ivll_lWIp14

https://www.youtube.com/watch?v=oxv5pJj6a_Q

https://fastnote.wordpress.com/pentadbiran-masyarakat-melayu-sebelum-campur-
tangan-british/

https://www.youtube.com/watch?v=yk7c548jUxY

https://www.youtube.com/watch?v=f32anIYRFlI

https://history.um.edu.my/Scholarly/mardiana-kesultanan-melayu-melaka-simposium-
sejarah.pdf

https://www.melaka.gov.my/ms/rakyat/info-melaka/sejarah

SITI IRANA BINTI ALI 2021 Page 14

You might also like