You are on page 1of 16

KAJIAN KES SEJARAH

TINGKATAN 4 2023

BAB 1 : WARISAN NEGARA BANGSA

NAMA : TASNIM ZAHRA BINTI MOHAMMAD


RAZI
KELAS : 4 ALIM
NO K/P : 071010020098
NAMA GURU : MOHD. SUHAIMI BIN MUHD.
SUKUR

TANDA TANGAN MURID


___________________
TANDA TANGAN GURU
___________________
 JADUAL KERJA
Bil Tarikh Perkara Catatan
.
1. 12/10/2023 - Mendengar taklimat daripada Encik Di
Suhaimi (guru mata Pelajaran Sejarah) kelas
tentang kerja kursus Sejarah
2. 14/10/2023 - Membuat penghargaan, pernyataan Di
masalah, kaedah kajian dan objektif rumah
kajian
3. 16/10/2023 - Mencari maklumat di Internet tentang Di
tajuk Warisan Negara Bangsa rumah
4. 17/10/2023 - Membuat laporan kajian Di
1.1 Latar Belakang Negara Bangsa rumah
Sebelum Kedatangan Barat
5. 19/10/2023 - Membuat laporan kajian Di
1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan rumah
Melayu Melaka
6. 23/10/2023 - Membuat laporan kajian Di
1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan rumah
Undang-undang
7. 25/10/2023 - Membuat laporan kajian Di
1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat rumah
8. 29/10/2023 - Menulis rumusan Di
rumah
9. 30/10/2023 - Membuat sumber rujukan Di
rumah
10. 31/10/2023 - Membuat lampiran Di
rumah
11. 2/11/2023 - Menghantar kajian kes kepada guru Di
Sejarah kelas
2

 ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman


1. Tajuk Kajian 1
2. Penghargaan 4
3. Pernyataan Masalah 5
4. Objektif Kajian 5
5. Kaedah Kajian 5
6. Pengenalan 6
7. Laporan Kajian 7
8. Rumusan 14
9. Sumber Rujukan 15
10. Lampiran 16
3

 PERNYATAAN MASALAH
Sistem pemerintahan Negara Malaysia hari ini telah mewarisi ciri-ciri
negara bangsa kerajaan awal Alam Melayu. Bersetujukah anda ?
1. Nyatakan maksud Negara Bangsa dan jelaskan Latar Belakang Negara Bangsa
Sebelum Kedatangan Barat.
2. Bincangkan Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
3. Terangkan tentang keunggulan sistem pentadbiran dan undang-undang.
4. Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan pemerintah dan rakyat bagi mengekalkan
kedaulatan negara ? Berikah hujah anda.

 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kes ini dijalankan bagi memenuhi beberapa objektif
kajian ini :
1. Memahami maksud Warisan Negara Bangsa.
2. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda
yang lain.
3. Memberi kesedaran bahawa Sistem pentadbiran Malaysia hari ini dapat menjamin
keselamatan kerajaan.
4. Mengetahui keunggulan sistem pemerintahan dan pentadbiran Malaysia.

 KAEDAH KAJIAN
- Bimbingan daripada guru
Saya telah mendapatkan bimbingan dari guru Sejarah iaitu
Encik Mohd Suhaimi Bin Muhd Sukur.
- Kaedah Melayari Internet
Saya telah melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dengan lebih luas dan
mendalam seperti https://app.pandai.org/learn/chapter/kssm-f4-sj-01/warisan-negara-
bangsa

- Kaedah Buku Teks


Saya telah menggunakan kaedah buku teks untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan.
- Kaedah Audio Visual
Saya telah menggunakan kaedah audio visual dengan melihat video tentang Warisan
Negara Bangsa.
5

 LAPORAN KAJIAN
1. Nyatakan maksud Negara Bangsa dan bincangkan latar
belakang Negara Bangsa sebelum kedatangan Barat.
Negara Bangsa bermaksud satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh
pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa
sebagai sebuah wilayah yang berdaulat.
Kerajan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara,
Srivijaya, Angkor dan Majapahit telah membuktikan asas negara bangsa sudah bermula
sebelum kedatangan Barat. Antara ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu adalah :

 RAJA
- Merupakan tonggak utama kerajaan
- Para pembesar membantu memperkukuhkan kedudukan raja dengan sistem
pentadbiran.

 UNDANG-UNDANG
- Dicipta untuk memelihara keamanan dan melindung rakyat.
- Digunakan di seluruh wilayah pengaruh sebagai panduan dalam mentadbir kerajaan.
Contoh : Undang-undang Kutara Manawa diamalkan oleh kerajaan Majapahit.

 WILAYAH PENGARUH
- Bermaksud terdapat tempat tinggal.
- Rakyat menerima pemerintahan seorang raja.

 RAKYAT
- Merujuk kepada penduduk yang tinggal di sesebuah wilayah.
- Teikat kepada undang-undang.
- Rakyat hendaklah taat kepada raja.
7

 PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia-Nya yang
dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
Sejarah ini dengan jayanya. Pertama sekali, setinggi-tinggi ucapan
saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas sokongan dan bantuan
mereka semasa proses penyelesaian kerja kursus Sejarah ini.
Selain itu, tidak dilupakan juga kepada guru Sejarah yang sangat
saya hormati iaitu , Encik Mohd. Suhaimi Bin Muhd. Sukur atas
tunjuk ajar dan bimbingannya telah membuka ruang untuk saya
menjayakan tugasan ini.
Di samping itu, saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan
saya iaitu Nor E’syati Barqiah, Nur Hidayah dan Che Noor Andira
yang telah membantu saya dengan memberikan pendapat mereka dan
membantu mencari maklumat tentang tajuk kerja kursus yang
berkenaan kepada saya. Mereka juga telah membantu saya menjawab
setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Tuntasnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa
yang terlibat dalam proses saya melaksanakan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.
4

2. Bincangkan Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu


Melaka.
- Asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah Kesultanan Melayu Melaka.
- Kerajaan ini mempunyai sistem politik, peraturan dan pentadbiran yang tersendiri.

 RAJA
- Raja merupakan pemerintah tertinggi.
- Menggunakan Sistem Pembesar Empat Lipatan
o Bendahara
o Penghulu Bendahari
o Laksamana
o Temenggung
- Menggunakan gelaran sultan setelah kedatangan Islam.

 RAKYAT
- Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
- Terdapat golongan Merdeka dan hamba.
- Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan.

 KEDAULATAN
- Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
- Hak mutlak sultan untuk kawal rakyat dan wilayah.
- Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka bebas daripada campur tangan kuasa asing.
- Diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming.
- Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar orang utusan, diketuai oleh Laksamana
Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan.
8

 WILAYAH PENGARUH
- Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
- KMM mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan
Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumetara.
- Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
- Membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini.

 UNDANG-UNDANG
- Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
- Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
- Digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi kerajaan.
- Menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan unggul.

 LAMBANG KEBESARAN
- Merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
- Simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
- Ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna, nobat regalia dan cap mohor.
- Cap mohor digunakan sebagai pengesahan arahan daripada sultan.

9
3. Terangkan tentang keunggulan sistem pentadbiran dan
undang-undang.

 SISTEM PENTADBIRAN
- Sistem Pentadbiran yang tersusun dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.
- Sultan Melaka memberi kuasa meerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau
pulau kepada para Pembesar Berempat.
- Setiap kawasan dikenali sebagai kawasan pegangan.

 SULTAN
- Mengetuai pemerintahan yang mempunyai kuasa dalam segala aspek pemerintahan,
peperangan, hubungan diplomatic dan agama.

 BENDAHARA
- Ketua pentadbir atau ketua turus angkatan tentera.
- Menasihati sultan dalam pelbagai perkara.
- Pemangku sultan.

 PEMANGKU BENDAHARI
- Menguruskan perbendaharaan secara teratur.

 SYAHBANDAR
- Mengutip cukai di Pelabuhan.

 TEMENGGUNG
- Menjaga keamanan di darat dan di laut.
- Menjaga kota Melaka.

 LAKSAMANA
- Sebagai panglima Angkatan laut Melaka.

 PEMBESAR
- Menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.
- Dilantik oleh Sultan dan Pembesar Berempat.
- Menjaga keamanan kawasan pentadbiran.
- Dibenarkan untuk mengutip cukai.

10
UNDANG-UNDANG
HUKUM KANUN MELAKA
 JENAYAH
- Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh,
menikam dan mencuri.
- Dalam Fasal 5.1, apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan
raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh.
- Dalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan
memalsukan titah sultan.

 PERANAN SULTAN DAN PEMBESAR


- Perlu arif dalam hal berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang.
- Dalam Fasal 1, dijelaskan tugas sultan, Bendahara Temenggung dan Penghulu
Bendahari.
- Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar.

 KEKELUARGAAN
- Isu kekeluargaan diberikan perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka.
- Diwujudkan untuk keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh keluarga atau dalam perkahwinan.
- Dalam Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup
memadai dua orang sahaja.
- Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi.

 EKONOMI
- Dalam Fasal 30, amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan.
- Orang niaga hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.

11
 UNDANG-UNDANG LAUT
MELAKA
Undang-undang ini diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah dan mengandungi
antaranya termasuklah perkara berkaitan dengan peranan nakhoda, pelayaran, jenayah
di atas kapal dan percukaian.

 PERANAN NAKHODA
- Nakhoda berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran.
- Semua pihak harus mematuhi arahan dan pemerintah nakhoda.
- Dalam Fasal 13.1, nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat
hari.
- Dalam Fasal 13.3, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam
senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam
kapal untuk mendapatkan persetujuan.

 PELAYARAN
- Peranan jurumudi, malim dan jurubatu juga penting.
- Dalam Fasal 9,
o Malim harus arif dalam ilmu pelayaran.
o Mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang.
o Jika malim lalai dan menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan
dijatuhkan hukuman bunuh.
 JENAYAH DI ATAS KAPAL
- Dalam Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal
akan dikenakan hukuman mati.

 PERCUKAIAN
- Dalam Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap
penumpang.
12

4. Pada pendapat anda, apakah peranan pemerintah dan rakyat


bagi mengekalkan kedaulatan negara ? Berikah hujah anda.
Pada pendapat saya, peranan pemerintah dan rakyat bagi mengekalkan kedaulatan
negara ialah dengan menghubungkaitkan pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat. Rakyat juga bernaung di bawah
pentadbiran sultan dan pembesar saling berkait antara satu sama lain.

Golongan Pemerintah dan Rakyat dalam masyarakat dalam Kesultanan Melayu


Melaka terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan diperintah. Golongan
pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat raja dan ulama.

Sultan berperanan untuk menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda
dan mewujudkan perpaduan rakyat. Sultan juga bertanggungjawab terhadap kemakmuran
serta kestabilan kerajaan dan baginda perlulah memperkenalkan undang-undang untuk
mengawal rakyat. Selain itu, peranan pembesar pula ialah untuk memelihara keamanan
dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. Pembesar juga menjadi perantara sultan dan
rakyat. Pembesar ditugaskan untuk mengutip hasil cukai melalui sistem serah dan
membekalkan tenaga melalui sistem kerah.

Di samping itu, rakyat terdiri daripada pelbagai golongan seperti golongan seperti
peniaga, petani, tukang dan nelayan. Hamba pula terdiri daripada hamba raja, hamba
berhutang dan hamba biasa. Oleh itu, rakyat berperanan dengan menunjukkan taat setia
kepada pemerintah dan mematuhi segala arahan pemerintah serta tidak akan menderhaka
kerana takut ditimpa tulah. Rakyat juga perlulah menghadiri majlis umum seperti gotong-
royong dan menjadi tentera, pengayuh atau pendayung kapal perang. Mereka perlulah
menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan.

Tuntasnya, hubungan di antara pemerintah dan rakyat memainkan peranan yang


sangat penting dalam usaha menjamin kesejahteraan. Hubungan ini dapat memelihara
kedaulatan raja dan kesejahteraan rakyat. Sebagai rakyat, kita perlulah menjaga hubungan
baik dengan pemerintah bagi mengekalkan kemajuan dan keamanan negara.

MAKSUD WAADAT
Waadat ialah perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun yang mewakili golongan
diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah.

MAKSUD TULAH
Tulah bermaksud bala atau petanda celaka dan akibat buruk yang menimpa akibat
mengingkari perintah sultan. Mereka dianggap menderhaka dan mendapat tulah.
13

 RUMUSAN
Kesimpulannya, melalui kajian ini, banyak pengetahuan
dan pengajaran yang telah dapat saya pelajari. Antaranya
ialah kesan besar terhadap kemerdekaan negara yang
sekaligus membentuk semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat. Selain itu, wujudnya kesamaan dari segi proses
pembentukan 4 tamadun awal. Setiap tamadun berkembang
daripada perkampungan prasejarah akhir, iaitu daripada
perkampungan lahiriah bandar dan negara kota. Kegiatan
ekonomi berkembang dan pertambahan penduduk berlaku
dalam negara kota. Kepelbagaian kegiatan ekonomi ini
membawa kepada pengkhususan kerja dan keperluan
infrastruktur. Kesemua ini telah menyebabkan sistem
pemerintahan berubah menjadi lebih kompleks.

14
 SUMBER RUJUKAN

1. BUKU
- Ridzuan Bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid Muslim Bin
Fadzil, 2019. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. KAEDAH MEDIA
- https://www.slideshare.net/muhdshamri/kajian-kes-sejarah-amizzanpptx
- https://question.pandai.org/note/chapter/kssm-f4-sj-01

3. KAEDAH PEMERHATIAN
- https://youtu.be/FW8i8ptOmCY?si=GEQfvSNpFmOQ4Ke6

15
 PENGENALAN
Warisan Negara Bangsa membincangkan latar belakang
negara bangsa sebelum kedatangan Barat dan ciri-ciri
negara bangsa pada masa itu. Warisan Negara Bangsa padat
dengan kepelbagaian agama, budaya dan sistem
pemerintahan yang wujud dalam masyarakat kita sebelum
kedatangan penjajah Barat. Negara Bangsa juga
memainkan peranan yang penting dalam membentuk
identiti dan kesatuan bangsa kita. Dengan membincangkan
tajuk Warisan Negara Bangsa ini, kita akan belajar
menghargai warisan negara bangsa kita dan memahami
betapa pentingnya untuk memelihara dan
mempertahankannya.

You might also like