You are on page 1of 9

kajian kes

sejarah
AMIRAH HANNANI
JADUAL KERJA
23/7
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1. 23/6 CG Hanisah menerangkan Di dalam
tentang kajian kes sejarah kelas

2. 23/6 Mencari maklumat Melalui


internet

3. 23/6 memilih tajuk Melalui


telegram

4. 25/6 Membina jadual kerja,


Di rumah
pernyataan masalah &
objektif kajian ,
5. 2/7 Membina kaedah kajian Di rumah

6. 22/7 Membina laporan kajian Di rumah


dan lampiran
Melalui
7. 26/7 Menghantar hasil kerja
telegram
kepada CG Hanisah
PERNYATAAN MASALAH
Pentadbiran pembesar berempat
yang mantap telah membawa
kepada keamanan dan kemakmuran
kesultanan melayu melaka
OBJEKTIF KAJIAN
hasil daripada kajian ini;

2. dapat 3.dapat menyenaraikan


1.saya dapat membandingkan tugas ciri - ciri kepimpinan
menerangkan tugasan bendehara dengan yang unggul demi
pembesar berempat perdana menteri pada masa depan yang
masa kini negara yang gemilang
KAEDAH KAJIAN
1.KAEDAH MELAYARI INTERNET
Saya telah melayari laman sesawang
https://www.scribd.com/doc/128985133/Jawatan-Dan-Tugas-
Pembesar-Berempat-Dalam-Pentadbiran-Kesultanan-Melayu-
Melaka untuk menjelaskan tugas pembesar berempat.
Selain itu,saya juga melayari laman
sesawanhttps://www.scribd.com/document/58940162/PERDANA-MENTERI
untuk membandingkan tugas Bendehara dengan Perdana Menteri pada
masa kini.

2. KAEDAH AUDIOVISUAL
Saya telah menonton video yang bertajuk "Ciri-ciri seorang pemimpin"
untuk menyenaraikanciri-ciri kepimpinan yang unggul demi masa depan
negara yang gemilang
LAPORAN KAJIAN
Pentadbiran pembesar berempat yang mantap telah membawa kepada keamanan dan
kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka

OLEH
AMIRAH HANNANI BINTI ZAINAL ABIDIN
Pada zaman pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka, tahun 1459. Sultan Melaka
telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Sstem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan
pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini,
sultan mengetuai teraju pemerintah. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar
yang dikenali sebagai Pembesar Berempat.
Pembesar Berempat terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Mereka mempunyai tugas tugas tersendiri. Pembesar yang pertama, Bendahara.
Antara tugas-tugas Bendahara ialah menasihati raja dalam bidang pentadbiran, menjadi
menteri utama dan ketua turus angkatan perang. Pembesar kedua, Penghulu Bendahari. Dia
ditugaskan untuk menjadi ketua bagi semua Bendahari, menjadi ketua urusetia istana dan
memungut hasil atau ufti. Pembesar ketiga, Temenggung. Dia bertugas sebagai Ketua Polis dan
Penjara bagi memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri. Selain itu, dia juga perlu
mengawasi pedagang asing di Melaka. Akhir sekali, dia perlu memastikan sukatan dan
timbangan pedagang betul. Pembesar yang terakhir ialah Laksamana. Laksamana diberi tugas
untuk menjadi ketua duta , menjaga keselamatan sultan dan menjadi Ketua Angkatan Laut
untuk menjaga ketenteraman di laut.
Pada zaman dahulu, Bendahara merupakan salah satu pembesar yang penting pada sistem
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Antara tugas penting seorang Bendahara ialah
menasihat raja dalam bidang pentadbiran dan memangku sultan ketika sultan gering atau ke luar
negara. Manakala, pada zaman sekarang Perdana Menteri merupakan Ketua Kerajaan Malaysia.
Beliau bertugas sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Selain itu. beliau juga
menamakan senarai Menteri Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seterusnya, dia
perlu menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam negara. Di samping itu, dia
memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen apabila sampai
tempohnya. Akhirnya, dia juga bertugas untuk menyelaraskan dan membuat keputusan tentang
semua dasar kerajaan.

Terdapat banyak ciri-ciri kepimpinan yang unggul demi masa depan negara yang gemilang.
Antara ciri-cirinya ialah Keberanian. keberanian ialah satu sikap yang harus dimiliki oleh seorang
pemimpin. Mereka harus mempunyai kepercayaan diri yang tinggi untuk melakukan setiap
pekerjaan tanpa rasa takut dengan penuh tanggungjawab. Selain itu, pemimpin yang unggul boleh
bekerja sama. Bagi seorang pemimpin, kualitas dan kreatifitas hasil kerjanakan lebih baik jika
dikerjakan dengan bekerjasama. Seterusnya, mereka juga perlu mempunyai kemampuan untuk
mengembangkan ekonomi negara. Akhir sekali, mampu mendelegasikan tugas kepada orang yang
tepat.
Begitulah serba sedikit rumusan berkaitan dengan zaman pemerintahan 4 pembesar pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka.
PENGETAHUAN; NILAI MURNI;
-Kita lebih
-Bekerjasama
mengetahui peranan dan
tugas-tugas pembesar
semasa zaman
pemerintahan Melayu
Melaka
NILAI PENGAJARAN
PATRIOTISME
-Menghargai keamanan
-Memastikan rakyat
Malaysia untuk generasi
berada dalam kawasan
akan datang
yang aman
LAMPIRAN

You might also like