You are on page 1of 13

Tajuk : Pelabuhan Kerajaan Melayu

Melaka

Nama: Yudhreyysh Sivenesan

Kelas: 2 Austin

Nama Cikgu: Pn Hemah Latha


Penghargaan

Saya ingin memberikan penghargaan kepada guru


sejarah saya, Cik Hemah Latha a/p Thangavellu
kerana beliu telah memberikan panduan untuk
mebuatkan kajian kes sejarah saya. Selain itu,
beliau juga memeberikan beberapa nota tambahan
sebagain rujukan untuk membuat kajian kes ini.

Seterusnya, saya hendak mengucapkan terima kasih


kepada ibu bapa saya, Geetha a/p Ramasamy dan
Sivenesan Marthammuthu kerana mereka
membantu saya mencari maklumat untuk kajian kes
ini.

Jika saya tidak mendapati bantuan daripada ibu


bapa saya dan guru mata pelajaran Sejarah saya.
Saya tidak dapat menyiapkan kerja dengan kemas
dan cekap.
Pernyataan Masalah & Objektif

 Pernyataan Masalah

Pelabuhan Kerajaan Melayu Melaka merupakan sesuatu


faktor penting yang menjadikan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang semakin berkembang pada abad ke-15

 Objektif

1. Menjelaskan latar belakang bagi pengasasan kawasan


Pelabuhan Kerajaan Melayu Melaka

2. Menyatakan faktor-faktor bagi pilihan kedudukan


geografikal yang menjadikan Pelabuhan Melayu Melaka
sesuatu lokasi yang strategic

3. Senaraikan faktor-faktor yang mendorongkan Kerajaan


Melayu Melaka menjadi sebuah pelabuhan entrepot sehingga
menyumbang kepada kegemilangan Melaka

4. Menghubung kaitkan kematangan hubungan luar dengan


kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka.
Kaedah Kajian

 Kaedah Buku Teks

Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan


fakta yang ada. Saya memilih kaedah ini sebab benar
merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber
yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah
buku teks sejarah Tingkatan 2.

 Kaedah Melayari Internet

Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet


bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini.
Maklumat di internet boleh didapati daripada hampir beribu
website. Apabila menggunakan kaedah melayari internet,
maklumat boleh dicari dengan lebih mudah dan juga tidak
menggunakan banyak masa.

 Kaedah Perbincangan dengan Kawan Melalui Aplikasi


Persidangan Video

Selain itu, saya menggunakan suatu kaedah iaitu perbincangan


bersama kawan. Kaedah ini tidak dilakukan dalam kaedah
fizikal malah melalu aplikasi Google Meet. Kaedah ini
memudahkan pencarian maklumat serta akan mengurangkan
kadar kesalahan dalam folio.
Jadual Kerja
Bilang Tarikh Perkara Catatan
an
1. 7.10.2021 Cikgu Cikgu Hemah Latha
mengadakan mengadakan Google Meet
Google Meet untuk menerangkan cara
membuat kajian kes
2. 8.10.2021 Mulakan kajian Mulakan kajian kes
kes dengan dengan mencari maklumat
mencari dari internet menggunakan
maklumat Google Chrome
3. 9.10.2021 Mulakan menaip Mula dengan muka surat
kajian kes pertama dan penghargaan
4. 11.10.202 Mencari Lebih Mencari lebih maklumat
1 maklumat berkaitan topik daripada
buku teks, buku revisi dan
Google Chrome
5. 13.10.202 Sambung dengan Membuat muka surat 3,
1 kajian kes iaitu pernyataan masalah
bersama kawan dan objektif serta muka
melalui Google surat 4, iaitu Kajian kes.
Meet Saya juga membuat muka
surat 5, iaitu jadual kerja
6. 14.10.202 Membuat Membuat semua kerangka
1 kerangka kasar kasar dan rujukan
Melengkapkan
seluruh folio
7. 29.10.202 Membuat Membuat semakan
1 semakan ahkir terakhir sebelum
menghantar kepada guru
Kerangka Kasar

1. Pengenalan Kerajaan Melayu Melaka

Kerajaan Melayu Melaka merupakan Kerajaan yang termashyur di


Asia Tenggara. Kerajaan ini diasaskan oleh seorang Putera
Srivijaya yang berasal dari Palembang iaitu Parameswara di antara
tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada masa awal kerajaan ini, ia
tidak merupakan sebuah kerajaan yang beragama muslim, malah
merupakan kerajaan Hindu. Hal ini berubah pada tahun 1409
apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama
Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka
oleh Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
berterusan selama lebih satu abad sehingga lah apabila Kesultanan
Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de
Albuquerque yang meyerang Melaka pada 1511. Sultan Mahmud
Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

2. Faktor Kegemilangan Melaka pada Abad Ke-15 Masihi

a. Pentadbiran yang sistematik dengan mengamalkan sistem


Pembesar Empat Lipatan, terdiri daripada Pembesar Berempat,
Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga
Puluh Dua.

b. Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa disebabkan:

 Kedudukan geografi yang strategik iaitu terletak di


pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat
 Jawatan Syahbandar diwujudkan untuk menguruskan hal-hal
pelabuhan dan melicinkan urusan perdagangan
 Peranan Laksamana dan Orang Laut untuk menjaga
keselamatan pedagang dan keamanan di Selat Melaka.
 Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka memberikan
keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang di Melaka
 Pelbagai kemudahan disediakan seperti gudang, tempat
tinggal, membaiki kapal, kemudahan bekalan makanan dan
minuman telah menarik ramai pedagang ke Melaka
 Memperkenalkan sistem cukai berkeutamaan atau cukai
mengikut tempat
 Penggunaan sistem mata wang membolehkan urusan
perdagangan berjalan lancer
 Melaka menjadi pelabuhan entrepot
 Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan utama di
pelabuhan

3.Kemudahan yang Disediakan oleh Pelabuhan Melayu Melaka

Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan


Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan
Melaka Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh
Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja
untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke
gudang Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan
air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran
angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut
juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun

Kemudahan-kemudahan tersebut ialah:


 Kemudahan membaiki kapal
 Rumah persinggahan
 Gudang untuk menyimpan barang
4.Peranan Pemerintah Menarik Perhatian Pedagang Luar

Pemerintah perlu menarik perhatian pedagang luar ke Kerajaan


Melayu Melaka untuk meningkatkan sumber daya ekonomi
Kerajaan. Selain itu, pemerintah akan menjadikan pelabuhan
Melayu Melaka menjadi suatu lokasi yang terkenal kepada
kerajaan-kerajaan yang lain sebagai lokasi perdagangan yang bagus
bukan sahaja kerana lokasi yang strategic malah sumber barangan
yang banyak serta kawasan yang besar. Jika pemerintah menarik
perhatian pedagang luar, pemerintah boleh membentuk hubungan
diplomatik dengan kerajaan luar yang lain. Ini akan memboleh
pemerintah mendapat bantuan tentera semasa perang dan juga
boleh meningkatkan kadar perdagangan dalam kerajaan masing-
masing. Di samping itu, pemerintah juga boleh mengedarkan
ajaran agama kepada kerajaan-kerajaan lain dan pemerintah
Kerajaan Melaka boleh mendapat ajaran agama daripada kerajaan
luar.

5.Impak Peristiwa kepada Diri Sendiri, Masyarakat dan Negara.

Akibat kejadian perdagangan di Pelabuhan Melaka semasa


Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka, Malaysia menjadi sesuatu
tempat yang terkenal bagi perlantaran pelbagai jenis barang. Antara
barang tersebut ialah rempah ratus seperti lada hitam serta buah-
buahan seperti nanas, durian, manggis dan rambutan. Bukan sahaja
itu, Melaka juga menjadi sesuatu tempat yang bersejarah dan
dikenali oleh pelancong dari setiap kontinen. Pelabuhan Melaka
telah berkembang menjadi pelabuhan bagi kapal-kapal perlantaran
yang besar. Akibat ini, Malaysia menjadi sesuatu negara yang
terkenal di mata negara lain. Malaysia juga dapat meningkatkan
pendapatan ekonomi negara melalui ini
.
Bagi diri sendiri pula, peristiwa ini membuatkan saya gembira
untuk mengetahui bahawa negara diri sendiri ialah sesuatu negara
yang tersusun dan terkenal dari masa lalu juga. Saya bangga kerana
menjadi seorang rakyat Malaysia.

6.Iktibar-Iktibar yang Diperolehi daripada Peristiwa Ini

Pelbagai iktibar diperolehi daripada peristiwa kegemilangan


Kerajaan Melayu Melaka. Iktibar ini sangat penting dalam
kehidupan harian kita kerana boleh mendatangkan pelbagai
manfaat. Antara iktibar yang telah saya memperolehi daripada
kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka ialah:

 Berusaha mempertahankan negara


Kita mesti berusaha mempertahankan negara atau tanah air
diri sendiri kerana itulah tempat yang telah kita dilahirkan dan
dibesarkan

 Sedia berkhidmat untuk negara

Kita sebagai masyarakat Malaysia kita perlulah berkerja untuk


membantu negara. Kita akan membantu negara dalam pelbagai
bidang terutamanya pendapatan ekonomi negara.

 Menjaga keharmonian

Iktibar yang terakhir ialah menjaga keharmonian. Ini kerana


negara kita akan kekal dalam keadaan harmoni dalam negara.
Semua agama dan kaum akan berada dalam keadaan yang
sejahtera dan tak ada sebarang masalah

Rumusan

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, adalah penting untuk kita
sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk memahami dan
menghayati tentang kewujudkan tentang kerajaan Melayu di tanah air
suatu ketika dahulu. Melalui pemahaman ini dapat melahirkan
kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi
pada zaman dahulu. Seterusnya, kemunculan dan kelahiran kerajaan
negeri - negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri
ini mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa penting pengetahuan yang


ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah kegemilangan
Melaka. Memandangkan subjek sejarah merupakan subjek yang wajib
lulus, para pelajar hanya mempelajari hanya untuk lulus dan tidak
memahami dengan lebih mendalam.Oleh itu, generasi muda haruslah
menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya
mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.
Rujukan

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2


2. Buku Nota Sejarah
3. Pencarian internet:
 https://ms.wikipedia.org/wiki/
Kesultanan_Melayu_Melaka
 http://sitinursollehahmelawie.blogspot.com/
2012/05/faktor-faktor-kegemilangan-melaka.html
 https://mymelaka.co/pelabuhan-melaka
 http://mysejarahcoursenotes.blogspot.com/
2010/07/kumudahan-pelabuhan.html
Hasil Kerja : Yudhreyysh (2 Austin)

You might also like