You are on page 1of 1

Enrichment Business Books Art Lifestyle Religion Home

Science

The words you are searching are inside this book. To get
more targeted content, please make full-text search by
clicking here.

Tawaran Masa Terhad Digi

Home ! Explore ! Kerja Kursus Sejarah 2D


View in Fullscreen
Kerja Kursus Sejarah 2D

Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!

Nr.Sharmim

" http://anyflip.com/unhcf/akto

 Download PDF  Share

Related Publications

Semakan Hasil… Semakan Hasil…


Semakan Hasil…

Semakan Hasil… Semakan Hasil…


Bulletin Entom…

Explore More

Discover the best professional documents


and content resources in AnyFlip Document
Base.

Search document... Search

Published by Nr.Sharmim, 2020-11-24 23:53:29

Kerja Kursus Sejarah 2D

Pages: 1 - 18

Kerja Kursus Sejarah 2D

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah


kurnianya saya dapat
menyiapkan kajian kes sejarah ini. InshaAllah kajian kes ini dapat
memberikan

banyak manfaat kepada saya di samping menambah ilmu


pengetahuan saya. Pertama
sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran sejarah iaitu, Cik
Nur Sharmim binti Junaidi kerana telah banyak memberi tunjuk
ajar dalam
melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
yang lain banyak
membantu bersama-sama menyelesaikan tugasan ini. Akhir
sekali, saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya


yang banyak memberi
sokongan dan dorongan dalam menyiapkan kajian kes sejarah ini.
Saya percaya
bahawa tanpa doa dan restu mereka, saya tidak dapat
menyiapkan kajian kes ini
dengan jayanya.

PERNYATAAN MASALAH

Sistem perdagangan adalah merupakan faktor utama


kegemilangan sesebuah kerajaan.
Nyatakan pendirian anda berdasarkan pernyataan di atas.

OBJEKTIF KA JIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif yang telah


ditetapkan. Objektif
kajian ini adalah seperti berikut :
1. Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu
Melaka.
2. Mengenal pasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan Melayu Melaka
yang gemilang.

3. Menghuraikan faktir-faktor yang menjadikan Melaka sebagai


sebuah pelabuhan

entrepot sehingga menyumbang kepada kegemilangan.

KAEDAH KA JIAN

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah:

A. Kaedah Perpustakaan
Saya telah mengunjungi perpustakaan sekolah dan perpustakaan
Kampung
Semera untuk mendapatkan bahan-bahan ilmiah bagi membantu
proses kajian
saya.

B. Kaedah Internet
Saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapatkan
maklumat yang
berkaitan dengan tajuk kajian saya.

JADUAL KERJA

Bil. Tarikh Perkara Catatan

1. 03/11/2020 Taklimat kajian kes Tingkatan 2 Panduan pemilihan

daripada guru mata pelajaran Sejarah tajuk kajian oleh guru

2. 04/11/2020 Melengkapkan perancangan awal kajian Usaha


kendiri dan

kes: guru

I. Membina jadual kerja

II. Menentukan tajuk kajian

3. 04/11/2020 Penghargaan Usaha kendiri

4. 05/11/2020 Menyiapkan objektif kajian dan kaedah Usaha


kendiri dan

kajian guru

5. 06/11/2020 Mengunjungi perpustakaan untuk Usaha kendiri

mendapatkan maklumat berkenaan

dengan tajuk

6. 07/11/2020 Mengumpul maklumat dari laman web Usaha


kendiri

Internet dan buku-buku rujukan

7. 11/11/2020- Menyediakan kerangka kasar: Usaha kendiri dan

19/11/2020 I. Sejarah pengasasan Kesultanan guru

Melayu Melaka

II. Ciri-ciri perdagangan Kesultanan

Melayu Melaka

III. Faktor-faktor Melaka sebagai

sebuah pelabuhan entrepot

IV. Bukti Kesultanan Melayu Melaka

sebagai sebuah negeri yang mempunyai

sistem perdagangan yang gemilang

V. Pandangan anda terhadap sistem

ekonomi negara kita hari ini.

8. 25/11/2020 Langkah untuk memajukan sistem Usaha kendiri


dan

ekonomi masa kini guru

9. 25/11/2020 Nilai dan iktibar Usaha kendiri dan

guru

10. 25/11/2020 Harapan Usaha kendiri dan

guru

11. 26/11-03/12/2020 Menyiapkan laporan akhir Usaha kendiri


dan

12. 03/12/2020 Sumber rujukan Usaha kendiri dan

KERANGKA KASAR

Sejarah Pengasasan Melaka diasaskan oleh Parameswara pada


tahun 1400.

Kesultanan Melayu Parameswara telah mengingkari janji setianya


kepada

Melaka Maharaja Majapahit. Parameswara berusaha


membebaskan

Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. Tindakan

ini telah menyebabkan Maharaja Majapahit menghantar

panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari

Palembang.

Parameswara telah melarikan diri ke Temasek, iaitu nama

lama bagi Singapura bersama pengikut dan ahli

keluarganya. Pada waktu itu, Temasek diperintah oleh

seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh

Raja Siam bernama Temagi. Parameswara telah

membunuh gabenor itu dan mengisytiharkan dirinya

sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di

sekelilingnya. Kejadian ini menimbulkan kemarahan

kepada Siam.

Parameswara telah melarikan diri ke Muar sebelum Siam

sempat menyerangnya dan menetap di situ selama kira-kira

dua tahun. Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan

sebuah kerajaan di dua buah tempat iaitu di Biawak Busuk

dan Kota Buruk kerana diganggu oleh kehadiran biawak

yang terlalu banyak dan peristiwa sebuah pondok yang

tiba-tiba runtuh. Baginda telah membawa pengikutnya ke

suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang

dikenali sebagai Sungai Ujung dan Bertam hingga

akhirnya tiba di sebuah perkampungan nelayan.

Ciri-ciri Kedudukan Geografi yang Strategik :


perdagangan
Kesultanan Melayu Kedudukan Melaka yang strategik
menyebabkan ia menjadi
Melaka tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan
Barat.
Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia,
kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah

jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu


pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang
dalam dan jauh daripada paya bakau.

Peranan Dan Pengaruh Agama :

Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman


Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah
memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari
Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam
meupakan pedagang utama di Melaka.

Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan


China :

Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan China


daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada
ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud
membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah
menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang
membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.

Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot :

Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil


dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan
oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan
kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.

Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka :

Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas


sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan.
Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan.
Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah
menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada
hitam dari Kampar dan Rokan.

Pengurusan Perdagangan yang Cekap :

Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertarik


dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat
beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti
Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang
tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum
dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab

dalam hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran

Kemudahan di Pelabuhan Melaka :

Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan,


tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan
kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan
pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk
membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan
mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan
dan kecurian.

Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca :

Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada


pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan
perdagangan.

Peranan Orang Laut :

Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan


perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang
Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di
sepanjang perairan Selat Melaka.

Perlaksanaan Undang-undang :

Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system


pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan
undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat
jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka
sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.

Faktor-faktor Semenanjung Tanah Melayu terletak di pertengahan


laluan

Melaka sebagai perdagangan antara Timur dan Barat.

sebuah pelabuhan Membolehkan Melaka mengawal Selat


Melaka yang

entrepot menjadi laluan kapal dagang.

Membolehkan Melaka menguasai perdagangan di Selat

Melaka.

Membantu Semenanjung Tanah Melayu muncul sebagai

sebuah negara perdagangan sejak 1800 tahun yang lalu.

Muara sungai Melaka


Muara sungai Melaka yang dalam membolehkan

kapal-kapal berlabuh dengan mudah untuk menurunkan


barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan.

Pelabuhan Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.


Pulau Sumatera dapat menghalang tiupan angin Monsun

Barat Daya.
Banjaran Titiwangsa dapat menghalang tiupan angin

Monsun Timur Laut.


Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan

berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

Pedagang datang dan pulang mengikut musim angin monsun.


Pedagang dari Timur datang ketika angin monsun Timur

Laut (November – April)


Pedagang dari Barat datang ketika angin monsun Barat

Daya (Mei – Oktober)


Keadaan ini menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat

tumpuan pedagang dari Timur dan Barat.

Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit bukau.


Menjadi petunjuk kepada pedagang untuk belayar ke

Melaka.
Menjadi tempat yang strategik untuk memerhati dan

mengawasi keselamatan Selat Melaka.

Bukti Kesultanan Kerajaan Melaka mewujudkan jawatan


Syahbandar.
Melayu Melaka Syahbandar bertugas sebagai pengurus
pelabuhan bagi

sebagai sebuah melicinkan urusan perdagangan.


negeri
yang Setiap syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan

mempunyai sistem pedagang yang telah ditetapkan.

perdagangan yang

gemilang Peranan Laksamana dan Orang Laut.


Laksamana = pembesar yang menjaga keselamatan

perairan Selat Melaka.


Tugas mengawal perairan Selat Melaka = Orang Laut
Menjamin keselamatan pedagang dan keamanan di

perairan Melaka
Kesan : pedagang berasa selamat berdagang di Melaka.

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka


Terdapat 24 fasal (perkara) dalam Undangundang Laut

Melaka yang berkaitan dengan peraturan dan tatatertib


berniaga, cara berjual beli, hukuman jenayah yang berlaku
di kapal, larangan dan tanggungjawab kiwi serta anak
kapal.
Kesan : memberi keyakinan kepada pedagang untuk
berdagang.

Kemudahan di pelabuhan.
Kerajaan Melaka menyediakan :
(i) Gudang untuk menyimpan barang.
(ii) Tempat tinggal kepada pedagang sementara menunggu
pertukaran angin monsun.
(iii) Shahbandar menyediakan kapal, jong, lancar, gajah dan
pekerja untuk mengangkut barangan ke gudang.
(iv) Kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki di pelabuhan
Melaka.
Kesan : menarik ramai pedagang ke Melaka.

Sistem cukai dan Surat Kebenaran Berniaga.


Kerajaan Melaka kenakan cukai yang berpatutan dan adil.
Pedagang perlu membayar “Panduan” (cukai rasmi)

sebelum berjual beli.


Kadar (bayaran) berbeza mengikut tempat asal pedagang.

Sistem ini dipanggil sistem cukai berkeutamaan / cukai


mengikut tempat.

Pedagang yang ingin berdagang di Melaka perlu


mendapatkan surat kebenaran berniaga. (lesen bagi
peniaga berjual beli)

Pedagang perlu membuat pembayaran untuk mendapatkan


lesen ini.

Tujuan / Kesan:
(i) memastikan urusan perdagangan berjalan lancar. (ii)
bayaran yang diperoleh = sumber pendapatan kerajaan.

Penggunaan sistem mata wang


Mata wang logam (daripada timah) dipanggil calains dan

wang emas tempatan diperkenalkan di Melaka.


Mata wang emas, perak dan timah dari negara Pedir, Pasai,

Kembayat dan Gujerat juga digunakan.


Tujuan / Kesan:
(i) memastikan urusan perdagangan berjalan lancar. (ii)
menggalakkan pedagang berdagang di Melaka.

Pelabuhan Entrepot.
Melaka menjadi pelabuhan entrepot ( pusat pengumpulan

barangan ) dari Kepulauan Melayu dan ( pusat pengedaran


barangan ) dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.
Peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka
membezakan Pelabuhan Melaka dengan pelabuhan lain
yang hanya menjual barangan tempatan sahaja.

Pandangan anda Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi


dunia

terhadap sistem Ramai pelabur asing ternama melabur di


Malaysia.

ekonomi negara kita Malaysia merupakan negara hab halal, hab


elektronik, hab

hari ini. perlancongan dan industri yang mapan.

Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding nilai mata wang


lain di dunia.

Penggunaan teknologi termaju dalam bidang pembangunan


ekonomi serta sosial.

Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti


PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan
sebagainya.

Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu


dan sebagainya.

Langkah untuk IPTA menyediakan kursus dalam bidang berkaitan


ekonomi.
memajukan sistem Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
perlu

ekonomi masa kini menyediakan kursus berkaitan ekonomi


seperti bidang

keusahawanan.

Menyediakan pinjaman modal dan bantuan teknologi serta

konsultasi.

Pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan pinjaman

modal atau konsultasi bagi menangani masalah pencarian

sumber pendapatan bagi golongan yang kurang

You might also like