You are on page 1of 2

Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada sekitar tahun 1400.

Lokasi yang
dipilih oleh Parameswara ialah di muara Sungai Bertam yang juga dikenali sebagai Sungai Melaka.
Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Melaka ialah terletak di laluan perdangangan, bentuk muka
bumi yang berbukit-bukau, mempunyai pokok bakau dan api-api yang digunakan sebagai benteng
pertahanan, dan muara sungai yang terlindung dari angin monsun. Keistimewaan Melaka ini menjadikan
Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang dikenali ramai. Kebijaksanaan Parasmeswara yang telah
memilih Melaka sebagai tempat untuk menubuhkan kerajaannya.

Faktor yang menjadikan melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada
kegemilangan kerajaan ialah melalui kedudukannya yang strategik yang menjadi tumpuan pedagang.
Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China. Kedudukan strategik di Selatan
Melaka menyebabkan Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu. Kesannya,
melaka muncul sebagai perdagangan dan pelabuhan yang maju. Selain itu, perdagangan melaka diurus
oleh Syahbandar dengan cekap dan teratur. Tugas Syahbandar ialah mengurus cukai ,menjadi hakim di
pelabuhan dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.Melaka telah menerima kehadiran
ramai pedagang dari seluruh Alam Melayu untuk berdagang. Antara pedagang yang datang ke
pelabuhan Melaka ialah pedagang dari China, India, dan Arab. Kehadiraan pedagang ke melaka adalah
disebabkan oleh barangan yang ditawarkan oleh Melaka yang banyak dan menarik perhatian pedagang..
Kehadiran pedagang luar pula membawa barangan lain untuk ditawarkan kepada pedagang yang
berlabuh di selat melaka dan penduduk tempatan.Kepelbagaian barang dagangan seperti emas dan bijih
timah membuktikan pelabuhan melaka sebagai emporium yang maju.

Selain itu, langkah untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat
perdagangan yang unggul ialah pihak kerajaan menyediakan kemudahan pelabuhan yang mampu
menarik minat pedagang. Sebagai contoh, gudang tempat penyimpanan barang yang banyak dan
selamat. Gudang penyimpanan barang diperlukan oleh pedagang dari luar untuk menyimpan barang
dagangan mereka. Selain itu, kerajaan juga perlu meletakkan harga cukai yang berpatutan kepada
semua pedagang. Langkah lain yang boleh dilakukan untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini
sebagai sebuah pusat perdagangan yang unggul ialah pengurusan mata wang yang sistematik.
Pengurusan mata wang dalam urusan perdagangan haruslah diuruskan dengan cekap dan jujur.

Kesimpulannya,kejayaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menguasai perdagangan pada suatu masa
dahulu perlu dicontohi oleh semua negara. Parameswara yang bijaksana dalam menguruskan
kerajaannya membuktikan bahawa bangsa kita mampu menjadi bangsa yang maju, kuat dan hebat di
dunia. Semangat ini wajar dijadikan sumber inspirasi untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah
negara bangsa yang mempunyai imej yang baik.

You might also like