You are on page 1of 14

SISTEM PENTADBIRAN SISTEMATIK MELAKA

Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik


Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan
Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat
Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari
Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah saeperti di bawah
Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat
Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah
Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan
dianggap menderhaka
Peranan sultan
* Lambang perpaduan rakyat
* Menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi
* Ketua agama Islam
* Ketua adat istiadat Melayu
* Mengetuai hubungan diplomatik
* Melantik pembesar negeri
Sultan juga dianggap mempunyai Kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintahan peperangan, hubungan diplomatik
dan agama Islam
Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan
bijaksana untuk memajukan Melaka
Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka
_______________________________
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah satu sistem yang sistematik
Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran
Bendahara
* Menteri utama
* Penasihat utama sultan dalam pentadbiran
* Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar
* Ketua istiadat
* Ketua turus angkatan perang
* Pemasngku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara
Temenggung

* Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri


* Penguasa bandar dan kota Melaka
* Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul
* Protokol istana
* Hakim di darat
Laksamana
* Ketua angkatan laut
* Menjaga ketenteraman laut
* Mengawal keselamatan sulktan atau pengawal peribadi sultan
* Mengetuai utusan diraja ke seberang laut
* Ketua duta
* Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara
* Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
_______________________________________
Kawasan Pegangan
Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada
pembesar kepada sultan
Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan
pembesarnya
Sultan akan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah.
Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'Kawasan pegangan'
Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu
a. Bendahara, kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan
b. Penghulku Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar
c. Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik
d. Temenggung tiada kawasan pegangan
e. Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan
Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai
Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan pemakanan'
Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan
_______________________________________
Pentadbiran Berwibawa
Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu sistem
pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang
Malalui sistem ini setiap pembesar diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi melicinkan pentadbiran kerajaan

Tanpa sistem pentadbiran ini sudaj tentu kerajaan akan lemah


Jadual Perbezaan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan Jemaah Menteri Sekarang
_____________________________________
Kedudukan Geograf
Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalan
perdagangan anatara Timur dan Barat
Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain
mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal
Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat
Daya oleh Pulau Sumatera
Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka
a. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa
pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka
b. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan
membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama
membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka
Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan
Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah
Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke
pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh
Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.
____________________________________________
Kemudahan Pelabuhan
Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan
Melaka
Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk
menyimpan barang.
Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk
kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang
Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran
angin Monsun
Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun
______________________________________________
Peranan Syahbandar
Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai
olehnya

Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka
Syahbandar iaitu anatara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak.
Antara tugas-tugas Syahbandar ialah
a. Menguruskan cukai
b. Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal
c. Menguruskan gudang
d. Menguruskan pasar
e. Menjaga kebajikan pedagang
g. Menjaga keselamatan pedagang
h. Menjadi hakim di pelabuhan
Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang
Syahbandar I ----->>>>> Mengurus pedagang dari Gujerat
Syahbandar II ----->>>>> Menguruskan pedagang dari
a. China
b. Ryukyu
c. Champa
Syahbandar III ------->>>> Menguruskan pedagang dari
a. Kalingga
b. Pegu
c. Benggala
d. Parsi
Syahbandar IV ------->>> Mengurus pedagang dari
a. Pulau Jawa
b. Banda
c. Borneo
d. Filipina
e. Maluku
f. Kalimantan
g. Pasai
_______________________________________________
Keberkesanan Undang-undang
Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut
Melaka
Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal
Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi

a. Peraturan dan tatatertib berniaga


b. Cara berjual beli
c. Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal
d. Larangan dan tanggungjawab bakhoda
_________________________________________
Cukai Perdagangan
Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan
Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu:
a.Cukai rasmi (duti import) atau Panduan
b.Cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar
Selainitu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi
untuk keperluan sendiri
Perdagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan
lesen untuk berniaga
Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk
a. Memastikan urusan perdagangan adalah lancar
b. Sumber pendapatan kerajaan
Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan
Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka
a. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai
sebanyak 6%
b. Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka
dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan
Syahbandar
c. Pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai
sebanyak 3%
_________________________________________________
Penggunaan Sistem Mata Wang
Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang
Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah
meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut
Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains
Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu
Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat
__________________________________________
Penggunaan Sistem Mata Wang

Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot


Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan
dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu
_________________________________________________
Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka
Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka
Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur
dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah
jajahan Melaka
Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.
___________________________________________________
Hubungan Diplomatik dengan Negara Serantau
Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan
Parameswara lagi.
Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti
a. Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras
b. Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah
c. Kampar dan Siak-membekalkan emas
_________________________________________________
Pasai
Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini
puteri Pasai dan memeluk agama Islam
Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan
Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam
Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan
tenteranya
Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong
Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat
Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bejalan seperti
a. Beras, makanan dan rempah dari Jawa
b. Lada hitam, beras dan emas dari Pasai
________________________________________________
Kampar dan Siak
Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran
emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport

lada hitam dan emas


2Kerajaan Melaka telah meberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan
sembah
Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah taraf
berbanding dengan Melaka
Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka
Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja
dari Palembang, jambi dan Lingga
___________________________________________________
Hubungan Antarabangsa dengan China
Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh
China ke luar negeri.
Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka
Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China
Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan
dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka
Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan
payung kuning.
China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang
diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409
Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China
Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China datang
berdagang ke Melaka
Pedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan atau menunggu pertukaran angin sebelum
bertolask ke India
________________________________________________
Hubungan Diplomatik dengan Siam
Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. baginda telah membunuh
Temagi iaitu wakil Siam
Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili
oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam
Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi
Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati
__________________________________________________
Hubungan Melaka dengan Ryukyu
Melaka juga telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an
hingga 1480-an
Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah

Dalam kandungan surta tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu
melanggar undang-undang Melaka semasa berdagang di Melaka
Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka
Ini terbukti Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka
____________________________________________________
Hubungan Melaka dengan Gujerat
Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat
Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka
Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu
Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka
__________________________________________________________
Hubungan Melaka dengan Arab
Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka
Mereka juga membeli
a. Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu
b. Kain sutera dan teh dari China
___________________________________________________________
Pusat Perkembangan Agama Islam
Kedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu
yang menerima ajaran Islam
Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisan
di Tanjung Inggeris, Kedah
Penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telah
bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi
Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syah
memeluk agama Islam.
________________________________________________________
Teori Pengislaman Melaka
Teori 1
Megat Iskandar Shah iaitu Sultan Melaka yang telah memeluk Islah setelah berkahwin dengan puteri Pasai
Tindakan baginda diikuti oleh pembesar-pembesar dan kemudian rakyat jelata
Teori 2
Sayid Abdul aziz yang datang dari Jeddah telah mengislamkan Raja Sri Maharaja dan baginda kemudian menggunakan nama
Sultan Mahmud Shah

Teori pengislaman Melaka ini adalah menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin.
Pedagang-pedagang dari arab dan India juga berperanan penting seperti berdakwah
semasa berdagang
Selain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin dengan penduduk
setempat dan membawa ahli-ahli agama untuk menjalankan dakwah di Melaka
Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat Melaka
Penduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada agama tersebut
kerana meliputi
a. Toleransi
b. Adil
c. Rasional
____________________________________________________
Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam
Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam
Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka
untuk berdakwah
Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka
Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar
keluar untuk menyebarkan agama Islam
Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada
pendaklwah
Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu
dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata
Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk
bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam
Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah
Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid
madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca
kitab suci al-Quran
Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah
ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan
Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarang
sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil
Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti
a. Menterjemah kitab-kitab
b. Menyadur kitab-kitab
c. Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan
Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah

a. Hikayat Amir Hamzah


b. Hikayat Muhammad Ali Hanafah
Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam
seperti konsep musyawarah
________________________________________
Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia Tenggara
Perkahwinan Diraja
Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan.
Putera-puteri dari RokanSiak dan Inderagiri
Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan denganputera Raja Siak
SiakPerkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut
tersebutSelain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan agamna Islam
Penaklukan Semasa Pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak
Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan ataulayanan yang lebih
baik serta menunjukkan taat setiakepada Sultan Melaka
Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor,
Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri
Peranan Ahli Suf
Ulama ahli suf dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam.
Contoh ke KalimantanKepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao
Pedagang
Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk
mendapatkan keistimewaan dan perdagangan
Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing seperti di Jawa
Askar Upahan
Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal
ehwal agama
Apabila mereka pilang mereka turut menyebarkan agama Islam ke Pulau Jawa
Usaha Pemerintah
Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal
ehwal agama
Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam
_____________________________________________________
Sinar Islam dan Kesannya Terhadap Melaka

Kesan Politik
Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang
berunsur agama Hindu
Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda
dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri
kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri
Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China,
Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal
Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undangundang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf
Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak
Kesan Ekonomi
Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15
Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab
agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya
Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan
sukatan, konsep zakat, ftrah, wakal, sedekah
Kesan Sosial
Pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam
yang terpenting
Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain
lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca
Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya
dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama
Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun,
Hikayat Muhammad Ali Hanafah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Iskandar Dzulkarnain
Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan
orang Melayu
Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang
Melayu seperti
Kesenian
Corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya
Tulisan

Terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis
Khat
Amalan
Khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah
7. Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka
8 Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama
atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji
9. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu
manulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan
_______________________________________
Pusat kegiatan Ilmu
Peranan Istana sebagai Pusat kegiatan Intelektual
Jurutulis pengarang dan Ulama di Istana
Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis
Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil
bilangannya
Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru
dan ulama di istana
Tugas jurutulis ialah
Mengarang surat rasmi untuk raja
Menggubal perjanjian
Menjadi guru kepada anak-anak raja
5. Tugas pengarang ialah
Menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu
Menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu
Mencatat diari istana
Menyusun salasilah raja-raja
6. Tugas ulama ialah
Menulis kitab agama Islam
Menterjemah Kita agama
___________________________________________________
Karya Sastera

Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka


Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi
Antara karya sastera teremahan ialah
a. Hikayat Amir Hamzah
b. Hikayat Muhammad Ali Hanafah
c. Hikayat Iskandar Zulkarnain
Karya sastera saduran pula ialah
a. Hikayat Bulan Belah
b. Hikayat Nabi Bercukur
c. Hikayat Bakhtiar
d. Hikayat Nabi Wafat
e. Hikayat Nabi Yusof
Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telha
dihasilkan. Antaranya
a. Hikaya Hang Tuah
b. Hikayat Bayan Budiman
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut
Melaka telah digubal
Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada
zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula
_________________________________________
Istana Melaka
Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golonganalim ulama
mengenai agama
Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek
ketuhanan
Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka
Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu
buku-buku penulis tempatan dan penulis asing
______________________________________________
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan
dalam kegiatan dakwah
Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan
Tulisan jawi juga telah digunakan
Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab
a. nya

b. ga
c. pa
d. nga
e. ca

You might also like