You are on page 1of 23

KAJIAN KES SEJARAH 2022

Nama : Muhammad Alif Akmal Bin Razmi


Kelas : 5 Omega
Tema : Pembinaan Negara
Tajuk 12 : Pengukuhan Kedaulatan Negara
Standard kandungan : 12.4 Sistem Persekutuan(Kerajaan
Persekutuan Negeri)
standard pembelajaran : 12.4.1 Memerihalkan Latar Belakang
Sistem Persekutuan Di Negara Kita
12.4.5 Menerangkan Kepentingan Bermusyawarah Dalam Membuat
Keputusan
Tajuk perbincangan : 4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan
Negeri
Pernyataan Masalah
Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada 3 peringkat ,
iaitu Kerajaan Persekutuan , Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan . Bincangkan

Persoalan Kajian
1.Terangkan konsep pembahagian kuasa dalam perlembagaan
persekutuan negara
2.Jelaskan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan
kerajaan negeri
3.Pada pendapat anda , apakah kepentingan pembahagiaan kuasa
dalam pentadbiran negara kita?
Jadual Kerja
Tarikh Pelaksanaan Catatan
12/7- TAKLIMAT KAJIAN KES Waktu pdpc
14/7/202 1. Menerima tajuk dan panduan pelaksanaan kajian kes
2 daripada guru mata pelajaran iaitu Pn Gan Chep Tau
MERANGKA PELAKSANAAN KAJIAN KES
2. Menerima penerangan tajuk kajian kes
3. Menerima maklumat dan rujukan yang berkaitan
4. Membuat rangka kerja kajian kes

12/7- LANGKAH 1 : MEMBINA PERNYATAAN MASALAH DAN PERSOALAN KAJIAN Waktu pdpc
14/7/202 KES
2 1. Menjalankan perbincangan bersama guru dalam
membina pernyataan masalah dan persoalan mengikut
tema
LANGKAH 2 : KAJIAN LITERATUR
2. Mencari bahan dan sumber rujukan
3. Menyediakan 3 sumber rujukan yang boleh digunakan
untuk kajian kes
Tarikh Pelaksanaan Catatan
17/7- LANGKAH 3 : MENENTUKAN OBJEKTIF KAJIAN Waktu pdpc
21/7/202 1. Menghasilkan 3 objek kajian yang berkaitan dengan
2 pengetahuan, kemahiran dan nilai
LANGKAH 4 : MENENTUKAN KAEDAH KAJIAN
2. Menentukan kaedah kajian yang bersesuaian dengan
kajian

24/7- LANGKAH 5 : MENGENALPASTI SUMBER KAJIAN Waktu pdpc


28/7/202 1. Mengumpul dan menganalisis data daripada sumber
2 kajian yang berkaitan
2. Menyenaraikan sumber-sumber rujukan yang telah
digunakan
LANGKAH 6 : MENGANALISIS DATA
3. Menganalisis data
4. Membuat perbandingan daripada pelbagai sumber
untuk menjawab 3 persoalan kajian

31/7- LANGKAH 7 : LAPORAN KAJIAN Waktu pdpc


4/8/2022 1. Menyiapkan laporan kajian
LANGKAH 8 : MENGHANTAR HASIL KAJIAN
2. Menyemak dan menghantar hasil kajian
Pendahuluan
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa yang khusus antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang meliputi kuasa
perundangan dan kuasa pemerintahan.
Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
bertujuan melicinkan perjalanan sistem persekutuan serta mengelakkan
permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan.
Peruntukan kuasa lebih besar diberikan pada peringkat Persekutuan
untuk mewujudkan Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi menjamin
kestabilan dan kemajuan negara.
Tiada peruntukan kuasa khusus kepada Kerajaan Tempatan , sebaliknya
Kerajaan Tempatan diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
Objektif kajian
1. umum - Kajian kes ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan dokumen
Standard kokurikulum sejarah tingkatan 4 dan 5
2. Pengetahuan - Kajian kes ini dilakukan untuk menerangkan konsep
pembahagian kuasa dalam perlembagaan persekutuan negara
3. kemahiran - Kajian kes ini dilakukan untuk meningkatkan kemahiran
dalam mencari maklumat , mentafsir data dan menyampaikan hasil
kajian mengenai pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan
kerajaan negeri
4. Nilai - Kajian kes ini dilaksanakan untuk menghuraikan dan
menyampaikan beberapa kepentingan pembahagian kuasa dalam
pentadbiran negara kita
kaedah kajian
1. buku - Melalui kaeadah ini , saya telah melakukan penyelidikan dengan
menggunakan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 5 sebagai sumber
rujukan untuk kajian kes ini
2. Internet - Selain itu , saya juga telah melayari internet untuk mencari
maklumat yang lebih terperinci bagi menguatkan isi kandungan kajian
kes ini
3. Akhbar - Akhir sekali , saya juga telah menggunakan akhbar yang
mengandungi maklumat berkaitan tajuk yang saya pilih bagi
melengkapkan kajian kes ini
dapatan kajian
1. terangkan konsep pembahagian kuasa dalam perlembagaan persekutuan negara
Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
perlu mengekalkan konsep kerjasama supaya dapat meningkatkan ekonomi
negara . Selain itu , menjaga keamanan negara . Seterusnya ,
meningkatkan taraf hidup rakyat . Akhir sekali , menjamin keamanan
rakyat.
2. jelaskan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri
Bagi pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan , institusi yang
mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia
ialah Parlimen . Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan meliputi
perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai
dapatan kajian
senarai Persekutuan . Senarai Persekutuan menjelaskan kuasa Kerajaan
Persekutuan yang luas meliputi skop kepentingan nasional dan
merangkumi semua aspek perkhidmatan berhubung dengan pentadbiran
negara . Sebagai contoh , antara yang terkandung dalam senarai
persekutuan ialah pertahanan , pelajaran dan kewarganegaraan .
Manakala bagi pembahagian kuasa Kerajaan Negeri , setiap negeri di
Malaysia mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai kuasa
untuk menggubal undang-undang bagi negerinya . Kuasa pemerintahan
Kerajaan Negeri meliputi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan sebagai Senarai Negeri . Sebagai contoh , antara perkara
yang terkandung dalam Senarai Negeri termasuklah tanah , undang-
undang islam dan kerajaan Tempatan
dapatan kajian
3. Pada pendapat anda , apakah kepentingan pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara kita?
Pada pendapat saya , kepentingan pembahagian kuasa dalam pentabiran
negara kita ialah mengelakkan pertindihan bidang kuasa iaitu pihak yang
sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa . Secara
logiknya , dalam konsep pemerintahan sesebuah negara terdapat badan-badan
tertentu bertanggungjawab melaksanakan hal-hal berkaitan bidangnya sahaja
. Tidak mampu, malah akan menyebabkan timbulnya kelemahan tertentu dalam
pentadbiran sesuatu badan sekiranya mempunyai bidang kuasa yang terlalu
banyak .
Seterusnya , mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada
sesebuah badan tertentu . Sekiranya kuasa pentadbiran dipusatkan dalam
satu badan sahaja kemungkinan akan berlaku penyelewengan atau
penyalahgunaan sehingga boleh menyebabkan undang-undang hanya memihak dan
menguntungkan pihak pemerintah disamping kemungkinan akan berlakunya
penindasan terhadap rakyat.
dapatan kajian
Akhir sekali , membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu
atau dipengaruhi oleh badan yang lain. Secara tidak langsung
membolehkan setiap badan berfungsi dengan lebih efisyen .
Keberkesanan dalam pembahagian kuasa-kuasa pentadbiran berlandaskan
Doktrin Pengasingan Kuasa secara tak langsung dapat memudahkan
badan-badan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Selain itu,
tidak akan berlaku campur tangan secara langsung dalam bidang kuasa
antara satu sama lain disamping dapat mengukuhkan pemerintahan
negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan di setiap peringkat
badan-badan berkenaan.
KEsimpulan dan cadangan
>Kesimpulannya , persekutuan merupakan satu kaedah manyatupadukan
pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan . Pembahagian kuasa
dalam Sistem Persekutuan menggambarkan kepentingan mewujudkan
pentadbiran yang sistematik bagi melicinkan urus tadbir negara dan
setiap peringkat kerajaan dalam Persekutuan mempunyai peranan untuk
membentuk pentadbiran yang berwibawa bagi kemajuan bangsa dan
negara.
>Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
haruslah dipelihara dengan sebaiknya . Sifat ini bukan sahaja dapat
membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa , malah
membantu mengurangkan perbalahan antara etnik . Pemerintah dan
rakyat pula mestilah sentiasa mengamalkan toleransi untuk
kepentingan berasama
kesimpulan dan cadangan
>Cadangan saya ialah Negara Persekutuan perlu dibentuk kerana
mengandungi pelbagai kepentingan antaranya ialah dapat memelihara
kestabilan setiap negeri dan dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan
kemajuan ekonomi.
>Selain itu , negara Malaysia perlulah dikekalkan sebagai sebuah
negara Persekutuan yang kuat agar dapat menjamin masa depan negara
dan membentuk pentadbiran yang berwibawa bagi kemajuan bangsa dan
negara . Oleh itu , langkah-langkah yang signifikasi yang perlu
diambil , antaranya ialah menghayati sistem pengagihan kuasa .
Selanjutanya , memberi sokongan kepada pentadbiran di semua
peringkat dan bermuafakat untuk menjayakan program kerajaan.
sumber rujukan
1. buku teks
>Dr.Mohd bin Samsudin , Dr.Azharudin Mohamed Dali , Ridzuan bin
Hasan , Ishak bin Saidoo , 2020. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
KSSM . Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka : Ultimate Print
Sdn.Bhd.

2. internet
>http://tugasan2u.blogspot.com/2016/11/mengapa-perlu-adanya-
pengasingan-kuasa.html
>https://www.weacademia.com/my/sejarah/tingkatan-5/sejarah-t5-bab-
4/sejarah-t5-bab-4-2
sumber rujukan
3. Akhbar
>Suara Sarawak , 7 Mei 2019
Lampiran : Buku Teks
Lampiran
Lampiran
Lampiran : Internet
Lampiran
Lampiran
Lampiran : Akhbar

You might also like