You are on page 1of 5

PDPR

BAHASA MELAYU
4 PROGRESIF

KEMAHIRAN/STANDARD PEMBELAJARAN
2.3.1
Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai
bahan dengan betul dan tepat.
3.5.1
Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan
penanda wacana yang sesuai
Kkk Ff Cc
KESAN POSITIF, KEBAIKAN, KELEBIHAN, KEPENTINGAN, KEKUATAN,

KESAN NEGATIF, KEBURUKAN, KEKURANGAN, KELEMAHAN, AKIBAT, MASALAH


KEKANGAN, HALANGAN, HAMBATAN

FAKTOR, PUNCA, SEBAB


FUNGSI, TUGAS, TANGGUNGJAWAB, PERANAN

CARA, LANGKAH, USAHA, INISIATIF, TINDAKAN, KAEDAH, STRATEGI, PENDEKATAN


CIRI, KRITERIA, SIFAT, JENIS, BENTUK

Rumusan [30 markah]


Baca petikan dan teliti pantun yang disertakan di bawah,
kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.
Bahan 1 – Petikan
Makanan mempunyai elemen budaya dalam sesuatu masyarakat. Daripada lauk-pauk, kuih-
muih sehinggalah makanan pembuka selera, Malaysia kaya dengan pelbagai hidangan makanan
warisan. Jabatan Warisan Negara (JWN) sehingga kini mengisytiharkan sebanyak 213 jenis
makanan tradisional di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) agar tidak pupus
ditelan zaman. Selain itu, JWN melakukan pelbagai usaha, termasuklah menjelajah ke pelosok
tanah air bagi menjejaki pihak yang masih menghasilkan makanan warisan untuk meneruskan
hayat dan kesinambungan tradisi makanan Malaysia.
Namun, perkara yang dibimbangkan ialah makanan warisan negara ini diolah dengan
sewenang-wenangnya dengan hidangan dari luar. Hasilnya, keaslian makanan warisan negara ini
tentunya hilang. Ada juga persepsi salah dalam kalangan masyarakat yang sering melihat
hidangan makanan warisan tidak memiliki nilai komersial sebaliknya sesuai untuk sajian keluarga
di rumah sahaja. Pada hari ini, perniagaan makanan di Malaysia berkembang luas. Banyak
restoran telah diwujudkan tetapi jarang-jarang sahaja restoran makanan tradisional yang ada di
dalam bangunan beli-belah ternama.
Dunia luar perlu tahu bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya dengan negara Asia yang lain.
Oleh itu, maklumat tentang penyediaan makanan warisan perlu diperluas kepada generasi muda
agar mereka tahu bahawa hidangan istimewa negara boleh dikomersialkan jika kena dengan
caranya. Dalam pada itu, kerajaan perlu memperuntukkan perbelanjaan khusus kepada JWN bagi
urusan promosi pada peringkat antarabangsa. Selari dengan itu, usaha mempromosikan makanan
warisan perlu dipergiat untuk menjadikan makanan Malaysia masyhur di persada dunia. Di
samping itu, cef terkenal tanah air perlu dilantik sebagai duta pelancongan makanan. Sekiranya
Malaysia berupaya melakukan semua usaha itu, kita bukan sahaja mampu mengangkat sajian
warisan itu ke luar negara, malah dapat menjadi tarikan pelancongan melalui pelancongan
gastronomi atau pelancongan makanan.

(Dipetik dan diubah suai daripada

"Memasyhurkan Makanan Warisan"

oleh Shahmi Syahiran, Dewan Budaya, Bil. 7/2019)

Bahan 2 – Pantun

Pantun Sajian Warisan

Duduk berlagu di tengah beranda,


Menghibur hati yang sedang walang

i. Baca kedua-dua bahan dengan teliti


ii. Kenal pasti fokus rumusan
iii. Senaraikan isi untuk bahan 1 dan bahan 2 (isi fokus 1, fokus 2 dan
fokus 3)
Buat satu rumusan yang lengkap yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan

Pendahuluan
___________________________________________________________________
Bahan 1 - Fokus 1 : usaha - usaha mengekalkan makanan warisan
1.
2.
3.
4.
5.

Bahan 1 – Fokus 2 :Cabaran-cabaran untuk mengekalkan makanan warisan


1.
2.
3.
4.

Bahan 1 – Fokus 3:
1.
2.
3.

Bahan 2 - Fokus 1 : Kepentingan mengekalkan makanan warisan


1.
2.
3.

Kesimpulan
_________________________________________________________________

You might also like