You are on page 1of 9

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A
Analisis
Soalan
Tema Muzium Negara
Tugasan / Kebaikan berkunjung ke Muzium Negara dan pengalaman
Fokus berkunjung
ke Muzium Negara
Siapa Aisyah Yahya
Format E-mel
Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Daripada :
aisyahyahya@gmail.com
Kepada :
farihaahmad@gmail.com
Subjek : Pengalaman melawat ke Muzium Negara

Assalammualaikum Fariha,
Apa khabar saudari di sana? Saya harap saudari berada dalam keadaan
sihat. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengirimkan e-mel kepada saya.
Kebaikan yang saya peroleh apabila melawat Muzium Negara
termasuklah dapat mengetahui sejarah negara. Muzium Negara telah dirasmikan
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-3 iaitu Tuanku
Syed Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1963. Muzium ini dibahagikan kepada empat
seksyen iaitu Galeri A : Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan- Kerajaan Melayu,
Galeri C : Era Kolonial dan Galeri D : Malaysia Kini. Saya sangat teruja apabila
mengetahui bahawa galeri ini mempunyai kisah-kisahnya yang tersendiri.
Kebaikan seterusnya ialah Muzium Negara dapat menarik pelancong.
Sebagai contoh, artifak yang dipamerkan seperti senjata yang digunakan pada
zaman Neolitik, barang-barang tembaga pasti dapat menarik kedatangan
pelancong. Namun begitu, artifak yang tidak boleh saya lupa ialah tengkorak
“Manusia Jawa” yang dianggarkan berusia 500,000 tahun. Rupanya, banyak
fakta sejarah lama yang boleh saya ketahui sepanjang berkunjung di sana.
Selain itu, apabila melawat Muzium Negara dapat memupuk rasa cinta
kepada negara. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat pelbagai artifak
warisan sejarah negara yang boleh dilihat apabila mengunjungi Muzium Negara.
Saya berasa begitu terharu apabila melihat dan membaca kisah-kisah perjalanan
Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dalam menuntut kemerdekaan negara sekali gus memupuk semangat patriotisme
dalam diri saya.
Saya berharap agar e-mel ini dapat memberikan gambaran kepada awak
tentang Muzium Negara. Saya doakan semoga awak berpeluang untuk
berkunjung ke sana suatu hari nanti. Sekian, terima kasih

Sahabatmu,

Aisyah

198 patah perkataan


Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Daripada: aisyahyahya@gmail.com Kepada:


farihaahmad@gmail.com Subjek:
Pengalaman Melawat ke Muzium

Apa khabar Fariha? Saya berharap awak dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga
tersayang. Terima kasih kerana sudi mengirimkan e-mel kepada saya.
Saya berasa seronok apabila melawat Muzium Negara. Salah satu kebaikan yang diperoleh
apabila saya melawat Muzium Negara ialah saya dapat mengetahui sejarah negara kita. Saya dapat
mengetahui bahawa Muzium Negara didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac
1945 akibat Perang Dunia ke 2. Saya berasa sangat teruja apabila mengetahui Muzium Negara
merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan
pengekalan warisan koleksi khazanah negara.
Selain itu, saya dapat meluangkan masa dengan adik-beradik yang masih bersekolah dengan
melawat Muzium Negara. Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga
6.00 petang dengan bayaran masuk yang sangat berpatutan, iaitu hanya RM 2.00 untuk dewasa dan
kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas serta percuma bagi pelajar sekolah yang beruniform.
Harga tiket tersebut sangat murah dan saya dapat meluangkan masa dengan adik-beradik dan
meningkatkan pengetahuan.
Saya berharap maklumat yang disampaikan dapat memberikan pengetahuan yang bermanfaat
kepada saudari. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Aisyah

174 patah perkataan


Karangan Contoh Peringkat Galus

Daripada: aisyahyahya@gmail.com Kepada:


farihaahmad@gmail.com Subjek:
Pengalaman Melawat ke Muzium

Apa khabar, Fariha? Saya akan menceritakan pengalaman lawatan ke muzium kepada saudari.
Kebaikan melawat Muzium Negara ialah saya dapat mengetahui sejarah Muzium Negara kita.
Banyak pameran di Muzium Negara contohnya sejarah pembinaan Muzium Negara yang dirasmikan
oleh Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong Malaysia ke III Tuanku Syed Putra Al-Haj pada 31
0gos 1963.
Selain itu, memupuk semangat cinta akan negara. Setelah melawat pameran, saya dapat
mengetahui kesusahan untuk mencapai kemerdekaan. Oleh itu, saya akan menghargai perjuangan
tokoh kemerdekaan.
Akhir sekali, Muzium Negara ialah produk pelancongan kepada negara. Muzium ini yang
dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan bayaran masuk yang sangat murah
dapat menjadi tarikan kepada pengunjung. Para pengunjung tidak perlu membayar dengan harga yang
mahal untuk mengetahui sejarah negara.
Saya berharap agar maklumat yang disampaikan dapat memberikan pengetahuan yang
bermanfaat kepada saudari. Semoga saudari juga berpeluang untuk melawat Muzium Negara pada
masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Aisyah
144 patah perkataan
Soalan 6 : Petikan umum

(i) Maksud rangkai kata fasa perubahan

- tahap / peringkat peralihan 2


- tahap / peringkat perubahan 1
- fasa peralihan 1
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Cabaran tugas :

Bahan 1
P1 berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam para pesakit 1
P2 terdedah dengan cabaran untuk disaman melalui undang-undang 1
P3 berisiko ditempatkan di bahagian atau jabatan yang kurang diminati 1

Bahan 2
P1 berisiko mendapat jangkitan virus COVID-19 daripada pesakit 1
P2 memakai Personal Protective Equipment (PPE) berjam-jam 1
P3 berhadapan dengan pesakit dan pihak keluarga pesakit 1

[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) Ciri-ciri yang diperlukan

P1 berdisiplin tinggi 1
P2 sanggup berkorban masa dan tenaga 1
P3 tahap kesabaran yang tinggi 1
P4 berbudi pekerti tinggi / berbudi bahasa 1
P5 keterampilan diri yang menarik 1
P6 tahap kecergasan yang baik 1
P7 bersifat kemanusiaan yang tinggi 1
P8 berani menghadapi cabaran 1
P9 bersedia untuk belajar 1
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iv) Tindakan -tindakan:

P1 memberi nasihat supaya dia berusaha lebih gigih 1


P2 menyuruh rakan untuk mengulang kaji pelajaran / latih tubi 1
P3 menggalakkan rakan supaya sentiasa berkeyakinan 1
P4 menyuruh rakan mendapatkan bimbingan kaunseling 1
P5 mengajaknya belajar secara berkumpulan 1
P6 meminjamkan / membelikan buku rujukan kepada rakan 1
P7 selalu bertanya kepada guru 1
P8 mengajak rakan menyertai kelas tambahan / tuisyen 1
P9 menyertai webinar / teknik menjawab / motivasi/ kecemerlangan 1
[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

Soalan 7 : Petikan Sastera

(i) Maksud bersemadi di naluri

Terpahat / terpendam / tersemat di dalam hati / jiwa 2


Bersemadi di dalam hati / jiwa 1
Terpahat / terpendam/ tersemat di naluri 1
[2 markah]

(ii) Kesan-kesan positif hidup

P1 gemilang sepanjang zaman 1

P2 menjadi catatan sejarah kebanggaan 1

P3 negara dan rakyat negara ini hidup aman dan damai 1


Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa
P4 1
yang merdeka dan berjaya
P5 membina bangsa yang padu 1

P6 Kebudayaan nasional mereka banggai 1


[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 3 isi]
(iii) Sebab-sebab kita perlu bersatu padu

P1 mengelakkan pertelingkahan antara kaum 1

P2 mewujudkan masyarakat yang harmoni/ toleransi 1

P3 mewujudkan sebuah negara yang kuat/aman/makmur/stabil 1

P4 dapat memajukan ekonomi negara 1

P5 berupaya menghadapi ancaman musuh 1


[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iv) Langkah-langkah menyesuaikan diri di sekolah baharu

P1 menasihatinya supaya menyapa rakan-rakan berlainan kaum 1


menyarankannya supaya mengulang kaji pelajaran bersama-
P2 1
sama
P3 menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum 1
sentiasa memberikan kerjasama ketika aktiviti kumpulan
P4 1
dijalankan.
P5 mempelajari bahasa kaum lain 1

P6 menghormati budaya / agama kaum lain 1

P7 membantu rakan pelbagai kaum 1


[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

Soalan 8 : Novel

(i) Sebab Pak Saidi merahsiakan dirinya sebagai cucu kepada Datuk Siamang Gagap?

P1 Orang sekarang memandang harta kekayaan 1


P2 Datuknya tidak mahu dikenali ramai 1
P3 Ayahnya lebih gemar merahsiakan identiti dirinya 1
P4 Mereka yang menentang Inggeris dianggap penderhaka 1
[Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup : 3 isi ]
(ii) Peristiwa yang memaparkan perasaan gembira:

Novel Di Sebalik Dinara

1. P - Farisha berjaya menemui ibu kandungnya, Medina yang dicari sekian lama dengan bantuan
abang angkatnya.
H- Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana melihat kejayaan Farisha
bertemu dengan Medina yang terpisah sekian lama.

2. P - Farisha dan rakan kongsinya, Rosman telah meluaskan syarikat mereka, iaitu Secured Shell
hingga mendapat tawaran RM1.5 juta daripada Soft Lab untuk menggodam sistem Dinara.
H- Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana melihat kejayaan Farisha dalam
kerjaya berkat kegigihannya.

3. P – Shida telah diminta untuk menulis satu rencana dan satu buku biografi tentang Karl. Khairul
Anwar telah menaikkan harga bayaran tersebut kepada RM40 ribu.
H- Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana Shida seorang yang
sangat berbakat dalam penulisan dan boleh bekerja di tempat yang sama dengan Farisha.

4. P - Azraai dapat menjejaki kedudukan kereta yang dinaiki oleh Farisha setelah Rosman
mengesan kedudukan Farisha menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon. Rosman
memaklumkan kereta yang dinaiki oleh Farisha menuju ke Cyberjaya. Oleh itu, Azraai dan
Rosman segera menuju ke Softlab.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana Farisha berpotensi
untuk diselamatkan.

5. P - peristiwa Farisha memanggil Karl dengan panggilan ayah semasa Farisha melawat Karl untuk
kali yang terakhir.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana walaupun Karl telah
melakukan pelbagai perkara terhadap Farisha namun Farisha tetap memaafkan dan tidak
menyimpan sebarang dendam.
Novel Silir Daksina

1. P - Peristiwa kedatangan Haikal di Kampung Seri Purnama telah


disambut baik oleh penduduk kampung tersebut. Penduduk Kampung
Seri Purnama memberi layanan yang baik kepada Haikal sepanjang
Haikal berada di kampung tersebut.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana
Walaupun Haikal baru sahaja tiba di kampung tersebut namun
kedatangannya sangat dialu-alukan oleh penduduk kampung dan berharap
Haikal akan terus tinggal di sana.

2. P - Peristiwa Haiqal yang telah berjaya mempersembahkan tarian zapin


bersama dengan Ong See Hwa dengan baik sekali. Persembahan Haiqal dan
juga Ong See Hwa juga telah mendapat tepukan gemuruh apabila mereka
mengambil tempat di hadapan pentas.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana
Haikal telah berjaya menghidupkan kembali tarian zapin jincat di kampung
tersebut dan mempersembahkan tarian zapin dengan jayanya walaupun sebelum
ini Haikal tidak pernah menari zapin.

3. P- Semasa Haikal sedang menerima zapin, Haiqal terlihat tiga susuk


manusia yang sangat dikenalinya. Mereka duduk di bahagian belakang Balai
tempat duduk penonton sambil tersenyum menyaksikan persembahan tarian
zapin Haiqal. Haikal berasa terharu dan tidak menyangka bahawa Umi,
walid dan Nurul Asiah akan datang menyaksikan persembahan tarian
zapinnya.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada baca kerana
kedatangan umi membuktikan bahawa Umi telah memaafkan Haiqal dan
dendam Umi terhadap Abdullah bin Kayan telah terpadam.

4. P - Peristiwa Ong semua bersetuju untuk menggantikan Lazim sebagai


pasangan Haikal untuk menari Zapin. Semasa penduduk kampung sedang
sibuk bergotong-royong membuat persiapan untuk persembahan Zapin
mereka telah dikhabarkan bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan
semasa pulang dari kerja. Oleh itu pakcik bakar telah mencadangkan
kepada Haikal supaya berjumpa dengan Ong see Hwa dan memujuknya
untuk menjadi pasangan Haikal menari Zapin.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana
persembahan zapin tersebut dapat dijayakan.

5. P - Penduduk Kampung Seri purnama bergotong-royong di balai raya


membuat persediaan untuk malam persembahan Zapin. Sebahagian
penduduk kampung mengemas kerusi dan ada juga yang memasak makanan
untuk dihidangkan kepada para tetamu.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana
usaha Haikal untuk menghidupkan kembali tarian zapin jincat di Kampung
Seri purnama disambut baik oleh penduduk kampung.

You might also like