You are on page 1of 12

Jadual Kerja

Bil. Tarikh Perkara Catatan

1) 2/6/2022 Menerima taklimat daripada guru mata


pelajaran Sejarah berkaitan penulisan Sejarah.

2) 5/6/2022 Membuat rujukan awal ke laman web yang


berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai
persediaan awal.

3) 6/6/2022 Mengenal pasti cara penulisan tugasan,


menentukan tajuk penulisan.

4) 7/6/2022 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk


tugasan menerusi Internet, buku Teks sejarah
untuk mendapatakan bahan penulisan.

5) 7/6/2022 Menulis kerangka kasar penulisan.


6) 8/6/2022 Menulis objektif dan kaedah kajian.
7) 8/6/2022 Menulis penerangan mengenai faktor
berlakunya peristiwa bersejarah.

8) 8/6/2022 Menulis penjelasan mengenai peristiwa


bersejarah.
9) 9/6/2022 Menulis rumusan dan sumber rujukan.

10) 10/6/2022 Menyediakan lampiran.

11) Menyusun hasil kerja. Semak dan hantar


tugasan kepada guru.
Pernyataan Masalah:
• Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan pada tahun 1896
merupakan gabungan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang. Negeri Negeri Melayu Bersekutu yang diketuai oleh Residen
Jeneral dibentuk menggantikan sistem residen untuk memenuhi
kepentingan British di Tanah Melayu. Bincangkan.
Objektif Kajian :
Meliputi pengetahuan
Kemahiran
Nilai
Kaedah Kajian :
• Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat
secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya adalah:
Melayari Internet
Saya menggunakan kaedah melayari Internet bagi mendapatkan maklumat tugasan
berkaitan.
Kajian Buku Teks
Saya turut merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Buku
teks yang digunakan ialah Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 dan Buku Focus Sejarah
Tingkatan 1,2,3.
Bimbingan guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan
kajian yang diberikan. Oleh itu, saya mendapat bimbingan dari guru mata pelajaran
Sejarah iaitu Puan Zal Ismawati.
Persoalan :
I.Huraikan faktor pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

II.Jelaskan kedudukan Raja-Raja Melayu dari segi pentadbiran selepas


pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

III.Bincangkan bagaimana Raja-Raja Melayu menggunakan Durbar


untuk melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri.
Pelaporan Hasil Kajian
1. Huraikan faktor pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Terdapat beberapa faktor pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Antaranya ialah


untuk mengatasi kelemahan Sistem Residen. Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas
untuk melaksanakaan tugas. Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat
Negeri. Raja dan Pembesar Melayu tidak berpuas hati kerana kehilangan kuasa dalam
pentadbiran dan pungutan cukai. Faktor seterusnya ialah untuk menyeragamkan Pentadbiran.
Pentadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang tidak seragam kerana
mempunyai undang-undang sendiri. Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang. Oleh
sebab itu, British memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam untuk memudahkan
eksploitasi ekonomi. Selain itu, pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu membantu
menjamin Keselamatan Negeri. Penggabungan membolehkan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu mempunyai pasukan keselamatan sendiri. Hal ini akan akan menjaga keamanan
tanpa mengharapkan bantuan luar. Akhir sekali, pembentukan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dapat menangani masalah kewangan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat
membantu mengurangkan beban kewangan negeri Pahang.
2.Jelaskan kedudukan Raja-Raja Melayu dari segi pentadbiran
selepas pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam
pentadbiran negeri Melayu. Majlis ini dipengaruhi oleh Raja Melayu dan berperanan
menggubal undang-undang serta membantu pentadbiran negeri. Selepas pembentukan
Negeri-Negeri Melayu Bersekut, Majlis Mesyuarat Negeri tidak lagi berkuasa kerana kuasa
perundangan terletak di tangan Residen Jenaral. Dari sudut pentadbiran, peranan Raja-Raja
Melayu diambil alih oleh Residen Jeneral. Kuasa Raja-raja Melayu semakin terhakis kerana
terpaksa menurut nasihat Jeneral dalam semua perkara pentadbiran kecuali dalam hal
berkaitan dengan agama dan adat Melayu. Pada tahun 1909, British menandatangani
perjanjian dengan Raja-Raja Melayu bagi menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Majlis ini berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan memberikan ruang kepada Britishuntuk
mengawal undang-undang dan kewangan negeri serta meberikan kuasa pentadbiran
kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Hal ini menjejaskan kewibawaan Raja-Raja Melayu yang
hanya diletakkan sebagai ahli biasa dalam majlis tersebut.
3.Bincangkan bagaimana Raja-raja Melayu menggunakan Durbar
untuk melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri.
Pada tahun 1903, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah yang merupakan Sultan Perak mengkritik
pemuasatan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak langkah mengembalikan kuasa
kepada institusi raja. Baginda mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
persekutuan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan, Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah menuntut Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa rasmi persekutuan. Pada tahun 1932, Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah mendesak agar
kuasa semua aspek pemerintahan dikembalikan kepada Raja-Raja Melayu dan Majlis Negeri.
Seterusnya pada tahun 1937, Tuanku Abdul Rahman yang merupakan Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan menggesa British memberikan peluang perkhidmatan kepada buruh dari
rumpun Alam Melayu, khususnya orang Jawa menggantikan buruh Cina dan India di negeri-
negeri Melayu. Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah mendesak British
memberi perhatian kepada masalah orang Melayu yang tiada pekerjaan atau tanah. Pada tahun
1939 pula, Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah mencadangkan penubuhan Malay Girls
College dan Malay College Kuala Kangsar untuk meningkatkan pendidikan kaum wanita.
Rumusan
Peluasan Kuasa British di negeri-negeri Melayu membawa
pembaharuan terhadap sistem pemerintahan negeri Melayu. Dalam
usaha menguasai pentadbiran Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang, British memperkenalkan Sistem Residen. Seterusnya British
meletakkan negeri Melayu tersebut di bawah naungan British melalui
pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kedaulatan negeri
masih dipegang oleh Raja-Raja Melayu. Raja terikat dengan perjanjian
menerima nasihat British yang menghakis kewibawaan Raja-Raja
Melayu. Namun begitu, kewibawaan Raja-Raja Melayu terus
dipertahankan melalui penubuhan Majlis Raja-Raja yang ada hingga
hari ini.
Sumber Rujukan
Buku teks Sejarah Tingkatan 3

Dr. Azharudin bin Mohamed dali, Ridzuan Bin Hasan, Muslimin bin Fadzil, 2018, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Focus PT3 Sejarah Tingkatan 1,2,3

Akashah Ismail, Abdul Hakim Samuri, Norsaliza Mohd Zain, Rama Chendra Govindasamy, Lee Sin
Lian, Zaleha Sulaiman, Nazril Aiman, 2020, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Internet
1)https://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu
2)https://app.pandai.org/note/read/kssm-f3-sj-03/pentadbiran-negeri-negeri-melayu-bersekutu
Lampiran

You might also like