You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SHAH ALAM

KAJIAN KES KSSM SEJARAH TINGKATAN 3


2022

Tajuk:
KESAN EKONOMI DAN SOSIAL AKIBAT
PENTADBIRAN BARAT DI NEGARA KITA

Nama murid : Jihan Rafiqa binti Abd Rashid


Kelas : 3 Cempaka
Nama Guru Sejarah : Triyanti binti Martoyo

20
1.0 JADUAL KERJA

Tarikh Tandatangan
Bil. Perkara Pelaksanaa n Murid

1 Menerima tugasan kajian kes Sejarah daripada guru


Sejarah, 29.11.2022

2 Membina objektif kajian dan menetapkan kaedah


kajian 2.12.2022

3 Mengumpul hasil dapatan dengan merujuk sumber 3.12.2022


kajian

4 Membuat kesimpulan kajian 3.12.2022

5 Melengkapkan lampiran dan rujukan 3.12.2022

6 Menghantar laporan kepada guru Sejarah, 6.12.2022


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Menjelaskan ekonomi moden yang diperkenalkan oleh kuasa barat di negara kita.

2.2 Menghuraikan kesan ekonomi akibat pentadbiran kuasa Barat di negara kita.

2.3 Menghuraikan kesan sosial akibat pentadbiran kuasa Barat di negara kita

3.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menjalankan 3 kaedah kajian berdasarkan 3 sumber rujukan iaitu Kaedah
rujukan , kaedah pemerhatian dan kaedah melayari internet

3.1 Bagi kaedah pertama iaitu kaedah rujukan seperti buku-buku sejarah bagi mencari
maklumat tentang tajuk ini . Contohnya Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 , pada muka
surat 136 hingga 164

3.2 Kedua ialah kaedah pemerhatian . Saya telah membuat pemerhatian tentang Kesan
Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi dan Sosial daripada medium Youtube pada pautan
Sejarah Tingkatan 3 Bab 6 yang disediakan oleh Chekgu Anas

3.3 Ketiga, saya telah membuat kajian dengan melayari bahan daripada sumber yang
sahih daripada internet, saya telah melayari laman sesawang SCRIBD yang
dipublikasikan oleh Eyza Jimat.

4.0 PENGENALAN

Kedatangan kuasa Barat menyebabkan berlakunya perubahan sistem pentadbiran di


negara kita. Tempoh tersebut menandakan permulaan perubahan bentuk ekonomi dan
sosial di negara. Semasa pemerintahan British, mereka memperkenalkan sistem ekonomi
moden yang lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses
penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain. Sistem ekonomi
moden ini berasaskan beberapa ciri seperti modal, tanah, teknologi moden, buruh dan
pengeluaran dalam skala yang besar.
5.0 HASIL DAPATAN

5.1 Kemajuan ekonomi membolehkan British membina sistem pengangkutan bagi


mengangkut hasil bijih timah dan getah dari kawasan pengeluaran ke pelabuhan untuk
dieksport. Bagi memenuhi keperluan ini, British membina landasan kereta api, jalan
raya, lapangan terbang awam dan pelabuhan. British juga memajukan sistem
telekomunikasi, iaitu telegraf, telefon dan pos.

PENGANGKUTAN :

Kereta api: dibina menghubungkan Bandar, antara utara Tanah Melayu dan selatan
apabila NNMB dibentuk, menghubungkan seluruh Tanah Melyu, mengangkut bahan
mentah,penumpang.
Sabah: 1896(Bukau), 1900( Beaufort, Jesselton, Tenom) untuk kegiatan pembukaan
ladang getah, tertumpu di pantai barat.
Sarawak: menghubungkan Kuching dan Bau 1917

Jalan Raya: Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang (Swettenham). 1902, jalan raya lebih
lebar, peningkatan kenderaan bermotor. 1911, Bandar besar, kawasan sumber ekonomi
dan pelabuhan. 1939, seluruh negeri. Kesannya banyak petempatan dibuka, ladang getah
baharu, lombong bijih timah.

Pengangkutan udara dan laut: Syarikat Wearne Air Service 1937 penerbangan domestic
Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 1890, Syarikat Straits Steamship Company
ditubuhkan di Singapura. Kapal susur pantai membawa bekalan makanan, buruh, jentera
untuk perlombongan bijih timah.
Sarawak: Singapore and Sarawak Steamship Company. 1924, bandar Kuching dengan
Singapura.
Sabah: 1890, Straits Steamship mengangkut barang, penumpang.

KEMUDAHAN PELABUHAN

Pulau Pinang, Kuala Sepetang (Port Weld), Port Dickson, Port Swettenham, Melaka,
Singapura, Kuching, Rajang, Miri, Bintulu, Labuan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad
Datu, Sandakan.

TELEKOMUNIKASI

Negeri Melayu: Telegraf menghubungkan Kuala Lumpur dan Melaka.


Sarawak: telegraf antara Kuching dan Singapura 1897 bagi melicinkan pentadbiran dan
mengurus kegiatan ekonomi.
Sabah: telegraf dan radio.
5.2 Kepesatan kegiatan ekonomi menyebabkan Barat mengukuhkan pentadbirannya. Hal
ini menyebabkan kesan sosial dalam perkembangan bandar, pembentukan masyarakat
majmuk, perkembangan pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan pembinaan penjara.

PERKEMBANGAN BANDAR

Sebagai pusat perniagaan, pusat kewangan, pendidikan, pentadbiran. KL, Seremban,


Taiping, Ipoh. Kuching ibu negeri Sarawak 1841 oleh James Brooke, orang Melayu,
Cina. Banyak rangkaian jalan raya dan bangunan kerajaan. Sibu 1862, Cina menjalankan
perdagangan. Miri abad 20 penemuan petroleum 1910. Jesselton pusat perdagangan dan
pelabuhan. Jessel Town bersempena nama Charles Jessel ditukar kepada Kota Kinabalu.
Getah, landasan kereta api.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

Melayu kawasan Bandar, pekan. Pertanian, perikanan, perniagaan, perusahaan, harta


tanah, perbankan, pentadbiran, syarikat swasta. Cina kawasan Bandar, pekan, pertanian,
perniagaan, perusahaan, harta tanah, perbankan, kerajaan. India kawasan perladangan.
Perladangan, pengangkutan, swasta, kerajaan.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

Sekolah Vernakular Melayu: pengetahuan asas membaca, menulis, mengira.


Sekolah Vernakular Cina: Cina membuka sekolah di Bandar, tempat tinggal, Guru,
buku, kurikulum sekolah dari China. Cina lebih cenderung ke sekolah Inggeris.
Sekolah Vernakular Tamil: 1912, Ordinan Buruh mewajibkan majikan ladang
mendirikan sekolah Tamil di ladang.
Sekolah Inggeris: Penang Free School Pulau Pinang 1816, Malacca Free School 1826.
Lulusan berpeluang ke luar Negara, dalam bidang pentadbiran dan kejuruteraan, diberi
keutamaan jawatan perkhidmatan kerajaan. Kolej Melayu Kuala Kangsar 1905 menarik
anak raja dan bangsawan Melayu belajar di maktab.

1922, Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak.

Sarawak: Sekolah Abang Kassim Kampung Jawa, Kuching, 1833. Government Lay
School Kuching 1903, Madrasah Melayu melatih guru Melayu, Native Officer 1931,
Sekolah Cina Bau 1870.

Sabah: mubaligh Kristian mendirikan SR St. Mary, Sekolah Lelaki St. Michael, sekolah
perempuan, SBUB sekolah Melayu di Papar, Kota Belud.
PERKHIDMATAN KESIHATAN

Hospital kerajaan pertama di Taiping 1878. Merawat buruh asing di lombong, estet.
Institut Penyelidikan Perubatan KL 1900. Ditumpukan kepada penyakit tropika: beri-
beri, malaria. Masyarakat menggunakan rawatan moden. Brooke membina hospital di
Kuching, Sibu 1913. Sarawak Shell Oilfields Limited membina di Miri. Hospital Raja
Brooke Memorial 1925 tapak penempatan kusta seluruh Borneo. William Hood
Treacher membina di Kota Kinabalu, Sandakan, Beaufort, Tawau, Kudat. Dispensari di
Tambunan, Kota Belud, Sipitang, Keningau, Semporna, Pensiangan, Papar, Tuaran,
Ranau.

PEMBINAAN PENJARA

Francis Light menjadikannya pusat menempatkan banduan dari India. SHTI menjadikan
banduan sebagai tenaga buruh murah membina pelabuhan, bangunan, jalan raya,
landasan kereta api, penjara. 1790, di Fort of Cornwallis, Pulau Pinang. Penjara Taiping
dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama Perak, Pahang, N.Sembilan,
Selangor. Rumah Pasong 1890 ditadbir Pegawai Daerah Sarawak. The Square Tower
Sabah 1879.

6.0 KESIMPULAN

Saya telah menjalankan kajian kes yang bertajuk Kesan Pentadbiran Barat Terhadap
Ekonomi dan Sosial.

Daripada kajian ini, saya telah mengetahui bahawa kedatangan British membawa
perubahan dalam pentadbiran dan membawa kesan ekonomi serta sosial. Di samping itu,
pengajaran dan iktibar yang saya peroleh ialah kepentingan sikap bermuafakat dalam
memajukan negara. Harapan saya agar kita perlu bersikap positif dan bijak menerima
perubahan kesan pertumbuhan dan pemodenan ekonomi negara demi memastikan
kelangsungan kegemilangan negara pada masa depan.
7.0 LAMPIRAN

Buku teks Sejarah Tingkatan 3


Youtube : Chekgu Anas

Laman Sesawang :
SCRIBD : Eyza Jimat
8.0 RUJUKAN

Laman Sesawang

“T3 B6 Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi Dan Sosial”


-https://www.scribd.com/presentation/504008247/T3-B6-KESAN-PENTADBIRAN-
BARAT-TERHADAP-EKONOMI-DAN-SOSIAL

Youtube

“BAB 6 (PT. 1) SEJARAH TINGKATAN 3: PENGENALAN EKONOMI MODEN


DAN PENTADBIRAN BARAT BERKAITAN EKONOMI”
-https://youtu.be/Gm5ZTvonHJE

Buku
Penulis :Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan dan
Muslimin bin Fadzil
Tahun terbit : 2018
Tajuk buku : Sejarah Tingkatan 3
Tempat penerbitan : Kuala Lumpur
Syarikat penerbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like