You are on page 1of 21

1

TAJUK TUGASAN:
PERADABAN KAUM CINA

KOD KURSUS:
NBWU 3172 BAHASA MELAYU 4

SESI PENGAJIAN:
2021/2022

NAMA PELAJAR:
NUR IZZATI ZAFIRAH BINTI OMAR(22BB04002)
NURU SYAFIQA BINTI AMAT SAFII(22BB04003)
NUR AMIRAH BINTI AMRI(22BB04001)
IYAD FIKRI BIN AZIZAN(22BB04005)

PROGRAM:
BB04- IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN

NAMA PENSYARAH:
PUAN NORHASZLIZA BINTI RAMLI

TARIKH HANTAR:
MINGGU KE-10
2

ISI KANDUNGAN
1.1 PENGENALAN ................................................................................................................................ 4
2.1 OBJEKTIF ........................................................................................................................................ 5
3.1 METODOLOGI KAJIAN................................................................................................................. 5
3.1.1 KAJIAN LAPANGAN PERPUSTAKAAN .............................................................................. 6
A.GENRE SASTERA CINA KLASIK .......................................................................................... 7
B.GENRE KESENIAN CINA ........................................................................................................ 9
4.1 BAHASA KAUM CINA ................................................................................................................ 11
4.1.2 TATABAHASA BAHASA CINA .......................................................................................... 13
5.1 BUDAYA KAUM CINA ............................................................................................................... 14
5.1.1CARA BERPAKAIAN ............................................................................................................. 14
5.1.2 PEMAKANAN ........................................................................................................................ 14
5.1.3 ADAT PERKHAWINAN ........................................................................................................ 15
5.1.5 ADAT KEMATIAN ................................................................................................................ 16
5.1.6 PERAYAAN ............................................................................................................................ 16
1. TAHUN BARU CINA, PERAYAAN PALING FAMOUS MASYARAKAT CINA KAT
SELURUH DUNIA ...................................................................................................................... 17
2. HARI CHAP GOH MEI, MENANDAKAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAH
HABIS........................................................................................................................................... 17
3. PESTA CHINGAY, PERAYAAN KEMUNCAK UNTUK CAP GOH MEH ........................ 18
4. CING MING/CHENG BENG, PERAYAAN UNTUK MENGENANG NENEK MOYANG 18
5. PESTA DUAN WU/FESTIVAL PERAHU NAGA ................................................................. 18
5.1.7 KESENIAN ................................................................................................................................. 19
TARIAN NAGA ........................................................................................................................... 19
TARIAN SINGA .......................................................................................................................... 19
TARIAN BUNGA ........................................................................................................................ 19
TARIAN BUNGA TERATAI ...................................................................................................... 19
TARIAN PAYUNG ...................................................................................................................... 20
TARIAN CINTA BERTEMU ...................................................................................................... 20
6.1 KESIMPULAN ............................................................................................................................... 20
7.1 RUJUKAN ...................................................................................................................................... 21
3

PERADABAN KAUM CINA

NUR IZZATI ZAFIRAH BINTI OMAR (22BB04002)

NURU SYAFIQA BINTI AMAT SAFII (22BB04003)

NUR AMIRAH BINTI AMRI (22BB04001)

IYAD FIKRI BIN AZIZAN (22BB04005)

ABSTRAK

Dengan ini, kami membicarakan bahawa salah satu perkara iaitu Sempena pertumbuhan
ekonomi dan negara China, Pembelajaran Bahasa Cina (BC) sebagai bahasa asing semakin
popular di seluruh dunia. Mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010, BC
ditawarkan sebagai bahasa asing pilihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mengkaji
perkembangan frasa nombor BC dalam kalangan pelajar Melayu dan perkaitan antara
keputusan ujian dan pembolehubah yang mempengaruhi pembelajaran BC dalam kalangan
pelajar Melayu merupakan dua matlamat utama kajian ini. Ini kerana penggunaan frasa nombor
adalah penting untuk berinteraksi dalam kehidupan harian. Kajian ini bertumpu pada topik
tarikh, masa dan harga dalam kursus Mandarin For Beginners di Universiti Malaysia Pahang.
Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi, iaitu ujian, soal selidik dan temu bual. Ujian ini
digunakan untuk memerhati bagaimana pelajar Melayu membentuk frasa nombor BC, dan
jawapan ujian yang salah diperiksa menggunakan tatabahasa deskriptif. Unsur-unsur yang
mempengaruhi pembelajaran BC pelajar Melayu ditentukan menggunakan soal selidik. Data
daripada tinjauan telah diperiksa menggunakan metodologi SPSS. Kemudian temu bual
dijalankan di atas satu kumpulan fokus yang terdiri daripada lima orang responden yang
cemerlang dalam ujian dan lima orang responden yang lemah dalam ujian. Hasil kajian dalam
ujian menunjukkan pelajar Melayu tidak menguasai sepenuhnya dalam frasa nombor BC.
Responden lebih menguasai frasa tarikh tetapi frasa harga kurang dikuasai. Dari analisis
menunjukkan bahawa lima jenis kesilapan pembentukan frasa nombor BC yang dilakukan
dalam kalangan pelajar Melayu seperti kesilapan angka, kesilapan Hanyu Pinyin, kesilapan
kosa kata, kesilapan struktur dan ketinggalan kosa kata. Analisis soal selidik menunjukkan
faktor pengajaran paling mempengaruhi pembelajaran BC sebagai Bahasa asing dalam
kalangan pelajar Melayu. Faktor-faktor pengaruh yang seterusnya meliputi pemindahan bahasa
ibunda, motivasi, minat, sikap, persekitaran dan masa pembelajaran. Analisis korelasi
4

menunjukkan bahawa hanya tiga faktor mempunyai hubungan yang signifikasi dengan prestasi
responden, iaitu faktor minat, sikap dan persekitaran. Namun begitu, hasil kajian dari temu bual
menunjukkan senario percanggahan pendapat dalam kalangan pelajar. Secara optimis, kajian
ini dapat menghasilkan garis panduan kepada para akademik untuk menambahbaikan
pembelajaran frasa nombor BC dalam kalangan pelajar Melayu.

Kata kunci: Pembelajaran Bahasa Cina, frasa nombor Bahasa Cina, pembentukan

frasa, bahasa kedua

1.1 PENGENALAN

Abad kesembilan belas merupakan zaman perubahan besar di Tanah Melayu, dengan
perubahan politik membawa kepada perubahan sosial. Pertumbuhan ekonomi hasil daripada
industri bijih timah dan getah membawa kepada kedatangan ramai pendatang Cina dan India,
yang telah membantu mewujudkan masyarakat yang lebih pelbagai di Tanah Melayu sehingga
ke hari ini. Penduduk dari berbagai belahan dunia berhijrah ke Malaysia pada masa lalu,
termasuk orang Cina dan India. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai masyarakat majmuk, bermakna budaya dan kaum yang berbeza dialu-alukan. Kita
akan mengetahui lebih lanjut mengapa perkara ini berlaku pada masa hadapan apabila kita
melihat proses ketibaan pendatang Cina dan India ke Malaysia. Orang Cina tiba di Tanah
Melayu sebelum wilayah itu menjadi sebahagian daripada Malaysia, dan mereka terutamanya
datang untuk berdagang. Kedudukan Melaka yang berada di antara China dan India
menjadikannya tempat yang sangat popular untuk mereka singgah. Mereka membawa
barangan seperti buah-buahan, timah, gincu, lada hitam, candu, dan herba ubatan. Mereka juga
berniaga barangan seperti kain sutera, kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk, dan
sebagainya. Orang Cina berada di Tanah Melayu untuk masa yang lama, dan kehadiran mereka
sangat berterusan.
5

2.1 OBJEKTIF
Orang ramai berhijrah dari China adalah kerana banyak masalah yang berlaku di sana, seperti
bencana alam yang telah memusnahkan industri pertanian negara. Bencana ini telah
menyukarkan ramai orang China untuk terus hidup dari segi ekonomi, dan mereka telah mula
berhijrah ke negara lain untuk mencari peluang yang lebih baik. Di samping itu, kerajaan China
telah lama cuba mengawal pertumbuhan penduduk negara itu, tetapi masalahnya ialah ia tidak
dapat melakukannya sepenuhnya. Jadi, orang ramai masih berhijrah ke negara lain untuk
mencari kehidupan yang lebih baik. Keadaan politik di China menyukarkan ramai rakyat China
untuk hidup aman dan selamat di sana. Ini telah mendorong ramai orang Cina untuk datang ke
Tanah Melayu, terutamanya sejak Dinasti Manchu yang memerintah China pada tahun 1600-
an, sangat mendiskriminasi penduduk Cina. Pemberontakan terhadap Empayar Manchu
kadangkala bermula akibat diskriminasi ini. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah
Pemberontakan Taiping. Pemberontakan ini diketuai oleh Hung Hsiu-Chuan, tetapi ia gagal
untuk menggulingkan Empayar Manchu. Pemberontakan ini menyebabkan kerajaan China
menjadi lebih aktif dan kejam dalam menangani rasa tidak puas hati rakyat. Ini menyebabkan
ramai orang Cina meninggalkan rumah mereka dan datang ke Tanah Melayu. Orang Cina yang
datang ke Tanah Melayu ingin lari dari kemiskinan dan penderitaan yang mereka alami di
China. British pada masa ini menjanjikan mereka peluang pekerjaan penuh, yang menyebabkan
mereka ingin datang ke Tanah Melayu.

3.1 METODOLOGI KAJIAN

Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan
untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu.
Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa
metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis
data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Bagi mendpatkan
kajian yang berkualiti tinggi, kita haruslah menggunakan kaedah pengajian yang saintifik.
Dalam kajian ini 3 kaedah kajian saintifik digunakan iaitu kaedah kajian perpustakaan, kaedah
kajian lapangan dan kaedah kajian soal selidik. Untuk menghasilkan kajian yang bagus,
pengkaji perlulah lebih teliti dan tidak memandang ringan terhadap kaedah kajian yang
6

digunakan. Jika mengunakan kaedah yang salah berkemungkinan besar baawa kajian yang
dilakukan tidak berkualiti dan mempunyai maklumat yang tidak tepat.

3.1.1 KAJIAN LAPANGAN PERPUSTAKAAN

Menurut kajian George (2008), penyelidikan perpustakaan adalah bentuk penyelidikan


tersusun dengan alat, peraturan dan teknik tertentu. Kaedah kajian ini amat penting untuk
digunakan bagi mengumpul maklumat atau data yang relevan mengikut bidang yang ingin
dikaji. Kajian perpustakaan digunakan untuk mencari maklumat yang amat penting seperti
Karya Bahasa dan kesusateraan Cina Klasik.

Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM dan pci-
kembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan kesusasteraan
Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa
pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi
lisan dan tulisan "walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang
Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). Tulisan Cina
pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic); dan sifat ini menjadikan
bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain.
Dengan ini ia tetap tidak berubah dan seterusnya meninggalkan beberapa kesan terhadap
kesusasteraan Cina dan penyebarannya.

Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya


tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi
fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman
dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek
apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan
dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya,
boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini
mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus
menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bernilai.

Data diperoleh melalui proses perpustakaan. Pengkaji mencari buku berkaitan peradaban kaum
cina di pusat sumber. Pengkaji turut mendapatkan maklumat dari laman sesawang. Proses
7

pemerolehan data ini dilakukan untuk mengenal pasti kaedah- kaedah penyebaran peradaban
cina. Perkara ini bertujuan untuk memastikan setiap data yang diperoleh adalah bertepatan.
Perkara pertama yang dilakukan oleh pengkaji dalam pemerolehan data ini ialah dengan
membuat pemerhatian bagi seluruh kaedah penyebaran.

Pengkaji telah mengenalpasti dan menyenaraikan kaedah-kaedah yang digunapakai bagi


penyebaran sifat bahasa Cina.

A.GENRE SASTERA CINA KLASIK

PUISI

Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi
305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara
zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh
(770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la dipercayai disusun pada
lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan
pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada
penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing
(Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim
Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM
ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada
asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga
diiringi oleh tarian.

Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih
daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak
bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi
politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan
pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau
untuk menyatakan maksud sebenar.
8

PROSA

Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan
bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa
pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stall karya pakar zaman purba,
khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model. Bahasa
klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan sehan-hanan kerana la sukar untuk difahami
atau dikuasai. Bagaimanapun, bahasa klasik telah menjadi medium bagi hampir semua
penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga
kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa
vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bahasa percakapan,
walaupun lebih mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan
dalam penulisan sastera sehmgga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan
fiksyen.

Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi sosial
dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang
berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa
adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.

DRAMA

Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama
mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk
asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan
aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling
menarik ialah jenis za ju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit
muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung
dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan
menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau
sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan
sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai
9

contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing, mengkritik
kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri
rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji
(Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui
pelukisan watak utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju
banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao
(penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).

B.GENRE KESENIAN CINA

MUZIK KLASIK

Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan
mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya
bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh.
Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan
kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.

Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun
2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal
yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Paip
buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung
phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta.
Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji
(Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti Konfusius
juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta
prinsip estetik tentang muzik.

KALIGRAFI
10

Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang paling
tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan
kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana
usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang
yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan,
contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen
kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para
pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak
di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-
rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat
dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya
ialah Wang Xizhi (321-379).

SENI LUKIS

Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.
Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar
kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Biasanya sebuah puisi
yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya mencapai tahap
'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan'. Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi sent
puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap (seal engraving).

Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi
(menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi
merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan
mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis
Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang, serangga, burung atau bunga
mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting (essence) objek-
objek ini mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila melukis landskap, jarang pelukis
xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk
gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka.
11

Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan
landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa peminat ke dalam dunia alam
semula jadi serta bersatu dengannya.

4.1 BAHASA KAUM CINA

Bahasa Cina atau Bahasa Han (Cina Tradisional: 漢語, Cina Ringkas: 汉语, pinyin: Hànyǔ;

Cina Tradisional: 華語, Cina Ringkas: 华语, pinyin: Huáyǔ; atau 中文, pinyin: Zhōngwén)

merupakan bahasa bangsa Han yang membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-
kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina
sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang
menuturnya sebagai bahasa ibunda.

Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa
ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas. Variasi mengikut
kawasan di antara variasi atau "dialek" yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga
bahasa Romance (keturunan bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup
banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di
antara 6–12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana
bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan Kantonis (Guangdong) paling ramai penuturnya.
Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan
pertikaian.

Sebutan bahasa Cina yang baku berasaskan dialek Beijing, daripada golongan Bahasa
Mandarin. Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan
Republik China di Taiwan, serta salah satu bahasa rasmi Singapura (bersama bahasa Inggeris,
Melayu, dan Tamil). Bahasa Cina—secara tepatnya, bahasa Mandarin baku—merupakan salah
satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (bersama bahasa
Inggeris, Arab, Perancis, Rusia, dan Sepanyol). Bahasa Cina yang ditutur dalam bentuk dialek
Kantonis pula merupakan bahasa rasmi Hong Kong (bersama bahasa Inggeris) dan Macau
(bersama bahasa Portugal).
12

Terdapat tujuh golongan bahasa Cina yang paling dikenali, iaitu (menurut saiz populasi
penuturnya):

• Mandarin (Cina Tradisional: 官話, Cina Ringkas: 官话 atau 北方方言 [nama lama])

• Wu (Cina Tradisional: 吳, Cina Ringkas: 吴)

• Kantonis (Cina Tradisional: 粵, Cina Ringkas: 粤)

• Min (Cina Tradisional: 閩, Cina Ringkas: 闽)

• Xiang (湘)

• Hakka (客家 atau 客)

• Gan (Cina Tradisional: 贛, Cina Ringkas: 赣)

Baru-baru ini, para pengkaji bahasa Cina juga dapat membezakan 3 lagi kumpulan daripada
tujuh-tujuh kumpulan tersebut:

• Jin (Cina Tradisional: 晉, Cina Ringkas: 晋) dari Mandarin

• Hui (徽) dari Wu

• Ping (Cina Tradisional: 平話, Cina Ringkas: 平话) yang sebahagiannya dari

Kantonis

Pada abad ke-20, kebanyakan penulisan Cina formal adalah dalam bentuk wényán (文言), yang
bermaksud bahasa klasik, yang amat berbeza daripada mana-mana dialek frasa Cina dari segi
tatabahasa dan perbendaharaan kata, serupa dengan Bahasa Latin yang banyak berbeza
daripada bahasa-bahasa Romance moden. Sejak peristiwa daripada Gerakan 4 Mei 1919,

piawaian formal bagi penulisan bahasa Cina beralih kepada bentuk báihuà (白話/白话), atau

Cina Vernakular, yang menunjukkan tatabahasa dan perbendaharaan kata Mandarin, maka
dijadikannya sebagai tulisan Cina baku.

Aksara-aksara Cina merupakan aksara logogram yang berbentuk sebagai pembayang/maksud


yang tidak tertakluk kepada sebutan perkataan. Maka, walaupun nombor satu disebut "yi"
13

dalam Bahasa Mandarin, "yat" dalam Bahasa Kantonis dan "tsit" dalam Bahasa Hokkien,
ketiga-tiga sebutan itu berasal daripada sepatah perkataan Cina kuno dan masih berkongsi satu
aksara yang sama ("一"). Sungguhpun begitu, daftar ejaan dialek-dialek Cina tidak seiras
sepenuhnya dan banyak ketara perbezaannya. Tambahan pula, perbendaharaan kata dalam
penulisan banyak dikongsi antara semua dialek, tetapi perbendaharaan kata pertuturan pula ada
perbezaannya. Penulisan Cina mengikut pertuturan lazimnya melibatkan "aksara-aksara
khusus dialek" yang mungkin tidak dapat difahami di dialek-dialek lain atau aksara-aksara
yang dianggap kuno untuk penulisan Cina moden.

4.1.2 TATABAHASA BAHASA CINA

Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina ditutur merupakan bahasa berisolasi, dimana
variasi-variasi tersebut bergantung kepada tatabahasa (susun kata dan struktur ayat) dan
bukannya morfologi (perubahan dalam bentuk perkataan melalui perubahan bunyi). Oleh itu,
variasi-variasi tersebut tidak kurang dalam menggunakan partikel tatabahasa untuk
melambangkan aspek dan penghayatan tatabahasa mereka itu sendiri.

Bahasa Cina menunjukkan akan susunan kata Subjek-Kerja-Objek, dan seperti kebanyakan
bahasa-bahasa Asia Timur yang lain, kerap membina ayat melalui binaan topik-komen.
Sungguhpun Bahasa Cina tidak ada jantina tatabahasanya sendiri, namun adanya sistem
penjodoh bilangan yang menyeluruh, satu lagi ciri-ciri yang juga ada pada bahasa negara jiran
(tetapi tidak tergolong dalam famili bahasa yang sama) seperti Bahasa Jepun dan Korea. Lihat
juga penjodoh bilangan bahasa Cina bagi liputan menyeluruh perihal ini.

Satu lagi ciri-ciri tatabahasa lain yang dikongsi semua dalam variasi bahasa Cina ditutur untuk
merangkumi penggunaan binaan kata kerja serial, pengguguran kata ganti nama (dan
pengguguran subjek), serta penekanan terhadap aspek berbanding tensa tatabahasa.

Walaupun tatabahasa pelbagai dialek Cina berkongsi banyak ciri-ciri, namun tidak kurangnya
perbezaan di antaranya. Lihat tatabahasa Cina bagi merujuk kepada tatabahasa Mandarin Baku,
serta artikel-artikel dialek Cina yang lain bagi tatabahasa masing-masing.
14

5.1 BUDAYA KAUM CINA

5.1.1CARA BERPAKAIAN

Busana klasik kaum Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan
sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian.
Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan
upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan
broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak

Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering
dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini
selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembu.

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia


merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari cheongsam. Ia digemari oleh
wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah.
Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan
samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar
baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

5.1.2 PEMAKANAN

Budaya makanan masyarakat Cina keistimewaan yang tersendiri. Bahan utama dalam menu
masyarakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan kicap soya serta
lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh kaumMelayu
seperti kayu manis, daun ketumbar, dan sebagainya

Kuih bulan merupakan makanan tradisi kaum Cina. Sejarah kuih ini bermula selepas
orang-orang Cina menumpaskan penjajahan Moghul pada akhir Dinasti Yang Pada perayaan
15

kuih bulan, makanan tradisinya adalah kuih bulan itu sendiri. Mereka berarak sempena
perayaan ini dengan membawa sekali tanglung. Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih
bulan ini diberi kepada Dewa Dapur bagi memastikan Dewa Dapur tidak dapat menyampaikan
berita buruk kepada Maharaja Syurga kerana tidak dapat membuka mulut akibat memakan kuih
bulan. Oleh itu, kuih bulan ini penting bagi kaum Cina.

Dalam hidangan budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen
utama iaitu satu sumber utama biasanya nasi dan disertai dengan hidangan sayur-sayuran, ikan,
dan daging. Antara makanan Cina yang terkenal ialah Yusheng di mana ia merupakan satu adat
resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di
keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh,
sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

5.1.3 ADAT PERKHAWINAN

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan
besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga
dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur
sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan
oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan
diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam
perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan
majlis perkahwinan.

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada
tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
16

perempuan dan lelaki dihias indah.Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-
warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

5.1.4 NAMA-NAMA ORANG CINA

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua
mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula
merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira
makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima
aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih
terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

5.1.5 ADAT KEMATIAN

Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal
kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik
dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar.

Dalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah
yang dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan
diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat
daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan
diketuai oleh Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini
dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti
diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.

5.1.6 PERAYAAN
17

1. TAHUN BARU CINA, PERAYAAN PALING FAMOUS MASYARAKAT CINA KAT


SELURUH DUNIA

Benda ni kalau korang tak tahu, kami tak boleh cakap apalah. Salah satu tanda-tanda Tahun
Baru Cina nak mai, akan ada berkotak-berkotak buah Limau. Kaum Cina menyambut Tahun
Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum
Cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang
belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Lebih
kurang macam kalau kita Hari Rayalah!

Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-
anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Kalau kita,
duit rayalah. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga Cina akan berkumpul bersama
dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.
Masyarakat kita selalu panggil acara ni sebagai makan besar. Kalau masyarakat Melayu pulak,
selalunya malam raya kita akan mengemas rumah dan tolong sediakan bahan mentah untuk
dimasak. Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

2. HARI CHAP GOH MEI, MENANDAKAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAH
HABIS

Kalau kita sibuk beraya sampai sebulan, nampaknya masyarakat Cina sambut perayaan Tahun
Baru Cina selama 15 hari je. Kiranya kita lagi raya sakanlah. Hari Chap Goh Mei ni merupakan
Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia jatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina.
Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria – diorang akan makan
dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga.

Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon
di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kalau difikirkan elok-elok, ni macam
style dalam WeChat tu kan. Buang something, nanti orang akan kutip, lepas tu berborak. Kaum
lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh
mereka menerusi limau mandarin. Boleh jadi novel ni, suamiku dari buah limau. Tapi tradisi
macam ni memang best, dan perlu dikekalkan.
18

3. PESTA CHINGAY, PERAYAAN KEMUNCAK UNTUK CAP GOH MEH

Perayaan Chingay merupakan perayaan kemuncak Cap Goh Meh. Perayaan Chingay ni
diraikan setiap tahun pada hari ke-21 bulan pertama kalendar Lunar Cina. Chingay merupakan
acara agama dan acara budaya tradisi Tiong Hua. Setiap kali Chingay dirayakan, akan ada
perarakan yang menonjolkan kehebatan membawa tiang bendera setinggi kira-kira 15 meter
dan mengimbarkan bendera tiga segi sepanjang kira-kira 10 meter.

Apa yang menarik dalam perarakan Chingay ialah pertandingan kehebatan pasukan-pasukan
Chingay membuat persembahan akrobatik seperti membawa tiang bendera itu dengan
menggunakan kaki dan mulut. Sambutan Chingay turut memperlihatkan kenderaan berhias dan
diserikan dengan persembahan tarian singa, tarian kebudayaan, pertunjukkan bunga api dan
seni mempertahankan diri. Memang gempak ohh.

4. CING MING/CHENG BENG, PERAYAAN UNTUK MENGENANG NENEK MOYANG

Perayaan ni penting untuk mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Anak-anak
dan cucu-cicit akan membawa makanan, buah-buahan, kertas-kertas wang ke kubur dan
membersihkan kubur nenek moyang. Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang
nenek moyang, lepas tu akan berbual-bual sekali.Orang Cina percaya bahawa kertas wang
tersebut akan bertukar menjadi duit di alam yang lain.

5. PESTA DUAN WU/FESTIVAL PERAHU NAGA

Perayaan ni merupakan perayaan tradisional Cina yang disambut pada hari kelima bulan kelima
mengikut kalendar Cina yang melibatkan acara lumba perahu naga. Perayaan ini disambut
untuk kenang budi dan jasa seorang menteri Negara Chu semasa zaman-zaman berperang. Dia
merupakan seorang penyair yang patriotisme, berbakat dan banyak menyumbang idea untuk
memajukan negara Chu.

Tapi, Maharaja terpedaya dengan kata-kata pegawai yang jahat dan mengusir Qu Yuan dari
ibu kota negara. Qu Yuan membunuh diri dengan terjun ke Sungai Miluo kerana sedih dan
kecewa terhadap maharaja yang tidak mendengar nasihatnya dan akan mengakibatkan
kemusnahan negara tu. Rakyat jeleta berasa sedih dan mencari jenazah Qu Yuan di Sungai
Miluo menggunakan perahu tetapi tidak ditemui. Lalu mereka melemparkan nasi yang
19

dibungkus dengan daun ke dalam sungai supaya ikan dan udang dalam sungai tidak memakan
jenazah Qu Yuan.

5.1.7 KESENIAN
TARIAN NAGA

Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kain atau
kanvas.Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang pemain yang mengejar sebiji bola yang
bermaksud ”peluang” atau ”keuntungan”.

TARIAN SINGA

Tarian Singa merupakan sejenis tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Tarian
ini digerakkan oleh dua orang penari iaitu pada bahagian kepala dan badan singa.Tarian ini
berbentuk akrobatik dan memungut ”angpau” atau ”keuntungan”. Kedua-dua tarian ini diiringi
dengan paluan gendang yang kuat.Dikatakan bahawa tuan rumah atau pusat perniagaan yang
mempersembahkan tarian tersebut akan mendapat keuntungan yang banyak pada tahun
tersebut.

TARIAN BUNGA

Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia.Seperti tarian-tarian
yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita dengan lemah lembut. Pergerakan
tarian in menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni.
Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat. Iajuga sebagai bukti secara
simbolik menyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang berada dalam keadaan
kegembiraan. Terdapat saranan bahawa ianya harus dimiliki oleh sekuruh dunia.

TARIAN BUNGA TERATAI

Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di Negeri
China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam teratai yang
20

merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria
seperti di zaman dahulu.

TARIAN PAYUNG

Tarian Payung merupakan tarian yang popular sejak Dinasti Han lagi. Tarian ini berasal dari
sebuah daerah di Negeri China yang terkenal dengan industri pembuatan payung. Tarian ini
dipersembahkan di kampung-kampung. Persembahan tarian payung agak rancak kerana ia
menggambarkan keindahan dan kegembiraan.

TARIAN CINTA BERTEMU

Tarian ini menggambarkan gerakan penuh gemalai dan dihiasi dengan cinta, kerinduan dan
keinginan. Ia menggambarkan seorang wanita muda dalam perjalanan menemui kekasihnya.
Bagi menandakan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap seseorang yang
dicintainya, wanita tersebut membawa seekor ayam, seekor itik, udang, ketam dan sebiji
tembikai yang besar. Walau bagaimanapun ingatan manis terhadap orang yang dicintai tiba-
tiba diganggu oleh bunyi guruh yang kuat menyebabkan ia terjengket-jengket dan semua
hadiah yang di bawanya jatuh satu persatu ke tanah. Mengenangkan nasib yang malang, si
gadis menyalahkan kekasihnya yang menyebabkan kemalangan tersebut.

6.1 KESIMPULAN

Kedatangan pekerja imigran Cina, India dan lain-lain ke Malaysia pada abad ke-19
menyebabkan perubahan dalam komposisi penduduk dan membawa kepada pembangunan
masyarakat berbilang kaum. Ini telah membawa kepada pembentukan organisasi sosial dan
budaya yang berbeza, serta pelbagai budaya di Malaysia. Kehadiran mereka ini juga telah
menjejaskan sistem sosial dan corak kehidupan di Malaysia, dan menjadikannya sebuah negara
yang kaya dengan budaya. Cara sistem transportasi telah berubah di Malaysia karena masuknya
orang-orang dari China dan India telah sangat membantu pembangunan. Keterlibatan Inggris
dalam pengelolaan Malaysia juga membantu mewujudkan hal ini. Jalan raya dan pelabuhan
adalah cara penting untuk berkomunikasi di Malaya, tetapi hal ini berubah setelah jalan raya
21

dan rel kereta api dikembangkan. Sistem ini memudahkan orang untuk berpindah-pindah,
meskipun pada awalnya fokus utamanya adalah menghubungkan tempat-tempat di Malaysia.

7.1 RUJUKAN
• DeFrancis, John (1984) "The Chinese Language: Fact and Fantasy", University of
Hawaii Press, ISBN 0-8248-1068-6

• Hannas, William C. (1997) "Asia's Orthographic Dilemma", University of Hawaii


Press, ISBN 0-8248-1892-X

• Norman, Jerry (1988) "Chinese", Cambridge University Press, ISBN 0-521-29653-6

• Ramsey, S. Robert (1987) "The Languages of China", Princeton University Press, ISBN
0-691-01468-X

You might also like