You are on page 1of 12

SULIT / CONFIDENTIAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR
FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 1 SESI 2021/2022
SEMESTER 1 SESSION 2021/2022

KOD / CODE : HGM3063 KURSUS : GEOGRAFI MALAYSIA


COURSE : GEOGRAPHY OF MALAYSIA

ARAHAN / INSTRUCTIONS
1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.
Please read the assessment instructions carefully.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut kepada


pentaksiran akhir yang telah ditetapkan.
Students are required to prepare the answer scripts/assignments/projects based on the
predetermined the final assessment.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah dalam


tempoh masa yang telah ditetapkan.
Students are required to submit their answer scripts/assignments/projects to the lecturers
within the specified time.

PROGRAM / PROGRAMME: ISMP GEOGRAFI

TAHUN / YEAR: 2022 KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP: B

NO. PENDAFTARAN / REGISTRATION NO: D2018 1 0 8 3 9 7 1

NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO: 9 8 1 0 1 6 0 6 5 9 4 3

PENSYARAH / LECTURER: PROF MADYA TS DR NOR KALSUM MOHD ISA

SULIT / CONFIDENTAL
Laporan Projek Khas

1. Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang dipilih merupakan kampung halaman yang berada di negeri Pahang. Secara

lebih terperinci, lokasi kajian adalah di Felda Chini yang merupakan sebuah tanah rancangan Felda

dalam daerah Pekan. Lokasi kajian ini dipilih adalah kerana keberadaan pengkaji yang sedang

berada di lokasi ini memudahkan proses penyelidikan dan pemerhatian.


2. Landskap Fizikal

Bentuk Muka Bumi

Felda Chini merupakan sebuah lokasi perladangan dan pertanian yang giat membangun. Bentuk

muka bumi tanah pamah merupakan penyumbang kepada peningkatan dan kemajuan dalam

kegiatan ekonomi ini. Struktur muka bumi di Felda Chini yang rata serta kesesuaian tanah terhadap

tanaman kelapa sawit serta hasil tani yang lain menjadikan lokasi ini sangat efisien bagi aktiviti

pertanian dan perladangan. Hampir 70% lokasi di Felda Chini dikategorikan sebagai kawasan

tanah pamah. Namun begitu terdapat juga beberapa kawasan tanah tinggi dan berbukit yang

terdapat di Felda Chini. Kawasan tanah tinggi ini biasanya terdapat di kawasan perladangan serta

berhampiran dengan Hutan Simpan Kekal Pahang.

Figure 1: Tanah Pamah Figure 2: Kawasan Tanah Tinggi


Pola Saliran

Bagi bentuk saliran yang terdapat di Felda Chini, saliran di kawasan ini adalah dalam bentuk

sejajar dan pergerakan air pada hujungnya akan memasuki badan air yang lebih besar iaitu Sungai

Pahang. Terdapat banyak cabang atau anak sungai yang menjadi sumber pengairan di Felda Chini.

Antaranya adalah Sungai Mentiga dan Sungai Chini. Sungai Chini terletak di garis lintang

3°26’36.41”E-3°27’03.26”E dan 102°54’31.94”- 102°53’35.49”(Jabatan Pengairan dan Saliran

Neggeri Pahang, 2021). Sungai Chini yang panjangnya 4.8 km merupakan satu-satunya sungai

yang menghubungkan Sungai Pahang dan Tasik Chini. Air dari Tasik Chini hanya mengalir keluar

ke Sungai Pahang melalui Sungai Chini (Mohd Ekhwan et al. 2009). Badan air ini menjadi sumber

air bersih kepada warga Felda Chini. Selain itu, Felda Chini memiliki sebuah tasik semula jadi

yang terkenal di Malaysia. Tasik Chini mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada warga

Felda Chini khususnya. Tasik ini juga turut dijadikan lokasi bagi mendapatkan sumber air bersih

oleh warga sekitar. Badan air serta kawasan takungan air ini sangat penting kepada penduduk di

sekitar Chini.

Figure 3: Sungai Mentiga Figure 4: Sungai Chini


Figure 5: Tasik Chini

Pola Petempatan

Felda Chini merupakan sebuah tanah rancangan Felda yang tersusun dan terancang. Kedudukan

serta pola petempatan ini sangat tersusun dan kemas. Pola petempatan yang telah dikenal pasti di

Felda Chini adalah pola berpusat dan berjajar. Pola berpusat ini dipengaruhi oleh keperluan serta

kemudahan asas yang terdapat di kawasan ini. Antara kemudahan yang terdapat di Felda Chini

adalah kemudahan pengangkutan awam, balai polis, sekolah, bangunan perniagaan serta banyak

lagi utiliti dan kemudahan lain. Susun atur penempatan ini adalah kekal semenjak zaman

pembukaan tanah rancangan Felda Chini. Tidak berlaku sebarang perubahan yang ketara terhadap

susun atur serta kedudukan rumah warga Chini pada masa kini. Terdapat juga kawasan
penempatan penduduk yang tersusun secara berjajar sepanjang jalan raya utama yang dibina di

kawasan Chini. Susunan rumah di sepanjang jalan memudahkan warga untuk bergerak dan

menjalankan rutin harian mereka sebagai peladang atau petani di sekitar Felda Chini.

Figure 6: Pola Petempatan Berpusat


Figure 7: Pola Petempatan Berjajar

3. Kegiatan Ekonomi

Perladangan

Dianggarkan sebanyak 80% warga Felda Chini merupakan peneroka Felda yang mengusahakan

ladang kelapa sawit secara sendiri atau menyerahkan kepada Felda untuk diuruskan. Namun secara

mudah, kesemua peneroka atau penduduk di Felda Chini merupakan peladang atau pengusaha

ladang kelapa sawit. Aktiviti penanaman dan perladangan kelapa sawit menjadi sumber

pendapatan serta kegiatan ekonomi utama di kawasan ini. Dasar pembukaan tanah rancangan ini

oleh Felda sememangnya memfokuskan pertanian kelapa sawit yang menjanjikan pulangan serta

pendapatan yang setimpal. Oleh itu ramai peneroka Felda giat membangunkan ladang hak milik

persendirian mereka demi meraih pendapatan dan menyara keluarga sendiri.


Perniagaan

Bagi kegiatan ekonomi perniagaan, kebanyakan peniaga yang menjalankan aktivit ini merupakan

generasi kedua peneroka atau lebih mudah dikenali sebagai anak peneroka. Ini bermaksud, peniaga

yang berniaga bukanlah seorang peneroka atau orang yang mengusahakan ladang kelapa sawit.

Kebanyakan daripada mereka adalah anak atau cucu kepada pengusaha kelapa sawit. Namun

terdapat juga golongan peneroka yang menjadikan aktiviti perniagaan sebagai sumber pendapatan

tambahan mereka.
3. Penilaian kesan pandemik Covid 19 terhadap kesejahteraan ekonomi dan sosial.

Ekonomi

Ekonomi ialah kawasan pengeluaran, perdagangan, pengedaran, serta penggunaan barangan dan

perkhidmatan oleh ejen yang berbeza. Secara amnya, ia ditakrifkan sebagai 'domain sosial yang

menekankan kepada amalan, wacana, dan ekspresi material yang berkaitan dengan pengeluaran

dan penggunaan. Wabak Covid-19 banyak memberi kesan kepada negara kita termasuklah

kawasan kawasan yang terjejas seperti Chini, Pahang yang akan dikupas dengan lebih lanjut. Di

dalam penilaian ini, penggunaan barangan dan perkhidmatan akan dikupas dengan lebih lanjut.

Bagi peniaga kecil seperti kedai runcit dan penjaja juga terkesan dengan wabak ini. Hal ini

kerana, mereka terpaksa menutup kedai mereka bagi mengelakkan jangkitan semakin berleluasa.

Mereka juga perlu membuat jadual secara bergilir gilir untuk membuka perniagaan bagi

mengelakkan kesesakan. Hal ini terjejas kerana apa yang mereka perolehi sebelum pandemik

berbeza dengan keadaan ketika pandemik. Sebagai contoh, kalau dahulu boleh membuka

perniagaan di kedai sendiri, sejak pandemik mereka perlu membuka perniagaan atas talian bagi

kelangsungan hidup. Peniaga juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan jualan.

Biasanya mereka akan mengambil bekalan jualan luar daripada kawasan Chini tetapi ketika

pandemik berlaku, bekalan yang ada hanya mencukupi dan ini menyukarkan peniaga untuk

menawarkan pelbagai barangan keperluan kepada penduduk.

Dari segi positif pula, peniaga kecil kecilan mula terdedah dengan perkembangan IT yang

semakin pesat. Mereka sudah mula membiasakan diri dengan menjual barangan secara dalam
talian untuk mencari pelanggan. Ada yang menjual barang basah, makanan, pencuci mulut dan ada

juga yang menawarkan perkhidmatan printing secara atas talian. Ini sedikit sebanyak membantu

mereka untuk terus maju ke hadapan selaras dengan teknologi yang ada. Perkara ini juga memberi

kesedaran kepada penduduk untuk menggunakan semua platform yang ada bagi tujuan kegiatan

ekonomi dan bukan semata semata membuka kedai.

Sosial

Pandemik COVID-19 di Malaysia membawa kesan sosial yang meluas di seluruh negara yang

merangkumi penyebaran penyakit itu sendiri serta usaha untuk menghapuskannya, termasuklah

dengan pendaftaran kelahiran, kematian dan perkahwinan, perhimpunan besar-besaran,

pendidikan dan kegiatan sukan. Desakan ekonomi dan perubahan mendadak gaya sosial kehidupan

ketika pandemik Covid-19 ketika ini menjadi antara punca tekanan emosi dalam kalangan

masyarakat.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr. Fauziah bin

Mohd Saad berkata, masyarakat seharusnya memastikan pengurusan tekanan dengan berada dalam

keadaan yang baik ketika bergelut ketidaktentuan hidup agar ia tidak memberi impak negatif

kepada mereka dan orang sekeliling. Menurutnya, kegagalan menguruskan tekanan itu boleh

menyebabkan berlakunya tindakan di luar kawalan kemanusiaan sehingga menimbulkan isu sosial

dalam kalangan masyarakat.

Contoh aktiviti sosial yang sangat dekat dengan penduduk Chini ialah kegiatan sukan.

Perkara biasa yang dapat dilihat ialah apabila penduduk keluar seawal pagi untuk berjogging,

mereka sambung bermain bola pula pada waktu petang. Setiap petang, akan ada jadual
pertandingan bola sepak antara pasukan dalam Chini misalnya dan disaksikan oleh penduduk yang

lain. Bayangkan, ketika pandemik melanda, mereka hanya mampu duduk di rumah tanpa ada

sebarang kegiatan sukan, jauh sekali untuk berkumpul. Hal ini memberi kesan dari segi fizikal dan

mental mereka kerana mereka sudah terbiasa dengan gaya hidup yang sihat dan bukannya hanya

berkurung di rumah.

Selain itu, trauma berada dalam kategori sosial dan ekonomi bawahan ini juga secara

langsung memberi implikasi kepada kesihatan mental. Kemurungan serta memendam perasaan

menjadi kebiasaan kerana mereka tidak begitu mengetahui bagaimana untuk menangani masalah

dihadapi. 'Darurat' berkala yang dilaksanakan mengehadkan interaksi sosial harian dengan

masyarakat luar, menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan atau

berkongsi masalah. Lebih parah, jika kesempitan wang mereka ini tidak mempunyai kaedah lain

untuk mengalih perhatian dengan menonton televisyen, mendengar radio mahupun melayari alam

maya.

You might also like