You are on page 1of 8

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said Nilai khasnya Pengetua SMK Dato Mohd
Said Nilai, Datin Sri Hajah Nurul Hidayah Seah binti Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Faridah Binti Jaafar dan Penolong Kanan Kokurikulum Puan Zabidah Binti Sapari
kerana sudi memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus
pengajian am ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Jamilah Binti Othman sebagai guru ekonomi saya. Beliau telah
meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada semua
guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang proses melakukan kerja
kursus ini.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua – dua ibu
bapa saya yang telah banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi
kewangan bagi memastikan kerja kursus ini berjalan dengan lancar.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan saya
kerana sudi membantu dan memberi nasihat sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus
pengajian am ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua responden kerana telah
memberi komitmen yang sangat baik semasa menjawab soal selidik yang telah diedarkan
oleh saya.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus pengajian am ini.
ISI KANDUNGAN

Bilangan Butiran Muka Surat


1. Abstrak
2. Penghargaan
3. Latar Belakang Kajian
4. Penentuan Masalah
5. Objektif Kajian
6. Kaedah Kajian
7. Hasil Kajian dan Perbincangan
8. Cadangan
9. Penutup / Rumusan Kajian
10. Rujukan
ABSTRAK
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Kamus Ekonomi (1993), kos sara hidup bermaksud nilai wang yang diperlukan
bagi membeli barang keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan,
dan pendidikan, agar taraf hidup dapat dicapai pada peringkat tertentu. Kos ini berbeza antara
sebuah negara dengan negara lain kerana taraf hidup antara negara-negara tersebut tidak
sama.

Menurut Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan (2014), kos sara hidup dan taraf
hidup adalah dua perkataan yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Kos sara hidup
adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk memenuhi keperluan
asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal tetapi juga keperluan-keperluan lain untuk
keselesaan hidup termasuk kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan
untuk kegunaan harian.

Menurut Utusan Sarawak (2023), kos sara hidup merujuk kepada perbelanjaan asas yang
diperlukan untuk mengekalkan taraf hidup tertentu di kawasan atau wilayah tertentu. Ia
biasanya termasuk keperluan penting iaitu perumahan, makanan, pengangkutan, penjagaan
kesihatan, utility dan barangan serta perkhidmatan penting yang lain.

Oleh itu, pelbagai langkah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu penduduk
dalam mengurangkan masalah kos sara hidup yang tinggi terutamanya di kawasan yang
tinggi. Menurut Astro Awani (2023), pelbagai inisiatif bagi meringkankan beban rakyat
antaranya adalah subsidi makanan, peningkatan subsidi tenaga serta bantuan kewangan untuk
pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah selain bantuan tunai sedia ada. Ini disuarakan
oleh Pensyarah kanan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi Universiti Malaysia Perlis Prof
Madya Dr Mohd Zukime Mat yang ditemu bual oleh Bernama. Melalui langkah-langkah
tersebut, kos sara hidup yang tinggi penduduk dapat diatasi.

Taman Labu indah adalah sebuah taman yang terletak di daerah Seremban. Pada masa
kini, kawasan ini mengalami pelbagai kemajuan yang berkembang pesat. Pelbagai rumah,
kedai dan kemudahan serta perkhidmatan tersedia untuk kegunaan pengguna. Perkembangan
ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang dialami penduduk yang rata-ratanya
mempunyai pendapatan sederhana atau rendah. Oleh itu, penduduk terpaksa menampung kos
sara hidup yang tinggi untuk meneruskan kehidupan serta menjalankan aktiviti seharian.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Di Malaysia, kos sara hidup semakin meningkat dan sering kali kita mendengar
penduduk terbeban dengan peningkatan kos sara hidup tanpa diikuti dengan peningkatan
pendapatan yang berlaku dalam kalangan penduduk. Negeri Sembilan merupakan negeri
yang berkembang dengan pesat dan ini menyebabkan semua kos kehidupan seharian
penduduk juga semakin meningkat.

Pelbagai langkah perlu diambil oleh kerajaan serta penduduk untuk menangani
masalah yang dihadapi. Peningkatan kos sara hidup telah membawa beban kepada penduduk
kerana kuasa beli penduduk semakin berkurangan. Maka langkah berjimat cermat perlu
diamalkan agar dapat menampung kehidupan seharian penduduk terutamanya penduduk yang
mendiami kawasan bandar dengan pendapatan yang sederhana ataupun rendah.

Oleh itu, melalui kajian ini, penkaji dapat mengenal pasti komponen utama
perbelanjaan bulanan penduduk di Taman Labu Indah dan mengkaji langkah-langkah
mengurangkan kos sara hidup yang meningkat di Taman Labu Indah.

Dengan adanya kajian ini, diharapkan dapat memberikan sedikit gambaran kepada
Kementerian Sumber Manusia untuk meningkatkan upah minimum bagi setiap pekerja dalam
semua sektor. Hal ini kerana, apabila upah minimum ditingkatkan, pendapatan bulanan
pekerja juga turut meningkat. Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia dapat mengurangkan
beban masyarakat dalam mengurangkan kos sara hidup yang meningkat.

Selain itu, kajian ini penting dilakukan supaya dapat membantu penduduk di Taman
Labu Indah untuk mengenal pasti komponen perbelanjaan bulanan yang penting dan dapat
mengurangkan keperluan yang tidak penting. Melalui pelbagai langkah-langkah yang bijak
dalam mengatur keperluan keluarga, kos sara hidup penduduk di Taman Labu Indah dapat
dikurangkan malah penduduk bebas daripada rasa terbeban dalam menampung keperluan
keluarga terutamanya bagi keluarga yang besar. Dengan ini, kos sara hidup bagi penduduk di
Taman Labu Indah dapat dikurangkan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

(i) Mengenal pasti komponen utama perbelanjaan bulanan penduduk di Taman Labu Indah
(ii) Mengkaji langkah-langkah mengurangkan kos sara hidup yang meningkat di Taman Labu
Indah
4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 KAEDAH MENDAPATKAN DATA


4.2 KAEDAH MENGANALISIS DATA

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF 1

5.2 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF 2

6.0 CADANGAN

6.1 CADANGAN 1

6.2 CADANGAN 2

7.0 PENUTUP / RUMUSAN KAJIAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

You might also like