You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA,

JALAN MUTIARA 2,
TAMAN BUKIT MUTIARA,
81100, JOHOR BAHRU.

Tel : 07-3516122
_____________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PROGRAM GIGI SIHAT SEPANJANG HAYAT DENGAN KERJASAMA KLINIK
PERGIGIAN MEDINI

PENGENALAN

Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan minda


komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif dan kesihatan tubuh badan yang
sihat. Hal ini kerana persekitaran kawasan sekolah yang kondusif, ceria dan kesihatan tubuh
badan, mulut dan gigi yang sihat adalah merupakan wahana untuk merealisasikan pengajaran
dan pembelajaran yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, “Program Gigi Sihat Sepanjang
Hayat” anjuran PanitiaSains SK Bukit Mutiara dilaksanakan bagi mewujudkan kesedaran tentang
kepentingan mempunyai kesihatan gigi yang sihat disamping dapat menerapkan elemen nilai-
nilai murni dalam kalangan murid SK Bukit Mutiara.

1. RASIONAL

“Gigi Sihat Sepanjang Hayat” adalah tema yang penting kerana gigi yang bersih, sihat dan cantik
merupakan keperluan asasmanusia. Gigi perlu dijaga dengan baik supaya kita dapat menikmati
kehidupan yang sihat pada masa kini dan masa hadapan. Kita perlu sedar betapa pentingnya
penjagaan kesihatan tubuh badan serta gigi dalam kehidupan seharian. Sekiranya perkara ini
diabaikan, kemungkinan besar manusiaakan menghadapi pelbagai masalah khususnya masalah
kesihatan seperti penyakit mulut, sakit gigi dan lain-lain keadaan yang membahaya. Cara
pemakanan dan cara hidup seharian kita samaada dirumah, sekolah dan tempat kerja boleh
mempengaruhi kualiti kesihatan tubuh badan dan gigi kita. Oleh sebab itu, program ini
diadakan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid terhadap kepentingan menjaga
kebersihan gigi supaya dapat mengelak penyakit gigi dan dapat hidup dalam keadaan sihat
sejahtera.

2. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini diadakan ialah:
2.1 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid dalam menggalakkan amalan
cara hidup sihat dan mesra dikalangan murid-murid.

2.2 Murid-murid akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang kepentingan dan
kaedah menjaga kebersihan gigi dan menerapkan kepentingan kebersihan mulut dan
gigi yang bersih dan sihat.

2.3 Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan mulut serta gigi secara menyeluruh
dan mengikut prosedur yang betul terhadap murid-murid.

2.4 Meningkatkan keperihatian dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,


keindahan dan kecerian serta menghargai kemudahan yang disediakan. Mewujudkan
iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih dan ceria.

3.TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT

Tarikh :28 Februari 2018


Hari: Rabu
Masa : 10.00 – 11.30 pagi
Tempat : Foyer SK Bukit Mutiara

4.SASARAN
Semua murid Tahun 1 SK Bukit Mutiara

5. JAWATANKUASA PELAKSANA
Semua Guru Sains SK Bukit Mutiara

7.ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA Kuantiti Jumlah


1 Makanan Jemputan 10 x 8 RM 80
Jumlah RM 80

8. SUMBER
SK Bukit Mutiara

9. Penutup

Perancangan pelaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang
dikendalikan oleh jawatan kuasa yang telah dilantik. Justeru kami berharap agar ‘ Taklimat Program Gigi
Sihat Sepanjang Hayat’ ini dapat dilaksanakan denganbaik. Kami memohon kerjasama dan tindakan
daripada pihak pentadbiran sekolah supaya dapat mempertimbangkan program ini. Segala kerjasama
dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

____________________________
(JAZARIAH BINTI SEKIN)
Ketua Panitia Sains,
SK Bukit Mutiara,
Johor Bahru.

Disokong oleh,

___________________________
(NOOR HUDA BINTI HAMID)
Guru Besar ,
SK Bukit Mutiara,
Johor Bahru.

You might also like