You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH (SAINS) SULTAN HAJI AHMAD

SHAH, KUANTAN
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
TAHUN 2021
TAJUK: FAKTOR DAN KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI DI
TAMAN BALOK PERMAI

NAMA: MUHAMMAD LUQMANUDDIN BIN MUHAMAD


KELAS: 3 AKTIF
GURU: Encik Zainuddin Bin Md Tahar
 JADUAL KERJA
TAJUK: FAKTOR DAN KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI DI TAMAN BALOK PERMAI

HARI/TARIKH AKTIVITI CATATAN


11/10/2021 Cikgu Zainuddin memberi taklimat Dijalankan di dalam kelas pdpr pada
ISNIN tentang kerja lapangan yang pukul 11.00-12.00 pagi di microsoft
bertajuk faktor dan kesan-kesan teams
kegiatan ekonomi di Taman Balok
Permai.
12/10/2021 Saya mencari maklumat tentang Dijalankan di rumah pada pukul
SELASA definisi dan maksud kegiatan 10.00 pagi
ekonomi di dalam buku teks
geografi tingkatan 3.
13/10/2021 Saya mula mencari tempat untuk di Dijalankan di rumah pada pukul 8.00
RABU lawati untuk kajian dan maklumat malam
tambahan di internet.
14/10/2021 Saya melawat tempat yang sudah Dijalankan di kawasan perumahan
KHAMIS dirancang dan mencatat maklumat saya pada pukul 10.00 pagi .
penting yang diperlukan.
15/10/2021 Saya mula membuat laporan kerja Dijalankan di rumah pada pukul 2.00
lapangan dengan mengunakan petang.
JUMAAT
segala maklumat yang telah
diperoleh.
16/10/2021 Saya menyemak semula laporan Dijalankan di rumah pada pukul 2.00
SABTU yang telah siap dan membetulkan petang
kesalahan yang telah di jumpai.
17/10/2021 Saya mencetak laporan yang telah Dijalankan di rumah pada pukul 4.00
AHAD siap dan sedia untuk dihantar ke petang.
guru.
OBJEKTIF KAJIAN
I. Menyatakan definisi/maksud kegiatan ekonomi.
II. Mengenalpasti dan menghuraikan latar belakang kawasan kajian
III. Mengenalpasti dan menghuraikan faktor-faktor kegiatan ekonomi di Taman
Balok Permai
IV. Menjelaskan kesan-kesan kegiatan ekonomi di Taman Balok Permai

KAEDAH KAJIAN
I. PERMERHATIAN – Pemerhatian dilakukan bagi mengenalpasti kesan dan
faktor kegiatan ekonomi yang ingin dikaji.
II. RUJUKAN – Rujukan buku teks dan internet di gunakan bagi mengetahui
maksud kegiatan ekonomi.
 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menyiapkan kajian ini. Kaedah
pertama ialah kaedah peperhatian dan seterusnya kaedah rujukan.

Kaedah Pemerhatian- Saya telah melawat kawasan kajian pada hari


Selasa 31 Ogos 2021 pada pukul 10.00 pagi. Saya memerhati ciri-ciri fizikal dan
ciri budaya yang terdapat di sekitar rumah saya. Saya juga memerhati faktor
dan kesan-kesan kegiatan ekonomi di sekitar kawasan kajian saya. Saya
membuat pemerhatian hanya di sekitar tempat tinggal sahaja kerana
pergerakan terbatas disebabkan covid-19. Saya mengambil gambar
banggunan-banggunan dan kedai-keadai yang berada di kawasan kajian iaitu
tempat kegiatan ekonomi dijalankan di Taman Balok Permai.
Kaedah Rujukan- Saya membuat kaedah rujukan dengan merujuk
buku teks geografi tingkatan 3 di halaman 114 hingga 132 untuk mencari
maklumat tentang kegiatan ekonomi di Malaysia. Saya juga melayari internet
untuk mencari maklumat tentang kesan-kesan kegiatan ekonomi.

 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN


Kawasan kajian saya ialah Taman Balok Permai. Di kawasan kajian,
terdapat pelbagai ciri fizikal dan ciri budaya. Antara ciri fizikal yang terdapat di
kawasan kajian ialah tanah pamah. Kawasan tanah pamah ini terdapat di
hadapan Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong dan Sekolah Menengah
Chengal Lempong. Selain itu, pantai merupakan antara ciri fizikal yang ada di
Taman Balok Permai. Pantai Balok dijadikan sebagai tempat untuk nelayan
mencari rezeki.
Seterusnya, antara ciri budaya yang terdapat di kawasan kajian ialah
sekolah. Nama sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong, Sekolah
Kebangsaan Balok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal Lempong.
Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Chengal Lempong terletak berhampiran dengan perumahan. Kemudian, masjid
merupakan ciri budaya yang terdapat di kawasan kajian. Masjid Qariah Balok
terletak bersebelahan dengan restoran dan kedai perniagaan. Masjid ini
dijadikan tempat ibadah muslim dan tempat solat jumaat pada hari jumaat.

 KONSEP / DEFINISI KEGIATAN EKONOMI

KEGIATAN EKONOMI- Kegiatan manusiayang menghasilkan


pendapatan dan terbahagi kepada tiga sektor, iaitu primer, sekunder
dan tertier.

SEKTOR PRIMER
Sektor primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan
mentah yang terus daripada sumber semulajadi. Terdiri daripada
pertanian, pembalakan, perikanan, perlombongan dan
penternakan.

SEKTOR SEKUNDER
Sektor sekunder merupakan aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan
mentah. Selain itu, sektor ini memberikan keutamaan dalam
menukarkan bahan mentah kepada barang siap kepada barang
pengguna. Terdiri daripada pembuatan atau perindustrian dan
pembinaan.

SEKTOR TERTIER
Sektor tertier merupakan kegiatan ekonomi yang menawarkan
pelbagai perkhidmatan dan disebut juga sebagai sektor
perkhidmatan. Sumbangannya memainkan peranan penting kepada
pembangunan negara. Terdiri daripada pelancongan, perdagangan,
pengangkutan, kewangan dan pendidikan.

 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI


DI TAMAN BALOK PERMAI

IKLIM
Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa dan purata suhu Malaysia
ialah 27*C dengan jumlah hujan tahunan melebihi 2600mm.
Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun mempengaruhi jenis
kegiatan ekonomi seperti perikanan.

BENTUK MUKA BUMI


Bentuk muka bumi seperti tanah pamah dan pinggir laut yang
terdapat di Taman Balok Permai mempengaruhi jenis kegiatan
ekonomi yang dijalankan. Hal ini menyebabkan tanah pamah dapat
mempengaruhi kegiatan ekonomi seperti pengankutan iaitu
pembinaan jalan raya. Pinggir laut juga mempengaruhi kegiatan
ekonomi seperti perikanan dan perlabuhan.

TEKNOLOGI
Kegiatan ekonomi di Taman Balok Permai bertambah maju dengan
adanya penggunaan teknologi yang canggih dan moden.Penggunaan
teknologi yang canggih dan moden dapat mempercepatkan kerja,
menjimatkan kos dan meningkatkan jumlah keluaran.
 KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI DI TAMAN
BALOK PERMAI

I. KESESAKAN LALU LINTAS

Kesesakan lalu lintas merupakan antara kesan kegiatan ekonomi di Taman


Balok Permai. Kesesakan lalu lintas terjadi disebabkan penambahan jumlah
kenderaan di jalan raya. Hal ini berlaku disebabkan penambahan kedai-
kedai dan banggunan yang menjadi tumpuan penduduk. Selain itu,
kecuaian pengguna jalan raya yang tidak fokus dan peka menyebabkan
kemalangan berlaku. Hal ini menjadikan jalan raya menjadi sesak kerana
terpaksa menutup sebahagian jalan.

II. KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

Kepupusan flora dan fauna merupakan antara kesan kegiatan ekonomi di


Taman Balok Permai. Kepupusan flora dan fauna terjadi disebabkan
peningkatan kegiatan pembinaan penempatan dan banggunan. Hal ini
menyebabkan kemusnahan habitat haiwan iaitu hutan yang telah
mengganggu kawasan pembiakan flora dan fauna.
 SENARAI RUJUKAN

1) Buku teks

Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak Utek
(2018) Buku teks Geografi Tingkatan 3. Ims Books Trading Sdn. Bhd

2) Buku rujukan

HUZAILI HUSSIN (2019) REVISI CEPAT PT3 Geografi Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

3) Internet

https://images.search.yahoo.com/search/images
https://www.google.com/maps
https://en.wikipedia.org/wiki/Kuantan
 LAMPIRAN

1. PETA DARIPADA GOOGLEMAP

2. TEMPAT KAWASAN KAJIAN


MASJID QARIAH BALOK

SEKOLAH KEBANGSAAN CENGAL LEMPONG


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG

PASAR NELAYAN BALOK

You might also like