You are on page 1of 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI, SEREMBAN

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3(KLGT3)


TAHUN 2021

NAMA PENUH: MADHUSHRI A/P SOMABALAN

TINGKATAN: 3 THETA

NAMA GURU: PUAN ROHAYATI BINTI HAMZAH

TAJUK: KAJIAN TENTANG KEGIATAN EKONOMI


PERDAGANGAN DI SEREMBAN 2,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
I. JADUAL KERJA
BIL TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN
1. 11.8.2021 -menerima soalan tugasan KLGT3 -2 waktu pdpr
(Rabu) -mendengar taklimat tentang perlaksanaan -Di rumah
KLGT3 daripada guru geografi iaitu Pn. Rohayati. secara GM
-memilih isu/tajuk kerja lapangan -Di Internet
-menentukan Kawasan Kajian
-Tajuk tugasan saya ialah KAJIAN TENTANG
KEGIATAN EKONOMI PERDAGANGAN DI SEREMBAN 2,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
-mencari maklumat tentang kegiatan ekonomi
perdagangan
-mencari peta

2. 14.8.2021 -mencari maklumat kepentingan kegiatan ekonomi -buku dan


(Sabtu) perdagangan Internet

3. 19.8.2021 -mengemaskini jadual kerja -2 waktu PDPR


(Khamis) -menulis pendahuluan
-menulis objektif kajian
-menulis kaedah kajian

4. 26.8.2021 -menulis kaedah kajian -2 waktu PDPR


(Khamis) -menulis Kawasan kajian -seremban 2
-pemerhatian

5. 02.09.2021 -menyiapkan penulisan faktor-faktor yang -Di rumah


(Khamis) mempengaruhi kegiatan ekonomi perniagaan
di Seremban 2.

6. 09.09.2021 -menyiapkan kesan-kesan yang mempengaruhi -PDPR


(Khamis) kegiatan ekonomi perdagangan di Seremban 2
BIL TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN
7. 23.9.2021 -membuat rumusan dan rujukan bagi kerja -PDPR
(Khamis) lapangan

8. 30.9.2021 -mengemaskini kerja lapangan bersama guru -PDPR


(Khamis) Geografi

9. 12.11.2021 -menghantar kerja lapangan yang telah siap kepada -di rumah
(Jumaat) guru geografi, Puan Rohayati atas talian
II. PENGHARGAAN

Saya, Madhushri a/p Somabalan bersyukur kerana saya dapat


menyiapkan kerja lapangan Geografi ini sehingga selesai. Terima
kasih tidak terhingga kepada guru Geografi saya, Puan Rohayati
binti Hamzah yang telah membimbing, memberi panduan dan
mendorong saya menyiapkan kerja lapangan ini.

Ucapan terima kasih juga buat ibu bapa saya yang banyak
memberi dorongan, tunjuk ajar dan bantuan sehingga kajian ini
selesai. Begitu juga kepada adik-beradik saya yang sentiasa
memberi dorongan.

Saya juga berterima kasih kepada semua 10 responden kajian


saya antaranya ialah Puan Shirley dan Encik Rajoo yang sudi
meluangkan masa menjawab soal selidik yang diberikan melalui
Google Form.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan


sekelas 3 Theta terutamanya Khirtana dan Keshavarenee yang
memberi motivasi walaupun secara jarak jauh akibat wabak
pandemik Covid 19 ini.
III. PENDAHULUAN

Saya, Madhushri a/p Somabalan, Tingkatan 3 Theta dari Sekolah


Menengah Kebangsaan Puteri telah menjalankan Kerja
Lapangan Geografi Tingkatan 3 yang bertajuk Kegiatan Ekonomi
di Seremban 2. Saya telah memilih tajuk faktor-faktor yang
Menggalakkan Kegiatan Perdagangan dan kesannya terhadap
alam sekitar di kawasan Seremban 2. Saya telah mengkaji
beberapa aspek seperti faktor-faktor yang menggalakkan
kegiatan perdagangan dan kesan-kesan kegiatan perdagangan
terhadap alam sekitar di kawasan Seremban 2. Saya telah
memilih kawasan Seremban 2 sebagai tempat kajian kerana
rumah saya berdekatan dengan kawasan kajian dan terdapat
banyak jenis kedai di sekeliling kawasan kajian. Tempoh masa
yang diberikan untuk melengkapkan kajian ini ialah 3 minggu (6
jam waktu PDPR). Setiap pelajar dikehendaki menghantar
tugasan ini secara individu.
IV. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara


berikut:

a. Mengenalpasti kawasan kajian dan jenis kegiatan ekonomi


di kawasan tersebut
b. Melukis peta lakar kawasan kajian dan latar belakang
kawasan tersebut
c. Mengenalpasti dan menghuraikan faktor-faktor yang
menggalakkan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut
d. Mengenalpasti dan menghuraikan kesan-kesan kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan kajian
e. Merumuskan hasil kajian kegiatan ekonomi di kawasan
kajian
V. KAEDAH KAJIAN

Untuk melengkapkan tugasan KLGT3 ini saya telah menggunakan


beberapa kaedah, iaitu:

1. Kaedah pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah cara mengumpul data atau


maklumat dengan mengamati sesuatu yang ingin dikaji. Saya
telah membuat pemerhatian di kawasan Seremban 2 pada 26
Ogos 2021. Saya telah membuat pemerhatian pada pukul 5:00
petang. Saya telah memperhatikan bentuk muka bumi di
kawasan kajian seperti tanah pamah. Terdapat juga ciri-ciri
fizikal seperti tasik, hutan, pokok-pokok dan bukit. Selain itu,
terdapat juga ciri-ciri budaya seperti rumah, kedai, klinik, pusat
beli-belah dan taman permainan. Antara kegiatan ekonomi yang
terdapat ialah perdagangan. Terdapat banyak kedai seperti
restoran, kedai kecantikan dan kedai runcit. Ini adalah yang
menyebabkan kesesakan lalu lintas.
2. Rujukan

Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya


mencari maklumat tentang kegiatan ekonomi di Kawasan kajian
saya.Saya telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk
menjayakan kerja kursus ini. Selain itu,saya juga telah
menggunakan buku teks Geografi Tingkatan 3 untuk
memudahkan saya membuat kajian ini.

3.Kaedah soal selidik

Saya telah sediakan Google Form untuk bertanya tentang


kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya . Saya telah
mengkongsikan Google Form itu kepada beberapa orang
penduduk di kawasan Kajian Vision Homes bagi mendapatkan
maklumat - maklumat penting, terutamanya mereka yang
terlibat secara langsung dan sepenuh masa di dalam kegiatan
ekonomi.
VI. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya pilih ialah Seremban 2. Kawasan ini


merupakan petempatan bandar. Kawasan kajian saya hingga
SMK Puteri berjarak 7 km. Latitud dan longitud Seremban 2
adalah masing-masing sebanyak 2.690287 dan 101.907709.
Terdapat banyak taman perumahan di sekitar kawasan ini
seperti Vision Homes, Sri Carcosa, Pearl 132, Garden Homes
dan Rasah Kemayan. Bentuk muka bumi kawasan ini adalah
tanah beralun dan tanah pamah. Ciri-ciri fizikal yang terdapat di
kawasan ini adalah hutan, tasik dan pokok-pokok manakala
ciri-ciri budaya yang terdapat adalah kedai, jalan raya dan klinik.
Uptown Avenue dan Centrio adalah tempat yang mempunyai
kegiatan ekonomi perdagangan yang utama. Terdapat banyak
kedai disana termasuk restoran, kedai runcit, kedai pakaian,
kedai kecantikan dan kedai perabot.

Kepentingan kedai-kedai ini di kawasan kajian saya iaitu


Seremban 2, ialah ini dapat menjimatkan masa masyarakat
kerana mereka tidak perlu pergi ke bandar utama Seremban
yang sangat jauh. Selain itu, terdapat juga hampir 80 jenis kedai
makanan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan.
Kedai-kedai ini dapat meningkatkan peluang pekerjaan di
Seremban 2.
Peta Seremban 2
VII. HASIL KAJIAN

1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi

Berdasarkan Google, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan dan


aktiviti yang mendatangkan nilai, pulangan pendapatan
sekaligus membantu menjana sumber kewangan dan membuka
peluang pekerjaan. Terdapat tiga jenis kegiatan ekonomi iaitu
sektor Primer, sektor Skunder dan juga sektor Tertier. Sektor
primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah
terus daripada sumber semula jadi. Sektor sekunder pula
merupakan aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan mentah.
Sektor tertier bermaksud kegiatan ekonomi yang menawarkan
pelbagai perkhidmatan. Kegiatan ekonomi yang saya pilih
adalah perdagangan iaitu sektor tertier. Perdagangan atau
perniagaan bermaksud pertukaran barang-barang
perkhidmatan atau kedua-dua ini. Terdapat banyak kedai
terutamanya di Centrio dan Uptown Avenue. Antara jenis kedai
yang terdapat adalah restoran, kafe, kedai perabot, kedai
kecantikkan, kedai runcit dan kedai pakaian. Saya mendapati
perniagaan sangat penting kepada penduduk kerana ia
memudahkan mereka dan juga menjimatkan masa mereka. Ini
kerana, mereka tidak perlu ke bandar utama Seremban untuk
membeli sesuatu barang atau makanan.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
perdagangan di Seremban 2.

Berdasarkan pemerhatian saya di kawasan Seremban 2,


terdapat banyak faktor yang mengalakkan kegiatan
perdagangan. Antaranya adalah bentuk muka bumi. Hampir
seluruh kawasan Seremban 2 mempunyai tanah pamah. Secara
tidak langsung, ini akan memudahkan pembinaan kedai-kedai.
Dengan ini, terdapat banyak kedai dan ini akan mengalakkan
kegiatan perniagaan di Seremban 2. Selain itu, tanah pamah
juga memudahkan pembinaan jalan raya. Dengan ini, penduduk
boleh menggunakan jalan raya untuk ke kedai-kedai.

Berdasarkan kaedah rujukan internet pula, saya dapati faktor


yang menggalakkan kegiatan ekonomi perniagaan di bandar
Seremban ialah pasaran yang luas. Terdapat pasaran tempatan
di kawasan Seremban 2. Ini kerana, terdapat dua tempat utama
di Seremban 2 yang dipenuhi dengan kedai-kedai iaitu Centrio
dan Uptown Avenue. Tambahan pula, selain Vision Homes,
terdapat juga banyak taman perumahan yang lain seperti Pearl
132, Sri Carcosa, Garden Homes dan Rasah Kemayan. Ini dapat
meningkatkan pasaran di kawasan Seremban 2. Ini adalah
kerana, terdapat banyak penduduk sekitar Seremban 2 dan jika
mereka hendak membeli sesuatu barang, mereka harus ke
kedai-kedai yang terdapat di tempat tersebut.
Faktor yang lain pula adalah tenaga buruh. Terdapat banyak
buruh di kawasan Seremban 2 yang berasal dari negara lain
seperti Bangladesh, Indonesia dan Thailand. Kawasan kajian
saya, iaitu Seremban 2, Negeri Sembilan adalah antara salah
satu negeri yang mempunyai banyak kedai yang buruh-buruh
bekerja di sana. Sebagai contohnya, mereka bekerja sebagai
pelayan di restoran ataupun jurujual di pusat beli-belah, kedai
pakaian dan sebagainya. Oleh itu, kedatangan buruh luar telah
meningkatkan kegiatan perniagaan di Seremban 2.

3. Kesan-kesan kegiatan ekonomi perdagangan terhadap alam


sekitar di Seremban 2.

Berdasarkan pemerhatian saya di kawasan Seremban 2,


terdapat banyak kesan kegiatan perdagangan terhadap alam
sekitar. Antaranya adalah kemusnahan. Pihak JKR telah
menebang pokok-pokok dan hutan untuk membina kedai-kedai.
Ini akan menyebabkan hakisan tanah kerana tiada akar dari
pokok untuk memegang tanah. Tambahan pula, karbon dioksida
tidak dapat diserap oleh pokok yang telah ditebang. Secara
tidak langsung, ini akan menyebabkan bumi sangat panas dan
manusia akan sesak nafas sebagai contohnya, rakyat-rakyat
yang mempunyai asthma.

Kesan yang lain pula adalah pencemaran udara.


Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh pengeluaran asap
dari kenderaan. Sebagai contohnya, kereta, motosikal, van dan
lori. Ini adalah kerana di tempat-tempat kegiatan perdagangan
kerana terdapat banyak kedai dan ini secara tidak langsung akan
mengundang kereta-kereta. Pencemaran udara ini terutamanya
berlaku kerana pengeluaran asap dari kenderaan yang tidak
servis. Gas-gas yang dilepaskan adalah sulfur dioksida dan
nitrogen dioksida. Biasanya, gas-gas ini dikeluarkan oleh
kenderaan yang menggunakan petrol plumbum dan petrol
diesel. Gas-gas ini akan terperangkap di atmosfera dan
menyebabkan penapisan ozon serta memudaratkan kesihatan
rakyat.

Kesan yang terakhir adalah kepupusan habitat haiwan.


Bagi membina kedai-kedai untuk kegiatan perdagangan, pihak
JKR harus menebang pokok-pokok. Ini secara tidak langsung ini
akan menyebabkan kepupusan habitat haiwan. Akhirnya,
haiwan-haiwan akan mati kelaparan dan juga kerana tempat
tinggal yang sesuai untuk mereka.
VIII. RUMUSAN

Kegiatan ekonomi yang di jalankan di kawasan saya


memberikan kesan yang positif kepada penduduk kampung dan
juga negatif kepadaalam sekitar. Saya juga mendapati bahawa
kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan perlu dijalankandengan
cara yang terkawal agar ianya tidak menjejaskan alam
sekitar.Saya berasa amat bangga dengan kegiatan ekonomi yang
di jalankan di kampung halaman saya iaitu Vision Homes,
Seremban 2. Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan ini,
dapatlah dilihat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
penduduk di Malaysia khususnya di kawasan saya sendiri iaitu
Seremban 2. Didapati kerajaan juga memainkan peranan yang
penting bagi memastikan ekonomi sesebuah tempat itu
berkembang dan membangun. Saya berharap agar kajian yang
dijalankan ini dapat memberikan sumbangan kepada penduduk
setempat mahupun kepada negara.
IX. RUJUKAN

Buku:

Buku teks Geografi Tingkatan 3, Ahmad Ridzuan Bin Abd


Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak Utek, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Buku rujukan Geografi Focus PT3 tingkatan 1,2,3 KSSM, Kang


Choi Yeong, Zulkipli Ismail, Rajendran Subramaniam, Chong Yon
Choi, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd

Internet:

http://mttdaruliman.edu.my/homeschool/notageo_f3_13052020.pdf

https://www.ipendidikan.my/faktor-yang-mempengaruhi-kegiatan-e

konomi.html

https://www.slideshare.net/batrisyiaasyiaa/kesan-kegiatan-ekonomi-

terhadap-alam-sekitar

https://docs.google.com/forms/d/1vGXO_pS5ZDkbPY1j2tV

e4hH7nJPtf5i_uFelC9iM3Q/edit?usp=sharing
X. LAMPIRAN

Borang Soal Selidik

https://forms.gle/o78XttGX9Jz2CkgW6
Jumlah Responden: 10

Mohammad Shahid, Shirley, Rajoo Muthu, Ananthan Muthusamy, Kalai

Vani, Wan Norliana, Nur Fazlin bt Mustoffa, Nora Azlita binti Zainal,

Angel a/p Rajagindiram


Gambar/ Foto

You might also like