You are on page 1of 34

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MEN.KEB SEKSYEN 16 SHAH ALAM


NAMA PELAJAR: AVINAASH A/L MANOKARAN
TINGKATAN: 2 MUTIARA
NOMBOR K/P: 020609-10-0799
TAJUK : PENCEMARAN AIR
NAMA GURU SUBJEK: __________________

KAJIAN
TENTANG
PETEMPATAN
DAN
PERKEMBANGANNYA

BIL.

ISI KANDUNGAN

01
02
03
04
05
06
07

Tajuk Kajian
Senarai Kandungan
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian :Jenis dan Pola Petempatan di Kawasan Kajian
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Petempatan di

MUKA SURAT

Kawasan Kajian

Masalah yang Berkaitan Petempatan di Kawasan Kajian


Langkah Mengatasi Masalah Berkaitan di Kawasan
Kajian

08
09
10

Rumusan
Rujukan
Lampiran

Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Kajian Tentang
Petempatan dan Perkembangannya . Folio ini amat penting buat saya memandangkan
perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Geografi.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu
saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad (SMKAAI), Puan Salmah yang telah
membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek Geografi saya, Encik Md. Radzi Bin Halim
kerana memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya
juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana beliau memberikan bimbingan dan
nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan
senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya, Zamri Bin Ali dan Sharibanun
Binti Shaarom kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini
disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya
bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini
mengenai projek folio ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa
untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Selain itu, tidak lupa juga kepada para responden yang juga merupakan penduduk di
kawasan kajian ini yang sudi memberi dan berkongsi maklumat serta memberi komited
ketika kajian dilakukan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihakpihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menyiapkan kerja khusus ini. Hanya
Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Nama saya Nurul Syazwin Binti Zamri. Saya penuntut tingkatan 2 Ibnu Sina di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pokok Sena. Sebagai memenuhi kehendak
subjek geografi, saya diwajibkan menyiapkan satu kerja lapangan Kajian Geografi yang
bertajuk Kajian Tentang Petempatan dan Perkembangannya di Kawasan Pokok Sena, Kepala

Batas, Pulau Pinang. Kawasan lapangan yang telah saya pilih untuk kajian ini adalah
kawasan perumahan di Taman Desa Sena.

Bahagian kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar


menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan tema-tema Geografi yang telah dipelajari
dalam Sukatan Pelajaran Tingkatan Dua. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai
pengajaran dan pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dan konsep yang telah
dipelajari dalam tema penduduk, petempatan dan pengangkutan.

Sebelum menjalankan kajian ini pertama sekali, guru Geografi saya telah
membincangkan dan menerangkan tentang kajian yang akan saya jalankan nanti. Saya
menjalankan kajian ini pada hujung minggu. Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan,
iaitu dari bulan Ogos sehingga September 2010. Saya menulis laporan kajian ini secara
individu berdasarkan data maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat tinggal saya dan berdekatan
dengan sekolah. Selain itu, saya telah menetap di kawasan ini lebih enam tahun. Selama saya
menetap di sini, saya mempunyai ramai rakan-rakan, jiran tetangga dan keluarga yang yang
dapat memudahkan saya menyiapkan folio ini. Di samping itu, kos kajian yang murah kerana
tidak perlu menaiki bas, kereta dan teksi untuk pergi ke kawasan kajian.

Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi
menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah
direkod. Tempoh untuk saya menyiapkan kajian ini adalah lebih kurang 6 minggu.

Sepanjang tempoh Kajian Sejarah dijalankan, berbagai-bagai jenis kajian yang saya
lakukan. Objektif kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang kawasan kajian saya itu Taman Desa Sena, Kepala Batas. Kajian-kajian ini

dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif. Antara objektif khusus Geografi ini
dijalankan adalah untuk:

Menamakan dan menghuraikan jenis dan pola yang terdapat di Pokok Sena, Kepala
Batas.

Menghuraikan fungsi petempatan di Pokok Sena, Kepala Batas.

Menyenarai dan menghurai masalah-masalah petempatan dan langkah-langkah


mengatasi masalah tersebut di Pokok Sena, Kepala Batas.

Mengenal pasti perkembangan ekonomi yang terdapat di Pokok Sena, Kepala Batas.

Bertujuan menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Saya sangat berbangga dan amat menghargai peluang untuk mengkaji tentang jenis
dan pola petempatan yang terdapat di Kepala Batas dengan lebih lanjut.

Kajian ini dijalankan di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan ini
terletak di daerah Kepala Batas. Saya memilih kawasan Kepala Batas sebagai kawasan kajian
saya. Sebelum dibangunkan tapak perumahan Taman Desa Sena, merupakan kawasan
pertanian ladang kelapa sawit. Kawasan ini mula dibangunkan kawasan perumahan kos

sederhana dan kos rendah. Terdapat rumah pangsa, rumah teres dan rumah banglo. Terdapat
juga pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk di sini
seperti tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, balai raya dan bekalan elektrik. Segala
kemudahan awam dan infrastruktur disediakan dan dijaga rapi.

Taman Desa Sena mempunyai keluasan seluas 30 kilometer persegi. Lokasi kawasan
ini adalah di Seberang Perai Utara, (SPU) Pulau Pinang. Taman Desa Sena terletak
berhampiran dengan kawasan yang lain juga seperti Pusat Sumber Pendidikan Negeri,
(PSPN)

Pulau Pinang, Kompleks Dato Kailan dan lain-lain lagi. Lihat peta yang

menunjukkan peta kawasan Kepala Batas.

Kawasan kajian

Peta menunjukkan kedudukan sekolah saya yang turut terletak dalam kawasan Kepala
Batas. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa permukaan bumi kawasan ini
hampir rata. Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan oleh sebab itu, kawasan ini
dianugerahi tanih yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian teruatamanya

menanam padi. Penanaman getah dan kelapa sawit juga turut terdapat di kawasan ini kerana
kawasan yang bertanih laterit dan bersaliran baik.

Kawasan ini mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai tempat kediaman, sosial
dan ekonomi. Kepala Batas juga merupakan kawasan tumpuan penduduk dan petempatan
kerana kegiatan ekonomi tertumpu di tanah pamah. Jenis ekonomi yang dijalankan dikawasan
kajian saya ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang
dijalankan. Contohnya, perniagaan makanan, barangan runcit, hiasan, perabot dan lain-lain
lagi. Jenis perkhidmatan yang disediakan adalah seperti salon rambut, membuat cermin mata,
pendidikan dan komputer. Perniagaan dan perkhidmatan inilah yang membangunkan Kepala
Batas.
Taman Desa Sena adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk
yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat
terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan Cina.

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah:

Kaedah pemerhatian:
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti bentuk muka bumi kawasan
kajian, fungsi petempatan dan jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan. Kaedah ini penting
untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti petempatan, sosial, ekonomi dan lainlain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan
untuk digunakan semasa membuat laporan nanti.

Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Pemerhatian dibuat terhadap petempatan dan perkembangannya.

Rujukan:
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kawasan
kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian atau melalui kaedah soal selidik. Saya
juga turut mengumpulkan maklumat tambahan dengan merujuk buku teks Tingkatan Dua dan
beberapa buku rujukan yang dipinjam.

Soal Selidik:
Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik dengan menggunakan borang soal
selidik untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kawasan kajian. Seramai 3 orang
responden disoal untuk mengetahui pendapat mereka terhadap petempatan di Kepala Batas.
Contoh borang soal selidik terdapat di bahagian lampiran.
Temu bual :
Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual beberapa orang penduduk
di kawasan kajian. Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau menemukakan soalan,
memimta pandangan dan pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak
langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di
restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan dimana-mana sahaja yang
difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai,
tuan imam, penghulu, orang tua dan penduduk di kawasan kajian.

JENIS DAN
POLA
PETEMPATAN
DI KAWASAN

KAJIAN

JENIS DAN POLA PETEMPATAN DI KAWASAN KAJIAN.

Jenis petempatan di Taman Desa Sena ialah bandar kerana ia terletak berhampiran
dengan bandar Kepala Batas. Selain itu, Taman Desa Sena juga dikategorikan sebagai bandar
kerana terdapat perlbagai kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, sekolah,
dewan serbaguna, taman permainan dan sebagainya.

Pada awalnya, Taman Desa Sena merupakan sebuah kawasan yang tidak begitu maju,
tetapi setelah dibina petempatan dan lebuhraya yang berdekatan, kawasan Taman Desa Sena
Tersebut telah menjadi sebuah kawasan yang petempatan yang semakin maju dan
berkembang pesat.

Bagi pola petempatan pula, Taman Desa Sena mempunyai pola petempatan yang
berpusat. Peta minda di bawah merupakan ciri-ciri pola petempatan kawasan berpusat yang
ingin saya kongsikan.

Pola petempatan berpusat mempunyai


kepadatan rumah yang tinggi dan bersusun
rapat di anatara satu dengan yang lain.
Petempatan ini biasanya terdapat di
simpang jalan raya dan landasan kereta api.
Pola petempatan ini banyak terdapat di
pekan, bandar dan bandar raya.
Kediaman penduduk di kawasan ini dibina rapat dengan susun aturnya yang berlapislapis. Rumah dan bangunan dibina bertumpu di persimpangan jalan, masjid dan sekolah.
Selain itu, penduduk yang amat ramai juga telah mendorong kepada terjadinya pola
petempatan berpusat ini.

Sementara itu, berdasarkan hasil pemerhatian yang dibuat di sekitar Taman Desa
Sena, terdapat pelbagai jenis bangunan dan rumah yang telah dibina seperti rumah teres dua
tingkat dan berkembar, flat dan rumah teres setingkat.

Taman Desa Sena adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami penduduk yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat terdiri
daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan Cina.

Peratusan Kaum di Kawasan Kajian


Melayu
India
Cina

Saya sebagai seorang pelajar yang telah melakukan kajian di Taman Desa Sena begitu
berbangga dan dan bersyukur kerana kawasan petempatan ini mempunyai penduduk yang
peramah dan mempunyai sifat suka membantu.

Faktor-faktor
Yang
Mempengaruhi
Petempatan
Di Kawasan
kajian

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI KAWASAN KAJIAN.

Kegiatan sosio-ekonomi

Kemudahan sosial

Faktor - Faktor Yang


Mempengaruhi Petempatan

Bentuk muka bumi

Darjah ketersampaian yang sesuai

Seperti yang kita ketahui, Kepala Batas merupakan kawasan yang strategik untuk
membina sebuah petempatan. Ini kerana terdapat banyak faktor yang mempengarahi
petempatan di kawasan ini.

Faktor yang pertama ialah, fakor kegiatan sosio-ekonominya. Ini kerana pelbagai jenis
perniagaan seperti kedai runcit, restoran, kedai hardware, perkhidmatan Internet, kedai dobi
dan pengangkutan awam yang mudah didapati disini. Ia memberikan banyak peluang
pekerjaan bagi penduduk disini. Kegiatan ekonomi yang dijalankan di bandar ini adalah
seperti perniagaan dan perkhidmatan. Kedua-dua jenis ekonomi ini antara yang paling
terkenal.

Di samping itu, bentuk muka bumi di Kepala Batas adalah tanah pamah. Selalunya,
kawasan tanah pamah pasti akan menjadi kawasan tumpuan manusia untuk membuat
petempatan baru kerana keadaan tanahnya yang rata, luas dan subur. Melalui pemerhatian

saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan ini dikelilingi tanaman
getah.

Dari faktor kemudahan sosial pula, terdapat perlbagai kemudahan infrastruktur seperti
jaringan pengangkutan, sekolah, dewan serbaguna, taman permainan dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatia saya, saya dapati di kawasan ini terdapat beberapa buah sekolah
untuk penduduk iaitu tadika, PASTI, SK Pokok Sena, SMK Pokok Sena dan SMK Al-Irshad.

Kesemua sekolah ini menyediakan pendidikan awal kepada pelajar yang bersekolah di
sekitar ini untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti kelak. Selain itu, penduduk di sini
kebanyakannya beragama Islam. Oleh itu, masjid telah dibina untuk penduduk di sini bagi
melakukan aktiviti keagamaan seperti semasa Hari raya Korban. Dewan serbaguna juga
dibina kerana tempat ini menjadi tempat perkumpulan penduduk untuk membuat majlis bagi
mengeratkan silaturahim atau sebagai tempat mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa (AJK).

Disebabkan darjah ketersampaian yang bersesuaian, ramai penduduk yang menetap di


Taman Desa Sena bekerja di kawasan ini. Disebabkan itu juga, setengah penduduk di Taman
Desa Sena telah menyewa rumah. Saya telah melakukan kaedah kajian soal selidik terhadap
penduduk di Taman Desa Sena untuk mengetahui bilangan penduduk membeli atau menyewa
rumah di Taman Desa Sena. Saya telah nyatakan dalam bentuk jadual di bawah.
Membeli/Menyewa
Beli
Sewa
Jumlah

Responden yang Terbabit


13
7
20

Jadual diatas menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Taman Desa Sena telah
membeli rumah di kawasan ini. Mereka membeli rumah di kawasan ini adalah kerana
kemudahan infrastruktur yang bagus dan lengkap.

Saya berasa sangat bersyukur kerana petempatan di Taman Desa Sena, Kepala Batas
tidak padat petempatan polanya. Ini kerana kawasan ini masih boleh menampung rakyat yang
ramai. Jika penduduk di sesuatu kawasan itu padat, ia boleh menyebabkan berlakunya
bermacam-macam masalah.

Masalah yang
berkaitan
petempatan
DI KAWASAN
KAJIAN

MASALAH YANG BERKAITAN PETEMPATAN DI KAWASAN KAJIAN.

Kesesakan lalu lintas

Pencemaran udara
Masalah Yang Berkaitan
Petempatan Di Kawasan

Jalan pintas

Kajian

Pencemaran bunyi

Mat rempit

Pembuangan sampah sarap

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk-penduduk yang menetap di bandar ini
ialah masalah kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas kerap berlaku di hadapan Sekolah
Kebangsaan Pokok Sena dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad ketika para
pelajar pergi dan pulang dari sekolah. Tambahan lagi, masalah ini juga berlaku pada waktu
puncak iaitu semasa penduduk pergi dan balik dari kerja. Kesesakan lalu lintas ini sering
berlaku disebabkan penggunaan kenderaan persendirian.

Selain itu, masalah pencemaran udara yang berlaku berpunca daripada asap dari
kenderaan bermotor dan pembakaran sampah secara terbuka. Ini menjejaskan kualiti udara.
Asap kenderaan yang mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida boleh menjejaskan
kesihatan penduduk setempat.

Masalah yang seterusnya ialah masalah yang dinyatakan oleh Encik Abdull Rahman
bin Ahmad iaitu masalah

jalan dalam Taman Desa Sena dijadikan jalan pintas oleh

kenderaan-kenderaan luar. Keadaan ini menyesakkan lorong-lorong di kawasan ini.


Kenderaan luar ini sering keluar masuk ke dalam taman bagi mementingkan diri sendiri tanpa
memikirkan orang lain.

Di samping itu, jumlah pertambahan kenderaan yang dinaiki mengakibatkan


pencemaran bunyi.

Punca bunyi ini datangnya daripada bas, motosikal, kereta, kapal

terbang dan sebagainya.

Kemudian, masalah mat rempit juga terjadi disini. Masalah ini pula dinyatakan oleh
Encik Zamri bin Ali dan Encil Ruzihan bin Said. Kata mereka, mat rempit sering
menggunakan lorong-lorong dan jalan sebagai tempat berlumba. Keadaan ini amat
membahayakan kepada para pengguna dan penduduk di kawasan ini. Tambahan, terdapat
ramai kanak-kanak yang sering bermain bola di lorong-lorong yang ada. Bertambah
bahayalah keselamatan mereka.

Masalah yang lain pula ialah masalah pembuangan sampah sarap ke dalam longkang.
Ini akan menyebabkan terdapat longkang-langkang yang tersumbat. Tambahan lagi apabila
ada musim perayaan seperti sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bazaar Ramadhan akan
dibuka di kawasan ini. Oleh itu, plastik-plastik makanan yang dibeli akan dibuang begitu
sahaja.

Setiap tempat sudah semestinya mempunyai masalah yang tersendiri seperti Taman
Desa Sena, Kepala Batas. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita seharusnya peka dengan
masalah yang sedang berlaku dipersekitaran kita supaya dapat bersama-sama memikirkan
cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, kita perlu bekerjasama dan
berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak akan berlarutan.

Langkah
Mengatasi
masalah
berkaitan
di kawasan
kajian

LANGKAH MENGATASI MASALAH BERKAITAN DI KAWASAN KAJIAN


Wujudkan Kawasan Hijau
Gotong-royong

Langkah Mengatasi Masalah


Berkaitan di Kawasan Kajian
Membina bonggol
jalan

Penggunaan catalytic
converter

Melaporkan kepada
polis

Kongsi kereta

Bagi langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan yang dihadapi oleh


penduduk di Taman Desa Sena, Kepala Batas bagi masalah perparitan yang sering tersumbat
oleh sampah-sampah sarap yang dibuang. Untuk mengurangkan masalah perparitan yang
dihadapi di kawasan ini, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat satu aktiviti
bergotong-royong bagi mengelakkan longkang tersumbat. Mereka perlulah menulis surat
kepada pihak yang terlibat dalam memperdalamkan lagi parit supaya masalah ini tidak akan
berlaku lagi.

Di samping itu, langkah bagi mengatasi masalah pencemaran udara pula adalah
dengan mewujudkan Kawasan Hijau (Green Belt) di kawasan petempatan. Kawasan ini
ditanami dengan pokok-pokok yang boleh mengurangkan kandungan karbon dioksida di

udara. Tambahan lagi, pokok-pokok ini turut boleh memberikan penduduk petempatan
suasana yang segar.

Selain dari langkah diatas bagi membendung masalah pencemaran udara ialah
penggunaan catalytic converter dalam ekzos kereta bermotor juga boleh mengurangkan
karbon monoksida yang dilepaskan oleh kereta bermotor. Alat ini dapat menukarkan karbon
monoksida yang beracun kepada karbon dioksida.

Bagi menyelesaikan masalah yang diberitahu oleh Encik Abdull Rahman bin Ahmad,
beliau menyarankan agar melarang kepada para pengguna luar yang keluar masuk dari
memasuki jalan dalam taman perumahan. beliau menyarankan agar Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) membina lebih banyak bonggol jalan.

Bagi membendung masalah mat rempit atau mat motor ini pula, Encik Zamri bin Ali
mencadangkan agar meminta pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membina
lebih banyak bonggol jalan. Bagi Encik Ruzihan bin Said pula, beliau ingin memberitahu
kepada pihak berkuasa bagi membendung masalah ini.

Malah, masalah kesesakan lalu lintas juga boleh diatasi dengan mengamalkan kempen
yang diperkenalkan kerajaan iaitu kongsi kereta atau menggunakan pengangkutan seperti bas.
Langkah ini boleh mengurangkan bilangan kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan
seterusnya pengguna boleh sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat.
Setiap pemasalahan semestinya ada jalan penyelesainnya seperti masalah yang
dihadapi di Taman Desa Sena, Kepala Batas. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa
bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan yang selesa, tidak seperti negara lain yang

mengalami kepadatan penduduk sehingga sebahagian rakyat di sana tidak mempunyai tempat
tinggal. Contohnya ialah Bangkok, Thailand. Keberkesanan segala langkah yang bakal
dilakukan bergantung sepenuhnya kepada setiap diri kita.

Setelah menyiapkan Kerja Khusus Geografi ini, saya telah banyak mempelajari
daripadanya. Pengalaman ini amat berguna dan menarik. Kajian ini membolehkan saya untuk
mengenal pasti masalah yang sering berlaku di Pokok Sena, Kepala Batas serta mengenal
pasti kelebihan dan kepentingan yang terdapat di kawasan tersebut. Kini, saya lebih
memahami bahawa di kawasan kajian saya mempunyai pelbagai fungsi dalam segi ekonomi,
petempatan dan sosial.

Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau
Pinang. Kawasan kediaman mereka mempunyai banyak keistimewaan. Di samping itu, saya
berasa amat bangga kerana kawasan Pokok Sena, Kepala Batas ini mempunyai penduduk
yang peramah. Saya juga bersyukur kerana terdapat banyan kelebihan dan kebaikan yang ada
di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penduduk di kawasan kajian terdiri daripada masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu,
kaum Cina dan kaum India. Ia merupakan salah satu kawasan perumahan yang padat dengan
petempatan di sini dan sedang pesat membangun kerana faktor-faktor muka buminya yang
rata, kawasan perumahan yang dibina secara tersusun dan pemandangan yang menarik.
Selain itu, kegiatan sosio-ekonominya yang banyak memberi peluang pekerjaan serta
infrastrukturnya yang baik, banyak mempengaruhi petempatan disini.

Dewasa ini, masalah-masalah persekitaran yang berkembang dengan cepat, yang


dipengaruhi dengan pertumbuhan pesat bilangan penduduk, kerosakan persekitaran,
eksploitasi bahan alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat yang sangat
serius terhadap alam sekitar. Sebagai rumusannya, alam sekeliling harus menanggung

keharmonian proses-proses biologi, atau mikrobiologi yang ada. Keadaan ini mendorong
sikap sebahagian masyarakat berubah.

Peta Daerah Pulau Pinang

Peta Daerah Kepala Batas

Peta Kawasan Kajian

::Rujukan Secara Temu Bual::


3 orang responden di kawasan kajian

::Buku Ilmiah::

Lim Jin Choon, Haji Abdul Aziz Bin Abdul Rahman dan Ratnam Karuppiah Servai,
Geografi Tingkatan 2, 2006, Pan Asia Publications Sdn.Bhd, ISBN 983-3237-10-X

Cindy Lim Soh Bee, SW Kritsya, Haji Norisin Bin Mohamad dan Hajjah Awanis
Binti Mohd, Logman Super Skor Geografi Tingkatan 2, 2010, Pearson Malaysia Sdn.
Bhd. (4409-W)

::Rujukan Internet::
http://www.scribd.com/doc/3878177/Kerja-Kursus-Geografi-2008
http://maps.google.com

hdsttp://www.scribd.com/doc/16150886/Folio-Geografi-2009

You might also like